"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tips: Petua Merancang Jantina Anak

Assalamualaikum.

Tips ini saya ambil dari website Dr Hamid Arshat – Pakar Sakit Puan. Sepertimana dengan tip-tip lain, tiada satu pun akan menjamin 100% keberkesanannya. Namun menurut Dr Hamid, dengan izin Allah, tip ini 70% kebarangkalian untuk mencapai kejayaan.

Para suami harus mengetahui anda adalah penentu dalam jantina anak-anak. Benih lelaki membawa kromosom X dan Y manakala benih wanita hanya membawa kromosom X. Gabungan kromosom X-X akan menghasilkan anak perempuan manakala X-Y akan menghasilkan anak lelaki.

Gambar ihsan Google.

Ciri-Ciri X dan Y
X – Jangka hayat lebih lama, bergerak lambat, tahan dalam keadaan berasid
Y – Jangka hayat singkat, bergerak pantas, tahan dalam keadaan berakali


Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki (XY)

  1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman bergas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
  2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.
  3. Menukarkan cecair faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching ’atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. Air bikarbonat sebanak 20 ml dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonat (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
  4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan oleh agama jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika ibubapa ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.


Petua Untuk Mendapat Anak Perempuan (XX)

  1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
  2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.
  3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.


Kita merancang, Allah swt juga merancang dan sebaik-baik perancang. Apa yang ditentukan pastinya itu adalah terbaik untuk kita. Selamat mencuba :)


Tips: Petua Hadapi Jerebu.

Assalamualaikum.

Akhir-akhir ni kes jerebu makin menjadi-jadi. Di tempat kami, jerebu tersangatlah teruk sampaikan duduk dalam pejabat dengan tingkap bertutup pun rasa nak pakai mask. Waktu pagi nak ke tempat kerja yang cuma sekangkang kera daripada rumah kami tu pun rasa sesak nasaf. Kawasan perumahan kami seolah-olah baru lepas fogging.

Makluman terbaru daripada majikan kami, indeks pencemaran udara (IPU) di tempat kerja kami jam 8 pagi semalam setinggi 490. Sedangkan IPU 301 ke atas sudah dikira berstatus hazardous. Hingga ke jam 3 petang, IPU menurun kepada 182, iaitu masih lagi dalam kategori unhealthy. Sekolah di daerah kami dah diberikan cuti berganti selama tiga hari disebabkan jerebu teruk di sini.

Gambar sekitar jam 9 pagi tadi, dalam perjalanan ke tempat kerja.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
  • Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.


[Sumber]

Berikut beberapa nasihat yang majikan edarkan kepada staf-staf berkaitan dengan jerebu. Saya nak kongsikan dengan pembaca semua, semoga sama-sama dapat manfaat daripada nasihat tersebut.

  • Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.
  • Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, anda dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut (mask).
  • Pastikan udara di dalam rumah / bangunan sentiasa bersih. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.
  • Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.
  • Banyak minum air kosong ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan aktiviti / menghadiri aktiviti luar.


Bagi ibu dan bakal ibu, boleh baca info melindungi bayi dan kandungan daripada jerebu daripada laman web BabyCentre di sini dan di sini.

En. Qusyairi dan saya terasa hebat menyamar jadi doktor.

Sesiapa ada tips lain, bolehlah kongsi bersama di sini :)


Berat Mata Yang Memandang.

Assalamualaikum.

Apa yang saya nak kongsikan malam ini bukan cerita yang menyeronokkan. Beberapa kejadian berlaku sehari dua ini, buat saya rasa sedih. Dan saya orangnya cepat empati, jadi terasa bebannya bila berlaku kejadian-kejadian tak diingini walaupun bukan ke atas diri sendiri.

Balik kerja semalam, ketika sama-sama masuk ke dalam kereta bersama En. Qusyairi, beliau katakan ada kes di sekolah tempat isteri kawan kami mengajar. Seorang murid jatuh ketika bermain di tangga. Murid tersebut baru darjah dua. Terus saya terbayangkan adik kesayangan saya ketika dia darjah dua, kecil dan masih terlalu mentah. Murid tersebut meninggal dunia. Waktu kejadian, ayahnya sedang menunggu di luar pagar.

