"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Kenapa Pn. Noraihan Pilih Shaklee.

Assalamualaikum.

Blog ini banyak bercerita tentang produk saja. Tentu ada pembaca yang nak tahu kenapa saya sendiri pilih produk Shaklee berbanding bermacam-macam jenama vitamin tambahan lain yang ada di pasaran. Ya. Memang sangat banyak jenama vitamin tambahan yang terdapat di pasaran. Nak pilih pun pening kepala. Percayalah, saya sendiri pernah cuba bermacam-macam jenis vitamin daripada pelbagai jenama. Akhirnya Shaklee yang saya benar-benar suka :)

Ceritanya bermula beberapa bulan selepas En. Qusyairi ambil saya sebagai isteri beliau yang halal. Sebelum berkahwin dengan En. Qusyairi, saya memang tak biasa dengan kerja-kerja rumahtangga. Memasak pun tak pandai. Tapi naluri seorang wanita, bila berkahwin memang hati sentiasa mahu gembirakan suami. Jadi masa mula-mula berkahwin dulu, memang sangat rajin saya bangun pagi-pagi masak sarapan, kemudian gosok baju kerja kami suami isteri. Balik kerja pula ke kedai beli barang dapur, sampai di rumah terus masak makan malam. Lepas cuci pinggan mangkuk periuk belanga semua, cuci, sidai dan lipat baju pula. Hujung minggu bergilir-gilir antara balik berjumpa ayah saya di Johor Bahru, atau balik berjumpa mak ayah suami di Perak, dan selalu juga perlu menghadiri kursus dan bengkel di luar daerah. Begitu rutin hidup saya selama beberapa bulan selepas bergelar isteri.

Mula-mula memang semangat kuat. Letih dan penat setiap hari tetap tabah menguruskan rumahtangga. Tapi sampai satu masa, kudrat wanita saya tercabar juga. Saya mula mengalami keletihan yang teruk. Setiap petang sakit kepala, lepas maghrib memang tak larat nak buat sebarang kerja. Mulalah ponteng memasak, beli makanan di kedai saja. Baju-baju pun En. Qusyairi yang bantu cuci dan sidai. Kami berdua berkhidmat dalam bidang akademik. Waktu kami berkahwin dulu sedang cuti semester, taklah teruk sangat beban kerja. Bila kuliah bermula, masalah keletihan saya semakin teruk, lalu akhirnya semua kerja rumah pun saya tak buat.

Kasihan En. Qusyairi :(

Setiap hari melihat En. Qusyairi makan makanan yang dibeli buat saya rasa bersalah. Melihat En. Qusyairi melakukan kerja-kerja rumah buat saya sedih. Semakin dibiarkan, semakin teruk masalah keletihan yang saya alami. Lalu selepas berbincang-bincang dengan En. Qusyairi, kami setuju untuk cuba mengubah gaya hidup kami supaya lebih sihat dan bertenaga.

Hobi kami berjalan. Kalau asyik tak sihat macam mana nak berjalan selalu, kan?

Mula-mula kami cuba biasakan beriadah petang-petang dan hujung-hujung minggu. Susah untuk kami beriadah secara konsisten kerana jadual kuliah kami yang berbeza. Ada harinya kuliah kami berakhir hingga jam 7:00 petang. Hari yang lain ada kuliah jam 8:00 malam pula. Memang tak sempat nak beriadah. Hujung minggu pula selalu pulang ke kampung, juga tak sempat beriadah. Akhirnya sambil-sambil mencari waktu untuk beriadah, kami pilih untuk mencuba vitamin tambahan juga.

Saya memang tak suka makan ubat. Selama saya mengalami masalah keletihan dan sakit kepala yang teruk setiap petang, saya tak ambil ubat tahan sakit langsung. Saya tahan saja rasa sakit itu sendiri. Bila kami pilih untuk mencuba makan suplemen, saya sediakan mental saya untuk menelan kapsul dan tablet setiap hari. Waktu itu kami makan beberapa jenis suplemen: vitamin C, evening primrose oil, fish oil, dan habbatussauda. Semuanya bukan produk Shaklee.

Masalahnya bila kami beli vitamin jenama lain ada dua: pertama, harganya sangat mahal, kedua saya memang susah nak telan kapsul dan tablet tersebut. Tapi saya bertahan juga, walaupun sebulan perlu berbelanja beratus ringgit untuk membeli vitamin yang cuma berapa jenis saja. Makan pula kadang-kadang hingga tersedak-sedak. Hinggalah satu hari seorang kawan berkongsi tentang Shaklee.

Perkara pertama tentang Shaklee yang menarik minat saya ialah harganya yang murah. Dengan nilai yang sama dengan vitamin jenama lain, saya boleh dapatkan bekalan vitamin Shaklee untuk tempoh lebih lama dan lebih banyak jenis juga. Kalau dulu wang beratus ringgit cuma dapat empat jenis suplemen tak sampai sebulan, dengan Shaklee saya dapat 5 hingga 6 jenis vitamin yang boleh bertahan sehingga 3 atau 4 bulan. Menarik, kan?

Saya tak fikir panjang, terus order full pack dan beberapa produk tambahan untuk stok setengah tahun. Lebih seronok bila tahu order saya mendapat keahlian percuma. Alhamdulillah, jimat duit lagi. Seronok sangat bila dapat bungkusan dari pos, sekotak penuh vitamin siap dengan memberkit. Bila buka botol-botol vitamin, mulalah saya ragu-ragu tengok tablet vitamin pelbagai saiz dan warna. Mampu ke saya telan secara konsisten setiap hari?

Sebahagian stok untuk saya sendiri. ESP dua botol kat dapur dah nak habis minum.
Esoknya pertama kali saya cuba makan Vita-Lea dan B-Complex, tak sangka sangat mudah nak telan. Tabletnya tak terlalu kecil, tak terlalu besar. Dan licin. Bila minum air, terus tertelan sekali. Memang tak ada masalah nak amalkan. Setiap malam saya makan OsteMatrix 4 caplets, pun tiada masalah (bila datang malas saya terus telan 4 biji sekaligus). Dan ESP, tersangatlah best! Lepas sebulan saya amalkan ESP sesudu setiap pagi dan malam, kakak saya tegur katanya kulit muka saya semakin berseri. Saya sendiri tak sedar kulit wajah jadi semakin sihat, tapi bila orang dah puji, kembang jugalah semangkuk. Uhuk uhuk.

Itu sebabnya saya pilih Shaklee. Harganya murah, dengan menjadi ahli saya dapat lebih banyak penjimatan lagi. Kesannya sangat ketara. Lesu dan letih tak ada lagi. Sekarang balik kerja boleh masak untuk suami (walaupun dalam keadaan cuaca sangat panas sekarang dapur kami macam sauna!). Lepas masak boleh siapkan kerja mana-mana yang perlu disiapkan. Bangun pagi pun tak ada masalah, cepat bangkit dan terus segar. Oh, dan kulit jadi semakin sihat dan mudah dijaga. Setakat ini memang saya berniat mau terus kekal dengan Shaklee.

Sudah tentu lebih seronok jika lebih ramai dapat sama-sama alami perubahan kesihatan yang menakjubkan seperti yang telah saya alami :)



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...