"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Perbezaan OmegaGuard Shaklee Berbanding Minyak Ikan Lain

Assalamualaikum.

Ada macam-macam jenis fish oil. Macam-macam jenama. Kenapa kena pilih OmegaGuard Shaklee? Moh saya cerita satu-satu ye.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

OmegaGuard Shaklee diekstrak daripada ikan laut air sejuk (mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ianya bukan daripada minyak hati ikan. OmegaGuard Shaklee tidak diekstrakdaripada ikan ternak yang diberi makanan pellet sepanjang hidupnya. Ikan ternak ini mempunyai kadar asid lemak Omega-3 yang rendah serta kurang atau tiada nutrien lain.



Berbanding dengan produk fish oil di pasaran, OmegaGuard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk DHA, EPA, ALA dan banyak lagi. Satu kajian berkaitan menunjukkan OmegaGuard mampu membekalkan 905ml asid lemak Omega-3, EPA dan DHA.


Kebanyakan pengeluar produk minyak ikan yang lain menggunakan kaedah penyulingan bertekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Kaedah ini bukan saja boleh memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak dapat menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. OmegaGuard Shaklee diekstrak menggunakan kaedah penyulingan ultratulen bergred farmaseutikal teknologi tinggi. Proses penghasilan OmegaGuard Shaklee menggunakan kaedah penyulingan propietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen dan semulajadi sambil menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan polychlorinated byphenyl (PCB) iaitu bahan kimia industri yang sangat toksik.



Penutup entri kali ini adalah petikan berkenaan asid lemak Omega-3:

"Interestingly, what the researchers found is that 40% of the students who took the omega 3 capsules showed significant improvements in school performance in relation to reading, spelling and behaviour than the students who received the placebo."

"Menurut pakar dari Amerika Syarikat, sekiranya diet anda mengandungi kurang asid lemak omega-3, otak anda akan menjadi 2 tahun lebih tua daripada umur yang sepatutnya. Kajian ini juga mendapati individu dengan tahap darah asid lemak omega-3 di bawah 25%, memberikan markah yang lebih rendah dalam ujian yang melibatkan penyelesaian masalah dan pemikiran abstrak."
Sumber : majalah I-Sihat Sep 2012

ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Pengumuman: Pelancaran Borang Order Online

Assalamualaikum.

Bulan ni order OmegaGuard berdesup-desup masuk. Kurang kaki-tangan juga saya nak handle bila order masuk cepat sangat. Sebab tu saya tukar ke sistem borang. Untuk elakkan ada order tercicir. Jadi lepas ni sesiapa nak order boleh isi borang ye.

Opss, jangan risau. Konsultasi percuma masih macam biasa. Call/SMS/WhatsApp saya tentang masalah anda, inshaAllah saya cuba yang terbaik untuk bantu. Hubungi saya bila-bila masa, kedai saya tak ada waktu tutup. Tapi tuan kedai ni ada masa kena tutup mata sekejap, biasalah, manusia juga kan. Kadang-kala tak tutup mata lelap pun, kena tunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu juga. Jadi jangan marah kalau ada masanya saya lambat balas ye. Keluarga saya lebih utama, begitu juga hendaknya dengan anda semua :)

Tapi saya bukan Doktor ye, kalau ada masalah kesihatan mesti rujuk Doktor Perubatan dulu. Bak kata Dr Zubaidi, ubat untuk menyembuhkan penyakit, suplemen pula membantu mempercepatkan proses penyembuhan penyakit. Lebih kurang begitu bunyinya.

Jadi kalau dah selesai konsultasi dan dah confirm nak order, bolehlah isi borang ini. Tak susah pun nak isi, simple je. Kena isi nama, nombor telefon, email, alamat dan klik-klik mana yang nak order. Itu je. Kalau ada boucar (kena jadi customer dulu baru berpeluang dapat baucar), isi kod baucar sekali. Lepas tu tekan butang Send/Submit. Dah hantar borang, boleh SMS/WhatsApp untuk maklumkan saya. Memang saya cek hari-hari order form tu. Tapi lebih cepat maklumkan, lebih cepat saya boleh proses. Lebih cepat juga boleh pos atau COD. Senang sangat kan :)

Ok, macam ni la rupanya borang order online kami :)


Semoga memudahkan anda yang melanggan, dan kami yang menjual. InshaAllah.


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Tips: Check List Bersalin

Assalamualaikum.

Banyak perlu disediakan untuk menyambut kelahiran bayi. Lebih-lebih lagi jika kali pertama bersalin. Sejak mula disahkan hamil, saya pun mula sediakan senarai semak / check list barang yang diperlukan untuk mulakan rutin baru sebagai ibu. Check list saya yang sebenar agak elaborated, daripada keperluan ketika hamil hinggalah bayi berusia 6 bulan.

Hari ni saya nak share antara perkara yang saya rasakan penting dalam check list saya. Saya pecahkan check list ini kepada beberapa bahagian: barang bayi, barang ibu, keperluan menyusukan bayi etc. Macam ni lebih mudah bagi saya.