Petang tadi sengaja balik kerja lambat. Jam hampir pukul 6 petang, dapat pesanan ringkas dari Ketua Jabatan. Print screen sms tersebut seperti berikut.


Perkara pertama saya buat ialah hantar mesej kepada En. Qusyairi bertanya bagaimana kami berdua boleh membantu. Tiada cara. Kelab staf tentu akan buat kutipan sumbangan, dan kami boleh menymbang. Lebih daripada itu, tiada apa yang boleh kami bantu selain mengirim doa.

Dan selesai masak makan malam tadi, baru saja saya selesai mengaminkan doa yang En. Qusyairi baca, beliau dapat panggilan telefon daripada rakan staf. Katanya mereka perlu ke Johor Bahru malam ini juga, ada pelajar kemalangan. Keadaannya kritikal dan telah dipindahkan ke hospital besar di Johor Bahru. Ketika saya menaip ini, En. Qusyairi masih belum pulang lagi. Baru sebentar tadi beliau sampaikan khabar dari hospital. Apa yang mampu saya lakukan hanyalah mendoakan keselamatan dan kesihatan pelajar kami.

Saya orangnya sangat mudah empati. Cepat beremosi walaupun bukan berkaitan dengan saya. Dengan semua kejadian yang berlaku sehari dua ini, saya agak bersedih. Membayangkan perasaan seorang ayah menjumpai anaknya terbaring tak bernyawa di bawah tangga. Perasaan kehilangan segala-galanya melihat rumah tempat berteduh sekeluarga hangus hingga ke tanah. Perasaan ibu dan bapa mengharung perjalanan ratusan kilometer untuk menemani anak yang cedera parah.

Pun begitu walau betapa beratnya mata kita yang memandang, sudah tentu berat lagi bahu mereka yang memikul. Saya doakan ketenangan dan kesejahteraan untuk mereka, semoga mereka redha dan sabar menghadapi dugaan maha berat seperti ini. Dan saya harap pembaca budiman semua sama-sama berdoa dengan saya. Untuk mereka.


Set Lengkap Bersalin dan Berpantang Shaklee.

Assalamualaikum.

Dalam beberapa entri sebelum ini saya ada ceritakan tentang set vitamin Shaklee yang sangat baik untuk ibu-ibu hamil. Saya juga pernah tulis beberapa entri lain tentang set vitamin untuk ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Hari ini fokus saya kepada ibu-ibu yang bakal bersalin dan berpantang pula. Yalah, vitamin ketika hamil dah tahu, vitamin untuk menyusukan anak pun dah tahu. Hari ini belajar tentang vitamin untuk bersalin dan berpantang pula.


Set bersalin dan berpantang Shaklee secara asasnya terdiri daripada empat vitamin iaitu B-Complex, Vitamin C, Vita-Lea dan Zinc. Fungsi setiap vitamin dihuraikan seperti berikut:

B-Complex: penting untuk membantu mengawal stress. Pernah tertanya-tanya kenapa kita cepat marah, cepat tertekan? Sebabnya badan kita kekurangan vitamin B. Vitamin B mudah hilang daripada badan bila kita tertekan, panas atau keletihan. Tanpa vitamin B yang mencukupi, kita akan jadi cepat marah, cepat letih, cepat beremosi. Sebab itu vitamin B-Complex digelar sebagai beauty vitamin. Tanpa tekanan, kita akan lebih ceria dan lambat nampak tua. Selain itu, ia turut mengandung 200mcg folik asid yang bagus untuk kesihatan rahim.

Vitamin C: Vitamin penting untuk asas kesihatan. Berfungsi untuk mengelakkan jangkitan penyakit seperti demam, selesema, batuk dan lain-lain. Baik untuk pembinaan kolagen untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Bertindak sebagai anti-oksida yang memperkuatkan sistem pertahanan badan.

