"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Petua Rawat Batu Karang.

Assalamualaikum.

Petua ni saya dapat daripada facebook Dr. Hamid Arshat. Bolehlah follow beliau, memang selalu beliau post info-info kesihatan khasnya kesihatan wanita. Gambar-gambar yang beliau post kadang-kadang boleh buat kecut perut. Tapi kalau tak kecut perut tak datang kesedaran pula pada kita untuk jaga kesihatan seawal usia muda macam saya ni. Uhuk uhuk.

Jadi saya rasa terpanggil untuk kongsi petua ini dengan semua. Jom baca apa petua Dr. Hamid tentang cara nak hilangkan batu karang ni.

Batu karang dalam hempedu
Satu petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu ( Gall Bladder Stones)
  • Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turut
  • Hari ke-6 jangan makan malam
  • Pada pukul 6 petang hari ke-6: makan satu camca garam Epsom (magnesium sulphate) yang boleh dibeli dari farmasi
  • Pukul 8 malam hari ke-6: ulang makan garam Epsom
  • Pukul 10 malam hari ke-6: Campurkan satu cawan (250 ml) minyak zaitun atau minyak bijan dan setengah cawan jus lemon segar (perah 3 biji lemon). Campur minyak zaitun dengan jus lemon dan minum.
  • InshaAllah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.
Sumber: Dr. Hamid Arshat


Penyakit batu karang ni dah jadi perkara biasa sekarang. Boleh kata dalam sebuah keluarga mesti ada anggota yang pernah alami. Saya belum pernah lagi. Tapi sudah dua ahli keluarga terdekat saya diserang batu karang baru-baru ini saja, salah seorangnya sudah terlalu teruk hingga terpaksa menjalani pembedahan buang hempedu. Ya, buang hempedu terus. Dan kalau dirisik-risik, sebenarnya pembedahan buang hempedu ni bukan perkara asing lagi dalam dunia perubatan di Malaysia. Kenapa begitu?

Mungkin disebabkan faktor pemakanan rakyat Malaysia yang berubah berbanding dulu. Bila suami isteri bekerja, tak ada masa untuk memasak di rumah. Penyelesaiannya dengan membeli makan luar, sedangkan makanan yang dijual itu dimasak supaya sedap, bukan supaya pemakannya sihat. Sudah tentu dalam masakan tersebut penuh dengan perisa dan perasa tambahan yang tak baik untuk kesihatan. Tak baik macam mana tu? Selain membuat buah pinggang dan perut bekerja lebih keras untuk mencerna makanan, perasa tambahan dalam makanan juga boleh menyebabkan mendapan dalam buah pinggang dan hempedu. Mendapan ini yang nanti mengeras menjadi batu. Kolesterol tak payah katalah, memang tinggi. Kolesterol yang tinggi dalam darah akan menyebabkan salur darah tersumbat. Hasilnya, tekanan darah jadi tinggi.

Macam-macam penyakit kalau nak diceritakan satu-satu memang tak pernah habis. Kebanyakan penyakit zaman moden ini disebabkan oleh pemakanan yang tak seimbang. Jadi cubalah kawal pemakanan. Cubalah makan makanan yang sihat. Masaklah kalau sempat, tak perlu meriah-meriah, masak ringkas-ringkas lagi sedap sebenarnya.

Selamat menjaga kesihatan. Ingat orang yang tersayang :)



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...