Berikut senarai pendek keperluan yang paling asas yang saya rasa wajib ada.






Bergantung kepada keadaan, tempat ibu-ibu bersalin dan berpantang, perjalanan, atau faktor-faktor lain, mungkin ada beberapa keperluan yang ibu-ibu perlu tambah atau kurangkan. Kena rancang kelahiran anak, dan cuba ikut perancangan itu. Ini untuk mengelakkan kekalutan dan kelam kabut. Juga untuk memudahkan suami membuat keputusan (jika perlu) saat ibu-ibu sedang sakit.

Semoga senarai ini bermanfaat. Semoga saya dapat mudahkan hari ibu-ibu semua. InshaAllah.


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Tips: Petua Kuruskan Badan Menurut Dr. Hamid Arshat.

Assalamualaikum.

Saya suka sangat baca perkongsian-perkongsian oleh Dr. Hamid Arshat. Boleh kata beliau adalah pakar perubatan kegemaran saya. Post beliau di facebook agak kebapaan, sesuai dengan jiwa saya yang sejak kecil lebih rapat dengan ayah berbanding ibu. Lagi, beliau sangat profesional dan neutral dalam pandangan yang diberikan. Tak ada post berunsur emosi melebih-lebih. Setiap post bercerita buruk dan baik sesuatu dalam segenap perspektif.

Yang paling saya suka, beliau selalu berkongsi petua dan tips kesihatan secara semulajadi.

Berikut saya salin semula tips dan petua untuk kuruskan badan secara semulajadi, seperti yang beliau kongsi. Artikel asal boleh baca di sini.



Pengalaman saya merawat pesakit2 yang gemuk/obesiti memang agak menghampakan kerana hampir 90% gagal menurunkan berat badan. Jika berat mereka turun sedikit, berat akan naik baik ke tahap asal atau melebihinya. Saya beri ubat adipex yang berkesan mengawal selera yang dimakan pada waktu sarapan pagi, perlu diingat ubat-ubat saperti adipex hanya boleh diamalkan selama 3 bulan sahaja dan jangan terlalu bergantung kepadanya. Di samping itu saya nasihatkan tentang kawalan makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbohidrat seperti nasi, roti, mee, kuih-muih, donat, biskut dan makanan ringan. Saya juga tekankan tentang senaman, berjalan kaki, atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari.
Cuba amalkan panduan-panduan ini.
  1. Habiskan makan selama 20 minit. Kunyah perlahan-lahan sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.
  2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menyebabkan lapar dan selera makan meningkat dan makanan-makanan sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.
  3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah-buahan. Masak sayur sekejap, suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah-buahan mengandungi banyak fiber, vitamin dan antioksidan serta kurang kalori yang menggemukkan.
  4. Mulakan makan dengan buah-buahan diikuti sup sayur dan cendawan. Ia boleh mengenyangkan tanpa mengemukkan. Buat sendiri air pati ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.
  5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepung gandum. Makan 'whole grain' wheat, oat, barley dan nasi perang.
  6. Jauhkan makanan segera, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.
  7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan manisan.
  8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.
  9. Makan di rumah dengan masakan sendiri sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.
  10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kenyang.
  11. Amalkan kunyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau  ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemok kadangkala makan sedikit di hadapan orang lain tetapi di belakang, atau senyap-senyap mereka ulang makan.
  12. Gunakan pinggan kecil (10 inci) menggantikan pinggan besar (12 inci) untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.
  13. Bila makan di restoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak-kanak, bungkus separuh hidangan sebelum mula makan.
  14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemuk sering ketagih atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah-buahan atau kacang-kacang waktu ketagih jauhkan segala makanan manis dan karbohidrat.
  15. Berjalan 30 minit sejauh 2-3 km, atau cabut rumput rumpai di halaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah.

Banyak perkara yang beliau kongsikan di atas sebenarnya perkara kecil yang selalu kita ambil ringan. Sebenarnya, kita sendiri yang terbiasa dengan tabiat makan berlebihan sedangkan tubuh tidak kelaparan. Ayuh kita sama-sama usaha untuk mengubah cara hidup. Bukan untuk cantik saja, tapi untuk pastikan kesihatan tak terjejas akibat cara hidup yang sambil lewa.

Sekian. Semoga memberi manfaat kepada anda yang membaca :)

ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Tips: 10 Petua Perkembangan Mental Anak 0-3 Tahun Menurut Pakar Psikiatri Kanak-kanak

Assalamualaikum.

Anak-anak harta yang sangat berharga. Saya nak kata anak-anak umpama kanvas kosong, ibu bapa yang mencorakkannya. Tapi terlalu cliche, kan? Bila terlalu cliche selalunya tak sampai makna. Jadi saya suka nak kata anak-anak ni yang datangnya dari benih seorang bapa dan bercantum dengan benih seorang ibu, maka membesarnya pun seperti pohon. Ibu bapa yang menyemai dan membaja, penentu sama ada pohon itu akan hidup sihat, subur dan berbuah lebat untuk memberi manfaat kepada orang lain. Atau pun cuma sebatang pokok tak berbuah, hidupnya tak bermanfaat dan tak juga memberi kebaikan kepada orang lain. Nauzubillah.


