"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Angelina Jolie Buang Payudara: Cegah Kanser Payudara.

Assalamualaikum.


Status Dr. Hamid Arshat. Angelina Jolie sanggup buat pembedahan buang payudara sebab takut kanser. Kita-kita macam mana? Sanggup ke buang payudara semata-mata kerana takutkan kanser? Kalau sanggup sekalipun, mampu ke bayar kos pembedahan tersebut?

Wah. Pusing ni. Saya yakin ramai wanita tak sanggup buang payudara. Selain risiko pembedahan, rasa rendah diri pun perlu dipertimbangkan. Perasaan suami pula macam mana. Anak-anak lagi. Jadi kalau takut diserang kanser payudara, jangan duduk diam saja. Bertindak sekarang. Cegah lebih baik daripada merawat.


Pencegahan

Peringatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, kanser payudara boleh disembuhkan sekiranya dikesan dan diberi rawatan pada peringkat awal. Salah satu cara pencegahan adalah dengan melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) setiap bulan. Siapa yang perlu lakukan PSP ini? Semua wanita berusia 20 tahun dan ke atas perlu melakukan PSP setiap bulan sepanjang hayat mereka. Wanita 30 tahun keatas pula perlu mendapatkan pemeriksaan payudara oleh Pegawai Perubatan sekurang-kurangnya sekali setiap tahun. PSP paling sesuai dilakukan pada hari ke-7 hingga ke-10 selepas bermulanya haid. Bagi wanita yang mempunyai haid tak teratur atau sudah putus haid, PSP boleh dilakukan pada mana-mana hari yang ditetapkan dalam bulan. Pilih hari yang mudah diingati seperti hari pertama atau terakhir bulan.

PSP boleh dilakukan dengan dua cara berdiri atau berbaring. Untuk mengetahui cara-cara melakukan PSP, anda boleh rujuk link ini.

Cara melakukan PSP. Gambar diambil dari laman Wanista.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika melakukan PSP ialah:


  • Benjolan di payudara atau ketiak
  • Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luarbiasa
  • Kerutan atau lekuk yang luarbiasa pada payudara
  • Puting payudara tertarik ke dalam
  • Pendarahan atau lelahan luarbiasa dari putting payudara.

Selain melakukan PSP, wanita juga boleh melakukan perkara-perkara berikut untuk mencegah kanser payudara:
  1. Bersenam: Kajian menunjukkan bahawa seiring dengan peningkatan aktiviti, maka risiko kanser payudara akan berkurang. Bersenam akan menurunkan kadar estrogen yang dihasilkan tubuh sehingga mengurangkan risiko kanser payudara.
  2. Kurangkan lemak: Anda tentu sering mendengar pertentangan pendapat mengenai hubungan antara kanser payudara dengan makanan berlemak. Beberapa kajian menunjukkan bahawa diet rendah lemak membantu mencegah kanser payudara. Jenis lemak yang memicu kanser payudara adalah lemak tepu dalam daging, mentega, makanan yang mengandung susu penuh krim dan asid lemak dalam marjerin.
  3. Perhatikan cara memasak: Cara anda memasak daging terutamanya akan mempengaruhi risiko kanser payudara. Daging-daging yang dimasak atau dipanggang menghasilkan bahan karsinogenik (amino heterosiklik). Semakin lama dimasak, semakin banyak ia terbentuk. Amino heterosiklik paling banyak terdapat dalam daging bakar yang lapisan luarnya (kulitnya) keras dan hitam.
  4. Makan lebih banyak buah dan sayur: Semakin banyak buah dan sayuran yang dimakan, semakin kurang risiko untuk semua kanser, termasuk kanser payudara. Makanan dari tumbuh-tumbuhan mengandungi antioksidan yang tinggi, antaranya vitamin A, C, E dan mineral selenium, dapat mencegah kerosakan sel yang menjadi penyebab terjadinya kanser. National Cancer Institute (NCI) menyarankan pengambilan buah dan sayuran paling tidak lima kali dalam sehari.
  5. Ambil suplemen antioksidan: Suplemen tidak dapat menggantikan buah dan sayuran, tetapi suatu formula antioksidan boleh dijadikan makanan tambahan yang dapat mencegah kanser payudara.
  6. Makan banyak serat: Selain berfungsi sebagai antioksidan, buah dan sayuran juga mengandung banyak serat. Makanan berserat akan mengikat estrogen dalam saluran pencernaan, sehingga kadarnya dalam darah akan berkurang.
  7. Makan lebih banyak soya: Makanan-makanan yang berasal dari soya banyak mengandung estrogen tumbuhan (fito estrogen). Ia mirip dengan estrogen tubuh, tapi lebih lemah. Fito estrogen terikat pada reseptor sel yang sama dengan estrogen tubuh, mengikatnya keluar dari sel payudara sekali gus mengurangkan kesan penyebab kanser payudara.
  8. Jaga berat badan: Kenaikan berat badan setiap paun setelah usia 18 tahun akan menambah risiko kanser payudara. Ini disebabkan seiring dengan bertambahnya lemak tubuh, maka kadar estrogen sebagai hormon punca kanser payudara dalam darah pun akan meningkat.
  9. Jangan merokok: Merokok akan meningkatkan risiko kanser payudara malah kanser dan juga penyakit kronik yang lain.
  10. Menyusui: Untuk alasan yang masih belum jelas, menyusukan bayi ada hubungannya dengan berkurangnya risiko kanser payudara sebelum menopaus.


Cadangan suplemen Shaklee

WM RM475 / EM RM499
150 ml
Vivix
Sangat kaya dengan anti-oksidan dan resveraterol iaitu bahan yang berkesan mencegah kanser.

WM RM149 / EM RM154
120 capsules
Tahan 4 bulan

Vitamin E
Kaya dengan akti-oksidan malah turut mengandungi selenium yang mengoptimumkan penyerapan vitamin E dalam tubuh selain mencegah kerosakan sel yang menyebabkan kanser.

