"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Vitamin C 500mg Sustained Release - Hot Stuff Kembali Ke Pasaran!!

Assalamualaikum.

Harga Runcit: RM92.50
Tahan 6 bulan

Saya tak pernah buka cerita tentang Vitamin C 500mg Sustained Release ni. Sebab apa? Sebab daripada tahun lepas lagi Vitamin C ni dah tak ada stok di seluruh Malaysia. Habis licin!

Macam mana tak habis licin, Vitamin C 500mg Sustained Release ni boleh kata produk paling hot kat Shaklee. Nak sihat, makan Vitamin C. Nak cantik, makan Vitamin C juga. Nak apa lagi? Semuanya perlukan Vitamin C. Senang kata, Vitamin C ni vitamin tiga serangkai dengan B-Complex dan Vitalea sebagai asas kesihatan yang optimum.

Tapi berita baik untuk peminat Vitamin C, hujung bulan Oktober nanti Vitamin C 500mg Sustained Release ni akan kembali ke pasaran Malaysia. Yahuu! Dan saya jangkakan kemungkinan besar demand untuk vitamin ini akan jadi keterlaluan banyak, mungkin akan sold out lagi. Macam yang berlaku pada Herb-Lax beberapa bulan lepas. Oleh sebab itu, saya nak buka order awal kepada pelanggan saya. Sesiapa yang berminat untuk dapatkan vitamin ini boleh order sekarang sebelum kehabisan lagi. Harganya sangat berbaloi. Untuk penggunaan 6 bulan, harga runcit cuma RM92.50. Tapi untuk pelanggan saya sahaja, saya offer harga yang sangat istimewa. Boleh email / sms / whatsapp kalau nak tau harga pelanggan saya ya.

Berbanding dengan Vitamin C 100mg Chewable, Vitamin C 500mg Sustained Release ni sebenarnya tersangat-sangat mesra budget. Sebotol 180 biji boleh tahan sampai 6 bulan. Feature Sustained Release tu yang paling bernilai sebenarnya, sebab tak perlu ambil banyak kali sehari. Cukup makan sebiji waktu pagi, 500mgVitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam badan anda dalam jangka waktu 12 jam. Jadi tubuh kita akan mendapat bekalan Vitamin C berterusan sepanjang hari. Sedangkan kalau makan tablet Vitamin C yang biasa, dos dilepaskan sekaligus dan bila dah terlebih daripada keperluan badan pada waktu tersebut, baki Vitamin C dalam badan akan di flush out begitu saja. Ruginya! Terpaksa makan tablet Vitamin C dengan dos kecil beberapa kali sehari.

Berikut saya kongsikan kebaikan Vitamin C yang saya ambil dari laman web ini:

Penjagaan kesihatan amat penting terutamanya dalam pengambilan Vitamin C. Daripada semua vitamin dan galian yang diambil oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia,Vitamin C telah menarik lebih perhatian berbanding dengan yang lain selama lebih 30 tahun. Ia telah terbukti memainkan peranan yang penting dalam hampir semua aspek kesihatan kita dan berikutan itu,tidak hairanlah apabila ia diberi tarikan hebat dan menjadi bahan kajian kepada saintis sejak berdekad lamanya.

Faedah Vitamin C tidak terhad kepada pencegahan sawan,sejenis penyakit berpunca daripada kurang daya tahan (imun).Kajian saintifik juga mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk mencegah sesetengah jenis barah, penyakit-penyakit berkaitan jantung, masalah alahan malah juga ketidaksuburan di kalangan lelaki. Ia juga diketahui mampu mencegah dan menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam dan demam selesema. Ia juga penting untuk mengekalkan system imun (pertahanan diri daripada penyakit) agar sentiasa sihat.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini para saintis telah meneruskan kajian tehadap vitamin yang ajaib ini. Antara lain, mereka menemui jawapan kepada persoalan seperti:
Berapa banyakkah Vitamin C adalah mecukupi?
Apakah jenis Vitamin C yang terbaik?
Adakah sebarang kesan sampingan jika Vitamin C diambil secara berlebihan?

Fakta Mengenai Vitamin C
Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.
Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu juga sukar sembuh. Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan (skurvi - sejenis penyakit lemah seluruh badan, anema dan adema). Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk, sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut. Penghidap akan mula muntah darah dan boleh mengakibatkan pendarahan otak, demam panas yang seringkali membawa maut.

Mengapakah Vitamin C Perlu untuk Kesihatan?
Vitamin C adalah perlu untuk:
Pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
Mengekalkan system imunisasi badan yang kuat
Mematikan radikal bebas merbahaya
Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain
Vitamin C adalah penting untuk metabolisme yang sihat kepada banyak fungsi tubuh dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita daripada apa yang pernah diperkatakan.