Ramai warga Facebook dah tekan "Share" apa yang saya nak kongsikan hari ini. Tapi saya nak kongsikan jugalah, supaya lebih ramai dapat baca. Dan supaya saya sendiri pun tak lupa. Terima kasih kepada kakak tersayang sebab share beliau yang menggerak saya membaca artikel asal tentang ini.

Berikut adalah 10 kaedah yang dikongsi oleh Pakar Psikiatri Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr. Mdm Sherine Ann Selvarajah. Bukan calang-calang ahli psikiatri, Dr. Sherine memang orang yang dikenali dalam bidangnya. Sila klik sini untuk baca latar belakang Dr. Sherine.

Tips-tips ini telah diperoleh daripada ibu salah seorang pesakit beliau. Ibu tersebut telah kongsikan di blog beliau di sini (sila klik untuk baca artikel asal). Jom fahami apa dia 10 tips yang Dr. Sherine kongsi.

1. Biasakan dan kerapkan anak bermain dengan pasir, buih, rumput dan plastisin
Tujuannya untuk merangsang motor dan sensory skill anak-anak. Beri anak pegang dengan tangan dan rasa dengan kaki. Tanggalkan kasut atau stokin anak. Biar anak-anak dapat pengalaman itu. Buat masa ni

Kautsar belum lagi didedahkan dengan pengalaman menyentuh dan bermain dengan pasir, buih, rumput atau plastisin. Sebab Kautsar baru 5 bulan, duduk pun belum pandai. Kalau dapat pegang sesuatu, terus masukkan ke mulut. Jadi tak sesuai bagi Kautsar pegang pasir dan sebagainya. Tapi pengalaman melihat sudah banyak juga. Sejak Kautsar dah berminat melihat persekitaran dan memberi respon, kami suami isteri sering dedahkan Kautsar dengan macam-macam persekitaran. Setakat usianya 5 bulan ni, Kautsar dah pernah lihat pantai, ombak, sawah, dah merasa suasana kampung dan bandar, dah bermain dengan kucing, dah pernah lihat lembu, kuda, pernah naik kereta, motor, kapal terbang, pernah ke shopping complex, pasar malam, taman, tasik, pernah ikut ibu jaga peperiksaan hujung minggu, pernah ke pejabat abah teman abah buat kerja. Senang kata kami suami isteri memang suka dedahkan Kautsar dengan persekitaran berbeza. Dan setiap kali balik kampung Kautsar selalu dengan orang lain, tak melekat dengan kami saja.

2. Jangan terlalu dedahkan anak-anak dengan things in the box
Things in the box merujuk kepada gadget seperti tv, tablet, smart phone. Jangan tinggalkan anak-anak bersendirian dengan gadjet kerana akan membantutkan perkembangan saraf mata, badan dan otak. Anak-anak akan jadi kurang responsif, kurang sensitif, kurang empati, dan pasif. Dr Zubaidi pernah kata, boleh tengok video di youtube atau tonton tv dengan anak-anak asalkan ibubapa ada bersama berinteraksi dengan anak-anak sepanjang menonton. Contoh paling saya suka, kakak kesayangan saya selalu tonton video dengan anak perempuannya yang berusia 2 tahun. Setiap kali menonton, kakak akan ceritakan apa yang mereka tonton, buat bunyi, ekspresi wajah dan macam-macam lagi. Seolah-olah video itu silent, kakak sayalah yang jadi pencerita. Anak saudara saya sampai hari ini sangat attentive, aktif, suka bermain dan tak takut dengan orang. Rajin berbual pun ya juga. Menurut Dr Sherine, tak salah bagi anak menonton things in the box asalkan setiap sesi tak lebih daripada 10 minit.


Setakat ini Kautsar cuma menonton beberapa video muzik kanak-kanak, setiap satu tak sampai 5 minit. Itu pun jarang kami bagi Kautsar tonton sebab Kautsar lebih berminat memegang dan bermain dengan tangan.

3. Rangsang imitation skill anak-anak
Imitation skill ialah skil meniru. Ibubapa digalakkan merangsang skil meniru pada anak-anak dengan cara buat satu perkara dan minta anak buat semula. Buatlah apa-apa yang mudah anak tiru. Tepuk tangan. Lompat. Angkat tangan. Sebut perkataan. Setakat hari ini Kautsar pandai senyum dan ketawa bila kita senyum atau ketawa dengannya. Menurut Dr Sherine, merangkak merupakan skil yang sangat bagus sebab melibatkan semua anggota badan. Biar anak merangkak lama-lama, tak apa, sebab dapat menjana minda yang lebih aktif.

Kautsar mula meniarap pada hari pertama masuk usia 3 bulan. Sampai sekarang usianya 5 bulan, dah laju menyusur dan bergolek. Memang tak boleh tinggal, sekejap dah ke mana-mana. Tunggu hari saja Kautsar pandai merangkak. Sekarang memang giat mengangkat badan sambil sengih-sengih tak ada gigi. Hihi.