WM RM88.75 / EM RM93.75
120 tablet
Tahan 4 bulan
Vitalea
Multimineral dan multivitamin yang lengkap untuk menyokong keperluan diet harian yang sihat.

WM RM150 / EM RM155
850 gram
Tahan 2 - 3 bulan
Energizing Soy Protein (ESP)
Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif

WM RM53.75 / EM RM56.25
330 tablets

WM RM97.50 / EM RM102.50
700 tablets
Alfalfa
Membantu proses penyingkiran toksin (detox) tubuh selain meningkatkan penghasilan air susu ibu bagi ibu-ibu yang menyusukan.

WM RM52.50 / EM RM55
180 capsules
Lecithin
Membantu membakar lemak dengan lebih efisien, sesuai untuk kawalan berat badan.

Harga yang dipaparkan adalah harga runcit mengikut piawaian Shaklee Malaysia. Untuk mengetahui harga istimewa pelanggan saya, sila jangan segan untuk hubungi saya. Setiap pembelian melalui saya atau menggunakan ID saya, anda layak menjadi sebahagian komuniti secret group eksklusif yang dibimbing oleh Master-master Shaklee yang berpengalaman. Selain itu, anda juga layak mendapat konsultasi percuma daripada saya selagi menjadi pelanggan saya. Jom cegah kanser payudara bersama-sama. InshaAllah :)


Hukum Doktor Lelaki Merawat Wanita Hamil.

Assalamualaikum.

Di bawah ini satu artikel yang saya salin dari facebook. Tak pasti siapa penulisnya, jadi tak dapatlah saya kreditkan artikel ini kepada sesiapa. Sebab blog ini adalah blog kesihatan dan banyak juga berkait dengan ibu-ibu hamil dan menyusukan anak, saya kira releven jika dikongsikan untuk peringatan bersama. Kalau tak berkaitan pun, semua ilmu releven untuk dikongsikan, betul kan? Hehe. Jadi semua muslimin dan muslimah di luar sana yang membaca entri ini, harap dapat sebarkan ilmu ini untuk kita sama-sama pelihara maruah dan martabat muslimah-muslimah kita yang bergelar isteri. Sama-sama kita pelihara kesucian agama Islam dan kesucian rohani pengamalnya. Sebab saya sendiri sebagai seorang wanita Islam, mau dijaga bukan setakat oleh suami dan ayah saja, tapi oleh semua saudara seagama. InshaAllah :)

Gambar ihsan Google.

Subject : Perhatian Muslimah

CC : Ibu Bapa

BCC : Kaum lelaki

Marcapada ini, mungkin ramai yang sedar bahawa doktor lelaki yang banyak melaksanankan tugas pemerikasaan hinggalah kepada tugas menyambut kelahiran untuk para ibu.

Barangkali kerana fenomena ini sudah terlalu biasa, masyaratkat mengambil ringan mengenai hukum agama. Hanya segelintir yang bersuara untuk menegakkan hukum agama dan mengetahui sejauh manakah tahap darurat yang mengharuskan doktor lelaki mengambil alih tugas itu.

Soalan:

Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?
Keluarga Muslim, KL

Jawapan:

Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.

Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.

Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari mati.

Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka tidak timbullah istilah ‘darurat’ ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin selamat melahirkan anaknya.

Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka menghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.

Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.

Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan profesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.

Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka. Wallahu A’lam…

Wassalam.

Update: Saya jumpa artikel ini sebentar tadi. Elok rasanya dikongsi di sini. Selari dengan kandungan entri. Sila baca di halaman Harian Islam.



Kenali Kanser Payudara.

Assalamualaikum.

Gambar ihsan Google. Graphical content. Tujuan gambar ini untuk kesedaran dan peringatan bersama saja.
Kanser payudara adalah penyebab utama kematian di kalangan kaum wanita akibat kanser di Malaysia. Penyakit ini berlaku bila sel kanser (malignan) merebak dalam sel-sel payudara. Sel kanser ini boleh merebak di mana-mana bahagian payudara termasuk lobus yang menghasilkan susu dan duktus yang menghantar susu ke puting. Kanser payudara invasif adalah istilah yang digunakan merujuk bila sel-sel kanser merebak ke tisu-tisu sekeliling payudara.

Perebakan
Kanser payudara merebak melalui cara berikut:
  • Kanser tumbuh dan membesar begitu cepat dan menyerang kawasan setempat. Ia juga 
  • akan menyerang kulit dan dinding otot dada. 
  • Kanser payu dara merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah dan tersebar ke 
  • seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang (tulang belakang, tulang pinggang, 
  • tengkorak dan tulang dada), hati, paru-paru, kelenjar adrenal dan ovari. 
  • Adalah dianggarkan jika kanser payu dara berukuran 1.6 sm., ia mungkin telah berada 
  • dalam payu dara selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada waktu ini, sel kanser 
  • mungkin telah masuk ke dalam saluran darah ataupun sistem limfatik dan seterusnya 
  • merebak ke seluruh badan. 
  • Oleh itu, walaupun ketumbuhan kanser payu dara dirasakan tertumpu pada payu dara 
  • sahaja, tetapi dianggarkan lebih 35% darinya mungkin telahpun merebak atau mengalami 
  • metastasis. 

Faktor-faktor Risiko
Terdapat tiga jenis faktor risiko iaitu faktor risiko tinggi, faktor risiko sederhana dan faktor risiko rendah. Wanita mempunyai risiko lebih tinggi diserang kanser payudara. Namun ada beberapa sebab lain yang meningkatkan risiko anda diserang kanser ini.

