"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Testimoni: Set Kehamilan Shaklee.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah setelah lebih sebulan blog dan fanpage Noraihan & Qusyairi bercuti, hari ini kami kembali beroperasi seperti biasa. Dalam entri comeback ini, saya nak berkongsi testimoni saya sendiri tentang set kehamilan Shaklee.

Anda-anda yang pernah baca tentang NQ, tentu tahu sesuatu telah berlaku ang menyebabkan kami suami isteri mula mengamalkan vitamin kesihatan Shaklee. Inilah sesuatu itu:


Sesuatu kami yang comel ini namanya Kautsar :)

Sejak mula-mula berkahwin, kami rajin mengamalkan pengambilan suplemen untuk menyediakan diri kami sekiranya kami diizinkan menjadi ibubapa. Dalam entri ini ada diceritakan tentang bagaimana kami beralih daripada suplemen yang dibeli di farmasi kepada produk kesihatan Shaklee. Punca utamanya: kos. Iyalah, persiapan menjadi ibubapa bukan sekadar fizikal saja, kami perlu menyediakan kewangan kami juga. Jika terlalu banyak berhabis wang pada suplemen, tak bagus juga untuk perancangan kami.

Set Kehamilan Trimester 1
Set Kehamilan Trimester 2 dan 3
Sepanjang kehamilan, saya amalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada vitamin B-Complex, Vitalea, OmegaGuard, ESP dan Ostematrix. Ketika awal kehamilan, perubahan paling ketara yang saya rasa ialah badan terasa sangat letih. Bangun tidur rasa seperti baru lepas tamat triathlon. Kelesuan tersebut buat saya rasa cepat marah. Kasihan En. Qusyairi, asyik kena marah je. Hehe. Sebaik saja mengamalkan Shaklee, perubahan paling ketara ialah mood sentiasa baik. Sampaikan En. Qusyairi pernah tanya, kenapa baik sangat mood saya. Bila saya risik-risik dengan pengedar, rupanya mood baik tersebut kesan daripada vitamin B-Complex yang sangat membantu menghadapi stress. Patutlah. Sejak itu tak pernah tinggal makan B-Complex sampai sekarang. Hehe.

Satu lagi kesan ketara ialah badan tak lesu lagi. Sebelum mengambil vitamin Shaklee, saya tak dapat bekerja seperti biasa sebab badan terlalu letih. Ada masanya terpaksa surrender dan kerja separuh hari saja sebab terlalu keletihan. Semua kerja rumah En. Qusyairi yang buat, saya letak jawatan. Dengan Shaklee, saya mampu bekerja dan berfungsi seperti biasa. Di pejabat setiap hari mampu naik tangga tiga tingkat sehingga hujung kehamilan. Malah saya jadi semakin aktif hingga boleh kata tak pernah ada di rumah ketika hari cuti kerana rajin berjalan ke sini sana. Masuk trimester kedua, kami suami isteri sangat aktif berjalan dan berniaga. Ramai yang tegur betapa aktifnya saya walaupun kandungan sudah sangat sarat. Pengedar Shaklee saya terangkan badan saya mendapat tenaga yang cukup untuk aktiviti harian kerana saya mengamalkan Vitalea dan ESP. Bila saya ajak suami amalkan sama, beliau turut setuju badan terasa lebih bertenaga sejak minum ESP Shaklee.

Ketika masuk trimester kedua saya mengalami gusi berdarah dan timbul tanda putih pada kuku tangan. Kuku kaki pula sering patah dan terkopak. Itu adalah tanda-tanda kekurangan kalsium. Cuma dua hari mengamalkan Ostematrix pada dos yang betul, gusi berdarah tiada lagi. Tak lama kemudian kuku jadi semakin kuat dan tak lagi rosak.

Kesan yang paling saya suka, kulit. Tahukah anda punca utama stretch mark ketika hamil ialah genetik? Ibu dan kakak-kakak saya semuanya mengalami stretch mark yang sangat teruk. Sangat, sangat teruk. Sampaikan kakak saya gambarkan dirinya sebagai Mistique daripada filem Fantastic Four. Yang seorang lagi pula ditegur oleh penjaga yang beliau upah ketika berpantang kerana mempunyai stretch mark paling teruk pernah dilihat sepanjang 15 tahun pengalaman penjaga tersebut menjaga orang berpantang. Jadi saya pun dah bersiap sedia untuk mendapat stretch mark yang banyak ketika hamil. Namun begitu, hingga ke saat kelahiran, stretch mark di tubuh saya sangat sedikit, boleh dikira dengan jari. Kulit tubuh juga jadi lebih lembab dan berseri penangan rajin minum ESP.

Sepanjang kehamilan, saya tiada alahan, tiada diserang apa-apa penyakit kecuali pernah keracunan makanan sekali. Itu saja. Kehamilan saya sangat lancar dan mudah, syukur kepada Allah swt. Berat badan pun naij dengan sangat cantik mengikut skala yang sepatutnya. Malah ketika check-up terakhir di klinik kesihatan, nurse bertugas memuji saya kerana tak pernah mengalami masalah sepanjang kehamilan. Sticker di buku pink kekal warna putih dari awal hingga saat bersalin. Hb sentiasa normal. Berat badan normal. Gula normal. Saya cuma minum air gula sekali saja, walaupun doktor sedar ibu dan bapa saya kedua-duanya menghidap diabetis. Proses kelahiran pun berlangsung dengan mudah dan cepat. Alhamdulillah. Luka bersalin cepat pulih, susu badan cepat keluar dan cukup untuk anak. Badan pun cepat sihat, terus bertenaga selepas kelahiran.

Bawa pulang Cik Kautsar tak sampai 24 jam lepas bersalin :)
Banyak sangat nak diceritakan sebenarnya tentang set kehamilan Shaklee. Banyak lagi kesan yang saya alami tapi terlalu panjang kalau nak ditulis semuanya di sini. Selepas bersalin saya amalkan Set Berpantang dan Set Penyusuan pula. InshaAllah lain entri saya akan kongsi testimoni set-set tersebut. Jumpa lagi di entri seterusnya.



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...