"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Pengumuman: Khabar Ramadan

Assalamualaikum.

Kami ada berita yang ingin dikongsi dengan semua sahabat pembaca. Buat sementara waktu ini aktiviti blogging dan facebook Noraihan & Qusyairi akan dicutikan seketika. Walau bagaimanapun, order dan pendaftaran ahli masih berjalan seperti biasa. Boleh hubungi kami melalui sms atau email untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi, cuma harap maaf banyak kalau kami terlewat balas berbanding biasa. 

Dan sebab kenapa blog dan facebook kami berehat seketika? Sebab kami baru dikurniakan Allah swt dengan anugerah terindah buat sepasang suami isteri iaitu kelahiran cahaya mata sulung kami. Alhamdulillah Puan Noraihan dan bayi selamat dan sihat. 

Doakan kami menjadi ibu bapa terbaik untuk anak kami. Dan mohon doa sahabat pembaca semua anak kami menjadi hamba Allah swt yang soleh dan solehah serta membahagiakan ibu bapa dan Tuhannya di dunia dan akhirat. Amin. 


Salam Ramadan Kareem.

Assalamualaikum.

Beberapa hari ni tak dapat nak update entri di sini. Alhamdulillah kami suami isteri sentiasa sibuk dengan tugas hakiki kami, bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk COD vitamin kesihatan Shaklee dan menyediakan persiapan menyambut Ramadan Kareem. Jarang-jarang kami duduk-duduk saja di rumah tak buat apa-apa. Ada saja yang disibukkan. Alhamdulillah, seronok.

Sememangnya Ramadan bulan yang membawa rezeki. Rezeki kami melimpah ruah menjelang Ramadan. Lebih-lebih lagi dalam perniagaan vitamin Shaklee ini. Niat kami berniaga bukan sebagai punca pendapatan, bukan juga untuk meraih keuntungan. Sebaliknya sekadar mau berkongsi kebaikan yang kami rasa daripada vitamin ini. Aktiviti yang mulanya saya jalankan secara suka-suka, tak sangka akhirnya jadi perkara yang mendatangkan keseronokan bagi kami suami isteri. Lebih-lebih lagi bila semakin ramai kenalan yang kami jumpa ketika berniaga, pelanggan-pelanggan baru yang kami kenali secara tak sengaja. Tak perlu terlalu berkira tentang masa dan wang ringgit. Membantu orang lain menikmati hidup lebih sihat dan berkualiti, itu yang lebih memuaskan hati. Terfikir juga tentang jadual kami yang penuh sarat berkejar-kejar antara keluarga, kerja dan perniagaan, tapi bila kami bincang-bincang semula, tiada masalah pun sebab kami buat semua ini untuk kepuasan diri.

Setiap pelanggan tak dikenali yang membeli dengan kami, kami rasa sangat bersyukur dan berterima kasih dengan kepercayaan yang diberi. Tanggungjawab sebagai Independent Distributor anda kami pikul sepanjang masa, jangan ragu-ragu untuk mesej atau telefon kami bila-bila masa. Dan kami sentiasa berdoa anda dapat kebaikan daripada pembelian anda.


Salam Ramadan buat semua yang sudi singgah di blog Noraihan & Qusyairi. Semoga Allah swt mempermudahkan ibadah anda semua :)


Hadiah Untuk Ayah.

Assalamualaikum.

Saya masih baru beberapa bulan berkecimpung dalam perniagaan suplemen kesihatan Shaklee. Blog ini pun masih muda, banyak lagi lohong dan lompong yang belum terisi dalam blog ini. Masih banyak yang saya mahu kongsi di sini, baik dari segi kebaikan suplemen Shaklee mahupun bagaimana produk ini memberi kesan kepada kehidupan saya bukan saja dari segi kesihatan.

Sejak mula aktif berniaga produk-produk Shaklee, adalah sedikit pendapatan sampingan untuk kami suami isteri. Memandangkan pendapatan bulanan kami sendiri sudah mencukupi, jadi kami selalu kumpul-kumpul hasil pendapatan sampingan ini untuk perkara-perkara lain yang lebih berupa kemahuan, bukannya keperluan. Dan kemahuan saya yang paling kuat sekali adalah untuk membalas jasa keluarga.