Vita-Lea: Multivitamin dan multimineral terbaik di pasaran. Mengandungi vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari. Makanan yang kita makan mungkin tak dapat membekalkan tubuh dengan vitamin dan mineral yang mencukupi. Kesannya? Badan mudah letih dan lesu. Tubuh tak dapat berfungsi dengan optimum. Vita-Lea Shaklee turut mengandungi 200mcg folik asid yang bagus untuk kesihatan rahim. Malah, ia diformulasikan dengan formula zat besi untuk menampung keperluan zat besi tubuh. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia (paras hemoglobin rendah) iaitu punca kelesuan dan pitam.

Zinc: Berfungsi serupa seperti pati ikan haruan iaitu untuk membantu mempercepat penyembuhan luka bersalin selain mengelakkan jangkitan pada luka.

Kenapa pilih set bersalin dan berpantang Shaklee? 

Sebab paling utama kerana set vitamin Shaklee bukanlah jamu yang bersifat panas. Jadi pengambilan set ini boleh diteruskan oleh ibu sekiranya bayi dijangkiti penyakit kuning selepas lahir. Sebab lain ialah selain Zinc, vitamin lain turut dicadangkan pengambilannya ketika ibu hamil, jadi ibu boleh berjimat dengan meneruskan vitamin ketika hamil cuma tambah Zinc saja. Set ini juga sangat mampu milik, harga yang dipaparkan dalam gambar di atas adalah harga pasaran. Saya sudah tentu tawarkan harga lebih istimewa untuk pelanggan saya. Dan sebab paling menarik, set ini juga sesuai untuk ibu-ibu yang berniat untuk menyusukan anak secara eksklusif dengan susu ibu. Cuma perlu tambah Alfalfa dan ESP saja.

Jika bakal-bakal ibu di luar sana berminat dengan set ini, boleh hubungi saya. InshaAllah saya akan bantu seberapa yang saya mampu. Yang penting, ibu-ibu jangan segan untuk bertanya. Setiap konsultasi adalah percuma :)


Free Gift Istimewa untuk Follower ke-100!

Assalamualaikum.

Entri khas berkongsi rezeki dengan pembaca kami.

Gambar ihsan Google.
Setakat malam ni blog Noraihan Qusyairi dah berjaya mendapat 99 orang followers walaupun baru sebulan dua ditubuhkan. Dengan rezeki yang kami dapat daripada blog dan fanpage Noraihan Qusyairi, kami suami isteri berbesar hati untuk bagi free gift yang sangat istimewa dan bermanfaat kepada follower kami yang ke 100. Yay!

Jadi anda-anda yang masih belum follow, jemput follow blog kecil kami ini. InshaAllah ini bukan satu-satunya giveaway yang kami akan berikan, ada lagi hadiah lain menanti follower bertuah kami.

Doakan rezeki kami terus murah dan melimpah ruah dengan keberkatan Allah swt. InshaAllah. Semoga dapat kami kongsikan dengan anda pembaca-pembaca kesayangan kami. Amin :)

notakaki: Kepada follower ke-100, sila hubungi kami untuk menuntut hadiah anda. Anda boleh rujuk di sini untuk cara-cara menghubungi kami. Tahniah didahulukan!


Tips: Petua Penyimpanan dan Pengendalian EBM

Assalamualaikum.

Entry kali ini khas untu ibu-ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu. Khususnya ibu-ibu yang bekerja dan perlu hartar anak ke rumah penjaga. Hari ni kita kongsi sama-sama tips menyimpan dan mengendalikan susu perahan atau ringkasnya EBM yang saya ambil daripada internet. Banyak sangat artikel ini dah diterbitkan, saya pun tak pasti siapa penulis asal, tapi saya rujuk pada wall facebook dan juga entry oleh Momma Mia.

Gambar ihsan Google.

Penyimpanan dan Pengendalian EBM
Bagi ibu yang berkerjaya, susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Istilah-istilah Penting Susu Ibu yang Diperah
  • EBM: Expressed Breast Milk (susu yang diperah)
  • Fresh EBM: Susu yang baru diperah dan masih segar
  • Chilled EBM: Susu yg dah perah, disejukkan di bahagian sejuk (bukan beku). Chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi.
  • Frozen EBM: Susu yg simpan dalam tempat sejukbeku

Bekas Penyimpanan Yang Sesuai
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.

Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan label berikut:
  • Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska / pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.


Tempat Penyimpanan

1. Suhu Bilik:

  • Jika bilik tidak berhawa dingin (25 °C hingga 37 °C), disarankan tidak lebih dari 4 jam.
  • Jika bilik berhawa dingin (15 °C hingga 25 °C), boleh sehingga 6-8 jam.

*suhu bilik harus stabil, contoh bilik berhawa dingin, penghawa dingin tidak dimatikan sepanjang botol EBM ada di dalam bilik tersebut.

2. Peti Sejuk / Sejukbeku:


Gambar ihsan mama Muzfirah

  • Peti sejuk 1 pintu (bahagian beku) sehingga 2 minggu.
  • Peti Sejuk 2 pintu:
    • bahagian sejukbeku (-18 °C hingga -20 °C) sehingga 3 bulan
    • bahagian sejuk (bukan beku) rak paling atas (2 °C hingga 4 °C) sebelum dibekukan boleh tahan sehingga 3-5 hari. Hari ke-5 terus masukkan ke bahagian beku.
    • bahagian sejuk (bukan beku) rak paling atas (2 °C hingga 4 °C) selepas dibekukan boleh tahan sehingga 24 jam.
  • Deep freezer (-20 °C) boleh tahan sehingga 6 bulan


3. Bekas Penyejuk

  • Cooler bag/box (0 °C hingga 4 °C), tahan 12 - 24 jam


PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula


TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Pejabat

  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais


Rumah

  • Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja di bahagian beku.
  • Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.


Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.


JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.


Tips: Petua Perut Rata


Assalamualaikum.

Raya dah semakin dekat. Masing-masing ligat mencari baju raya sekarang ni. Ada macam-macam fesyen di pasaran, fesyen mana satu yang jadi pilihan anda? Saya pun sibuk juga nak dekat raya ni, asyik jadi orang tengah antara pelanggan dan tukang jahit. Tak ambil komisyen pun, cuma tolong-tolong kawan yang dah terlewat hantar baju untuk tempahan raya. Yalah, ramai tukang jahit dah tak ambil tempahan lagi sekarang ni.

Nak raya ni, dan bercerita tentang baju raya, ramai merungut kenapa baju-baju siap di pasaran banyak sasarkan kepada pelanggan kurus saja. Pendapat saya, baguslah begitu kan. Supaya kita berjaga-jaga jangan sampai terlebih berat badan. Tengok pakaian cantik-cantik di pasaran untuk orang kurus, boleh jadi motivasi supaya kita lebih peka menjaga kesihatan dan mengawal berat badan. Lebih-lebih lagi musim raya nanti, makanan sedap banyak terhidang. Jangan sampai mengikut nafsu dan makan sehingga memudaratkan kesihatan. 

