"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Power Pumping: Teknik Mengepam untuk Tambah Penghasilan Susu Ibu


Assalamualaikum.

Sejak saya berkongsi tentang set penyusuan, ramai ibu-ibu yang bertanyakan tentang set tersebut. Masalah yang kebanyakan mereka hadapi ialah susu merudum. Memang saya boleh cadangkan beberapa suplemen Shaklee yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu, tapi harapan saya kalau boleh ibu-ibu berikhtiarlah terlebih dulu untuk meningkatkan susu ibu secara semulajadi. Bukan nak kata suplemen tak bagus, tapi cubalah dulu. Janganlah ibu-ibu terlalu bergantung pada suplemen.

Salah satu teknik untuk meningkatkan penghasilan susu ibu yang ibu-ibu semua boleh amalkan ialah power pumping. Jom baca apa itu power pumping, siapa yang perlu amalkan teknik ini dan bagaimana kaedah melakukannya. Semoga mendatangkan manfaat kepada semua.

Apa itu Power Pumping?
Power pumping merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan penghasilan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

  1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu
  2. Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak setelah berhenti menyusukan
  3. Ibu yang kekurangan susu akibat daripada perubahan hormon, haid, kurang mengepam dll dan berusaha untuk memperbanyak susu.

Gambar ihsan Google

Kaedah
Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 20 minit, kemudian kiri 20 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Double pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 20 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping sekali sehari, seelok-eloknya pada waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada waktu ni.

Power Pumping di Hujung Minggu 
Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang hujung minggu, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasil?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata, teruskan misi sehingga mendapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, inshaAllah dipermudahkan Allah swt.

Tips Umum Mengepam

  • Bagi ibu-ibu muslim, cuba tidur awal dan bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya solat sunat tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati dan minda akan membuahkan hasil yang lebih, inshaAllah.
  • Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45 minit ke 1jam selepas pengambilan.
  • Letakkan gambar / selimut / bayi anda di sebelah untuk mudah dilihat. Ini membantu rangsangan hormon penghasilan susu ibu.
  • Tandem nursing: biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
  • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa disusukan. Jadi mengepam selepas menyusukan membantu untuk mengosongkan payudara dan menghasilkan lebih susu.
  • Pam setiap 2 - 4jam sekali.
  • Berbaiklah dengan diri anda: apa saja jumlah yang diperolehi, bersyukurlah dan senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik. InshaAllah :)
  • Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh setiap sesi / hari supaya anda dapat monitor progres dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain.
Selamat mencuba dan selamat menyusukan bayi anda :)



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...