Faktor risiko tinggi:
  1. Umur: wanita berumur lebih mudah diserang kanser payudara.
  2. Sejarah keluarga: peranan genetik dalam risiko ditimpa penyakit ini masoh belum dapat difahami, namun statistik menunjukkan wanita yang mempunyai sejarah keluarga ditimpa kanser payudara lebih tinggi risiko diserang penyakit sama.
  3. Sejarah mengidap kanser - pernah menghidap kanser payudara sebelum ini. Ini mungkin merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara. 
  4. Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif 
  5. Wanita yang berasal dari Amerika Utara/Eropah Utara; insidens dan kematian disebabkan kanser payudara adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain seperti Jepun.
Faktor risiko sederhana:
  1. Sejarah haid: kanser payudara lebih mudah menyerang wanita yang datang haid awal dan putus haid lewat.
  2. Sejarah kelahiran: risiko lebih tinggi bagi wanita yang tidak mempunyai anak atau melahirkan anak pertama pada usia lewat.
  3. Estrogen eksogenus: wanita yang pernah mengambil estrogen dalam bentuk pil perancang keluarga ataupun terapi penggantian estrogen lebih berisiko untuk memperolehi penyakit ini. Ini kerana mereka terdedah kepada aras estrogen yang tinggi 
  4. Pernah mendapat kanser ovari atau rahim. 
  5. Alkohol: terdapat kajian yang telah menunjukkan bahawa ada kaitannya di antara pengambilan alkohol dengan risiko pembentukan kanser payudara. 
Faktor risiko rendah:
Diet yang tinggi lemak juga mempunyai hubungkait dengan risiko kanser payudara. Kaitan ini telah 
dikenalpasti berdasarkan pelbagai kanser payudara yang menyerang masyarakat yang 
mengamalkan diet yang berbeza. Walau bagaimanapun, masih tiada satu bukti yang kukuh untuk 
menyokong teori ini dan kajian masih lagi dijalankan untuk mengesahkan perkara ini.

Tanda-tanda dan Gejala
  • Ketumbuhan yang terjadi pada pesakit merupakan perubahan utama yang dialami oleh pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah payudara sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak licin. 
  • Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang secara spontan tanpa sebarang rangsangan. 
  • Apabila kanser telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payudara dan puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan pada kulit payudara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah oren. Bentuk dan saiz payudara juga akan berubah.

Ujian Mengesan Kanser Payudara

Mamografi
Mamografi biasanya dilakukan untuk menyokong pemeriksaan fizikal kerana proses ini mampu 
mengesan perubahan pada sel dan tisu payudara yang mungkin terlalu kecil untuk dikesan melalui 
pemeriksaan fizikal yang menggunakan tangan. Mamografi adalah X-ray yang menghasilkan imej 
payudara pada filem. Imej yang terhasil ini dipanggil mamogram. Jika ada kawasan pada 
mamogram yang mencurigakan atau tidak jelas, pemeriksaan tambahan mungkin dijalankan. 

Sel kanser dikesan melalui mamografi. Gambar ihsan Google.

Ultrasonografi
Ultrasonografi menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk menentukan sifat 
ketumbuhan tersebut sama ada pepejal atau berisi bendalir. 

Biopsi
Biopsi adalah ujian lanjutan bagi memeriksa tisu-tisu kanser. Sedikit sampel tisu payudara diambil 
dan diperiksa menggunakan mikroskop. Terdapat dua jenis biopsi: 
  • Biopsi aspirasi - menggunakan jarum untuk mengambil sebahagian kecil tisu daripada ketumbuhan di payudara. 
  • Biopsi pembedahan - di mana ketumbuhan atau kawasan yang disyaki dipotong dan dikeluarkan untuk diperiksa melalui mikroskop. 

Begitu serba sedikit tentang kanser payudara, pembunuh nombor satu wanita di Malaysia. Dalam entri berikutnya saya akan kongsikan beberapa cara mencegah penyakit ini. InshaAllah kita sama-sama usahakan, berikhtiar untuk mengelak daripada diserang penyakit yang membunuh ini.


Bekerja dan Berehat Perlu Seimbang.

Assalamualaikum.

En. Qusyairi dan saya sama-sama bekerja sepenuh masa di sebuah institusi pengajian tinggi. Antara kami berdua, beban kerja sama banyak dan sama berat. Cuma En. Qusyairi lebih banyak terlibat dengan program dan aktiviti, manakala saya pula banyak terlibat dengan pengurusan dan hal-hal jabatan. Tetap pening kepala dan stress kami kongsi sama-sama. Hehe.

Lumrah kerja kami, ada masanya perlu ke mesyuarat atau bengkel di luar kawasan. Hujung minggu lepas, kami telah sama-sama terlibat dengan bengkel di sebuah Golf Club di tepi pantai. Cuaca sangat panas, dan kami dah terbiasa hujung minggu adalah waktu rehat bersama keluarga. Bila perlu bekerja begitu, terasa letih.

Untuk menghilangkan stress dan letih itu, sebaik habis bengkel kami suami isteri terus memecut ke Kuala Lumpur membeli-belah barang-barang yang sudah lama kami mau beli. Banyak berhabis pada pakaian dan beberapa keperluan lain. Walaupun badan letih, tapi stress memang hilang.

Pointnya bukan nak kata kena bershopping baru stress kurang, tapi perlunya keseimbangan antara bekerja dan berehat. Bayangkan kami suami-isteri bekerja sepenuh masa, dan kerja kami bukan habis setakat waktu pejabat. Sentiasa ada kerja yang perlu dibawa balik rumah. Dalam masa sama kami berdua menjalankan perniagaan di internet. Dan hujung-hujung minggu kami berdua masih sediakan masa untuk pulang melawat orang tua, satu kampung di selatan, satu kampung lagi di utara.

Perbelanjaan rumah kami lebih daripada cukup, malah mampu sangat berkongsi rezeki ini dengan Si Kuning, ayah dan emak ayah serta sekali sekala belanja adik beradik makan sedap-sedap atau beli barang keperluan. Tapi kami tetap berniaga sampingan kerana kepuasan hati yang kami dapat daripada perniagaan itu sendiri. Tekanan kerja dan tekanan perniagaan tak perlu cerita. Letihnya membahagikan masa antara kerja sepenuh masa, kerja sampingan, keluarga dan privasi kami sendiri memang tak terhingga.