Mengapa Perlu Mengambil Vitamin C Setiap Hari
Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan di dalam tubuh. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya disingkir keluar dari tubuh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu, sesetangah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara.
Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja. Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan digalakkan meningkatkan pengambilan Vitamin C.

Berminat untuk dapatkan Vitamin C 500mg Sustained Release atau mana-mana produk kesihatan, kecantikan dan kediaman oleh Shaklee, boleh hubungi saya di 012-7807365 atau email ke noraihanqusyairi@gmail.com pun boleh. Pembelian secara terus melalui telefon atau email boleh gunakan ID 921922. Setiap pembelian dengan ID saya layak untuk dapatkan konsultasi percuma tentang pemakanan vitamin :)



Hebatnya Wanita.

Assalamualaikum.

Artikel di bawah saya salin daripada facebook. Sangat menarik dan membuka mata. Sempena Hari Wanita Sedunia baru-baru ni, saya jemput semua pengunjung blog kecil saya ni baca, terutamanya kaum adam.

Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilann...ya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.

Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..

Hebat kan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..

Buat kaum Adam, hargailah kaum Hawa anda.

Luka episiotomi ketika proses kelahiran normal. Gambar macam biasa, ihsan Google.

Selamat Hari Wanita untuk semua wanita di luar sana. Hargai dan sayangi diri anda, tangan lembut yang mampu menggoncang dunia :)



Apa Dah Jadi?

Assalamualaikum.


Pernah tak nampak gambar kat atas ni? Gambar ni sekarang tengah hangat tersebar di facebook. Alkisah sepasang kekasih remaja tanpa rasa bersalah duduk di kerusi yang dikhaskan untuk wanita mengandung dan wanita menggendong anak dalam pengangkutan awam. Sedangkan di sebelah mereka seorang wanita sedang menggendong anak berdiri sebab tak ada tempat duduk.

Apa yang saya perihatin di sini ialah ahli masyarakat kita semakin lama semakin kurang nilai-nilai sivik. Tak ada rasa kasihan mahupun bersalah lihat ibu tersebut menggendong anak. Dan faham sajalah kalau naik train, tentulah bergoyang-goyang. Anak yang digendong bukannya kecil, boleh jadi hampir 10 kg, sama berat dengan seguni beras. Awak berdua pula terlentok melayan handphone tanpa perasaan.

Saya agak sensitif dengan perkara begini. Bukan sebab saya seorang ibu, bukan sebab saya pernah mengandung. Tapi perkara seperti menghormati wanita terutamanya yang mengandung dan menggendong anak, mengutamakan warga tua, perkara seperti ini pada saya cuma common sense. Tak perlu diajar di sekolah. Semua orang sepatutnya ada common sense untuk mengamalkan nilai sivik seperti ini.

Saya ada pengalaman saya sendiri. Ketika Kautsar baru berusia 3 hari, saya ke klinik kesihatan bawa Kautsar untuk pemeriksaan jaundice. Dalam keadaan baru 3 hari bersalin, saya jalan perlahan-lahan menuju ke kerusi menunggu terdekat untuk duduk sementara suami uruskan pendaftaran. Mata saya tak lepas melihat kerusi terdekat, sambil perlahan-lahan dukung Kautsar yang agak berat. Tiba-tiba wanita muda yang duduk di sebelah kerusi kosong tersebut telak tangannya di kerusi tu, tanda tempat itu ada orang lain akan duduk. Sakitnya hati saya. Terus saya jalan melepasi dia menuju ke kerusi kosong yang lain, bersebelahan ibu-ibu yang sama-sama bawa bayi untuk pemeriksaan jaundice. Suami pula duduk di tempat lain sebab tiada kerusi kosong di situ. Bila saya perhatikan, rupanya wanita tadi sedang menunggu untuk buat buku mengandung. Tempat kosong di sebelahnya di reserve untuk suami dia. Alahai, sweetnya.

Esoknya Kautsar berusia 4 hari, saya bawa Kautsar untuk pemeriksaan jaundice di hospital swasta. Ketika balik, saya dan suami berpecah di pintu utama. Suami ke tempat parking untuk ambil kereta, saya ke kerusi menunggu. Saya dah hampir tiba di sebuah kerusi kosong, tiba-tiba wanita Cina dan anak remaja lelakinya terus letak barang-barang di kerusi kosong tersebut bila mereka nampak saya mahu duduk. Tentu mereka reserve kerusi itu untuk orang lain juga. Terus saya pandang muka mereka berdua, pusing dan berpatah balik. Depan mereka, saya tunggu suami sambil berdiri mendukung Kautsar. Tak apa, saya sihat. Kautsar pun sihat. Kami mampu berdiri berdua.