Gambar ihsan Google. Takmau perut rata lemak ye hehe.
Jadi hari ni saya nak kongsi tips yang saya jumpa tentang mendapatkan perut rata. Tips ni saya kreditkan kepada Lovely Za. Terima kasih berkongsi ilmu :)
  1. Makan dengan sihat dan mengurangkan makanan ringan. Menggantikan gula-gula dan "jajan" atau "cikedis" dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda akan melihat perbezaannya.
  2. Banyak makan protein tanpa lemak. Kacang dan daging tanpa lemak juga agak baik untuk anda selagi anda tidak makan lemak!
  3. Makan bijirin penuh. Iaitu dengan mencari label yang mengatakan "100% whole wheat" atau "100% whole grain" dan bukan hanya "tepung gandum." Bijirin memastikan anda rasa "penuh" dan masih kenyang lagi, ia juga boleh membantu dengan penurunan berat badan dan mendapat perut yang rata.
  4. Makan produk tenusu rendah lemak. Beralih daripada tenusu yang tinggi lemak kepada pilihan yang rendah lemak, yang kaya dengan protein dan vitamin B6.
  5. Makan makanan dengan pengambilan yang lebih kecil sepanjang hari. Makan hanya cukup sehingga anda berasa kenyang.
  6. Tunggu sehingga anda berasa hampir lapar lagi sebelum makan. Memberi tumpuan kepada hanya makan makanan yang sihat, dan mengelakkan makan gula-gula ia hanya akan membuat anda berasa letih dan akan menyebabkan anda mengidamkannya lagi. Ia adalah sesuatu yang tidak sihat.
  7. Ambil sedikit masa di antara setiap masa menggigit makanan apabila makan. Ia akan membantu anda untuk menyedari apabila anda penuh. (Makan dengan perlahan, jangan gelojoh).
  8. Makan makanan yang berindeks rendah glisemik. Makanan ini mengambil masa yang lama untuk mencerna, supaya anda berasa kenyang lebih lama. Badan anda perlahan-lahan akan menyerap nutrien supaya dapat mengelakkan kejatuhan mendadak gula dalam darah anda sehingga waktu makan berikutnya. Antara yang terbaik makanan rendah GI adalah:
    • Kubis
    • Lobak
    • Saderi
    • Timun
    • Zucchini
    • Daun salad gelap
    • Bawang
    • Pir
    • Tomato
    • Brokoli
    • Pisang
    • Epal
    • Beri
  9. Jangan makan apa-apa selama kira-kira dua jam sebelum anda tidur. Badan anda lambat memproses apabila anda tidur makanya badan tidak boleh mencerna makanan dengan betul ketika tidur.
  10. Minum Air. Anda perlu menggantikan semua minuman biasa anda dengan air, terutamanya soda dan minuman bergula. Air akan menjadikan anda lebih mudah untuk menurunkan berat badan. Pertimbangkan air berperisa sebagai alternatif jika perlu.
  11. Minum air limau dikatakan cara semulajadi bagi mempercepatkan metabolisme anda. Cuba memerah limau ke dalam segelas air sejuk menyegarkan, ia minuman yang sihat.
  12. Air kencing anda harus berwarna kuning atau warna yang jelas; kuning gelap dengan bau boleh menjadi tanda bahawa anda adalah dehidrat (kering).
  13. Sila ingat bahawa jika anda minum terlalu banyak air, perut anda akan berkembang menyebabkan ia menjadi lebih besar dan ia akan membuat anda lebih lapar. Hanya minum air yang cukup untuk membuat anda berpuas hati.
  14. Kurangkan pengambilan garam. Garam menyebabkan badan anda mengekalkan air yang menyebabkan anda kelihatan kembung-terutama di bahagian abdomen anda. Jika boleh, cuba menggantikan makanan yang tinggi garam dengan pilihan yang lebih sihat.
  15. Tiada pengambilan alkohol. Satu botol arak sebenarnya mempunyai kira-kira 600 kalori di dalamnya! Dah tentu bagi yang beragama Islam, ianya haram.
Semoga artikel ini memberi manfaat. Kita bukan sekadar mau cantik, kerana cantik itu cuma di pandangan mata manusia. Yang lebih penting, kita perlu jaga kesihatan. Dan jangan lupa kalau dah rata perut tu, tak perlulah pakai pakaian yang ketat atau menampakkan bentuk badan pula. Nanti berdosa. Hehe. Selamat menjaga kesihatan semua :)


Promosi Jun: Meal Shake Beli 6 Percuma 1

Assalamualaikum.

Promosi Shaklee bagi bulan Jun 2013 ni sangatlah best. MEAL SHAKE! Siapa tak suka Meal Shake. Kanak-kanak suka, orang dewasa pun suka. Macam-macam kebaikan Meal Shake untuk seisi keluarga. Rugi sangat kalau lepaskan peluang ni. Hehe.

WM RM113.75 / EM RM121.25
544 gram
Tahan sehingga 2 bulan

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
  • Sarapan segera yang berkhasiat
  • Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
  • Hidangan segera untuk para atlet
  • Kudapan menarik pada bila-bila masa
  • Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium 

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 

Kebaikan Meal Shake

  • Makanan tambahan segera yang rendah lemak dan rendah glycemik (kandungan glukosa)
  • Tiada pewarna, perasa dan pemanis tiruan. Sedap semulajadi :)
  • Sesuai untuk seisi keluarga, bukan kanak-kanak saja. Ibubapa yang ambil ESP boleh kongsi Meal Shake dengan anak-anak kalau nak jimat.
  • Sesuai untuk anak-anak yang kurang selera makan.
  • Sesuai untuk individu yang nak naikkan berat badan (hubungi saya untuk cara pengambilan yang sesuai)
  • Membantu kurangkan dan percepatkan pemulihan masalah kulit pada kanak-kanak seperti ekzema, ruam dan elergi.
  • Kurangkan sembelit kanak-kanak.
  • Sebagai penambah tenaga (energy booster) yang sedap dan mudah disediakan.
  • Rasa kenyang dan bertenaga lebih lama.

