"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Lecithin: Kuruskan Badan dan Lain-lain Kelebihan


Assalamualaikum.

Produk untuk dibincangkan hari ini: Lecithin. Kenapa lecithin? Sebab Lecithin ini salah satu produk terlaris saya. Jadi saya nak cerita serba sedikit kenapa ramai sangat yang suka ulang beli Lecithin ini. Semoga apapun kebaikan yang mereka dapat dari produk ini akan turut dikongsi oleh pengguna lain, inshaAllah.

Kepentingan Lecithin:
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin:
Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian.
Kolin – satu komponen neurotransmitter.
Asetikolina – membekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak dan sistem saraf.
Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Kegunaan Lecithin bukan setakat untuk pecahkan lemak dan kuruskan badan (walaupun itu sebab utama kebanyakan pelanggan amalkan Lecithin). Tanpa mereka sedar, banyak lagi kebaikan Lecithin yang mereka terima. Cuma selepas mereka amalkan baru mereka perasan perubahan-perubahan lain selain berat badan yang semakin menurun. Berikut antara kebaikan Lecithin.

Paling Utama
Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
Memecah serta mencairkan lemak terutamanya kolestrol.
Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
Membantu kawal paras triglycerides.
Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh-pembuluh darah.
Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

Penting Untuk Fungsi Otak
Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dll.
Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan tanpa masalah. Jika tidak, fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) juga adalah lecithin.

Untuk Warga Emas
Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
Mengurangkan berlakunya masalah pembuluh tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dll.

Untuk Penghadaman
Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

Untuk Sel Tubuh
Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
Choline dan lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

Untuk Kesihatan Kardiovaskular (Sistem Jantung)
Fungsi utama lecithin sebagai "Fat Emulsifier" amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

Jadi untuk anda yang pentingkan kesihatan dan kecantikan tubuh badan, Lecithin memang produk terbaik untuk mengawal berat badan dan paras kolestrol dalam darah. Sambil-sambil sihat, anda dapat tubuh yang anda idamkan.

Dan sudah tentu, harganya sangat murah. Lebih murah jika anda hubungi saya terus untuk pembelian :)


WM RM52.50 / EM RM55
180 capsules
Tahan 6 bulan



Petua Rawat Batu Karang.

Assalamualaikum.

Petua ni saya dapat daripada facebook Dr. Hamid Arshat. Bolehlah follow beliau, memang selalu beliau post info-info kesihatan khasnya kesihatan wanita. Gambar-gambar yang beliau post kadang-kadang boleh buat kecut perut. Tapi kalau tak kecut perut tak datang kesedaran pula pada kita untuk jaga kesihatan seawal usia muda macam saya ni. Uhuk uhuk.

Jadi saya rasa terpanggil untuk kongsi petua ini dengan semua. Jom baca apa petua Dr. Hamid tentang cara nak hilangkan batu karang ni.

Batu karang dalam hempedu
Satu petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu ( Gall Bladder Stones)
  • Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turut
  • Hari ke-6 jangan makan malam
  • Pada pukul 6 petang hari ke-6: makan satu camca garam Epsom (magnesium sulphate) yang boleh dibeli dari farmasi
  • Pukul 8 malam hari ke-6: ulang makan garam Epsom
  • Pukul 10 malam hari ke-6: Campurkan satu cawan (250 ml) minyak zaitun atau minyak bijan dan setengah cawan jus lemon segar (perah 3 biji lemon). Campur minyak zaitun dengan jus lemon dan minum.
  • InshaAllah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.
Sumber: Dr. Hamid Arshat


Penyakit batu karang ni dah jadi perkara biasa sekarang. Boleh kata dalam sebuah keluarga mesti ada anggota yang pernah alami. Saya belum pernah lagi. Tapi sudah dua ahli keluarga terdekat saya diserang batu karang baru-baru ini saja, salah seorangnya sudah terlalu teruk hingga terpaksa menjalani pembedahan buang hempedu. Ya, buang hempedu terus. Dan kalau dirisik-risik, sebenarnya pembedahan buang hempedu ni bukan perkara asing lagi dalam dunia perubatan di Malaysia. Kenapa begitu?

Mungkin disebabkan faktor pemakanan rakyat Malaysia yang berubah berbanding dulu. Bila suami isteri bekerja, tak ada masa untuk memasak di rumah. Penyelesaiannya dengan membeli makan luar, sedangkan makanan yang dijual itu dimasak supaya sedap, bukan supaya pemakannya sihat. Sudah tentu dalam masakan tersebut penuh dengan perisa dan perasa tambahan yang tak baik untuk kesihatan. Tak baik macam mana tu? Selain membuat buah pinggang dan perut bekerja lebih keras untuk mencerna makanan, perasa tambahan dalam makanan juga boleh menyebabkan mendapan dalam buah pinggang dan hempedu. Mendapan ini yang nanti mengeras menjadi batu. Kolesterol tak payah katalah, memang tinggi. Kolesterol yang tinggi dalam darah akan menyebabkan salur darah tersumbat. Hasilnya, tekanan darah jadi tinggi.

Macam-macam penyakit kalau nak diceritakan satu-satu memang tak pernah habis. Kebanyakan penyakit zaman moden ini disebabkan oleh pemakanan yang tak seimbang. Jadi cubalah kawal pemakanan. Cubalah makan makanan yang sihat. Masaklah kalau sempat, tak perlu meriah-meriah, masak ringkas-ringkas lagi sedap sebenarnya.

Selamat menjaga kesihatan. Ingat orang yang tersayang :)



63 Petua Rumahtangga

Assalamualaikum.

Usia perkahwinan saya dan En. Qusyairi baru mencecah setahun. Ok, lebih tepat lagi satu tahun dan 24 hari. Dalam usia perkahwinan yang masih muda, boleh tahan banyak naik turun asam garam rumahtangga yang kami dah lalui bersama. Puncanya perkenalan kami yang singkat sebelum diijabkabul. Tapi perkenalan singkat itu yang menjadikan perkahwinan kami lebih manis bila percintaan lebih mendalam setelah bernikah.

Menjadi suami isteri dalam keadaan belum habis mengenali satu sama lain, kami sentiasa berusaha memperbaiki diri dan menambah bahagia dalam rumahtangga. Ingat lagi ketika beberapa bulan pertama perkahwinan, En. Qusyairi rajin betul berkongsi post-post facebook tentang rumahtangga, menjadi suami / isteri yang diredhai Allah swt dan apa-apa saja yang boleh menjadi panduan untuk menguatkan ikatan rumahtangga. Semua post tersebut beliau tag saya. Dari situ kami belajar sedikit demi sedikit mengubah diri supaya lebih toleransi dan saling menyayangi. Sehingga saat ini, dalam pada usia perkahwinan yang baru tamat tahun pertama kami sudah saling memahami satu sama lain. Malah semakin bahagia menjalani rumahtangga hingga kebanyakan masa tak sanggup rasanya bila tak bersama.