Mula-mula mengamalkan vitamin Shaklee, sebaik saja saya terasa keberkesanan produk-produk ini saya terus bekalkan ayah dengan Advance Joint Health Tablet. Masa itu cuma tablet ini saja yang ayah sudi terima. Ayah saya orangnya tak suka dibelanja, perangai yang menurun ke saya dan adik-beradik yang lain. Dengan anak-anak sendiri pun ayah tak suka dibelanja. Jadi waktu mula-mula saya cadangkan produk Shaklee, ayah berat hati mau terima.

Ayah saya banyak penyakitnya. Ubat-ubatan harian ayah banyak sangat. Pagi lain, malam lain. Sekali makan berbiji-biji pil. Mengenali ayah seumur hidup saya, saya tahu ayah takkan mahu jika saya bekalkan seluruh set kesihatan kepadanya. Jadi saya cuba dengan satu vitamin saja, Advanced Joint Health Tablet. Sebabnya pil banyak-banyak yang ayah makan setiap hari tu tak ada satu pun untuk sakit sendi. Semuanya untuk penyakit-penyakit lain yang lebih berat. Oleh kerana dah terlalu banyak pil yang hospital bekalkan, ayah tak mahu ambil ubat untuk sakit sendi pula.

Bila saya cadangkan Advanced Joint Health Tablet, ayah berat hati mahu terima. Dipujuk-pujuk akhirnya ayah setuju, dengan syarat harga tablet itu ditolak daripada wang yang saya hantar setiap bulan. Saya pun setuju. Cuma saya tak pernah tolak harga tablet tersebut, setiap bulan jumlah yang saya hantar kepada ayah tetap sama. Hehe. Bising juga ayah pada mulanya. Saya tahu kalau saya berhujah memang takkan menang dengan ayah. Jadi saya minta ayah pandang tindakan saya itu dari sudut berbeza. Dengan berbakti kepada ayah, saya harap keberkatan dan rahmat Allah swt akan memayungi rezeki saya, dan doa ayah sendiri akan menjemput rezeki yang lebih meriah untuk keluarga saya. Bila saya terangkan begitu barulah ayah terima.

Tapi Advanced Joint Health Tablet tu cuma langkah mula saya saja. Bila ayah mula terasa sakit sendi semakin kurang dan terus kurang, ayah semakin yakin dengan Shaklee. Lebih-lebih lagi bila saya terangkan tentang kemungkinan menghadapi krisis penyembuhan, tapi ayah sendiri tak mengalami krisis penyembuhan yang teruk. Setiap kali kami berjumpa atau bertelefon, ayah akan ceritakan perkembangan sakit sendinya yang semakin pulih.

Lalu saya cucuk jarum, saya ceritakan tentang Vivix pula.

Vivix ni ayah yang punya :)
Macam-macam saya cerita tentang Vivix. Tapi tak pernah saya bayangkan yang saya mahu belikan sebotol untuk ayah. Saya cuma cerita produk kesihatan Shaklee ni harganya murah, yang paling mahal cuma Vivix. Itupun sebab kelebihan-kelebihan Vivix untuk pesakit berat seperti kencing manis, darah tinggi, paras kolestrol tinggi, pesakit jantung dan lain-lain. Ayah dengarkan tapi tak pernah kata apa-apa. Kadang-kadang sambil berbual-bual petang saya cerita sikit-sikit tentang Vivix, siapa yang sesuai makan dan bagaimana fungsinya, tentang ramuannya yang organik dan selamat. Tapi saya tak pernah cerita beria, cuma seperti borak-borak kosong saja.

Lama juga saya cerita sedikit demi sedikit tentang Vivix pada ayah, lebih kurang sebulan dua jugalah. Akhirnya satu hari saya dapat panggilan daripada ayah, katanya lepas Advanced Joint Health Tablet bulan itu habis, ayah nak cuba Vivix pula. Saya jawab selamba: Boleh saja. Sedangkan dalam hati terujanya tak terkata. Haha.

Jadi bulan ini, dengan rezeki daripada pendapatan sambilan yang kami seronok lakukan bersama ini, saya dan suami telah belikan hadiah Vivix untuk ayah. Macam biasa, ayah minta ditolak daripada wang bulanan yang saya hantar kepadanya. Dan macam biasa jugalah, saya setujukan saja. Tapi saya tahu, dan ayah pun tahu, perkara itu takkan berlaku :p

