"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Nutrisi Lengkap Bagi Ibu Hamil.

Assalamualaikum.

Apa khabar ibu-ibu hamil di luar sana? Dan apa khabar juga bayi dalam kandungan? Mesti seronok bila disahkan hamil. Perasaan tentu bercampur-baur antara gembira, teruja, gementar dan kadang-kadang ada yang risau dan keliru. Apa yang dirisaukan tu?

Fitrah mana-mana wanita, memang cepat risau. Saya pernah tulis dalam satu entri dulu, fitrah wanita bila berkahwin tentu mahu sentiasa membahagiakan suami. Itu kalau berkahwin. Kalau hamil macam mana? Fitrah wanita bila disahkan hamil, terus nak berikan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan. Jadi ramai bakal-bakal ibu yang keliru, apa nutrisi yang perlu bagi ibu hamil? Berapa dos yang diperlukan sehari?

Jangan risau-risau. Di sini saya kongsikan keperluan nutrisi harian bagi ibu-ibu hamil.

Sila download untuk mengelakkan sakit mata. Sumber dari BabyCentre.
Selain nutrien di atas, ibu-ibu hamil juga memerlukan protein sebanyak lebih kurang 60 gram sehari (iaitu 10 gram lebih banyak berbanding wanita yang tidak hamil). Nak tahu tentang protein boleh baca di sini: Protein.

Sekian perkongsian hari ini. Semoga mendatangkan manfaat bagi anda yang membaca. Entri seterusnya saya akan cerita tentang suplemen Shaklee yang dapat memenuhi keperluan nutrisi ibu-ibu hamil. Selamat membaca :)


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...