"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Gemukkah Anda?

Assalamualaikum.

Kurus. Siapa taknak, kan? Semua orang nak kurus. Tapi sebelum anda cuba pelbagai produk menguruskan badan yang terdapat di pasaran (termasuklah yang akan saya ceritakan dalam entri-entri akan datang), anda kena faham apa yang dimaksudkan dengan berat badan berlebihan.

Ramai wanita-wanita (dan semakin ramai lelaki juga) merasakan diri mereka gemuk, sedangkan mereka sebenarnya memiliki berat badan sihat. Kenapa jadi begitu? Sebab dalam zaman metropolitan ini kita terbiasa disogok dengan idea kurus itu cantik. Kita terbiasa menilai orang yang memiliki lemak badan sebagai pelahap, tiada daya tahan diri dan mengalami masalah emosi. Sedangkan mereka sebenarnya selesa dengan diri, pemakanan dan gaya hidup harian mereka. Mereka tidak bergelut untuk kelihatan kurus tapi sebenarnya terseksa untuk mengekalkan berat dan bentuk badan yang memudaratkan kesihatan mereka. Jadi sebelum anda kategorikan diri anda gemuk tanpa sebab yang munasabah, ukur berat badan anda dan tentukan sama ada anda benar-benar gemuk atau ianya cuma dalam fikiran anda saja.

Anda juga rasa begitu?

Adakah Berat Anda Berlebihan?
Hanya kerana badan anda tak sekurus model-model peragaan, jangan salah sangka kononnya anda gemuk. Anda boleh ukur sama ada anda memiliki berat badan yang sihat atau tidak dengan menggunakan indeks jisim badan (body mass index - BMI). Ingat! Kata kuncinya di sini ialah berat badan sihat, bukannya kurus.

Anda boleh mengira BMI menggunakan aplikasi yang disediakan di laman ini, atau anda boleh juga mengira sendiri menggunakan formula seperti berikut:
Contoh: Bagi seseorang dengan ketinggian 1.60 m dan berat badan 60 kg, BMI yang dikira ialah 60 / (1.6 x 1.6) = 23.48

Nilai BMI yang telah dikira boleh dirujuk kepada jadual di bawah untuk mengetahui sama ada berat badan anda kurang, ideal, berlebihan atau mungkin juga obesiti.

Standard kategori BMI
Daripada jadual ini barulah anda boleh kategorikan diri anda dalam kumpulan berat badan yang mana. Kemudian barulah anda tahu apa tindakan yang perlu anda ambil: sama ada menaikkan, mengekalkan atau mengurangkan berat badan anda. Dalam contoh yang kita kira tadi, BMI 23.48 tergolong dalam berat badan ideal / normal / sihat. Jadi tak perlu risau untuk kuruskan badan (walaupun angka 60 kg bunyinya seolah-olah seorang yang gemuk).

Selamat mengira BMI masing-masing. Dan jangan sesekali merendahkan diri anda hanya kerana berat badan tak seimbang. Ada cara untuk mengatasinya. Dan paling penting sekali, bersyukur dan hargai nikmat kesihatan yang Allah swt beri :)


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...