"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Faktor Yang Mempengaruhi Metabolisme dan Berat Badan.


Assalamualaikum.

Ramai yang berpendapat, menurunkan berat badan adalah mudah. Ya, ia mudah bagi mereka yang makan secara sihat dan bersenam. Tapi ia akan jadi sukar apabila ada faktor lain yang mempengaruhi penurunan berat badan. Jom lihat apakah faktor-faktor tersebut.

Faktor Keturunan
Sejarah keluarga dan genetik boleh mempengaruhi berat badan. Kenal-pasti susur-galur keluarga dan juga kenal pasti siapa antara saudara-mara yang mengalami obesiti. Berkemungkinan susah untuk turun berat badan kerana faktor keturunan ini mempengaruhi di mana lemak disimpan dan juga selaju mana metabolisme bekerja.

Jantina
Lelaki dikurniakan dengan kadar metabolisme yang tinggi kerana mereka mempunyai jumlah otot lebih banyak berbanding wanita. Wanita mempunyai kadar metabolisme yang lebih perlahan kerana secara amnya, mereka perlu menyimpan lemak untuk kesuburan dan mengandung. Jadi lelaki lebih senang menurunkan berat badan.

Umur
Apabila umur meningkat, kadar metabolisme semakin perlahan. Bermula dari umur 20-an, kadar ini turun secara purata 1% setiap tahun, bersamaan kenaikan berat 1 - 2 kg setahun.

Jenis Bentuk Badan
Epal atau pear? Di mana lemak disimpan mempengaruhi kadar metabolisme.

  • Bentuk badan epal: Cenderung untuk  menyimpan lemak di bahagian abdomen. Golongan ini mempunyai metabolisme yang lebih cepat dan mudah menurunkan berat badan, namun mereka mempunyai risiko mendapat penyakit seperti jantung, diabetes jenis 2 dan kanser. 
  • Bentuk badan Pear: Cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian punggung dan peha. Golongan ini mempunyai kadar metabolisme yang perlahan dan lambat dalam proses penurunan berat. Namun golongan ini mempunyai risiko rendah terhadap penyakit berkaitan berat badan.


Jisim Otot
Lelaki mempunyai lebih otot berbanding wanita, bermaksud lebih tinggi kadar metaboliknya. Ini merana otot ialah tisu aktif yang membakar kalori dan mengeluarkan haba. Lebih banyak otot, lebih banyak pembakaran berlaku. Kadar purata lemak yang dibakar otot ialah 35 - 50 kalori sehari.

Jisim Lemak
Lebih banyak lemak di dalam badan, lebih perlahan kadar metabolisme kerana lemak tidak memerlukan tenaga untuk bertahan.

Tabiat Bersenam
Selalu bersenam sama ada berjalan, berlari, berenang, menari dan sebagainya. Ini ialah cara yang paling efektif untuk menstimulasikan metabolisme badan, membakar lemak dan menambah otot.

Tabiat Pemakanan
Tabiat dan pilihan makanan sangat mempengaruhi metabolisme. Kajian menunjukkan sesetengah tabiat seperti mengelakkan waktu makan, menyekat pengambilan kalori, mengambil lemak berlebihan dan makan lewat malam memperlahankan metabolisme. Jika anda ingin meningkatkan metabolisme, biasakan diri makan secara kerap, dalam kadar yang sedikit dan makan lebih banyak di waktu yang anda paling aktif.

Teori 'Set Point'
Satu teori berkaitan metabolisme ialah teori 'Set Point'. Teori ini menyatakan mekanisma dalaman mengawal berapa banyak berat yang dibawa tubuh. Individu yang mempunyai set point yang lebih tinggi, susah menurunkan berat badan. Jika dia cuba menurunkan berat, badan bertindak menurunkan berat sehingga set point sahaja. Kita boleh mengubah set point badan dengan menurunkan sedikit demi sedikit berat secara perlahan. Ini memberi masa kepada badan untuk ke set point yang baru.

Setakat ini saja untuk entri ini. Jom bakar lemak dan dapatkan berat badan yang sihat :)


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...