4. Banyakkan concept toys berbanding permainan superhero, monsters dll
Concept toys adalah permainan yang berasaskan pengetahuan, contohnya blok ABC, Lego, blok warna, bentuk dan sebagainya. Permainan begini menambah perbendaharaan kata (vocab) anak-anak selain membantu proses pembelajaran anak. Anak cepat belajar dengan bermain concept toys. Elakkan memberi anak permainan superhero atau dolls seperti Ultraman, Buzz Lightyear, Barbie dan yang sewaktu dengannya sebab permainan superhero dan fairy tales sangat tak berkait dengan realiti. Permainan begini boleh mengganggu konsep anak-anak berkaitan realiti. Anak-anak dibimbangi akan terlalu attach dengan khayalan dan gagal mengenal realiti.

Mainan Kautsar sekarang banyak berkait dengan bunyi, warna, tekstur dan teether (sebab gusi dah mula gatal kan). Kami tak banyak berhabis beli mainan, sebab di peringkat usia sekarang, Kautsar lebih perlukan komunikasi dan interaksi dengan orang sekeliling, barulah Kautsar pandai beri respon. Tapi kami tetap pastikan ada beberapa mainan yang sesuai dengan usia dan perkembangan minda Kautsar. Tak perlu berlebihan dalam bab-bab mainan.

5. Ajar perkataan sebelum mengajar ayat
Bila mengajar anak bercakap, elakkan menggunakan ayat penuh. Sebaliknya perkenalkan perkataan kepada anak berulang kali hingga anak kenal objek yang kita katakan. Contohnya jika mau perkenalkan buku kepada anak, cakap "Buku" saja sambil tunjukkan buku itu. Elakkan cakap "Ini buku" atau "This is a book".

Saya dah mula ajar ABC kepada Kautsar sejak usianya 3 bulan. Cuma sebut A - apple, B - ball begitu saja. Kautsar belum faham, tapi Kautsar boleh dengar. Bila travel dalam kenderaan dan Kautsar mula tak keruan, selalu saya sebutkan ABC hingga Z kepada Kautsar. Alhamdulillah Kautsar cam sebutan itu dan mesti senyum-senyum bila dengar.

6. High-5 untuk anak-anak yang takut pada orang
Kalau anak takut pada orang lain, contohnya takut pada atuk, jangan minta anak salam atuk. Sebaliknya cuba minta atuk High-5 anak anda. Perbuatan High-5 melibatkan body contact yang minimum sekaligus memberi isyarat kepada anak anda yang orang itu tak memberi bahaya.

Kautsar belum pandai salam, peluk, cium mahupun High-5. Tapi setakat ni Kautsar cepat takut pada orang lelaki yang suaranya garau. Di kampung suami, sepupu sepapat suami yangkami jarang jumpa bawa Kautsar ke kedai Kautsar tak takut pun. Tak menangis. Alhamdulillah.

7. Jangan marah, sebaliknya beri penjelasan jika anak-anak buat salah
Anak-anak pada umur 0-3 tahun masih belum kenal betul dan salah. Jika anak buat salah, janganlah marah. Sebab mereka tak tahu dan tak faham pun yang mereka buat itu salah. Sebaliknya jelaskan kenapa perbuatan itu salah. Penjelasan akan bantu anak anda belajar bezakan antara betul dan salah, baik dan buruk.


Walaupun Kautsar belum faham kata-kata, tapi bayi sekecil Kautsar mengerti intonasi dan riak muka. Kami suami isteri cuba yang terbaik untuk pastikan Kautsar lihat dan dengar yang baik-baik saja. Kalau Kautsar meragam, pujuk saja perlahan-lahan.

8. Overly-attached bukan petanda baik
Anak yang terlalu attached pada seseorang contohnya ibu atau bapa dikhuatiri akan mengalami masalah self-esteem. Biasakan anak bergaul dengan orang lain terutamanya ahli keluarga.

Alhamdulillah tak banyak masalah Kautsar dalam hal ini. Mula-mula memang Kautsar takut-takut, tapi biasanya lama-lama tak jadi masalah. Kena biasakan saja sebab Kautsar kan tinggal bertiga dengan ibu dan abah saja, sekali sekala berjumpa saudara ambil masa sikit untuk Kautsar sesuaikan diri. Dah lama-lama ok saja.

9. Bermain mengikut minat anak
Kalau anak nak bermain sesuatu permainan, layanlah. Jangan kita pula ajak main permainan lain. Sebab kajian menunjukkan otak anak berkembang paling maksimum ketika anak melakukan perkara yang diminatinya dengan gembira.

Alhamdulillah Kautsar senang gembira buat apa sekalipun. Cuma bila Kautsar nampak batang hidung ibu yang penyek ni, mulalah Kautsar mengada-ngada nak ibu main sama. Hihi.

