"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Basic-H: Cecair Serbaguna Wajib Ada


Assalamualaikum.

Dah lama tak update entri, sibuk sikit dengan tugas hakiki di institusi pengajian tinggi tempat saya bekerja. Hari ni taknak cerita tentang vitamin, tapi nak cerita tentang Basic-H, cecair yang serbaguna. Sangat bagus disediakan di rumah untuk banyak kegunaan. Iyalah, dalam keadaan ekonomi semasa, semua barang pun naik harga. Nak beli barang keperluan rumah memang sakit tiap-tiap bulan. Sabun cuci pinggan mangkuk lain, sabun cuci baju lain, safe-detergent untuk cuci sayuran lain. Bagi ibu-ibu yang ada anak kecil, perlu beli baby-safe detergent lagi. Belum cerita cecair pencuci lantai, tingkap dan sebagainya. Kenapa tak gunakan satu produk yang selamat dan semulajadi untuk semua tujuan tersebut? Jom baca tentang Basic-H.

RM46 EM / RM49 WM
16 oz

Antara kegunaan dan cara guna Basic H ada disenaraikan seperti di bawah:

Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik Basic-H.
Biarkan selama 5 – 10 minit.

Mencuci dan membersih ikan, ayam, daging dan makanan laut daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic-H.
Biarkan selama 5 – 10 minit.

Mencuci dan membersih makanan basah seperti mee kuning, kuehtiau dll daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic-H.
Biarkan selama 5 – 10 minit.

Mencuci dan membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic-H dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak

Mencuci dan membersih bilik air, tingkap, perabot dll
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic-H kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkan. Bilik air dan tandas perlu diberus.

Mencuci anggota badan daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat, minyak dll
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik Basic-H kemudian digosok-gosok serta bilas

Mencuci dan membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic-H kemudian cuci alat mainan dan dibilas.
Cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai

Menanggalkan gula-gula getah pada baju dll
Titikkan 5 titik Basic-H di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal.

Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik Basic-H pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam.

Membersih dakwat pen pada tangan, baju dll
Titikkan 4-5 titik Basic-H di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas.


UNTUK KECEMASAN

Menghapuskan kutu di atas kepala
Basahkan rambut dan ambil 10 titik Basic-H dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan.
Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas.

Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Sapukan terus Basic-H ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.

Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dll
Tuangkan 4-5 titik Basic-H ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga.

Demam panas (sebelum berjumpa doktor)
Tuangkan 4-5 titik Basic-H ke dalam besen kecil yang mengandungi air.
Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

Sakit gigi
Masukkan 4-5 titik Basic-H ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur.
Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 Basic-H pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
Tuangkan 4-5 titik Basic-H ke dalam gayung.
Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.

Ulser dan mulut berbau
Tuangkan 4-5 titik Basic-H ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin).

Penyubur tanaman dan penggembur tanah
Air lebihan cucian Basic-H boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.

Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dll
Tuangkan 4-5 titik Basic-H ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Hakikatnya Basic H ni banyak kegunaannya. Hanya dengan beberapa titis, ia membantu banyak urusan rumahtangga. Sebotol Basic-H boleh bertahan hingga setahun kerana bancuhannya cuma perlu beberapa titis sahaja. paling minimum mampu bertahan 4 bulan, itupun bagi pengguna hardcore yang rajin sangat mencuci rumah. Hehe. Tunggu apa lagi? Selamat mencuba :)


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...