Jadi saya nak berkongsi beberapa petua yang anda-anda yang sedang sama-sama melayari rumahtangga. Semoga kita semua saling mendapat manfaat dari petua-petua ini :)

oleh: Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

  1. Doa yang berterusan.
  2. Patuh ajaran agama.
  3. Murah dengan pujian.
  4. Murah dengan khidmat.
  5. Murah dengan belaian kasih sayang.
  6. Murah dengan sentuhan.
  7. Mencari kebaikan pasangan.
  8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
  9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
  10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
  11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
  12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
  13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
  14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
  15. Tolak-ansur.
  16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
  17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
  18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
  19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
  20. Sanggup berkorban buat pasangan.
  21. Menghormati pasangan.
  22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
  23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
  24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
  25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
  26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
  27. Meletakkan hak kepada pasangan.
  28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
  29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
  30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
  31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
  32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
  33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
  34. Memahami peranan ‘pasangan’.
  35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
  36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
  37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
  38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
  39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
  40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
  41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
  42. Sentiasa berterus terang.
  43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
  44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
  45. Elakkan salah pasangan.
  46. Cari titik pertemuan.
  47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
  48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
  49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
  50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
  51. Seimbangkan hubungan dari segi: 
    • mental, pendidikan dan ilmu
    • Emosi
    • Fizikal dan ekonomi 
    • Sosial
    • Spiritual
  52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
  53. Tidak terlalu mengongkong.
  54. Tidak bertindak bersendirian.
  55. Memberi peluang untuk berbeza:
    • Pendapat atau pandangan
    • Hobi
    • Kegemaran
    • Makanan
    • Cita rasa
    • Warna pilihan dan pelbagai
  56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
  57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
  58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
  59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
  60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
  61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
  62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
  63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Untuk dijadikan panduan. Dan dipraktikkan. Dan sebagai rujukan bila sesekali termasam muka. Aish. Sayang En.Qusyairi saya banyak-banyak sangat. Hingga sampai syurga :)

Hamil: Pergerakan Bayi Dalam Kandungan


Assalamualaikum.

Ibu-ibu hamil, terutamanya yang hamil anak pertama, mesti selalu tertanya-tanya: Bilakah kali pertama saya dapat merasa bayi saya bergerak?

Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan. Jika ini adalah kehamilan anda yang pertama, mungkin mengambil masa bagi anda untuk mengenalpasti bahawa sensasi seolah-olah ketukan lembut dari dalam perut itu adalah sebenarnya pergerakan bayi anda. Anda mungkin akan mula menyedarinya kira-kira dalam minggu ke-18 dan minggu ke-20, atau lebih lambat daripada itu.

Jika anda sudahpun mempunyai anak, anda pasti tahu tanda-tandanya. Anda mungkin mula menyedari pergerakan bayi anda kira-kira di antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.

Gambar igsan Google.
Apakah yang sedang dibuat oleh si kecil di dalam perut?

Imbasan ultrabunyi (ultrasound) boleh menunjukkan apa yang sedang dibuat oleh bayi anda. Kebanyakan pergerakan bayi bermula lama sebelum anda menyedarinya:

Pada minggu ke-7 hingga minggu ke-8, bayi anda mula membuat pergerakan am, seperti membengkokkan badan ke tepi dan bergerak apabila terkejut.

Pada kira-kira minggu ke-9, bayi anda mula mengalami sedu, menggerakkan tangan atau kaki dengan sendiri, menghisap dan menelan.

Pada minggu ke-10, dia boleh melentur dan memalingkan muka, mengangkat tangan untuk menyentuh mukanya, menganga dan mengeliat.

Pada minggu ke-11, dia boleh menguap.
Pada minggu ke-14, dia boleh menggerakkan matanya.

Secara beransur-ansur, pergerakan bayi anda menjadi cukup kuat untuk anda merasainya. Tidak lama selepas itu, anda akan kerap merasa dia mengetuk atau menendang apabila dia meregangkan tangan dan kakinya.

Bayi anda tidak akan bergerak sepanjang masa sebab. Seperti anda juga, ada masa-masanya dia hanya mahu berehat dan tidur. Menjelang penghujung kehamilan, dia akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang, kerana anda tidak akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya.

Bagaimanakah pergerakan bayi saya dari minggu ke minggu?

Anda tidak akan dapat merasai kesemua pergerakan bayi anda. Sesetengah pergerakan berlaku sekejap sahaja dan tidak sempat untuk anda merasainya. Anda lebih berkemungkinan merasai pergerakan-pergerakan yang berlangsung lebih daripada beberapa saat. Berikut ialah panduan mengenai pergerakan apa yang dijangka anda boleh merasanya dan bila:

Dari minggu ke-20 hingga ke-24

Aktiviti bayi anda akan bertambah secara beransur-ansur dari minggu ke minggu. Ketika ini, anda akan menyedari bahawa bayi anda lebih aktif pada siang hari di mana dia banyak membuat pergerakan menendang dan balik kuang (somersault).

Dari minggu ke-24 hingga ke-28

Anda mungkin mula menyedari apabila bayi anda mengalami sedu. Apabila ini berlaku, anda akan rasa seperti tersentak-sentak. Karung amnion (ketuban) anda pada ketika ini mengandungi sebanyak 750ml cecair yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Anda juga mungkin menyedari bahawa dia akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat secara tiba-tiba.

Pada minggu ke-29

Bayi anda akan mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan dia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.

Pada minggu ke-32

Anda mungkin menyedari pergerakan bayi anda memuncak ketika ini. Selepas ini, jumlah pergerakan yang anda rasa akan berkurangan. Ini adalah normal kerana dia tidak mempunyai banyak ruang untuk bergerak.

Mulai kira-kira minggu ke-36

Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama kerana otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut.

Pergerakan utama yang anda akan rasa pada peringkat ini ialah pukulan tangan dan kaki bayi, dan dia juga akan membuat tendangan kuat yang agak memeritkan pada tulang rusuk anda.

Sekiranya ini bukan kehamilan anda yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh anda dijangka bersalin.

Baca lebih lanjut mengenai bagaimana untuk tahu bila sudah tiba masa bersalin.

Dari minggu ke-36 hingga ke-40

Badan bayi kini lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi menghisap jari dan jika jarinya terlucut, anda akan merasa pergerakan yang pantas dan perit. Ini kerana dia sedang memusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri untuk mencari jarinya semula!

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesarannya juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang.
Pergerakan dan posisi di peringkat akhir kehamilan
Pada minggu-minggu terakhir, kedudukan bayi akan tetap dalam mangkuk pelvis anda, sedia untuk dilahirkan. (Sekiranya ini tidak berlaku, dapatkan nasihat mengenai bagaimana meletakkan bayi anda dalam posisi optimum untuk kelahiran.)

Kepala bayi anda terasa seakan-akan sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis dan membuatkan anda agak berhati-hati ketika hendak duduk.

Apabila kepala bayi turun lagi ke dalam pelvis, anda akan rasa "ringan", kerana tekanan pada bawah tulang rusuk anda kini tidak begitu kuat.

Pada peringkat ini juga, anda tidak akan merasa pergerakan keseluruhan badan bayi. Sebaliknya, anda mungkin menerima tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, berdasarkan posisi bayi. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda.

Ada masanya bayi anda akan diam dan berehat dan ada masanya dia sangat aktif, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring dan hendak tidur!
Berapakah tendangan yang patut saya rasakan dalam satu hari?
Semasa anda sedang sibuk, anda mungkin kurang menyedari pergerakan bayi anda. Anda akan lebih menyedari pergerakan ini semasa anda sedang duduk berehat.