10. Beri pilihan jawapan
Vocab anak-anak masih terhad. Mereka selalunya faham soalan kita, tapi tak reti nak jawab semula. Jangan biarkan anak-anak diam tak menjawab pertanyaan. Beri pilihan jawapan supaya mereka boleh pilih. Contohnya jika kita tanya, "Kautsar nak main apa? Kautsar nak main bola, atau nak baca buku?"

Allah. Sayangnya anak ibu, Kautsar dan abah Kautsar, En. Qusyairi. Ibu sayang sangat kedua-duanya.
Alhamdulillah. Saya didedahkan dengan maklumat begini seawal usia Kautsar masih beberapa bulan. Jadi memang banyak perubahan yang boleh saya lakukan. InshaAllah cuma yang terbaik untuk anak ibu. Jom ibu-ibu kita sama-sama amalkan.

Harap bermanfaat :)


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Kepentingan Omega-3 Kepada Wanita Hamil

Assalamualaikum.

Entri hari ini semuanya tentang kebaikan Omega-3 untuk ibu mengandung. Jom fahami mengapa pengambilan Omega-3 penting semasa hamil.


Omega-3 didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Kajian menunjukkan bahawa  ibu mengandung didapati kesusutan omega-3 dalam badan jika pengambilan omega-3  yang kurang dalam pemakanan akibat janin menggunakan omega-3 untuk perkembangan sistem saraf otak. Omega-3 juga digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan omega-3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.

Asid lemak omega-3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi. Kekurangan pengambilan omega-3 juga meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya.

Apakah Makanan Yang Mengandungi Omega-3 (EPA dan DHA)?
Sumber EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Ramai orang risau tentang  kehadiran merkuri dan toksin lain dalam ikan, terutamanya semasa mengandung. Atas sebab ini, sumber minyak ikan EPA dan DHA dari vitamin ataupun suplemen adalah paling selamat. Minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada pengilang yang mempunyai reputasi yang baik memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tambahan tanpa risiko ketoksinan.


Ramai orang berfikir bahawa flaxseed dan / atau minyak flaxseed mengandungi omega-3. Tetapi flaxseed mengandungi rantai pendek omega-3, ALA (asid alfa-linolenik), yang berbeza dari EPA dan DHA yang mengandungi rantai panjang omega-3. EPA dan DHA Omega-3 memberi keperluan badan untuk pembangunan kesihatan yang optimum. Walaupun ia pernah berfikir bahawa badan manusia boleh menukar ALA kepada EPA dan DHA, penyelidikan terkini menunjukkan bahawa pertukaran tersebut jarang berlaku. Minyak ikan merupakan sumber EPA dan DHA yang lebih dipercayai.

Adakah Selamat Untuk Mengambil Minyak Ikan Semasa Mengandung?
Pengambilan kualiti minyak ikan yang tinggi adalah selamat semasa mengandung. Ikan segar (yang dimakan) sering boleh mengandungi toksin seperti merkuri. Bahan toksin ini boleh disingkir semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan mentah yang berkualiti dan proses penapisan yang  maju.

Sesetengah jenama minyak ikan adalah kualiti yang lebih tinggi daripada yang lain. Pengeluar minyak ikan bereputasi tinggi boleh menyediakan dokumen keputusan makmal pihak ketiga yang menunjukkan tahap ketulenan minyak ikan mereka.

Apakah Yang Anda Harus Perhatikan Semasa Membeli Minyak Ikan?
Menyiasat proses pembuatan --- Bagaimana minyak ikan dihasilkan dan apakah standard kualiti bahawa pengilang menggunakan?  Semua produk mengandungi minyak ikan di negara ini yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah diuji keselamatan dan kualitinya dan dibuat berdasarkan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Bau: Adakah minyak ikan bau hanyir? Kajian menunjukkan bahawa minyak ikan hanya bau yang tidak menyenangkan apabila minyak telah mula merosot dan menjadi tengik. Tambahan, minyak ikan yang berkualiti tinggi tidak akan berbau hanyir.

Rasa: Adakah minyak ikan rasa hanyir? Minyak ikan yang segar dan berkualiti tinggi tidak rasa hanyir. Elakkan minyak ikan yang mempunyai rasa kuat atau mengandungi rasa tiruan yang paling mungkin cuba menyembunyikan rasa hanyir minyak tengik.


Berapakah Minyak Ikan Yang Perlu Diambil Oleh Ibu Mengandung?
ISSFAL (Persatuan Antarabangsa bagi Kajian Asid Lemak dan Lipid) telah menubuhkan carta dos minimum yang berikut yang disyorkan:

  • Bayi (1-18 bulan): 0-15 lbs: 32 mg / lb EPA + DHA
  • Kanak-kanak (1,5-15 yrs): 15 mg / lb EPA + DHA
  • Dewasa (15-115 yrs): 500 mg EPA + DHA (Dengan sekurang-kurangnya 220 mg EPA dan 220 mg DHA)
  • Wanita mengandung dan menyusu: 300 mg DHA setiap hari

Kebaikan dan Kelebihan OmegaGuard Shaklee.