Saya tak kata semua warga kita begitu. Cuma segelintir saja, tapi tetap tak boleh diterima. Saya ada berjumpa orang-orang baik yang sangat perihatin dengan ibu mengandung dan menggendong anak. Saya pernah bawa Kautsar ke Jusco ketika usianya 2 minggu. Bila Kautsar menangis, saya perlu susukan Kautsar tapi tiada tempat duduk. Hari minggu. Ramai orang bershopping raya. Semua kerusi penuh. Tapi seorang wanita bangun dan minta saya duduk di tempatnya. Minggu depannya sekali lagi bawa Kautsar ke Jusco. Situasi yang sama. Sebab tiada tempat duduk, saya menyusukan Kautsar sambil berdiri, sementara suami ke surau. Satu pasangan Cina sedang duduk, suaminya menunggu si isteri makan aiskrim. Ketika saya sedang berdiri menyusukan Kautsar, lelaki Cina tersebut melambai panggil saya. Beliau dan isteri telah berganjak untuk sediakan ruang untuk saya. Terima kasih kedua-duanya.

Entri ini bukan bertujuan untuk mengata atau menghina atau merungut. Cuma sebagai pembuka mata, apa dah jadi dengan sopan santun, budi bahasa dan sifat kasih sayang kita. Tanggungjawab ibu bapa mendidik anak, saya harap Kautsar besar menjadi wanita bermaruah, tinggi harga diri dan berbudi pekerti. InshaAllah.

Anak ibu ayah. Besar jadi wanita solehah ye :)


Tips: Petua Tambah Susu Ibu.

Assalamualaikum.

Artikel diubahsuai daripada artikel asal oleh Pn Norhanita.

Antara cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Ibu-ibu boleh mengambil makanan penggalak susu yang berkesan meningkatkan produksi dan kualiti susu. Terdapat pelbagai makanan / tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster. Di bawah saya senaraikan makanan-makanan penggalak susu dan petua-petua untuk menambah susu badan:

Lobak putih
Saya selalunya masak sup lobak putih dengan ikan bilis dan tauhu kering. Orang Jepun pula gunakan lobak putih untuk dijadikan jeruk. Untuk menggalakkan penghasilan susu ibu, boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.

Buah longan kering
Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli.  Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.

Kurma
Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu

Pucuk betik / Betik muda
Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.

Halba / Fenugreek
Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi. Saya selalu masukkan halba dalam masakan asam pedas.

Habbatus sauda / Jintan hitam / Black seed
Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.  Boleh didapati dalam bentuk kapsul.

Moringa / Murunggai / Pokok kelor
Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita.  Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.

Jantung pisang
Boleh dicelur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.

Daun cekur manis / Pucuk manis
Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.

Kacang soya
Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walau bagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.

Pengambilan Air
Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Pemakanan seimbang
Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.

Psikologi: Susu saya cukup untuk bayi saya!
Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.  Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya.  InshaAllah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Kekerapan mengepam
Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep demand vs supply. Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda. Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak / penuh.  Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil.  Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.

Doa
Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya setiap kali selepas solat.

Point-point di atas adalah antara cara menambah susu badan. Setiap ibu adalah berbeza. Ada ibu yang dapat menambah susu dengan makan makanan tertentu, ada ibu perlu makanan lain. Ibu-ibu perlu sabar dan berusaha mencari makanan apa yang dapat menggalakkan susu anda. Saya sudah jumpa makanan penggalak susu saya: Yakiniku Bento di Sushi King. Susu jadi berganda bila saya makan bento itu. Tapi saya masih belum berpuas hati sebab masih belum tahun elemen yang mana satu daripada keseluruhan hidangan itu yang sebenar-benar penggalak susu saya.

Selain itu, jika anda ibu-ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya mencadangkan agar anda mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barulah penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.

Cadangan Suplemen untuk Ibu Menyusu
Vitalea, B-Complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.

Untuk info lanjut, anda bolehlah menghubungi saya. Selamat meyusukan bayi anda :)



Tips: Petua Memilih Breastpump.

Assalamualaikum.

Salah satu keperluan seorang ibu terutamanya ibu yang bekerja dan menyusukan anak seperti saya ialah breastpump. Saya mula mencari ilmu tentang breastpump sejak 5-7 minggu kehamilan kerana memilih breastpump bukan perkara mudah dan main-main. Saya nak kongsi beberapa kriteria yang saya ambil kira ketika memilih breastpump.