Tapi kami cari jalan untuk bergembira. Berehat dan bergembira :)

Sentiasa ada masa untuk kami bersiar-siar atau bercuti. Bila-bila tergerak hati terasa letih dan perlu berehat, kami akan pecut ke mana-mana. Kadang-kadang kami sekadar berjalan pusing-pusing bandar lihat lampu malam-malam. Kadang-kadang pergi makan di restoran istimewa walaupun tanpa sebab yang istimewa. Kadang-kadang kami menonton wayang. Ada saja. Macam hujung minggu lepas, letih berbengkel kami ganti dengan membeli-belah. Badan memang penat, tapi yang penting hati tenang dan gembira.

Sebab itu bekerja dan berehat perlu seimbang. Jangan kerja gila-gila, nanti betul-betul gila jadinya. Haha. Berehat berlebihan pun sia-sia, tak menikmati hidup sepenuhnya. Yang penting, jangan malas dan jangan tertekan. Sederhana saja dalam segalanya. InshaAllah rezeki cukup untuk kita kongsi dan zakatkan :)

Kat bawah ni gambar buah hati saya, En. Qusyairi hujung minggu lepas. Gambar saya tak ada, En. Qusyairi taknak kongsi. Beliau nak tengok seorang diri. Cemburu kalau orang lain tatap gambar isterinya. Poyolah. Haha.

Pening nak makan mana dulu.

Gaya mesti lebih. Kena tak kena belakang kira.


Basic-H: Cecair Serbaguna Wajib Ada


Assalamualaikum.

Dah lama tak update entri, sibuk sikit dengan tugas hakiki di institusi pengajian tinggi tempat saya bekerja. Hari ni taknak cerita tentang vitamin, tapi nak cerita tentang Basic-H, cecair yang serbaguna. Sangat bagus disediakan di rumah untuk banyak kegunaan. Iyalah, dalam keadaan ekonomi semasa, semua barang pun naik harga. Nak beli barang keperluan rumah memang sakit tiap-tiap bulan. Sabun cuci pinggan mangkuk lain, sabun cuci baju lain, safe-detergent untuk cuci sayuran lain. Bagi ibu-ibu yang ada anak kecil, perlu beli baby-safe detergent lagi. Belum cerita cecair pencuci lantai, tingkap dan sebagainya. Kenapa tak gunakan satu produk yang selamat dan semulajadi untuk semua tujuan tersebut? Jom baca tentang Basic-H.

RM46 EM / RM49 WM
16 oz

Antara kegunaan dan cara guna Basic H ada disenaraikan seperti di bawah:

Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik Basic-H.
Biarkan selama 5 – 10 minit.

Mencuci dan membersih ikan, ayam, daging dan makanan laut daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic-H.
Biarkan selama 5 – 10 minit.

Mencuci dan membersih makanan basah seperti mee kuning, kuehtiau dll daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic-H.
Biarkan selama 5 – 10 minit.

Mencuci dan membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic-H dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak

Mencuci dan membersih bilik air, tingkap, perabot dll
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic-H kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkan. Bilik air dan tandas perlu diberus.

Mencuci anggota badan daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat, minyak dll
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik Basic-H kemudian digosok-gosok serta bilas

Mencuci dan membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic-H kemudian cuci alat mainan dan dibilas.
Cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai

Menanggalkan gula-gula getah pada baju dll
Titikkan 5 titik Basic-H di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal.

Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik Basic-H pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam.

Membersih dakwat pen pada tangan, baju dll
Titikkan 4-5 titik Basic-H di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas.


UNTUK KECEMASAN

Menghapuskan kutu di atas kepala
Basahkan rambut dan ambil 10 titik Basic-H dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan.
Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas.

Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Sapukan terus Basic-H ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.

Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dll
Tuangkan 4-5 titik Basic-H ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga.

Demam panas (sebelum berjumpa doktor)
Tuangkan 4-5 titik Basic-H ke dalam besen kecil yang mengandungi air.
Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

Sakit gigi
Masukkan 4-5 titik Basic-H ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur.
Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 Basic-H pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
Tuangkan 4-5 titik Basic-H ke dalam gayung.
Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.

Ulser dan mulut berbau
Tuangkan 4-5 titik Basic-H ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin).

Penyubur tanaman dan penggembur tanah
Air lebihan cucian Basic-H boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.

Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dll
Tuangkan 4-5 titik Basic-H ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Hakikatnya Basic H ni banyak kegunaannya. Hanya dengan beberapa titis, ia membantu banyak urusan rumahtangga. Sebotol Basic-H boleh bertahan hingga setahun kerana bancuhannya cuma perlu beberapa titis sahaja. paling minimum mampu bertahan 4 bulan, itupun bagi pengguna hardcore yang rajin sangat mencuci rumah. Hehe. Tunggu apa lagi? Selamat mencuba :)


Entri Terakhir Hari Ini.

Assalamualaikum.

Sebelum saya masuk tidur, nak review sikit perjalanan hari ini. Bangun awal pagi ke klinik. Dah lebih tiga hari saya demam selesema. Alhamdulillah Vitamin C 100mg Chewable sampai semalam. Dapat saja terus buka kotak dan makan tiga biji. Kurang selsema serta merta. Alhamdulillah.

