"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Kuruskan Badan Secara Sihat.

Assalamualaikum.

Nak kuruskan badan? Siapa taknak. Yang dah kurus pun nak lebih kurus lagi. Jangan begitu. Kalau anda sudah miliki berat badan ideal, anda cuma perlu fokus untuk mencantikkan bentuk badan, bukan mengurangkan berat badan. Berat badan tak seimbang cenderung menyebabkan penyakit merbahaya dalam jangka masa panjang.

Bagi yang mengalami masalah berat badan berlebihan, anda kena faham cara-cara untuk mengurangkan berat badan. Amalkan senaman secara konsisten setiap minggu (lebih baik kalau setiap hari), ambil makanan seimbang dan rendahkan pengambilan kalori supaya badan boleh mula membakar lemak-lemak yang sedia ada. Selain itu, anda boleh juga cuba produk suplemen yang boleh membantu mempercepat pengurangan berat badan anda. Macam mana nak pilih produk yang betul? Pastikan anda pilih produk yang selamat, berkesan dan mesra alam. Dan lebih penting lagi, mestilah produk yang halal. Kesemua kriteria ini ada pada produk kesihatan Shaklee.

Shaklee ada menyediakan set vitamin untuk membantu menyelesaikan masalah berat badan anda. Set ini membantu mengurangkan berat badan dengan memfokuskan pada 3 + 1 elemen iaitu:
  • Detox
  • Pecahkan lemak
  • Bina otot
  • Tingkatkan kadar metabolisme

Detox
Detox ialah proses menyingkirkan toksik dari dalam tubuh. Tubuh manusia sentiasa melakukan proses detox ini, terutamanya ketika sedang tidur. Berikut adalah jadual proses detox yang dilakukan oleh badan manusia:

Jadual proses detox oleh badan manusia
Melalui proses detox ini, toksin dan bahan-bahan yang tidak diperlukan dalam tubuh akan disingkirkan sama ada dalam bentuk najis atau peluh. Detox sangat penting dalam proses menurunkan berat badan. Dengan menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh, tubuh dapat berfungsi dengan lebih cekap dan sihat. Pembakaran lemak lebih mudah dan cepat selain mengoptimumkan penggunaan tenaga dalam badan.

Cadangan suplemen untuk detox:
WM RM52.50 / EM RM55
120 tablets
Tak perlu diambil setiap hari


Pecahkan Lemak
Lemak dalam badan bila lama terbiar akan membeku terutamanya lemak kompleks atau dikenali sebagai kolestrol. Kolestrol yang membeku dalam salur darah boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Sebab itu penting untuk memecahkan lemak. Lemak yang dipecahkan / dicairkan akan mengalir dalam darah dan ditapis oleh hati untuk disingkirkan melalui proses detox. 

Cadangan suplemen untuk pecahkan lemak:
WM RM52.50 / EM RM55
180 capsules
Tahan 6 bulan


Bina Otot
Pembinaan otot sangat penting ketika proses mengurangkan berat badan. Ketika mengurangkan berat badan, jumlah kalori yang diambil perlulah dikurangkan sebanyak lebih kurang 500 Kcal supaya badan boleh menggunakan lemak berlebihan dalam untuk ditukarkan kepada tenaga. Bila pengambilan kalori dikurangkan, badan mudah rasa letih.

Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menggantikan karbohidrat dengan protein dalam pemakanan harian. Karbohidrat yang dicerna jika tidak digunakan akan ditukarkan kepada lemak. Sebaliknya jika karbohidrat digantikan dengan protein, otot-otot lebih mudah dibentuk dan sel-sel badan juga akan lebih sihat.

Protein juga penting untuk membekalkan tenaga. Struktur protein yang lebih kompleks memerlukan badan bekerja lebih kuat untuk menukarkan protein kepada tenaga, sekaligus meningkatkan kadar matebolisme badan.

Cadangan suplemen untuk membina otot:
WM RM173 / EM RM181
765 gram
Tahan sehingga 3 bulan



Tingkatkan Kadar Metabolisme
Semakin meningkatnya umur, kadar metabolisma tubuh juga semakin merosot. Kenapa perlu tingkatkan kadar metabolisme? Berbalik semula pada maksud metabolisme iaitu proses menukarkan makanan kepada tenaga. Jika kadar metabolisme rendah, lebih banyak masa diperlukan untuk menukarkan makanan kepada tenaga. Dalam jangka masa itu, tenaga yang dihasilkan tidak mencukupi keperluan badan. Tubuh mendapat isyarat badan kekurangan tenaga dan mula berasa letih dan lesu. Makanan yang tak sempat dicerna pula akan ditukar kepada lemak.

Dengan kadar metabolisme yang tinggi, makanan yang dicerna dapat ditukarkan kepada tenaga dengan lebih cepat. Tubuh dapat membakar lemak dan kalori dengan pantas dan badan juga rasa lebih cergas dan bertenaga. Individu yang berumur 25 tahun ke atas digalakkan untuk meningkatkan kadar metabolisme mereka.

Cadangan suplemen untuk meningkatkan kadar metabolisme:
WM RM133 / EM RM138
28 sticks
Tahan 1 bulan


Tips Tambahan:
Untuk mendapatkan penurunan berat yang konsisten, pastikan anda mengambil langkah-langkah berikut:
  • Rekodkan ukuran dada, pinggang dan punggung (atau mana-mana bahagian lain yang anda mau)
  • Ulang ukur setiap 4 hari dan kenalpasti perbezaannya
  • Minum air 2 - 3 liter sehari untuk membantu tingkatkan kadar metabolisme selain membantu penyerapan vitamin dan mengelakkan dehidrasi.
Mesti sentiasa positif sebab bila berat badan tak turun tak bermakna anda tak kurus. Mungkin otot sudah terbentuk atau kuantiti air dalam badan bertambah. Otot memang lebih berat berbanding berat lemak.

Fokus pada bentuk badan dan ukuran, bukan berat badan semata-mata.

Bagi individu yang mengalami kenaikan berat badan disebabkan hormon tak stabil, anda digalakkan untuk mengambil suplemen GLA Complex. Masalah hormon tak stabil selalunya boleh dikenal pasti melalui kitaran haid yang tak teratur, bahagian tubuh punggung ke bawah lebih besar dan tak seimbang dengan bahagian atas tubuh.
WM RM91.25 / EM RM95
60 capsules
Tahan 2 bulan

Semoga berjaya dalam misi mengurangkan berat badan. Harap entri ini membantu menambah pengetahuan anda untuk mengurangkan berat badan tanpa menjejaskan kesihatan. Dalam entri lain saya akan kongsikan alternatif suplemen untuk mengurangkan berat badan yang lebih mesra ekonomi. Nantikan :)


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...