Selamat menyambut puasa, ayah. Selamat menjaga kesihatan. Dan semoga kesihatan ayah bertambah baik hari ke hari. Untuk apalah rezeki dan kesenangan yang kita kecapi jika tak dikongsi dengan orang yang tersayang. Terasa jiwa kosong tak bermakna hidup dan harta kalau segala kemewahan dan kesenangan cuma untuk diri sendiri saja. Cuma ini yang mampu seorang anak lakukan, selain doa yang mengiringi setiap hari. Doakan kami berdua juga :)

notakaki: Bulan ini juga berkat rezeki rajin berusaha saya hadiahkan suami dengan Performance Drink dan untuk diri sendiri pula Nutriferon. Dah ada Performance Drink ni, bolehlah kombinasikan dengan ESP dan Milk Shake kami untuk bancuh set Mighty Triple Gem. Persediaan untuk berpuasa nanti. Seronok rasanya berkongsi dengan keluarga dan suami. Bak kata P. Ramlee: Hai senangnya dalam hati...

Set Berpuasa Mighty Triple Gem

Assalamualaikum.

Ramai bertanya pada saya, apa bendanya Set Mighty Triple Gem tu? Untuk cantikkah? Untuk kuruskah? Untuk apakah? Haa, hari ni saya sediakan jawapan apa sebenarnya Set Mighty Triple Gem ni.

APA ITU SET MIGHTY TRIPLE GEM
Set Mighty Triple Gem ni adalah kombinasi khusus suplemen untuk membekalkan tenaga kepada badan secara optimum dan berpanjangan. Set ini terdiri daripada tiga suplemen terhebat Shaklee iaitu Energizing Soy Protein atau ESP (perisa Vanilla), Meal Shake (perisa French Vanilla) dan Performance Drink (perisa Orange). Menjelang bulan Ramadan begini, memang meletup sangat set ni. Ramai yang buat persediaan berpuasa dengan set ini.

SIAPA PERLUKAN SET MIGHTY TRIPLE GEM

  • Orang yang berpuasa
  • Ibu mengandung
  • Ibu yang menyusukan anak (terutamanya yang berpuasa)
  • Orang yang bekerja berat (menggunakan tenaga badan) 
  • Warga tua
  • Kanak-kanak (terutama yang baru mula berpuasa)
  • Remaja/Pelajar
  • Ahli Sukan
  • Orang yang kerap sakit kepala / demam
  • Kanak-kanak yang selalu sakit 
  • Kanak-kanak yang tiada selera makan
  • Orang sakit
  • Orang yang ingin memelihara kesihatan secara menyeluruh 

ESP + Meal Shakes + Performance Drink
RM346.25 (EM) / RM363.75 (WM)

KENAPA MIGHTY TRIPLE GEM
Lengkap dengan vitamin, mineral, tenaga dan pengekalan bendalir dalam badan untuk mengekalkan penghidratan. Kesan akibat nyahhidrat(dehydration) dan kekurangan tenaga:

  • Kurang daya tumpuan utk jangka masa yang panjang
  • Kurang peka
  • Lambat bertindak
  • Kandungan gula dalam darah menjadi rendah
  • Menjejaskan produktiviti kerja kita.
  • Letih lesu sepanjang hari


BAGAIMANA MIGHTY TRIPLE GEM BERFUNGSI

1. Performance Drink (Orange)
  • Minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah nyahhidrat (dehydration) seperti fungsi minuman isotonik.
  • Membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam seharian berpuasa dan menyusu/mengepam.
  • Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama golongan yang banyak bekerja menggunakan fizikal. Juga sesuai untuk menggantikan bendalir dalam badan anak-anak yang demam sekaligus mencegah nyahhidrat akibat kurang selera makan.
  • Penghidratan lebih cepat berbanding air.
  • Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan mebekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
  • OptiCarb® pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.
2. Energizing Soy Protein (ESP)
  • Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.  
  • Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.
  • Membekalkan tenaga.
  • Memberikan rasa kenyang. 
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat.
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit.
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster).
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot.
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal.
  • Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.
3. Meal Shake
  • Merupakan multivitamin (pemakanan lengkap). Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tapi dalam bentuk serbuk.
  • Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
  • Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.
*Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos 1/2 sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.
Meal Shakes Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan.

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?
  • Kanak-kanak
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua
  • Selain itu, Meal Shakes Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein.
Dapatkan set Shaklee Mighty 3 Gems dari kami sekarang. Untuk tenaga yang optimum ketika berpuasa, anda boleh menambah supplement B-Complex, Vita-Lea dan Vita-C dalam rutin sahur anda. Hubungi kami untuk mendapatkan set ini dengan harga istimewa khas untuk pelanggan kami sahaja. Kami mengucapkan selamat berpuasa dan semoga anda dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna :)

Sumber:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...