Pagi tadi ke klinik dapat ubat selesema. Tak berapa makan pun sebab ambil Vitamin C Chewable lagi sedap. Hehe. Kemudian terus dengan operasi mengepos barang. Alhamdulillah selesai semuanya, stok Vitamin C pun terus susut tinggal sikit. Sampai di pejabat, semua stok yang saya baru order belum sampai ke tangan saya lagi pun habis langsai terjual tak sampai sejam. Tak perlu cerita panjang, tak perlu cakap banyak. Nampaknya semua orang dah tau kebaikan vitamin kesihatan Shaklee berbanding jenama lain. Alhamdulillah sekali lagi :)

Bayaran pelanggan mencurah masuk, syukur Alhamdulillah sangat. Semua pelanggan tak ada masalah buat bayaran, sangat baik pelanggan-pelanggan saya. Dompet kempis jadi tebal sekejap saja. Dan order terus masuk.

Hari ini hari yang produktif.

Bersyukur sangat sebab saya masih diberi kekuatan dan kudrat untuk lakukan semua ini. Alhamdulillah suami sentiasa bantu. Rezeki masuk mencurah-curah, bukan untuk saya seorang tapi untuk dikongsi dengan orang lain, paling tidak pun untuk dikongsi dengan kucing busuk kesayangan saya, Si Kuning. Kata orang, jangan tunggu kaya baru nak bersedekah. Jangan tunggu senang baru nak berkongsi. Sesungguhnya orang yang tak seberapalah yang paling pemurah hatinya. Susah senang saya, sejak belajar hingga menganggur hingga bekerja, setidak-tidaknya dengan kucing busuk seekor itu sudah pasti saya kongsi semua rezeki. Paling tidak, apa yang ada dalam pinggan saya itulah yang saya kongsi dengan Kuning.

Ah, sentimental pula malam-malam ni. Hehe.

Oh, balik kerja tadi En. Qusyairi hadiahkan dua potong kek Secret Recipe. Hadiah untuk usaha saya bulan lepas. Terima kasih En. Qusyairi. Bulan ini akan usaha lebih hebat lagi. InshaAllah.

Cukup setakat ini, mau masuk tidur dulu. Esok mau mulakan hari baru yang lebih produktif, dan inshaAllah lebih diberkati. Selamat malam. Jangan lupa maafkan semua orang sebelum lelapkan mata. Semoga semua orang akan maafkan kita juga.


Chewable Vitamin C 100mg: Stok Sampai!

Assalamualaikum.

Sebahagian stok yang tiba petang tadi.

Macam mana? Tergoda tak tengok stok Chewable Vitamin C 100mg kat atas tu? Ini baru sebahagian. Nak masukkan semua dalam gambar memang tak muat. Huhu.

Esok operasi pos-mengepos pula. Macam-macam nak dipos esok. Anda yang belum order jangan risau. Masih boleh order lagi. Cuma hubungi saya, saya akan berikan konsultasi percuma. Pengguna Shaklee sekitar Batu Pahat boleh COD, saya hantar terus ke tangan anda. Jemput order sekarang :)


Kebaikan dan Kelebihan Alfalfa.

Assalamualaikum.

Saya nak berkongsi pengetahuan tentang khasiat dan kelebihan Alfalfa kepada pembaca semua, terutamanya yang wanita. Sebabnya Alfalfa ni serupa macam kacip fatimah bagi wanita, banyak sangat kegunaan dan fungsi yang membantu meningkatkan kesihatan wanita. Antara kebaikan Alfalfa:
  • Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  • Melegakan sakit sendi dan belakang.
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  • Merawat arthitis
  • Bagus untuk elergi, eczema dan resdung
  • Merawat athma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  • Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  • Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina seorang suami
  • Melegakan sembelit
  • Membuang angin dalam badan
  • Melawan alahan (hidung sensitif, kurap, bau badan, ulat air)
  • Memperbaiki masalah penghadaman seperti kembung, ulser, gastrik, hepatitis
  • Milk Booster
Fungsi Alfalfa sebagai penggalak susu ibu (milk booster) memang tak dinafikan. Ramai ibu-ibu dah cuba dan mereka sangat berpuas hati. Baru-baru ini saya dapat maklum balas seorang pelanggan yang baru amalkan Alfalfa Complex selama sebulan. Boleh baca apa kata pengguna tersebut:


Akhirnya pengguna tersebut beli full pack set penyusuan. Sangat berbaloi kerana full pack tersebut tahan lama.

Selain sebagai penggalak susu ibu, Alfalfa Complex memang terkenal untuk menghilangkan keputihan. Namum begitu harus ingat Alfalfa ini adalah sejenis herba, jadi tak sesuai diamalkan oleh ibu-ibu yang baru bersalin sebab bimbang jadi panas pada anak yang disusukan. Ibu yang boleh ambil alfalfa dua minggu selepas bersalin. Selain menghilangkan keputihan dan sebagai penggalak susu ibu, Alfalfa juga bertindak merapatkan faraj. Sebab itu tak sesuai bagi ibu-ibu mengandung juga. Yalah, macam mana nak bersalin kalau faraj rapat sangat , kan?

Yang paling menarik tentang Alfalfa ialah kebaikannya dalam proses detox, iaitu membuang toksin dan racun dalam badan. Jika diamalkan, bukan saja dapat membantu pelawasan malah badan akan terasa ringan dan lebih segar. Sesiapa yang berminat menurunkan berat badan memang sangat sesuai amalkan Alfalfa bersama Lecithin.

Perbezaan Alfalfa Complex Shaklee
  • Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
  • Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
  • Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  
  • Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
  • Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
  • Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
  • Membersihkan hati
  • Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang
WM RM53.75 / EM RM56.25
330 tablets

WM RM97.50 / EM RM102.50
700 tablets

Jika anda berminat untuk mendapatkan Alfalfa Complex Shaklee, boleh hubungi saya tanpa segan silu. Saya menawarkan harga terendah selain konsultasi percuma. Anda juga akan dijemput ke secret group yang eksklusif untuk pelanggan saya di bawah kendalian Master-Master Shaklee yang berpengetahuan dan berpengalaman luas. InshaAllah saya akan berikan khidmat terbaik sepanjang anda menjadi pelanggan saya.

Terima kasih :)



Pengedar Sah Shaklee Batu Pahat Johor.