Kajian aktiviti fetus menunjukkan bahawa pergerakan bayi semasa dalam rahim menunjukkan pola berjaga dan tidur yang berlainan. Tiada jumlah tendangan yang boleh dianggarkan secara purata. Namun begitu, setelah sampai ke peringkat akhir kehamilan, anda mungkin sudah mengenal pasti dan boleh menentukan pola pergerakan bayi anda.
Saya tidak merasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang?
Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Jika anda mahukan kepastian, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak:

Baring mengiring (dengan mengampu punggung) dan jangan bergerak.

Angkat kaki ke atas dan relaks.
Mainkan muzik kepada perut anda.

Tidak lama dahulu, wanita hamil sering dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan fetus. Anda perlu merekod berapa kali pergerakan bayi berlaku sehingga anda mendapat jumlah 10 tendangan, sebaik-baiknya pada masa yang sama setiap hari.

Dapatkan suplemen untuk kehamilan yang baik untuk kesihatan ibu dan anak dari Shaklee. Set ini mengandungi vitamin B-Complex, multimineral dan multivitamin Vita-Lea, Vita-C, serbuk protein ESP, kalsium dan magnesium OsteMatrix serta tambahan minyak ikan yang kaya dengan DHA dan EPA OmegaGuard (untuk trimester kedua dan ketiga).

Set Kehamilan Trimester 1

Set Kehamilan Trimester 2 dan 3
Ibu-ibu yang berminat boleh hubungi saya untuk mendapatkan set kehamilan ini pada harga terendah. Para pelanggan saya juga layak mendapat konsultasi eksklusif dan akan dijemput menyertai secret group eksklusif yang dikendalikan oleh pakar-pakar Shaklee. Di secret group ini anda boleh membincangkan masalah kesihatan dan kecantikan semuanya sekali. Jangan ketinggalan :)


Kelebihan OsteMatrix Shaklee.

Assalamualaikum.

Di bawah ni contoh-contoh makanan yang baik untuk kesihatan dan kekuatan tulang.


Kebanyakan makanan tersebut dalam bentuk sayuran dan kekacang. Tapi tahukah anda semasa proses memasak, banyak nutrisi yang tersimpan dalam makanan termusnah disebabkan oleh haba yang tinggi? Jadi walaupun anda mengamalkan pengambilan sayuran dan susu setiap hari, belum tentu keperluan kalsium harian anda mencukupi.

Kekurangan kalsium dalam badan boleh menyebabkan pelbagai implikasi. Sebanyak 99% jumlah kalsium dalam badan disimpan dalam gigi dan tulang, baki 1% pula dalam darah. Sekiranya tubuh kekurangan kalsium, simpanan kalsium dalam gigi dan tulang akan digunakan sekaligus menyebabkan kerapuhan gigi tulang atau osteoporosis. Kandungan 1% kalsium dalam darah pula penting untuk mengawal tekanan darah dan degupan jantung yang normal.

Penuhi keperluan kalsium dan magnesium harian anda dengan OsteMatrix. OsteMatrix oleh Shaklee mengandungi nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh badan iaitu antaranya kalsium, magnesium, boron, vitamin D, zink dan kuprum. Bagaimana nutrien ini membantu kesihatan badan?

Kalsium
Bukan saja membina tulang dan gigi, kalsium turut membantu menetapkan ritma jantung, mengatasi masalah insomnia, mengawal pergerakan gizi keluar dan masuk membran dan membantu pembekuan darah. Kalsium juga sangat penting dalam membantu mempertahankan fungsi sistem saraf dan otot serta buah pinggang selain mengurangkan kolestrol dalam darah.

Magnesium
Membantun mengelakkan kekejangan pembuluh darah yang dipercayai menjadi punca sakit kepala dan migrain. Kajian yang dibuat ke atas magnesium membuktikan ia dapat mengurangkan sakit kepala dan migrain serta mengurangkan kekerapan berulangnya sakit tersebut.

Vitamin D
Vitamin yang penting untuk penyerapan kalsium. Tanpa Vitamin D, kalisum tak dapat diserap oleh tubuh dan boleh terkumpul dalam ginjal dan pundi kencing menyebabkan batu karang.

Bagi individu dewasa, jumlah ambilan kalsium harian yang dicadangkan ialah 1000mg sehari. Sebiji caplets kalsium OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. 
WM RM61 / EM RM65
120 tablet
Tahan 1 - 2 bulan


10 Sebab Kenapa Harus Pilih OsteMatrix Shaklee
  1. Merupakan suplemen kalsium yang lengkap dan mudah diserap oleh tubuh kerana mengandungi Vitamin D , magnesium, mangan, kuprum , zink, Boron dan vitamin K.
  2. Merupakan vitamin semulajadi.
  3. Mudah ditelan dan diserap oleh tubuh
  4. Saiz hidangan bagi 1 kaplet OsteMatrix ialah 250mg, maka, mudah bagi kita mengira sendiri berapakah dos yang diperlukan oleh tubuh. Sebagai cotoh, jika kita dah minum 2 gelas susu hari ni, makanlah 2 kaplet Ostematrix saja.
  5. Keberkesanannya disokong oleh ujian klinikal yang diiktiraf.
  6. Dihasilkan daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati (sumber kalsium jika dihasilkan dari Dolomite, tulang, cangkerang tiram dll mungkin tercemar dengan karbon dan logam berat)
  7. Tidak menyebabkan enapan kalsium dalam ginjal dan pundi kencing serta mencegah batu karang kerana ia mengandungi magnesium dengan kadar yang seimbang dengan Vitamin D dan kalsium.
  8. Mengandungi mangan, boron dan kuprum sebagai "simen" untuk pelekatan tulang yang kuat.
  9. Vitamin K dalam supplemen ini membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang
  10. Meningkatkan paras kalsium dalam darah dalam masa 12 jam saja.
Jika berminat untuk mendapatkan suplemen kalsium terbaik di pasaran ini, jangan segan-segan untuk menghubungi saya. Saya akan pastikan anda mendapat tawaran harga terendah selain konsultasi eksklusif daripada saya. Selain itu, para pelanggan saya juga akan dijemput ke secret group eksklusif yang dikendalikan oleh pakar-pakar Shaklee yang boleh membantu dalam permasalahan kesihatan dan pengambilan suplemen anda. Hanya untuk pelanggan saya saja.



Petua Mudah Hamil.

Assalamualaikum.


Khusus buat pasangan suami isteri yang masih belum dikurniakan zuriat.

Dalam rancangan Tanyalah Ustaz ada dikongsikan satu petua bagaimana untuk mudah hamil. Kepada anda-anda yang puas berusaha dengan bermacam-macam cara, jangan mudah berputus asa. Masih boleh ikhtiar lagi.

Cubalah pula petua / amalan berikut:

  • Ambil 4 biji buah kurma, suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji.
  • Kemudian, buang biji kurma tu 
  • Kisarkan kurma tadi bersama susu kambing
  • Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut suami isteri seorang segelas.
  • Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
  • Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

Gambar ihsan Google.
InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz tersebut, setakat ni maklumbalas yang diterima kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah swt jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hamba-Nya.

Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain


Sukar Hamil?

Assalamualaikum.

