"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Vivix: Anti-Penuaan

Assalamualaikum.

Promosi bulan Mei 2013 ialah sirap Shaklee, tak lain dan tak bukan Vivix. Walaupun harganya mahal, tapi Vivix ada banyak sangat khasiat khususnya untuk ibu bapa kita yang dah lanjut usia, dan kita sendiri pun sesuai sangat nak ambil Vivix ini. Selain kebaikan untuk kesihatan, Vivix juga merupakan anti-penuaan yang sangat-sangat berkesan. Nak tahu lebih lanjut tentang Vivix, jom baca.

Vivix, minuman campuran botani, merupakan revolusi terbaru dalam pemakanan polifenol. Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


WM RM475 / EM RM499
150 ml


Penuaan
Sebelum kita fahami bagaimana Vivix bertindak sebagai agen anti-penuaan, kita perlu faham apa konsep penuaan itu sendiri. Berikut petikan daripada seorang ahli akademik Universiti Harvard:
“Aging is really a set of progressing diseases. If we can slow them down and cure them, people will live longer, healthier lives” (Dr. D Sinclair, Harvard Medical School)
Para saintis telah bersetuju, terdapat empat punca penuaan dalam peringkat sel iaitu:

  1. Kerosakan DNA: Setiap hari sel-sel tubuh diserang oleh tiga faktor yang mampu merosakkan DNA. Tiga perkara tersebut ialah proses pengoksidaan yang berlaki disebabkan oleh tekanan, proses penghasilan semula sel yang tidak betul dan faktor-faktro alam sekitar seperti dedahan terhadap toksin dan aras radiasi yang rendah. Bila DNA sel tidak sempurna untuk menjalankan fungsi-fungsi khusus sel tersebut, sel tersebut akan gagal berfungsi dan mati. Faktor masa menyebabkan sel tubuh sangat mudah rosak dangagal berfungsi disebabkan oleh faktor ini, kecuali jika ada sesuatu yang boleh memulihkan dan memperbaiki DNA sel yang telah rosak tadi.
  2. Genetic regulators: Bahan ini mengawal keseimbangan dinamik antara kerosakan dan pemulihan sel (menentukan sama ada sel tersebut akan pulih atau mati). Semakin lanjut usia seseorang, pertahanan semulajadi dan kebolehan sel untuk pulih secara semulajadi semakin merosot menyebabkan sel-sel rosak semakin banyak di dalam tubuh. Dengan memantapkan genetic regulators dalam tubuh dapat merangsang pemulihan sel secara semulajadi.
  3. Penghasilan tenaga selular bagi sel mitokondria turut merosot secara semulajadi bila seseorang individu semakin meningkat usia. Tanpa tenaga yang mencukupi, sel tidak dapat berfungsi secara sempurna sebagai tisu dan organ dalam badan.
  4. Advanced Glycation End Products (AGE protein): Seperi plak yang terkumpul di celah-celah gigi, semakin hari semakin banyak mendapan yang menyumbat dinding sel menyebabkan proses penyerapan nutrien ke dalam sel dan menyingkiran toksin keluar daripada sel gagal berlaku dengan baik.

Sekarang kita sudah faham bagaimana proses penuaan berlaku dalam peringkat sel, kita cuma perlu dapatkan bahan yang boleh menghalang berlakunya masalah-masalah penuaan ini. Banyak syarikat-syarikat produk kesihatan mengeluarkan minuman kesihatan yang sering digembar-gemburkan sebagai tonik ajaib. Kebanyakan pengeluar cuma menekankan tentang kebaikan dan kesan langsung daripada minuman kesihatan yang mereka jual, tidak pula menyatakan kesan jangka panjang akibat pengambilan jus-jus tonik ajaib mereka. Seperti yang berlaku baru-baru ini, minuman kesihatan Acai berry disahkan tak selamat, sedangkan sebelum itu bukan main laris lagi di pasaran. Semuanya akibat pemasaran berlebihan tentang kebaikan jus Acai berry tanpa kajian mendalam tentang kesan pengambilan jangka panjang.

Banyak juga kita dengar tentang kebaikan wine merah untuk kesihatan. Namun kandungan alkohol yang tinggi, selain tidak diminum oleh pengguna Islam, menyebabkan wine merah bukanlah minuman kesihatan yang sesuai untuk semua ahli masyarakat. Namun begitu, kajian telah dibuat untuk mengenalpasti apakah komponen dalam wine merah itu yang sangat baik untuk kesihatan, dan para saintis telah menemui satu bahan daripada kulit anggur yang dikenali sebagai resveratol.

Gambar ihsan Google.


Resveratol
Sejak tahun 1990-an lagi, lebih 2000 kajian telah dilakukan dan diterbitkan berkaitan dengan resveratol. Antara kebaikan yang ditemui daripada resveratol ini adalah untuk mengelakkan penyakit Huntington's dan Alzheimer, penyakit-penyakit berkaitan kardiovaskular, kegagalan fungsi paru-paru dan merupakan rawatan lebih baik untuk masalah berkaitan obesiti, katarak dan diabetis tahap dua.

Dr. Sinclair dari Universiti Harvard telah membuat kajian untuk meningkatkan kehebatan resveratol sehinggan 1000 kali berbanding wine merah, sekaligus menggandakan keberkesanannya pada peringkal sel. Beliau percaya pada peringkat ini, resveratol mempunyai kuasa untuk membalikkan proses penuaan dan "merupakan penemuan terpenting dalam bidang kesihatan dalam masa 100 tahun".

Vivix Shaklee telah dihasilkan berdasarkan kajian oleh Dr. Sinclair. Satu sumber resveratol yang unik telah ditemui daripada jenis anggur Muscadine yang khusus. Malah Shaklee turut mencipta kaedah pengekstrakan yang baru dan lebih lembut untuk memastikan keberkesanan fungsi resveratol yang diekstrak berada pada tahap tertinggi. Hasilnya termasuklah asid ellagic khusus yan tidak dijumpai dalam anggur biasa dan mampu menjalankan beberapa fungsi anti-penuaan dalam Vivix.

Saya berhenti di sini dulu, entri seterusnya saya akan cerita lebih lanjut lagi tentang Vivix.




Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...