Assalamualaikum.

Ramai yang nak dapatkan vitamin kesihatan Shaklee, tapi tak berbaloi kena bayar wang pos sebanyak RM10, kan? Saya pun sayang nak bayar RM10 untuk pos, lebih-lebih lagi bila beli sebotol dua saja. Bagi pengguna Shaklee sekitar di Johor tak perlu risau lagi.


Saya, Pn. Noraihan, dan suami, En. Qusyairi adalah pengedar sah (Independent Distributor) Shaklee di negeri Johor. Kami menyediakan perkhidmatan Cash-on-Delivery (COD) di sekitar Batu Pahat, Johor. Kawasan dan daerah lain berhampiran Batu Pahat juga boleh dipertimbangkan. Dengan perkhidmatan COD, anda tak perlu lagi membayar tambahan RM10 untuk pengeposan. Anda juga boleh dapat konsultasi percuma daripada saya tanpa perlu SMS, email atau PM di facebook.
Mudah kan :)

Setiap pembelian melalui saya bukan saja dapat konsultasi percuma, malah anda juga akan turut dijemput menyertai secret group eksklusif bagi pengguna Shaklee.

Jika ada rezeki lebih, saya akan beri cenderahati percuma dengan setiap pembelian :)

Shaklee tidak mempunyai stokis. Produk Shaklee hanya boleh didapati dari cawangan Shaklee dan pengedar sah individu (seperti saya) sahaja. Jadi apa tunggu lagi pengguna Shaklee Johor? Buat pembelian anda melalui saya sekarang!


Mengelak Tidak Menyelesaikan Masalah.

Assalamualaikum.


Di atas adalah kenyataan oleh Dr. Hamid Arshat, pakar kesuburan yang semua orang kenal. Menurut beliau, masalah keseimbangan hormon wanita banyak berpunca daripada stress dan peningkatan berat badan. Akibatnya berlaku gangguan pada kitaran haid menyebabkan haid lambat, atau tak datang haid langsung, atau haid berpanjangan.

Yang saya nak ceritakan hari ini ialah bagaimana kita menangani masalah kita. Semua orang ada masalah (ikan jerung pun ada masalah, uhuk uhuk). Tapi dengan merungut dan mengeluh takkan menyelesaikan masalah kita. Semua orang stress disebabkan masalah mereka. Untuk menghilangkan stress itu kenalah cari penyelesaian, bukan mengelak dari menyelesaikan masalah tersebut.

Ambil contoh masalah kesihatan (sebab ini blog kesihatan). Tanyalah semua wanita, terutamanya yang bekerja sepenuh masa macam saya. Semua mereka mengalami gangguan sakit kepala. Ada yang sampai ke tahap migrain. Ada yang cuma sekali sekala. Demam, batuk dan selesema itu perkara biasa. Badan lemah, mudah letih, tak ada tenaga. Semua perkara ini buat kita yang dah sememangnya stress dengan urusan keluarga dan kerja bertambah stress sebab ditimpa penyakit pula. Carilah penyelesaian.

Penyelesaian bagaimana?

Tanya diri sendiri, stress kita berpunca sebab apa. Kalau sebabnya beban kerja keterlaluan, ambil masa berbincang dengan majikan. Atau cuba uruskan masa dengan lebih efisien. Jika selalu rasa badan tak bermaya, curilalh sedikit masa untuk bersenam. Tak perlu berkasut sukan, tak perlu ke padang lari. Cukuplah mengelak dari menggunakan lif, sebaliknya menaiki tangga. Pilih untuk berjalan kaki ke kawasan berdekatan berbanding menaiki kenderaan. Sekadar cadangan.

Point yang saya tekankan di sini: cari penyelesaian. Kalau anda mengalami masalah kesihatan, atau masalah emosi, dapatkan bantuan. Sekadar ke klinik untuk dapatkan MC tapi tak makan ubat yang doktor beri takkan selesaikan masalah anda. Tidur dan berehat di rumah bunyi seperti cukup untuk mengurangkan demam dan letih badan, tapi sebenarnya tidak. Berapa lama anda mau tidur dan berbaring saja? Dapatkan bantuan, dapatkan penyelesaian.

Jika perlu bersenam, bersenamlah. Jika perlu mengambil vitamin, ambillah vitamin. Jika perlu pergi bercuti, pergilah bercuti. Jangan terlalu memaksa diri. Dan jangan tunggu hingga terlambat. Penyakit yang sedikit perlulah dirawat sebelum jadi melarat.

Harap artikel ini dapat membuka mata pembaca sekalian. Jangan elakkan masalah. Selesaikan.


Kelebihan Vivix.

Assalamualaikum.

Entri ini sambungan berkaitan Vivix. Kali ini dan bincangkan lebih mendalam tentang kebaikan Vivix Shaklee.

Kajian makmal menunjukkan Vivix memberi kesan secara positif kepada keempat-empat mekanisme penuaan selular selain menyumbang kepada banyak kebaikan daris segi kesihatan. Antaranya ialah:

  • Membantu melindungi dan memulihkan DNA selular
  • Menambah baik fungsi genetic regulators yang membantu melawan penuaan di peringkat selular
  • Menambah baik biogenesis mitokondria yang membantung meningkatkan penghasilan kuasa dalam sel
  • Mengurangkan pembentukan AGE protein yang boleh menyebabkan sumbatan pada dinding sel.
  • Menyokong kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular
  • Menyokong kesihatan otak
  • Meningkatkan fungsi sistem imunisasi tubuh
  • Meningkatkan jangka hayat sel tubuh
  • Membekalkan anti-oksidan bagi melawan radikal bebas dalam tubuh

Secara ringkasnya, sesudu teh Vivix setiap hari mampu membekalkan lebih banyak resveratop berbanding 100 gelas wine merah. Pembentukan unik suplemen ini telah dibuktikan oleh kajian makmal sebagai 10 kali lebih hebat dalam memperlahankan pembentukan AGE protein berbanding resveratol sendirian. Formulasi Vivix yang telah dipatenkan turut mengandungi ekstrak European Elderberry dan Purple Carrot bagi tujuan khusus untuk kebaikan sel.