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan sebaya yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman-teman semua dah bertiga, berempat, kita masih berdua.

Sebelum kita persoalkan takdir, cuba fahamkan secara saintifik dahulu kenapa terjadinya masalah sukar hamil. Jangan saling tuding jari antara suami isteri, tapi selamilah dengan fikiran dan hati yang terbuka, masalah boleh jadi disebabkan keadaan kesihatan isteri, suami atau kedua-duanya sekali.

Gambar ihsan Google.
Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:
  • Tiub fallopio tersumbat
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur kecil dan tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiroid
  • Fibroid

Penyebab biologi di kalangan lelaki:
  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dll

Penyebab-penyebab dari faktor luaran bagi lelaki dan wanita:
  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan dari bahan kimia
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Jika masalah anda disebabkan oleh faktor biologi, suami isteri dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat pakar perubatan dalam bidang reproduktif agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal. Namun sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang boleh menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok.

Mengambil supplement (vitamin dan mineral) untuk menambah kesuburan
Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan suplemen seperti multivitamin dan multimineral, B-complex, vitamin C, vitamin E, minyak ikan, zink dan alfalfa. Setiap vitamin ini menmpunyai fungsi berbeza, sama ada untuk mengoptimumkan tahap kesihatan suami dan isteri


Produk Shaklee Untuk Bantu Tingkatkan Kesuburan


  1. Vita-Lea: Kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea jugadapat membantu ereksi bagi lelaki.
  2. B-Complex: Vitamin-vitamin B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami / isteri. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma.
  3. Vita-C: Sebagai vitamin yang menjaga kesegaran sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
  4. Vita-E & Selenium: Bekerja bersama-sama dengan vitamin C sebagai anti-oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita-E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
  5. OmegaGuard: Omega-3 dan Omega-6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan. Turut membantu membakar lemak dan mengurangkan berat badan bagi suami / isteri yang mengalami ketaksuburan disebabkan beratbadan berlebihan.
  6. Zinc: Meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.
  7. Alfalfa: Membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.


Banyaknya suplemen, mana satu yang perlu ambil? Semua sekalikah?

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba dan ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil suplemen di bawah sebagai permulaan:

  • Untuk Suami : Set Family Wellness (Vitalea + B-Complex + Vita-C) bersama Vita-E dan Zinc.
  • Untuk Isteri : Set Family Wellness (Vitalea + B-Complex + Vita-C) bersama Vita-E + Alfalfa
Gambar ihsan Google.
Apapun, ini cuma ikhtiar untuk meningkatkan kesuburan dan menambah peluang mendapatkan anak. Sebaik-baik ikhtiar adalah doa dan keyakinan terhadap qada' dan qadar Allah swt. Semoga setiap daripada kita dikurniakan bahagia :)


Cantikkan Kulit: Masker ESP dan Vitamin E Shaklee.

Assalamualaikum.

Saya dah pernah cerita tentang beberapa vitamin Shaklee yang sesuai untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Bukan wajah saja, tapi seluruh tubuh. Yang belum saya cerita lagi ialah bagaimana anda, pelanggan-pelanggan saya yang begitu berharga, boleh mempelbagaikan kegunaan vitamin Shaklee untuk lebih mencantikkan lagi wajah anda.

Ya.

Jika selama ini anda cuma minum ESP dan makan Vita-E, sekarang anda boleh gunakan kedua-dua produk ini sebagai ramuan masker wajah. Buat apa beli di kedai jika kita boleh buat sendiri di rumah? Sudahlah dapat jimatkan wang (masker-masker komersil di pasaran boleh mencecah puluhan ringgit untuk beberapa kali pakai saja), kandungannya juga sedia maklum selamat, berkesan dan dijamin halal. Tak ada was-was dan sudah tentu tidak mengandungi pengawet atau bahan kimia yang tidak baik untuk kesihatan.

Gambar ihsan Google.
Bagaimana cara membuat masker Shaklee? Senang saja. Anda cuma perlukan tiga bahan berikut:

  • 1 sudu yogurt asli
  • 1 sudu ESP
  • 1 biji Vita-E

Cara-caranya mudah. Anda cuma perlu cucuk kapsul Vita-E dengan jarum untuk keluarkan ekstrak Vita-E. Tak perlu picit semua sekali, sebiji kapsul Vita-E boleh digunakan untuk 2-3 kali. Kemudian campurkan yogurt, ESP dan Vita-E sekaligus dan gaul rata (macam main masak-masak pula). Voila! Homemade masker yang kaya dengan protein dan vitamin E anda sudah siap. Boleh sapukan ke muka dengan rata, biarkan lebih kurang 15 minit atau sehingga kering. Kemudian cuci muka seperti biasa.

Minyak Vita-E mungkin tidak hilang jika wajah dicuci dengan air biasa, jadi boleh gunakan pencuci muka untuk lebih bersih. Waktu terbaik untuk menggunakan masker ini ialah sebelum tidur malam atau selepas mandi pagi.

Harap maaf, gambar tak mengikut skala sebenar :p

Alternatif lain, anda boleh juga pakai masker yogurt dan ESP selepas mandi pagi dan sapukan Vita-E saja sebelah malam sebelum tidur. Tak ada salahnya. Mana-mana cara yang sesuai dengan anda boleh diaplikasikan. Boleh baca testimoni berikut.


Selamat mencuba :)


Tips Ringkas Bercuti.

Assalamualaikum.

Entri kali ini nak tukar topik. Asyik cerita pasal suplemen dan vitamin, sekali sekala kita kongsi ilmu lain jugalah. Jadi hari ni nak berkongsi tips pergi bercuti. Tak ada tips apa sangat pun, cuma berkongsi pengalaman kami yang suka pergi berjalan-jalan. Kadang bercuti dirancang, selalunya tak rancang terus redah ikut gerak hati. Hehe.

Minggu lepas En. Qusyairi dan saya baru pulang daripada bulan madu di Kota Bandung, Indonesia sempena ulangtahun pertama pernikahan kami. Dah setahun rupanya kami berkahwin, rasa seperti baru semalam beliau add saya di facebook. Oh ya, kami berkenalan di facebook (walaupun kami bekerja di tempat yang sama dan pejabat beliau cuma selang sepintu dari pejabat saya). Sebulan berkenalan, kami putuskan mau berumahtangga. Dua bulan kemudian keluarga En. Qusyairi datang merisik saya. Dua bulan berikutnya kami bertunang. Dan tiga bulan selepas bertunang kami selamat dinikahkan. Semua sekali tujuh bulan saja tempoh masa sejak pertama kali kami berkenalan di facebook hingga saat kami diijabkabulkan.

Secara tak sengaja kami sama-sama suka bercuti.

Tangkuban Parahu, Bandung


Ok taknak melalut panjang-panjang, berikut tips ringkas jika anda ingin bercuti ke mana-mana.