Dan banyak sangat-sangat kebaikan lain yang saya tak larat nak tuliskan di sini.

Meal Shake ni kalau ikutkan harga pasaran di Semenanjung Malaysia cuma RM113.75 je (tak termasuk pos). Tapi sudah tentu ada harga yang lebih istimewa untuk pelanggan-pelanggan saya. Itu sebelum promo ye. Kalau beli dalam bulan promosi ni, harga Meal Shake ni jatuh merudum-rudum macam harga emas jatuh hari tu. Hehe. Boleh jimat sehingga RM100++ untuk stok selama 6 bulan.

Jom baca testimoni Meal Shake pula.






Jadi tunggu apa lagi? Ambil peluang untuk kumpul stok Meal Shake anda bulan ini. Penjimatan sehingga RM100++ bagi stok selama 6 bulan. Bukan untuk anak-anak saja, malah sesuai untuk remaja dan dewasa. PM saya untuk konsultasi percuma berkaitan Meal Shake dan produk Shaklee yang lain. Setiap pelanggan saya layak mendapat jadual pengambilan vitamin dan suplemen Shaklee, jemputan ke secret group eksklusif kendalian Master-master Shaklee yang berpengalaman serta konsultasi percuma sepanjang menjadi pelanggan saya. InshaAllah kalau ada rezeki lebih, akan dapat free gift juga.

Hubungi saya tanpa segan-segan. Saya tak makan orang. Dan paling penting, saya tak suka memaksa pelanggan dalam pembelian. Ingat, jimat RM100++ bulan ini dan 6 bulan seterusnya :)


Keluarga Bahagia.

Assalamualaikum.

Dah ramai yang tegur saya dah lama tak update blog. Bukan taknak update, tapi saya baru lepas cuti seminggu. Biasalah, cuti-cuti sekolah bawa adik dan ayah jalan-jalan balik kampung sambil-sambil melawat abang kakak dan keluarga mertua. Ayah pun kali terakhir jumpa keluarga mertua saya ketika kami kahwin dulu, dah lebih setahun lepas. Adik pula bila lagi dapat berjalan kalau bukan cuti sekolah. Ibubapa (atau kakak) mana tak ambil cuti sempena cuti sekolah, kan? Inilah waktunya nak bawa mereka jumpa saudara mara. Hehe.

Tadi En. Qusyairi dan saya keluar berdating macam masa bercinta dulu. Kami menonton wayang cerita Fast and Furious 6. Dalam cerita tu, si hero Dom asyik ulang sebut perkara yang sama: betapa pentingnya kesetiaan pada keluarga. Sempena cuti-cuti dan cerita wayang yang bertemakan keluarga, saya pun mood baik nak bercerita tentang keluarga malam ini.

Saya ada dua orang abang dan tiga orang kakak. Selain itu, saya ada seorang adik lelaki. Ayah saya dah lama bersara, emak pula sudah empat tahun meninggalkan dunia. Kami adik beradik sangat rapat, terutamanya yang perempuan. Yang sulung abang, diikuti abang kemudian tiga orang kakak, kemudian saya dan seterusnya adik lelaki saya. Saya sangat sayang mereka.

Tak cukup korum dua orang. Ketika hari bahagia kami :)
Berbanding kakak-kakak yang lain, saya paling ramai kawan. Kawan-kawan saya pelbagai jenis. Dan kebanyakan mereka sangat baik sanggup buat macam-macam untuk persahabatan kami. Ada yang sanggup tangguh balik kampung selama seminggu untuk bantu saya siapkan tugasan ketika belajar dulu. Ada yang bersama-sama saya dalam tangis bila ditimpa masalah. Ada juga yang percayakan saya dengan masalah dan wang mereka lebih dari yang saya sangka. Memang saya sangat sayangkan kawan-kawan saya.