Formulasi Vivix yang sangat istimewa ini cuma bolehdidapati dari Shaklee. Shaklee telah mempatenkan formula Vivix supaya dapat dilindungi daripada ditiru oleh mengilang produk-produk tiruan.

Perkara terbaik yang saya cadangkan ialah supaya kita semua berkongsi kebaikan Vivix ini dengan orang-orang yang kita sayang,dan mereka yang berada di sekeliling kita. Bukan sekadar bertujuan untuk meniaga, tapi formula sebaik ini sangat rugi jika tidak dikongsi. Vivix oleh Shaklee mampu membantu menambah kualiti hidup setiap orang, baik yang muda atau yang telah lanjut usia. Penemuan hebat ini cuma mula dipasarkan secara komersil sekitar penghujung tahun 2007. Saintis percaya, sains di sebalik formula Vivix ini boleh mengubah kesihatan penduduk secara positif dalam masa 10-15 tahun.

Bayangkan semua kos sara perubatan yang dapat kita jimatkan sekiranya kita mengamalkan produk ini. Selain itu, kita juga dapat mencapat taraf kesihatan dari perinkat selular lagi. Bayangkan tubuh dengan sistem imunisasi yang kuat mampu pulih sendiri tanpa bantuan ubatan. Bayangkan tubuh yang boleh menyerap nutrien sepenuhnya daripada pemakanan.

Lebih penting lagi, bayangkan tenaga dan kesihatan mereka yang menerima manfaat dari kebaikan produk ini, untuk menikmati hidup dengan lebih gembira.

Cubalah Vivix hari ini.


Vivix: Anti-Penuaan

Assalamualaikum.

Promosi bulan Mei 2013 ialah sirap Shaklee, tak lain dan tak bukan Vivix. Walaupun harganya mahal, tapi Vivix ada banyak sangat khasiat khususnya untuk ibu bapa kita yang dah lanjut usia, dan kita sendiri pun sesuai sangat nak ambil Vivix ini. Selain kebaikan untuk kesihatan, Vivix juga merupakan anti-penuaan yang sangat-sangat berkesan. Nak tahu lebih lanjut tentang Vivix, jom baca.

Vivix, minuman campuran botani, merupakan revolusi terbaru dalam pemakanan polifenol. Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


WM RM475 / EM RM499
150 ml


Penuaan
Sebelum kita fahami bagaimana Vivix bertindak sebagai agen anti-penuaan, kita perlu faham apa konsep penuaan itu sendiri. Berikut petikan daripada seorang ahli akademik Universiti Harvard:
“Aging is really a set of progressing diseases. If we can slow them down and cure them, people will live longer, healthier lives” (Dr. D Sinclair, Harvard Medical School)
Para saintis telah bersetuju, terdapat empat punca penuaan dalam peringkat sel iaitu:

  1. Kerosakan DNA: Setiap hari sel-sel tubuh diserang oleh tiga faktor yang mampu merosakkan DNA. Tiga perkara tersebut ialah proses pengoksidaan yang berlaki disebabkan oleh tekanan, proses penghasilan semula sel yang tidak betul dan faktor-faktro alam sekitar seperti dedahan terhadap toksin dan aras radiasi yang rendah. Bila DNA sel tidak sempurna untuk menjalankan fungsi-fungsi khusus sel tersebut, sel tersebut akan gagal berfungsi dan mati. Faktor masa menyebabkan sel tubuh sangat mudah rosak dangagal berfungsi disebabkan oleh faktor ini, kecuali jika ada sesuatu yang boleh memulihkan dan memperbaiki DNA sel yang telah rosak tadi.
  2. Genetic regulators: Bahan ini mengawal keseimbangan dinamik antara kerosakan dan pemulihan sel (menentukan sama ada sel tersebut akan pulih atau mati). Semakin lanjut usia seseorang, pertahanan semulajadi dan kebolehan sel untuk pulih secara semulajadi semakin merosot menyebabkan sel-sel rosak semakin banyak di dalam tubuh. Dengan memantapkan genetic regulators dalam tubuh dapat merangsang pemulihan sel secara semulajadi.
  3. Penghasilan tenaga selular bagi sel mitokondria turut merosot secara semulajadi bila seseorang individu semakin meningkat usia. Tanpa tenaga yang mencukupi, sel tidak dapat berfungsi secara sempurna sebagai tisu dan organ dalam badan.
  4. Advanced Glycation End Products (AGE protein): Seperi plak yang terkumpul di celah-celah gigi, semakin hari semakin banyak mendapan yang menyumbat dinding sel menyebabkan proses penyerapan nutrien ke dalam sel dan menyingkiran toksin keluar daripada sel gagal berlaku dengan baik.

Sekarang kita sudah faham bagaimana proses penuaan berlaku dalam peringkat sel, kita cuma perlu dapatkan bahan yang boleh menghalang berlakunya masalah-masalah penuaan ini. Banyak syarikat-syarikat produk kesihatan mengeluarkan minuman kesihatan yang sering digembar-gemburkan sebagai tonik ajaib. Kebanyakan pengeluar cuma menekankan tentang kebaikan dan kesan langsung daripada minuman kesihatan yang mereka jual, tidak pula menyatakan kesan jangka panjang akibat pengambilan jus-jus tonik ajaib mereka. Seperti yang berlaku baru-baru ini, minuman kesihatan Acai berry disahkan tak selamat, sedangkan sebelum itu bukan main laris lagi di pasaran. Semuanya akibat pemasaran berlebihan tentang kebaikan jus Acai berry tanpa kajian mendalam tentang kesan pengambilan jangka panjang.