  • Tempah tiket penerbangan lebih awal (lebih baik jika sedang promosi). Selain jimat kos penerbangan, anda ada masa untuk menyimpan wang belanja ketika bercuti nanti.
  • Untuk jimatkan kos hotel, tempah tiket pergi pagi supaya sampai ke destinasi ketika waktu check-in hotel. Tiket balik pula waktu petang selepas check-out.
  • Jika tiket penerbangan awal pagi atau tengahari, tempah makanan dalam penerbangan sekali. Lebih murah berbanding pembelian terus dalam pesawat.
  • Tempah bilik hotel seminggu sebelum bercuti. Kalau tempah awal, mana tau percutian terpaksa dibatalkan nanti rugi wang tempahan.
  • Tempah hotel menggunakan laman web seperti Agoda.com, Booking.com, Asiarooms.com dll. Laman begini biasanya menawarkan harga lebih rendah berbanding tempahan terus dengan hotel. 
  • Bayaran tempahan menggunakan kad kredit membolehkan anda mengumpul points.
  • Jangan bawa terlalu banyak barang. Anda boleh menggunakan khidmat mencuci pakaian yang disediakan oleh hotel, atau boleh cari kedai dobi di sekitar hotel anda. Kalau pergi ke tempat-tempat pelancongan biasanya ada jual t-shirt yang murah, jadi boleh beli t-shirt baru kalau taknak dobi pakaian.
  • Ketika mengemas beg, letak pakaian dalam di bahagian bawah sekali, terutamanya hand luggage. Tentu anda tak mau orang lihat pakaian dalam anda sekiranya imigresen minta anda buka beg untuk diperiksa.
  • Had cecair yang dibenarkan dibawa ke kabin bagi penerbangan antarabangsa cuma 100ml saja.
  • Ketika menempah bilik hotel, semak jika internet disediakan di bilik atau di lobi saja lebih-lebih lagi jika ke luar negara. Macam kami pakai handphone yang tak boleh tukar kad sim, memang harapkan internet saja untuk sampaikan khabar kepada mak ayah di kampung yang kami dah selamat sampai. Taknak buat orang tua risau waktu kita bergembira, ye tak?
  • Rancang bagasi anda. Kalau pergi satu bagasi, balik belum tentu masih satu bagasi. Kalau bercuti sambil membeli-belah, bawalah bagasi kosong lebih.
  • Tengok ramalan cuaca di kawasan percutian. Kalau perlu sewa kenderaan sepanjang bercuti.
  • Untuk wanita, bawalah beg sisi yang lebih besar, boleh muat payung lagi baik. Kalau tak, minta suami bawa beg galas. Bawa tisu ke mana-mana.
  • Bawa pelembab bibir dan pelembab kulit. Cuaca panas atau sejuk, kulit pasti akan kering terutamanya bila tinggal dalam bilik hotel yang berpenghawa dingin. Kalau banyak aktiviti luar, bawa krim pelindung matahari sekali.
  • Jika percutian panjang, atau sekurang-kurangnya empat hari, potong kuku sebelum bercuti. Rimas kalau kuku panjang, kan. Tak bersih pun ya.
  • Bawa pill case! Tentu anda taknak terlepas makan vitamin untuk kesihatan ketika bercuti. Tak perlu bawa botol-botol vitamin, sediakan dalam pill case mengikut berapa hari anda bercuti. Boleh tengok gambar pill case saya di bawah.
Untuk stok seminggu, pill case ini saya beli kurang dari RM10 di Guardian.

Banyak lagi yang nak dikongsi. Tapi cukuplah sampai sini dulu. Yang lain tu rasanya ramai boleh fikirkan sendiri. Selamat bercuti :)


Kepentingan Omega-3 DHA dan EPA kepada Kanak-Kanak.


Assalamualaikum.

Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan untuk mendapatkan nutrisi seimbang antara karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral, dan vitamin. Terdapat juga beberapa jenis lemak yang perlu di ambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linoleik asid dan alpha-linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan kerana badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh didapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu dan keju. Alpha-linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega-3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.

Selain itu, contoh Omega–3 yang lain ialah seperti EPA (Eicosapentanoic acid) dan DHA (Docosahexanoic asid). Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak.

Omega-3 dan -6 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia. Dalam buku “Omega 3 Oils – A practical guide” turut menyediakan  maklumat  penting mengenai peranan prostaglandins.

Antaranya seperti berikut:

  • Sistem imun badan – terutamanya di dalam tindak balas alergik.
  • Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
  • Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
  • Suhu badan – memastikan suhu badan manusia normal.
  • Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.


Kesimpulannya,  untuk perkembangan kanak-kanak yang optimum, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi mendapat khasiat yang seimbang. Contoh makanan yang kaya dengan Omega-3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam (kaya dgn Omega-3) dan kekacang.

Masalah kekurangan Omega-3 dalam diet harian boleh dibantu dengan pengambilan suplemen Omega yg lengkap dengan DHA dan EPA. Omega Guard Shaklee mengandungi Omega-3 asli yang memenuhi gred farmasi. Kajian menunjukkan kandungan Omega-3 dalam Omega Guard Shaklee dapat membantu meningkatkan kesihatan jantung, sendi dan otak. Omega Guard dihasilkan melalui proses pelbagai peringkat penyulingan molekul bagi memastikan hasil yang berkualiti tinggi. Produk ini turut mengandungi minyak ikan asli yang diekstrak daripada ikan air sejuk dengan kandungan EPA dan DHA yang lebih tinggi berbanding jenama komersil yang lain dan tidak mengandungi kolestrol. Saiznya yang lebih kecil berbanding saiz minyak ikan jenama lain turut memudahkan kanak-kanak menelan.


WM RM136 / EM RM140
90 kapsul
Tahan 3 bulan

Jika berminat untuk mendapatkan suplemen Omega Guard Shaklee, jangan segan silu untuk berhubung dengan saya dan dapatkan konsultasi percuma. Saya menawarkan harga terendah khas untuk pelanggan saya.


Bakar Lemak dengan Omega-3 Fatty Acid.


Assalamualaikum.

Omega 3 boleh bakar lemak? Selama ni selalu sangka minyak ikan cuma bagus untuk otak saja. Nampaknya ada persaingan bagi Lecithin dalam set kuruskan badan Shaklee. Tapi jangan risau. Lecithin dan Omega Guard dua-duanya berkesan, cuma bezanya pada harga dan keberkesanannya. Biasalah, produk yang lebih mahal tentu lebih berkesan, kan. Tapi tak bermaksud produk yang lebih murah tak berkesan pula. Terpulang kepada bajet dan keperluan masing-masing.

Dalam minyak ikan terdapat bahan dikenali sebagai Omega Fatty Acid yang mengandungi DHA dan EPA.
Jadi betulkah omega ini boleh membakar lemak?

"Fish oil supplements may help overweight people and people with high blood pressure to lose weight, according to the National Institutes of Health. Omega-3 fatty acids or polyunsaturated fatty acids, are found in fish oil. They are considered essential to your diet because your body can't make them." [Sumber]

Bagaimana Omega Fatty Acid Membakar Lemak 
Omega-3 fats membantu tubuh membakar lemak dengan meningkatkan tindak balas tubuh terhadap hormon Leptin (leptin adalah perkataan dari bahasa Greek yang bermaksud kurus). Leptin menghantar isyarat kepada tubuh (lebih tepat lagi, otak) untuk mengawal selera makan sekaligus mengurangkan jumlah pengambilan makanan untuk mengekalkan atau mengurangkan berat badan. Leptin turut meningkatkan metabolisme tubuh dengan cara menambah output tiroid (tiroid adalah organ yang mengawal metabolisme tubuh). Selain itu, leptin turut membakar lemak untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh.

