"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Kenapa Boleh Gemuk? Kira Kalori Anda.

Assalamualaikum.

Dalam entri sebelum ini saya dah cerita tentang salah faham berkaitan berat badan dan cara mengira BMI anda. Nilai BMI yang dikira itu akan menentukan kategori berat badan anda sama ada kekurangan, ideal atau berlebihan berat badan. Sekarang jom fahami apa punca masalah berat badan.


Secara asasnya punca masalah berat badan cuma satu: pengambilan kalori harian tak seimbang dengan tenaga yang digunakan. Apa itu kalori? Kalori ialah tenaga yang diuraikan daripada makanan yang kita makan. Makanan berunsur karbohidrat seperti nasi dan kentang membekalkan kalori yang tinggi kepada tubuh. Lebih banyak kita makan, lebih banyak kalori tersimpan dalam tubuh. Kalori inilah tenaga yang kita gunakan dalam kehidupan harian kita.

Masalah berat badan berlaku bila kalori yang kita ambil tidak seimbang dengan tenaga yang kita gunakan. Jika kita makan dengan jumlah banyak setiap hari, tubuh kita akan menyimpan kalori yang banyak. Sekiranya tubuh kita tidak menggunakan banyak tenaga kerana kurang melakukan aktiviti, baki kalori yang tidak digunakan akan ditukar kepada lemak. Dari situ datangnya masalah berat badan berlebihan. Sehari dua mungkin kita tidak perasan tentang perubahan berat dan bentuk badan, tapi jika kita berterusan mengambil makanan dalam jumlah banyak tapi kurang melakukan aktiviti yang memerlukan tenaga, lama kelamaan badan kita akan mengumpul lemak yang banyak dan menyebabkan kegemukan.

Contoh kalori dalam makanan
Begitu juga jika kita mengamalkan diet rendah kalori, tapi pada masa sama kita menggunakan tenaga dalam jumlah banyak setiap hari. Masalah ini selalu berlaku kepada pelajar-pelajar kolej dan golongan yang bekerja dalam sektor swasta. Sama ada kekurangan wang atau masa, mereka cenderung untuk tidak makan sarapan atau tidak makan tengahari sedangkan tubuh mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk memenuhi keperluan hidup yang sibuk. Badan akan berasa lesu dan wajah jadi pucat akibat kekurangan tenaga. Masalah lebih besar yang mereka tidak nampak ialah tubuh akan merendahkan kadar metabolisme (masa lebih panjang diperlukan untuk menukarkan kalori kepada tenaga). Kadar metabolisme tubuh menjadi rendah kerana tubuh mendapat isyarat kekurangan makanan, jadi tenaga yang ada akan disimpan seberapa banyak yang boleh untuk waktu akan datang. Hal ini akan menyebabkan malnutrisi. Jika berlarutan akan menyebabkan penyakit kekurangan berat badan yang serius seperti anorexia.

Model Ana Carolina Reston cuma makan epal dan tomato sebagai diet. Meninggal dunia pada usia awal 20-an disebabkan oleh anorexia. Ketika itu beratnya cuma 40 kg.

Bagaimana mengira jumlah kalori harian yang diperlukan?
Mudah saja. Untuk menentukan jumlah kalori harian yang sesuai untuk anda, anda perlu tahu berapakah berat badan yang ideal bagi fizikal anda. BMI yang paling ideal ialah lebih kurang 22.5. Berat badan ideal bagi seorang dengan ketinggian 1.60 meter boleh dikira seperti berikut: 22.5 x 1.6 x 1.6 = 57.6 kg.

Sekarang anda boleh kira berat badan ideal anda:
22.5 x Tinggi (m) x Tinggi (m) = Berat badan ideal
Dah tahu berat badan ideal, gunakan berat ini untuk mengira jumlah kalori yang anda perlukan setiap hari. Formulanya mudah saja. Cuma darabkan berat badan ideal anda tadi dengan 30. Contoh bagi berat badan 56.7 kg, jumlah kalori yang diperlukan setiap hari ialah: 56.7 x 30 = 1701 Kcal sehari.

Anggaran kalori yang anda perlukan setiap hari ialah:
Berat badan ideal anda x 30 = Jumlah kalori harian
Untuk merancang pemakanan anda berdasarkan nilai kalori yang telah dikira, bolehlah rujuk contoh menu sihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di sini. Entri akan datang saya akan cerita tentang faktor yang mempengaruhi metabolisme dan berat badan.

Selamat menjaga kesihatan :)


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...