"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Energizing Soy Protein: Kebaikan dan Segala yang Anda Patut Tahu


Pengambilan protein membantu penghasilan sel baru dalam badan. Dengan terhasilnya sel-sel baru, fungsi sel-sel mati dan sel-sel lama dapat digantikan segera oleh sel baru yang lebih sihat dan efisien. Jom baca apa kelebihan dan kebaikan protein.
Sumber protein dalam diet harian. Gambar ihsan Google

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN
Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila protein dalam masakan musnah, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang masih ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan terutamanya masakan bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Sel-sel bergabung membentuk tisu. Tisu-tisu bergabung membentuk organ. Dan organ-organ bergabung membentuk sistem (contohnya sistem pernafasan, peredaran darah, perkumuhan, penghadaman). Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein (lebih-lebih lagi protein yang berkualiti) sel yang sihat akan mudah terbentuk menggantikan sel yang lama dan mati.

PENTINGKAH PROTEIN?
Tubuh kita memerlukan protein untuk berfungsi! Protein adalah asas kepada semua sel hidup. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang lemah dan kurang sihat. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormon, enzim, antibodi and neurotransmitter (penghantar maklumat dalam otak).

Sebanyak 25% daripada tubuh badan manusia adalah berasaskan protein – kuku, rambut, kulit, otot-otot semuanya adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller (PhD, Baylor Universiti) dalam bukunya membuat perumpamaan manusia adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek protos bermaksud ‘the first’. Badan manusia terdiri daripada :
  • 66% air
  • 25% protein
  • 8% lemak
  • 1% kombinasi mineral dan vitamins 100%

TAHUKAH ANDA ?
Shaklee adalah syarikat pertama yang mencipta suplemen protein berasaskan kacang soya. Pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970-an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
ESP adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaik pulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik dalam setiap hidangan. Ia diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

WM RM150 / EM RM155
850 gram
Tahan sehingga 3 bulan

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY
Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):
  1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
  2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
  3. Liver (penyakit hati)
  4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
  5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
  6. Low blood sugar (kandungan gula dalam darah rendah)
  7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
  8. Peptic ulcer (Ulser perut / usus)
  9. Poor wound healing (Luka lambat sembuh)
  10. Poor blood circulation (Pengaliran darah tidak lancar)
  11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
  12. Irritability (Badan menggeletar)
  13. Fatigue (Letih lesu)
  14. Weakness (Lemah)
  15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
  16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
  17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

KELEBIHAN ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
  • Membantu membina dan perbaiki sel-sel badan, dari sel hingga terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • Menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung. Setiap hidangan membekalkan 50% daripada nilai harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.
  • Kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menopous.
  • Indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah.

APA YANG ANDA DAPAT DENGAN MENGAMALKAN ESP

Pelajar / pekerja / individu dewasa:
Sebagai energy booster  tenaga setiap pagi dan mengurangkan rasa lapar, bonus kepada yang ingin mengawal berat badan.

Lelaki:
Melindungi dari penyakit hati, jantung etc.

Ibu hamil:
Kehamilan yang lebih sihat - perkembangan fetus berjalan lancar, kurang rasa tak selesa di hujung kehamilan.

Wanita:
Keanjalan dan kesihatan kulit - protein sangat penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Bekas jerawat yang berwarna hitam terjadi disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati pada parut jerawat tersebut.

Sekian untuk perkongsian. Semoga artikel ini mendatangkan kebaikan.

notakaki:
Saya sendiri mengamalkan minum satu sudu ESP yang dibancuh bersama serbuk koko setiap pagi (dan malam sebelum tidur kalau rajin). Masalah keletihan yang saya alami memang terasa berkurang sejak saya minum ESP dan mengamalkan beberapa vitamin Shaklee yang lain. Paling seronok bila selepas sebulan, kakak saya puji kulit wajah makin berseri (saya memang ada masalah kulit berminyak dan tona tak sekata, almaklumlah malas jaga muka). Saya tak sedar, dan tak harap pun untuk cantikkan kulit, tapi itu bonus yang saya terima daripada amalan minum ESP setiap pagi. Saya suka :)


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...