Jika tubuh tidak bertindak balas dengan baik terhadap leptin, perkara sebaliknya yang akan berlaku. Badan cepat merasa lapar dan anda mula makan dalam jumlah banyak menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan.

Omega-3 fats boleh ditemui dalam ikan salmon, kuaci, kekacang, suplemen Omega-3 dan lebih 79 sumber makanan yang lain.


Tiga cara lagi bagaimana Omega-3 fats membantu anda membakar lemak ialah:
  • Omega-3 fats membantu anda mengawal rasa lapar dengan mentabilkan aras gula dalam darah
  • Satu kajian yang dijalankan di Australia menunjukkan pengambilan Omega-3 fats ketika bersenam dapat membantu membakar lebih banyak lemak.
  • Kajian di Jepun dan Republik Czech pula mencadangkan Omega-3 fats menghalang pembentukan lemak tubuh yang hodoh. Kajian yang sama turut mencadangkan Omega-3 fats menggalakkan pembakaran lemak dalam tubuh.

[Sumber]

"A 2001 study published in the May 2002 edition of "Obesity Research" discovered that rats fed fish oil gained less weight than rats fed soybean oil. Furthermore, a 2004 study published in "Lipids" confirms the link between weight loss and fish oil as rats with an omega-3 rich diet exhibited reduced levels of fat and leptin. Leptin is a hormone which regulates the appetite and is generally lower in individuals with low body fat content. The 2004 study in "Lipids" concludes that DHA fat oil reduces the accumulation of body fat by restricting the hypertrophy and hyperplasia of fat cells. "Mosby's Medical Dictionary" explains that hypertrophy and hyperplasia refers to an enlargement of cells and an increase in cell production, respectively." [Sumber]

Artikel ditulis oleh: Adaa

Sekiranya anda mengamalkan set kuruskan badan Shaklee, kini anda mempunyai pilihan: sama ada untuk membakar lemak menggunakan Lecithin atau Omega Guard.

WM RM136 / EM RM140
90 kapsul
Tahan 3 bulan


Dalam entri lain saya akan ceritakan kebaikan Omega Guard selain untuk membakar lemak. Selamat membakar lemak, menguruskan badan dan menjaga kesihatan :)


Vitamin C: Anti-Oksidan Untuk Kesihatan dan Kecantikan Kulit

Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita tentang Vitamin C. Vitamin C telah digunakan sejak tahun 1940-an untuk menyembuhkan penyakit kulit dan mengurangkan proses penuaan. Proses penuaan berlaku disebabkan oleh radikal bebas dan faktor usia. Akibat dari tindak balas radikal bebas tersebut menjadikan kulit kita rosak, kusam, berkedut-kedut serta muncul pigmen-pigmen hitam pada kulit.

Fungsi vitamin C adalah sebagai bahan anti-oksidan untuk melawan radikal bebas di dalam badan kita.

Vitamin C juga meningkatkan daya ketahanan dalam tubuh kita serta mempercepatkan proses pemyembuhan sekali gus meningkatkan jaringan kulit menjadikan kulit awet muda. Vitamin C dengan fungsi anti-oksidannya berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan akibat serangan radikal bebas serta menghalang sinaran matahari yang boleh menimbulkan gangguan pada kulit. Proses terakhirnya menjadikan kulit lebih sihat, cantik, bersih, bersinar dan cerah.

Fakta Tentang Vitamin C

  • Vitamin C adalah sebatian organik yang diperlukan di dalam tubuh setiap hari. Vitamin C dapat menguatkan keupayaan tubuh kita menyembuhkan penyakit.
  • Kekurangan Vitamin C menyebabkan penghasilan kolagen yang lemah dah tidak sihat, menyebabkan pemulihan kulit yang lambat. Kekurangan yang berpanjangan akan menyebabkan skurvi. Badan kita memerlukan Vitamin C yang cukup untuk kekal sihat dan cantik.
  • Tubuh kita tidak boleh menghasilkan atau membina Vitamin C dengan sendirinya.
  • Vitamin C adalah sebatian yang larut air, apabila berlebihan dengan mudah dikeluarkan daripada tubuh.
  • Vitamin C mudah musnah di bawah haba, sinaran ultra ungu, aditif makanan, bahan kimia pertanian dan mudah dioksidakan jika terdedah pada udara. Kebanyakkan Vitamin C di dalam makanan kita sudah musnah sebelum makanan dimakan disebabkan dimasak terlalu lama, suhu masakan terlalu tinggi, disimpan terlalu lama juga terdedah pada udara.


Manfaat Vitamin C

  • Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah
  • Menghalang skurvi (penyakit yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin C dalam badan, dikenal pasti melalui simptom gusi bengkak dan berdarah, pendarahan di bawah kulit dll)
  • Mempertingkatkan sistem pertahanan badan
  • Menguatkan dinding salur darah
  • Menolong pembentukan tisu gentian
  • Membantu pembentukan kartilej, tulang dan gigi yang sihat
  • Mengurangkan kedut pada kulit
  • Membaiki parut pada kulit
  • Mencegah penurunan payudara dan punggung
  • Menjadikan kulit lebih cerah
  • Menghilangkan jerawat dan pigmentasi
  • Menjaga kesihatan otot dan mencantikkan / menghaluskan kulit
  • Membantu penghasilan kolagen dalam badan iaitu bahan yang dapat meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit
  • Melambatkan proses penuaan dan menghaluskan pori-pori pada kulit.

Hujung bulan April ini stok Vitamin C 100mg akan tiba di Malaysia. Tempahan boleh dibuat mulai sekarang untuk pastikan ada stok untuk anda. Saya berani jamin, sebaik saja Vitamin C ini mula dijual, stok akan sangat cepat habis dan berkemungkinan tak ada stok untuk tempoh lama seperti yang berlaku sebelum ini. Jadi order Vitamin C 100mg anda daripada saya sekarang. Mesej saya untuk harga minimum.

WM RM37.50 / EM RM40
90 tablets
Tahan 1 bulan



Terapi Hati: Bahagia Itu Pilihan

Assalamualaikum.

Entri kali ini nak lari sikit daripada topik biasa saya: vitamin dan Shaklee. Untuk entri ini saya nak berbual tentang terapi hati.

Manusia mana tak dilanda masalah? Insan mana tak dilanda kecewa? Siapa saja yang tak dilanda patah hati? Saya bersyukur dikurniakan insan-insan tersayang yang selalu saya boleh harapkan. Bila-bila saya dilanda masalah, bila-bila saya dilanda kecewa, saya cuma perlu hubungi mereka dan mereka tak pernah kecewakan saya. Selalu ada untuk mendengar, dan kerap juga menawarkan bantuan untuk membantu mengurangkan masalah saya.

Saya sangat bersyukur dengan kehadiran mereka.

Ada masanya orang-orang yang saya harapkan ini tak dapat bersama berkongsi masalah saya. Mereka pun ada komitmen mereka juga. Tapi saya masih ada kucing busuk kesayangan saya, Siti Kuning yang selalu buat muka comel dan pandai tenangkan hati saya yang lara. Dah lebih tiga tahun saya bersama Siti Kuning, beliau selalu ada dalam susah dan senang saya. Sejuk hati lihat Siti Kuning tidur di riba.