Tapi kawan-kawan semua takkan dapat menandingi keluarga. Bila saya ada masalah yang betul-betul besar punya masalah, saya akan kongsi dengan keluarga. Keluarga tak pernah membelakangkan saya. Saya pun taknak membelakangkan mereka.

Ketika saya sekolah, study group saya adalah dengan kakak-kakak saya. Sebab itu saya tak banyak masalah dengan pelajaran, sebab saya dah belajar lebih awal. Apa yang kakak-kakak belajar di kelas, mereka ajarkan kepada saya.

Bila saya ke asrama penuh, keluarga saya tak pernah gagal tunjukkan betapa mereka bangga dengan saya. Bila di matrikulasi, saya kumpul duit syiling banyak-banyak supaya dapat hubungi kakak abang saya di telefon. Waktu itu terasa sunyinya tanpa mereka dekat dengan saya. Bila saya sambung pelajaran ke universiti, saya ambil masa hujung minggu melawat kakak-kakak saya di kampus universiti mereka: seorang di utara, seorang di pantai timur dan seorang lagi di kuala lumpur. Ketika saya kesempitan wang, salah seorang pasti tak berat hati berkongsi dengan saya. Bila mereka kesempitan saya pun tak berat hati berkongsi dengan mereka. Dan sesama kami cuma bayar semula seberapa yang kami mampu bayar.

Bila saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana, ayah dan kakak saya bergilir bayarkan yuran pelajaran dan beri wang belanja kepada saya. Hingga hari ini, saya terasa begitu terhutang budi dengan mereka, kerana wang daripada skim gaji yang saya terima setiap bulan adalah jasa dari ayah dan kakak saya. Saya sangat terhutang budi dengan mereka.

Ketika saya nyatakan hasrat mau berumahtangga, tak siapa pun persoalkan siapa bakal suami dan bagaimana orangnya. Ketika itu mereka tau saya terlalu baru berkawan dengan En. Qusyairi. Tapi mereka percayakan pilihan saya, kerana saya telah dididik dengan begitu baik oleh ayah dan arwah emak. Keluarga saya tau saya takkan buat pilihan yang salah. Pertama kali perkenalkan ayah dengan En. Qusyairi, ayah siap pakai baju lawa-lawa. Sebelum turun kereta, ayah sikat rambut supaya nampak kemas. Sedangkan yang akan beliau jumpa adalah bakal menantunya, seolah-olah ayah lebih gementar berbanding saya. Sedangkan sebelum En. Qusyairi, sudah lima kali ayah terima menantu. Haha.

Semakin kita dewasa, semakin kita akan faham pengorbanan keluarga untuk kita. Semakin kita akan hargai kehadiran mereka. Muda-muda dulu mungkin kita cuma rasa sayang pada keluarga, tapi setelah berkahwin dan membentuk keluarga sendiri, saya mula rasa perlu dan sangat risau kehilangan keluarga. Saya sangat sayangkan ayah, adik beradik dan anak-anak saudara saya. Sanggup berhabis wang dan masa untuk mereka. Tak fikir panjang untuk lakukan macam-macam perkara untuk mereka.

Begitu juga mereka dengan saya.

Jadi saudara-saudari pembaca di luar sana, nasihat saya cuma satu. Hargai keluarga. Jangan membelakangkan mereka. Nampak macam sedikit, tapi takkan ada orang lain yang sanggup berkorban untuk kita seperti keluarga telah berkorban selama ini. Saya telah merasa kehilangan emak tercinta. Membayangkan mereka yang masih ada sekarang takkan selamanya dapat bersama saya sudah cukup buat saya rasa sangat sedih. Ambil masa untuk tunjukkan kasih sayang anda. Esok mungkin terlambat. Lusa mungkin tak sempat.

Semoga entri kali ini bermanfaat :)

Dua-dua ini pun keluarga saya juga :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...