Assalamualaikum.

Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tidak ramai yang kenal. Kalau sebut DHA mungkin lebih popular kerana dalam Omega Guard Shaklee ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak. Sebelum itu mari kita berkenalan dulu dengan Omega-3.


Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA

  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi                


Tugas DHA

  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan


APAKAH KEBAIKAN OMEGAGUARD SHAKLEE?

Melindungi Jantung Anda
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak Omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Jantung yang tersumbat menyebabkan serangan jantung


Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak Omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak Omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, Omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
Sumber : Shaklee Malaysia

Perbandingan kandungan Omega-3 dalam OmegaGuard dengan jenama lain

SIAPA PERLUKAN OMEGAGUARD SHAKLEE?

Ibu Hamil

  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil


Ibu Menyusu

  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu


Kanak-kanak

  • Minyak Ikan Omega Guard Shaklee untuk anak yang mudah dapat sakit semam, batuk dan selesema
  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan


Mereka yang mengalami masalah berat badan

  • Omega-3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.
  • Omega-3 mampu membakar lemak-lemak degil dalam badan.


Sering dilanda masalah kesihatan

  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Strok

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultratulen, dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

Jom kita dapatkan Omega Guard Shaklee ini untuk kegunaan sekeluarga!

ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Promosi Disember 2013: OmegaGuard.

Assalamualaikum.

Promosi Disember 2013 ialah OmegaGuard Shaklee. Dengan setiap pembelian 6 botol OmegaGuard, anda akan dapat 1 botol secara percuma. Kalau beli dengan kami, lagi jimat berganda sebab kami tawarkan harga istimewa untuk pelanggan kami. Jimat harga istimewa pelanggan, jimat harga promosi lagi. Banyaknya jimat di situ :)



Dengan setiap pembelian 6 botol OmegaGuard Shaklee, anda dapat:

  • PERCUMA 1 botol OmegaGuard bernilai RM136
  • PERCUMA keahlian Shaklee bernilai RM65
  • PERCUMA pos bernilai RM10 (EM) / RM20 (WM)


Jika beli dengan kami, jimat berganda hingga 30% harga runcit. Nak beli sebotol dua dengan harga promosi ni pun boleh.

Jom pakat dengan adik-beradik, kawan-kawan, saudara-mara kita kongsi beli OmegaGuard dan dapatkan keahlian percuma atas nama anda. Tawaran sah bulan ini saja.

Kenapa penting jadi ahli Shaklee?

  • Anda dapat membeli dengan harga ahli, jimat sehingga 15% bagi setiap produk.
  • Hanya sekali daftar, anda adalah ahli seumur hidup (dengan syarat membuat sekurang-kurangnya satu (1) belian dalam masa setahun).
  • Anda layak mendapat bonus tunai jika belian bulanan anda mencapai nilai tertentu.
  • Lebih banyak beli, lebih banyak bonus tunai anda.
  • Anda boleh buat belian secara online dengan akaun anda sendiri pada bila-bila masa. Saya akan guide semuanya tentang online order, pembayaran, pendaftaran ahli baru hatta nak tukar password sekalipun.
  • Jika anda berminat menjana pendapatan sampingan, anda boleh bermula bila-bila masa selepas menjadi ahli. Tak perlukan modal. Dan tak perlukan kedai.
  • Lebih banyak bonus dalam bentuk insentif selain elaun selepas anda capai tahap tertentu dalam perniagaan Shaklee anda. 


Ini cuma sebahagian keistimewaan menjadi ahli Shaklee yg saya dapat fikirkan dalam masa singkat. Banyak lagi kalau nak disenaraikan. Alhamdulillah saya berjaya jana pendapatan sampingan sehingga 4 angka tak sampai setahun bersama Shaklee. Dan insentif-insentif lain yang saya pernah terima. Saya panjatkan syukur atas rezeki ini kepada Allah swt yang Maha Pemurah.

Kelebihan dan kebaikan OmegaGuard Shaklee saya akan cerita dalam entri seterusnya. Semoga bermanfaat :)

ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Meal Shake: Nutrisi Terbaik Untuk Si Manja.

Assalamualaikum.

Sejak saya bergelar ibu, selalu borak dengan kawan-kawan pun sekitar hal anak-anak. Baby Kautsar sihat tak? Malam-malam tidur lena tak? Minum susu banyak tak? Itu soalan-soalan lazim orang akan tanya saya bila nampak batang hidung yang penyek ni. Hihi. Sebab ramai kawan-kawan saya yang lebih dulu mendirikan rumahtangga, Kautsar setakat ini yang paling muda antara anak-anak kami. Sebab tu dapat perhatian lebih.