Kalau orang-orang yang saya harapkan tiada, Siti Kuning pula keluar bermain dengan kawan-kawan, saya masih punya diri sendiri. Tak ada sebab untuk mengalah. Tak ada sebab untuk terus kecewa. Bangkit dan berusahalah mengubah perasaan negatif itu. Saya ini bukan milik sesiapa, saya ini cuma milik Allah swt. Jadi kenapa saya mau rosakkan ciptaan Allah swt yang sangat mulia dan indah iaitu hati seorang manusia? Biar tak ada sesiapa disamping saya, saya punya Allah swt yang tak pernah biarkan saya sendirian terus kecewa. Kembalilah kepada-Nya.

Gambar ihsan Google

Jadi anda semua di luar sana, jangan sedih dan jangan kecewa. Hidup ini terlalu indah untuk disia-siakan dengan melayan perasaan kecewa. Selamat bergembira :)


Power Pumping: Teknik Mengepam untuk Tambah Penghasilan Susu Ibu


Assalamualaikum.

Sejak saya berkongsi tentang set penyusuan, ramai ibu-ibu yang bertanyakan tentang set tersebut. Masalah yang kebanyakan mereka hadapi ialah susu merudum. Memang saya boleh cadangkan beberapa suplemen Shaklee yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu, tapi harapan saya kalau boleh ibu-ibu berikhtiarlah terlebih dulu untuk meningkatkan susu ibu secara semulajadi. Bukan nak kata suplemen tak bagus, tapi cubalah dulu. Janganlah ibu-ibu terlalu bergantung pada suplemen.

Salah satu teknik untuk meningkatkan penghasilan susu ibu yang ibu-ibu semua boleh amalkan ialah power pumping. Jom baca apa itu power pumping, siapa yang perlu amalkan teknik ini dan bagaimana kaedah melakukannya. Semoga mendatangkan manfaat kepada semua.

Apa itu Power Pumping?
Power pumping merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan penghasilan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

  1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu
  2. Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak setelah berhenti menyusukan
  3. Ibu yang kekurangan susu akibat daripada perubahan hormon, haid, kurang mengepam dll dan berusaha untuk memperbanyak susu.

Gambar ihsan Google

Kaedah
Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 20 minit, kemudian kiri 20 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Double pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 20 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping sekali sehari, seelok-eloknya pada waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada waktu ni.

Power Pumping di Hujung Minggu 
Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang hujung minggu, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasil?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata, teruskan misi sehingga mendapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, inshaAllah dipermudahkan Allah swt.

Tips Umum Mengepam

  • Bagi ibu-ibu muslim, cuba tidur awal dan bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya solat sunat tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati dan minda akan membuahkan hasil yang lebih, inshaAllah.
  • Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45 minit ke 1jam selepas pengambilan.
  • Letakkan gambar / selimut / bayi anda di sebelah untuk mudah dilihat. Ini membantu rangsangan hormon penghasilan susu ibu.
  • Tandem nursing: biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
  • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa disusukan. Jadi mengepam selepas menyusukan membantu untuk mengosongkan payudara dan menghasilkan lebih susu.
  • Pam setiap 2 - 4jam sekali.
  • Berbaiklah dengan diri anda: apa saja jumlah yang diperolehi, bersyukurlah dan senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik. InshaAllah :)
  • Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh setiap sesi / hari supaya anda dapat monitor progres dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain.
Selamat mencuba dan selamat menyusukan bayi anda :)



Testimoni: Kecantikan Kulit

Assalamualaikum.

Memiliki kulit sihat berseri memang menjadi impian setiap wanita. Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit membeli produk kecantikan komersil yang bermacam jenis di pasaran. Di situ sebenarnya sudah berlaku salah faham yang tersangat sering terjadi dalam masyarakat umum. Soalnya kenapa beli produk kecantikan? Anda sepatutnya memilih produk kesihatan, bukannya kecantikan, supaya anda dapat mengecap kecantikan dari dalam. Bukan melalui kosmetik atau topeng warna pura-pura yang anda sapu di wajah setiap hari.

Saya nak berkongsi testimoni yang diterima dari pelanggan Shaklee yang telah mencuba set kecantikan kulit Shaklee. Ada sesetengahnya tak beli set kecantikan kulit, sebaliknya set-set lain seperti set penyusuan, kehamilan dan berpantang Shaklee. Namun hampir kesemua mereka mendapat bonus yang tak tersangka: kulit wajah dan tubuh menjadi sihat dan berseri.

Jom baca apa kata mereka :)

Pengguna yang mengamalkan set penyusuan.

Cuma amalkan alfalfa dan ESP





Mereka sudah merasa kebaikan Shaklee. Anda bagaimana?


Simptom dan Penyebab Krisis Penyembuhan

Assalamualaikum.

Sebelum ini saya ada ceritakan tentang krisis penyembuhan. Kali ini jom lihat apa contoh krisis penyembuhan yang biasa berlaku.

Mana satu yang anda alami?
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Sumber dipetik dari sini.

Jika anda mengalami sebarang simptom seperti di atas ketika mengambil vitamin kesihatan Shaklee, jangan risau. Semoga anda cekal menghadapi krisis penyembuhan dan segera sembuh. Jangan khuatir dan jangan cepat mengalah. Saya doakan kesihatan anda cepat pulih lebih baik dari sebelumnya. Amin.


Krisis Penyembuhan: Anda Rasa Semakin Teruk Selepas Mengamalkan Vitamin Shaklee?


Assalamualaikum.

Ada antara pelanggan yang mengadu kesihatan mereka semakin teruk selepas mengamalkan vitamin Shaklee. Ada yang tak tahan sampai mahu berhenti. Jangan risau. Apa yang anda alami itu dinamakan sebagai krisis penyembuhan, iaitu proses penyembuhan yang berlaku sebelum anda mencapai kesihatan yang lebih baik. Berikut saya sertakan beberapa soalan yang biasanya diajukan oleh pelanggan berkaitan krisis penyembuhan.




Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 
Krisis penyembuhan merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul di dalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 
Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan. Tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat serta kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru. Anda juga akan mendapat kesihatan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 
Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang simptom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologi semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simptom yang sama semasa krisis penyembuhan? 
Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. Ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (contohnya tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik dll). Sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  • Tidak mengamalkannya setiap hari
  • Tidak mengikut dos yang telah dicadangkan
  • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  • Mengalami masalah emosi
Dalam entri seterusnya saya akan kongsikan beberapa krisis penyembuhan yang biasa dialami oleh pelanggan yang menghidap penyakit-penyakit tertentu. 

Selamat membaca. Kuatkan semangat, tingkatkan keyakinan dan bertawakal dengan setiap ikhtiar anda untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik. Yakinlah sesungguhnya tiada penyembuhan tanpa izin Allah swt.



Shaklee Mencantikkan Kulit Anda!

Assalamualaikum.

Dulu ada musim orang makan jamu untuk dapatkan kulit sihat. Waktu umur saya lebih kurang 19 tahun, seorang kawan baik yang sebaya dengan saya turut terpengaruh makan jamu dan menggunakan produk kosmetik tradisional untuk melicinkan kulit wajah. Pendapat jujur daripada saya, kulit wajah kawan saya itu tak bermasalah pun sebenarnya. Cuma dia sendiri terlalu risau. Dia cuma berjerawat sedikit, dan biasalah bagi kami yang ketika itu masih belajar, kulit jadi kusam dan gelap kerana banyak terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum. Kulit wajah dia biasa-biasa saja, cuma tak secantik pelakon-pelakon dan model-model di kata tv. Itu saja.