Banyak juga kita dengar tentang kebaikan wine merah untuk kesihatan. Namun kandungan alkohol yang tinggi, selain tidak diminum oleh pengguna Islam, menyebabkan wine merah bukanlah minuman kesihatan yang sesuai untuk semua ahli masyarakat. Namun begitu, kajian telah dibuat untuk mengenalpasti apakah komponen dalam wine merah itu yang sangat baik untuk kesihatan, dan para saintis telah menemui satu bahan daripada kulit anggur yang dikenali sebagai resveratol.

Gambar ihsan Google.


Resveratol
Sejak tahun 1990-an lagi, lebih 2000 kajian telah dilakukan dan diterbitkan berkaitan dengan resveratol. Antara kebaikan yang ditemui daripada resveratol ini adalah untuk mengelakkan penyakit Huntington's dan Alzheimer, penyakit-penyakit berkaitan kardiovaskular, kegagalan fungsi paru-paru dan merupakan rawatan lebih baik untuk masalah berkaitan obesiti, katarak dan diabetis tahap dua.

Dr. Sinclair dari Universiti Harvard telah membuat kajian untuk meningkatkan kehebatan resveratol sehinggan 1000 kali berbanding wine merah, sekaligus menggandakan keberkesanannya pada peringkal sel. Beliau percaya pada peringkat ini, resveratol mempunyai kuasa untuk membalikkan proses penuaan dan "merupakan penemuan terpenting dalam bidang kesihatan dalam masa 100 tahun".

Vivix Shaklee telah dihasilkan berdasarkan kajian oleh Dr. Sinclair. Satu sumber resveratol yang unik telah ditemui daripada jenis anggur Muscadine yang khusus. Malah Shaklee turut mencipta kaedah pengekstrakan yang baru dan lebih lembut untuk memastikan keberkesanan fungsi resveratol yang diekstrak berada pada tahap tertinggi. Hasilnya termasuklah asid ellagic khusus yan tidak dijumpai dalam anggur biasa dan mampu menjalankan beberapa fungsi anti-penuaan dalam Vivix.

Saya berhenti di sini dulu, entri seterusnya saya akan cerita lebih lanjut lagi tentang Vivix.




Cantik.

Assalamualaikum.

Update terakhir sebelum tidur malam ini. Nak bercerita tentang cantik. Ya, nak cantikkan wajah. Siapa taknak cantik, betul?

Waktu berbulan madu ke Bandung beberapa minggu lepas, saya dengan dipengaruhi nafsu telah beli beberapa barangan kosmetik jenama yang dikenali. Harganya jauh lebih murah berbanding di sini, dan saya pun memang dah lama teringin nak beli. Jadi saya pun beli. Motivasi di sebalik pembelian itu sudah tentu, kerana saya mau kelihatan cantik. Bukan di mata orang lain, saya mau En. Qusyairi lihat saya cantik.

Hakikatnya bukan kosmetik yang menjadikan wajah kita cantik. Baik lelaki maupun wanita. Kosmetik cuma mampu menutup cela pada wajah, tapi kalau sikap dan peribadi buruk tetap nampak juga. Dan wajah yang cantik pula bukanlah wajah yang dilitupi bedak seinci setiap kali keluar rumah. Wajah yang cantik ialah wajah yang berseri.

Bagaimana nak dapatkan wajah yang berseri? Sangat mudah. Dan percuma.

Cuma satu perkataan: senyum. Senyumlah dengan hati yang ikhlas. Tak ada bayaran dikenakan. Senyumlah pada sesama muhrim. Yang wanita (lebih-lebih lagi yang sudah dimiliki), jangan pula tersenyum-senyum gatal pada lelaki lain. Nanti orang kata gedik pula. Uhuk uhuk. Yang lelaki pula, jangan senyum beria nanti orang ingatkan gila. Haha.

Nasihat saya, senyumlah seadanya. Bukankah senyum itu sedekah?

Jom kempen senyum, tak perlu kata apa-apa :)


Apa Yang Berlaku Antara Sesi Menyusu?


Assalamualaikum.

Entri ini khas untuk ibu-ibu yang sedang atau bakal menyusukan bayi. Tentu ibu-ibu semua nak tahu apa yang berlaku antara sesi menyusu, kan?

Susu ibu dihasilkan sepanjang masa, bukan sekadar antara sesi menyusu.

Antara sesi menyusu, susu dikumpulkan dalam breast ibu.

Jumlah susu yang disimpan dalam breast ibu lebih banyak apabila masa antara sesi menyusu lebih panjang.

Jumlah susu yang boleh disimpan dalam payudara antara sesi menyusu berbeza antara ibu dan tidak bergantung kepada saiz payudara (walaupun begitu, saiz payudara boleh mengehadkan kapasiti penyimpanan susu).

Bagi kebanyakan wanita, mereka tidak mempunyai ruang penyimpanan susu yang banyak.

Walaupun ibu dengan kapasiti penyimpanan susu banyak atau sedikit menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi mereka, ibu dengan kapasiti penyimpanan susu banyak mampu untuk menjarakkan masa antara sesi menyusu yang lebih panjang tanpa menggangu bekalan susu dan tumbesaran bayi.


Bagi membantu ibu-ibu mengoptimumkan penyusuan susu ibu kepada bayi masing-masing, Shaklee memperkenalkan beberapa set penyusuan untuk meningkatkan kadar penghasilan susu ibu, membekalkan nutrien yang secukupnya kepada ibu dan bayi serta dalam masa sama membekalkan tenaga kepada ibu untuk melakukan aktiviti rumahtangga dan kerja yang lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang set-set penyusuan susu ibu ini, jemput baca entri ini. Ibu-ibu terbuka untuk memilih set yang paling sesuai dengan masalah penyusuan ibu-ibu, atau sekiranya tiada masalah masih boleh mengambil set untuk menambah baik kualiti susu ibu untuk bayi anda. Semoga mendatangkn kebaikan kepada semua :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...