Gambar ihsan Google
Selalu kalau borak tentang anak-anak, mesti timbul isu yang sama. Anak akak tak mau makan. Anak akak dah masuk 9 bulan, berat masih macam 6 bulan. Sejak anak akak mula makan, selalu kena sembelit. Kulit anak akak sensitif, asyik kena ruam. Anak akak mudah diserang demam dan selesema. Itu masalah kesihatan yang sering jadi isu kepada ibu-ibu. Memang tak nafikan, kerap sangat berlaku masalah begini tapi ibubapa buntu tak tau nak beri rawatan apa. Kerap sangat ke klinik pun tak elok, kan. Takkan asyik nak bagi anak makan ubat klinik je. Itu pun kalau anak nak makan ubat. Kalau tak, berperang juga nak beri ubat kepada anak.
Saya suka nak berkongsi tentang Meal Shake, salah satu suplemen terbaik untuk anak-anak. Seawal usia 6 bulan bayi dah boleh diperkenalkan kepada makanan pelengkap, maka boleh juga diperkenalkan kepada Meal Shake ini. Dengan 100% kandungannya dari bahan semulajadi, terjamin produk ini selamat dan berkesan untuk atasi pelbagai masalah berkaitan kesihatan anak-anak.

Kandungan
Meal Shake mengandungi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan tubuh dalam diet harian. Selain itu, Meal Shake juga kaya dengan kalsium dan merupakan sumber protein yang hebat. Jika dibancuh dengan cara yang ditentukan, Meal Shake mampu membekalkan 35% daripada 23 vitamin dan mineral penting dalam keperluan harian. Meal Shake juga merupakan sumber serat dan protein dengan hanya 250 kalori bagi setiap hidangan jika dibancuh dengan susu rendah lemak. Malah jika dibancuh dengan susu penuh krim, jumlah kalori bagi setiap hidangan cuma 330 kalori. Merupakan pilihan protein bukan soya dan rendah glisemik.

Kelebihan Meal Shake Shaklee

  • Sumber protein berasaskan susu yang terbesar: Jika Meal Shake dibancuh dengan segelas susu, ia mampu membekalkan sehinggan 15 gram protein. Jumlah ini nampak kecil, tapi bagi kanak-kanak ia sangat besar. Bekalan protein dari Meal Shake tidak dapat ditandingi oleh suplemen protein jenama lain. Protein dalam Meal Shake juga diperoleh daripada nonfat dry milk.
  • Tanpa bahan tiruan: kandungan Meal Shake terjamin 100% semulajadi.
  • Tiada vitamin sintetik: tak semua vitamin dihasilkan daripada sumber makanan semulajadi. Bagaimanapun, Shaklee telah memastikan semua vitamin dan mineral yang terkandung dalam produk-produk Shaklee termasuklah Meal Shake. Mineral zat besi (iron) dalam Meal Shake contohnya adalah ferrous fumarate iaitu mineral dari sumber makanan semulajadi.


Meal Shake Atasi Masalah Kesihatan Kanak-kanak
Siapa yang sesuai ambil Meal Shake:

  • Anak yang tidak berselera makan: boleh menaikkan selera makan selain rasanya yang sedap
  • Anak yang kurang berat badan: mengandungi protein, vitamin dan mineral yang lengkap selain jumlah kalori yang sesuai untuk anak-anak
  • Anak yang kerap jatuh sakit: 19 nutrisi penting memastikan kesihatan anak bertambah baik selain membantu meningkatkan sistem imun
  • Anak yang berpuasa: membekalkan tenaga dalam bentuk protein yang lebih lambat dihadamkan berbanding karbohidrat, maka tenaga dibebaskan perlahan-lahan untuk satu tempoh
  • Anak yang kerap sembelit: mengandungi serat yang membantu proses penghadaman dan penyahtinjaan.
  • Anak obesiti: memberi rasa kenyang lebih lama dengan kalori sederhana untuk mengelakkan anak-anak kerap makan
  • Anak aktif: sebagai snek atau kudapan bagi anak yang aktif. Mudah dan cepat disediakan selain membekalkan tenaga berterusan.


Jika berminat untuk dapatkan Meal Shake, boleh hubungi saya di 012-7807365. Setiap pembelian akan menerima jadual makan vitamin dan jemputan ke secret group eksklusif untuk pelanggan saya. Di situ saya kongsikan pelbagai tawaran istimewa, hadiah dan tips-tips untuk kehidupan sihat.

ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Announcement: HerbLax Is Back!

Assalamualaikum.

RM0.00 Shaklee : Pls be informed that Peppermint, Zinc, HerbLax, Adv JointHealth, Chewable-C, HerbalBlend & Cinch Vanilla are now available





.

Ok. Boleh kata semua vitamin dah restok di HQ Shaklee. Herbal Blend pun dah ada. Yang paling penting, HerbLax yang menjadi kegilaan ramai dah kembali. 

Siapa nak buat tempahan, boleh hubungi saya. Stok sangat terhad. Dan terus-terang, saya tak pasti berapa banyak stok ada di HQ. Macam beberapa minggu lepas masa HerbLax restok, pagi tu dibuka untuk jualan, tengahari dah langsai. Licin. Melepas. Hihi.

Tapi kali ini jangan risau, ada beberapa botol masih available. Siapa cepat dia dapat.



Tawaran Keahlian Percuma!

Assalamualaikum.