Nak bandingkan dengan saya, wajah saya berjerawat merah dan tak pernah kurang sepanjang bulan. Waktu kitaran haid, makin banyak jerawat naik di wajah saya. Nampak sangat jelas, mungkin sebab kulit saya sedikit cerah. Masalah ini saya sudah alami sejak Tingkatan 5 dan tak pernah berhenti hinggalah saya bekerja. Cuma bezanya saya tak berapa kisah tentang wajah saya. Tapi kawan saya tadi sangat ambil berat tentang wajah dia. Dan akhirnya ketika umur kami 19 tahun, dia mula mengamalkan produk kecantikan tradisional: sabun, krim serta termasuk juga mengamalkan jamu-jamu.

Kosmetik topeng diri anda. Gambar ihsan Google.
Hasilnya: memang wajah dia jadi putih dan licin. TAPI setiap pagi saya terseksa mendengar dia merintih ketika menyapu krim di muka kerana kulit mukanya terasa sakit dan sangat panas. Sampai berair matanya. Jamu-jamu yang dia makan berbau busuk, saya sendiri tak berselera nak cuba. Wajahnya pula, cantik dan putih kerana mengelupas. Habis kulit wajah jadi kemerahan. Bila berpanas mulalah naik ruam-ruam. Kalau berpeluh jadi merah sangat. Sangat ketara kulit wajah dia telah mengelupas hingga jadi sangat licin. Saya sedih tengok kawan saya begitu.

Nak cantikkan wajah biarlah secara sihat. Cuma satu wajah yang kita ada, cuma satu tubuh yang kita ada. Jika kita salah jaga, takkan ada gantinya. Sebab itu saya ingin berkongsi tentang set kecantikan kulit yang diperkenalkan oleh Shaklee. Set yang membantu anda mendapatkan kulit cantik, berseri dan mulus dengan cara meningkatkan kesihatan kulit anda dari dalam. Jom tengok apa yang terdapat dalam set kecantikan kulit oleh Shaklee ini.

Set Asas Kecantikan Kulit

Set Penuh Kecantikan Kulit

Set Kecantikan Kulit oleh pengedar vitamin terkemuka dunia Shaklee mengandungi vitamin-vitamin asa kesihatan badan iaitu B-Complex, Vita-C, Vita-E, GLA Complex dan juga produk terlaris Energizing Soy Protein (ESP). Sebelum anda mula membeli dan mengamalkan vitamin-vitamin ini (dan mana-mana vitamin / suplemen sekalipun), saya sangat galakkan dan suka jika anda baca dan fahami bagaimana makanan tambahan boleh membantu meningkatkan kesihatan (dan sekaligus kecantikan) diri. Biarlah apa pun yang kita amalkan dalam hidup kita ini berasaskan ilmu, bukan mengikut-ikut orang lain semata-mata.

Jadi jom baca bagaimana vitamin-vitamin Shaklee dapat membantu meningkatkan kecantikan kulit anda.

WM RM53.75 / EM RM56.25
120 tablet
Tahan 4 bulan

B Complex
Turut dikenali sebagai vitamin kecantikan. Bukan saja kecantikan luaran, malah kecantikan dalam juga. Vitamin B Complex sangat penting kepada fungsi tubuh manusia sama ada lelaki atau wanita. Hampir kesemua set produk Shaklee mengandungi vitamin ini kerana ia adalah asas kepada kesihatan badan dan emosi. Vitamin B Complex Shaklee lengkap dengan kesemua kumpulan vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. Pentingnya semua vitamin kumpulan B ini cukup diterima oleh tubuh adalah untuk mengurangkan stress. Individu yang mudah tertekan, cepat letih dan lesu sangat digalakkan untuk mengambil vitamin B Complex setiap hari.


WM RM37.50 / EM RM40
90 tablets
Tahan 1 bulan

Vitamin C
Selain bertindak meningkatkan imunisasi dan antihistamine semulajadi dalam tubuh, Vitamin C juga merupakan sumber penghasilan kolagen dalam tubuh. Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan anjal, kolagen ini sangat penting dan boleh dihasilkan dengan mencukupi sekiranya badan menerima Vitamin C yang mencukupi. Selain itu, Vitamin C juga bertindak sebagai ant-ioksidan yang berfungsi megurangkan jankitan demam, selesema dan batuk.

WM RM149 / EM RM154
120 capsules
Tahan 4 bulan

Vitamin E
Vita-E merupakan vitamin yang sesuai untuk kecantikan kulit, melindungi kapilari darah, untuk kesihatan seksual dan sejenis anti-oksidan yang kuat. Vita-E mungkin menyebabkan krisis pemulihan terhadap sesetengah orang, contohnya mungkin akan berasa kulit menjadi lebih kering atau tumbuh jerawat kecil. Ini adalah normal, maka perlulah minum air kosong mengikut saranan iaitu 2.5L - 3L sehari. Dengan pengambilan dalam jangkamasa panjang dan konsisten, Vita E boleh melembapkan kulit serta memberi kesan awet muda.

WM RM91.25 / EM RM95
60 capsules
Tahan 2 bulan

GLA Complex
Sebagaimana ramai wanita gemar amalkan makan Evening Primrose Oil (EPO) untuk menstabilkan hormon, GLA Complex juga mempunyai fungsi yang sama. Ramai wanita mengalami masalah jerawat dan kenaikan berat badan disebabkan hormon. Sebab itu penting untuk menstabilkan hormon, kerana bimbang akan menyebabkan masalah kulit yang lebih serius dan fungsi kewanitaan juga mungkin terganggu. Yang paling menakutkan, bimbang akan mengurangkan peluang memiliki cahaya mata kerana waktu subur yang tak menentu. GLA Complex dapat membantu menstabilkan hormon. Secara tak langsung, jerawat akankurang dab kitaran haid akan lebih teratur.

Vitamin Tambahan Lain
Bagi yang memang mempunyai muka berjerawat, pengambilan set ini akan lebih berkesan sekiranya mengambil tambahan Alfalfa ( sebagai detoks harian) atau HerbLax (detoks di hujung minggu) kerana toksin yang banyak dalam badan boleh menjadi punca jerawat. Untuk mengecutkan jerawat, Zinc Complex amat disarankan sebanyak sebiji sehari. Zinc juga mempunyai khasiat untuk menguatkan sistem imun.

WM RM53.75 / EM RM56.25
330 tablets
Tahan 3 bulan setengah

WM RM97.50 / EM RM102.50
700 tablets
Makan sehingga 3 biji sehari
Tahan sehingga 7 bulan


WM RM33.75 / EM RM35
120 tablets
Tahan 4 bulan


Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang set kecantikan kulit Shaklee ini, jangan segan-segan untuk berhubung dengan saya. Konsultasi adalah percuma dan tiada paksaan dalam pembelian. Cuma berkongsi ilmu dan maklumat yang berguna secara percuma. Selamat memiliki kulit yang sihat :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...