Saya nak tawarkan keahlian percuma kepada pembaca budiman yang berminat untuk jadi ahli Shaklee, terutamanya peminat, pengamal, dan pengguna yang baru pertama kali mahu mencuba VIVIX. Sebab banyak sangat kebaikan VIVIX Shaklee ni, sayang kalau anda tak ambil kesempatan sempena promosi November 2013 ini untuk dapatkan dengan harga yang lebih murah.

Yup. Memang VIVIX Shaklee mahal. Sebab kualitinya sangat tinggi. Keberkesanannya pun terbukti selain selamat dan semulajadi.

Saya sendiri dah order beberapa botol untuk stok kegunaan sendiri :)

Jadi jika anda mahukan keahlian percuma melalui pembelian Shaklee, jangan risau. Tak perlu beli set 6 percuma 1 tu. Sekadar dua (2) botol Shaklee anda dah layak dapat keahlian percuma, penghantaran percuma dan bonus tunai pertengahan bulan berikutnya.

Nak beli set 6 percuma 1? Ini yang anda dapat:

  • Percuma 1 Vivix bernilai RM475
  • Percuma 2 botol COQ Health Plus bernilai RM248
  • Percuma Membership bernilai RM65
  • Percuma Postage bernilai RM10
  • Cash Bonus RM240++ (layak terima bonus jika mendaftar sebagai ahli sahaja)
Jumlah penjimatan RM900++. Rugi sangat kalau lepaskan peluang ini. Boleh kongsi beli dengan kawan-kawan dan saudara-mara. Boleh juga beli untuk mulakan bisnes Shaklee anda sendiri. Anda yang putuskan.

Jangan lepaskan peluang.



VIVIX Shaklee Lebih Baik Daripada Resveratrol

Assalamualaikum.

Apa itu resveratrol? Resveratrol adalah sejenis polifenol yang dihasikan tumbuhan tertentu dalam keadaan tertentu dan dikatakan mempunyai sifat mampu melindungi tubuh manusia dari kerosakan yang disebabkan oleh kanser atau penyakit berkaitan jantung. Resveratrol juga mampu mengelakkan kerosakan pada salur darah, mengurangkan kolestrol jahat dan menghalang berlakunya darah beku.

Resveratrol juga mengandungi antioksidan yang tinggi, bahan yang boleh mencegah obesiti dan diabetis. Selain itu reveratrol juga mampu mengurangkan keradangan dan pembekuan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung. Dan sifat resveratrol yang sering mencuri tumpuan ialah fungsinya sebagai anti-penuaan.

Kebaikan Resveratrol:

  • Melanjutkan usia: mampu merangsang mekanisme pertahanan tubuh badan, bertindak melawan ancaman kesihatan terhadap individu yang mengamalkan diet tinggi-lemak, memperbaiki genetik, memperbaiki metabolisme insulin dan glukos yang tidak normal.
  • Metabolisme dan ketahanan fizikal: mampu meningkatkan kemampuan untuk melakukan aktiviti fizikal, mengoptimumkan kadar metabolise dalam tubuh, mengaktifkan gen yang menggalakkan penghasilan tenaga.
  • Menghalang kanser: dikatakan mampu mengurangkan jumlah dan mengecilkan saiz tumor, dan menggalakkan proses apoptosis (pematian sel kanser).
  • Penyakit jantung: mengurangkan keradangan, menghalang pengoksidaan kolestrol LDL (kolestrol jahat), menyukarkan platlet untuk berkumpul dan menyebabkan berlaku sumbatan pada salur darah yang boleh mengakibatkan serangan jantung.
  • Penyakit Alzheimer's: dikatakan boleh melindungi sel otak dan menghalang pembentukan plak.
  • Diabetis: menghalang penolakan insulin.




VIVIX Shaklee
Mengandungi empat (4) bahan aktif yang tinggi dengan kandungan resveratrol dan polifenol yang lain. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Shaklee, maka terhasillah Vivix, yang mempunyai resveratrol dan campuran phytonutrient yang diperolehi dari anggur muscadine yang telah menunjukkan 10 kali lebih berkesan dari pengambilan resveratrol semata-mata.

Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati, dan ia adalah anggur terbaik kerana ia hidup secara semulajadi dalam cuaca yang ekstem. Semakin buah anggur itu terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resevratrol yang tinggi!




MENARIK TENTANG VIVIX
  • Satu sudu teh Vivix mengandungi resveratrol yang bersamaan dengan 3000 gelas wain merah...pastinya alternatif terbaik bagi muslim
  • 2500 kajian diterbitkan terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam Vivix
  • Bahan yang digunakan mempunyai potensi lebih 10 kali ganda dari resveratrol semata-mata dalam memperlahankan penuaan sel
  • Mempunyai lebih dari 15 polyphenol termasuk ellagitannins yakni antioksidan semulajadi
  • Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi tanpa pewarna tiruan, pemanis, perasa, alkohol dan pengawet
  • Semestinya halal
  • Dipatenkan eksklusif untuk Shaklee


Keratan Media:





Testimoni Antarabangsa:






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...