Kriteria memilih breastpump:
  • Bunyi motor
  • Berat dan saiz
  • Single atau double pumping
  • Beroperasi secara manual, bateri atau elektrik
  • Harga / nilai
Ibu-ibu boleh meyusun kriteria-kriteria ini mengikut keperluan ibu-ibu sekalian. Kriteria di atas sini saya susunkan mengikut keutamaan saya. Saya letakkan harga sebagai kriteria terakhir sebab walaupun berbelanja untuk menyambut bayi sulung sangat banyak dan ibu-ibu perlu berjimat, tapi pada saya bunyi dan saiz breastpump adalah kriteria yang sangat penting dan saya tak boleh tolak ansur. Saya akan ceritakan satu persatu.

Bunyi Motor
Bunyi motor breastpump sangat penting bagi saya. Walaupun saya ada bilik pejabat sendiri, tapi bersebelahan dengan bilik saya adalah pejabat staf-staf lelaki yang lebih senior. Ruang pejabat kami pula sangat senyap. Sebab itu saya perlukan breastpump dengan motor yang senyap. Supaya aktiviti saya mengepam susu di pejabat tak didengari dan mengganggu staf lain. Lagipun bagi saya mengepam susu adalah perkara yang sulit dan melibatkan kehormatan diri. Lebih baik jika dilakukan secara senyap dan tak diketahui.

Berat dan Saiz Pam
Encik Qusyairi dan saya sangat gemar bercuti. Kami banyak bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Sebab itu saya perlukan pam yang kecil dan ringan supaya mudah dibawa ke mana-mana. Lagipun dengan pam yang kecil dan ringan, saya boleh jimatkan ruang dalam beg galas untuk di isi dengan storage bag, pen, cooling bag etc.

Single atau Double Pumping
Juga penting bagi ibu bekerja seperti saya sebab tak banyak masa mengepam di pejabat. Jika saya perlukan 10 minit untuk mengepam susu di setiap payu dara, jumlah masa mengepam akan menjadi 20 minit bagi setiap sesi. Sepanjang 8 jam di pejabat, saya perlu mengepam sebanyak 3 sesi, iaitu berjumlah 1 jam masa bekerja dihabiskan untuk mengepam. Jika saya buat double pumping, setiap sesi cuma 10 minit, dan jumlah masa mengepam di pejabat setiap hari ialah 30 minit saja.

Operasi Manual, Bateri atau Elektrik
Saya perlukan pam yang boleh beroperasi secara bateri dan elektrik. Sebabnya kami selalu berjalan jauh. Ketika dalam perjalanan susah nak dapatkan sumber elektrik. Sebab itu saya perlukan pam elektrik yang boleh beroperasi dengan bateri.

Harga / Nilai
Seberapa boleh tentu kita semua mahukan pam dengan harga terendah. Tapi disebabkan saya cerewet mahukan pam yang ringan dan senyap, memang tak banyak pilihan yang ada. Dan semuanya harganya hampir mencecah RM1000. Membeli pam penyusuan adalah satu pelaburan (dan pengorbanan) ibu untuk anak. Biar berhabis sekali, tapi hasilnya memuaskan hati.

Pilihan Saya:
Setelah saya survey di kedai dan internet, pilihan yang memenuhi keperluan saya tak banyak. Akhirnya saya pilih Ameda Lactaline sebab saiznya kecil, ringan, motor yang senyap, boleh single dan double pumping dan harganya lebih murah berbanding Medela. Saya beli di kedai online sebab harga yang lebih murah berbanding kedai luar, pakej yang ditawarkan juga sangat menjimatkan. Keseluruhan pakej breastpump ini yang saya beli termasuk beberapa add-ons bernilai lebih kurang RM1200.

Ameda Lactaline Personal
Seminggu lepas bayi Kautsar lahir saya mula menggunakan pam Ameda Lactaline tersebut. Sejak pertama kali mencuba, saya dapat kesan beberapa masalah. Pertama, banyak yang perlu dilakukan untuk set up pam sebelum mengepam. Kedua, payudara kiri dan kanan seseorang tak semestinya sama. Kedua-duanya mungkin perlukan rangsangan berbeza untuk mengeluarkan susu. Maka bila saya buat double pumping, hasilnya tak seberapa. Bila buat single pumping, masa pula lama. Penyelesaiannya saya bertukar kepada pam manual.

Saya beli pam manual Avent Natural Series ketika bayi Kautsar hampir 2 bulan. Pertama kali gunakan pam manual Avent ni saya sangat gembira sebab lebih mudah untuk kawal speed dan suction. Hasilnya lebih cepat mengalami letdown reflex. Setiap kali sesi mengepam saya mengalami letdown reflex berganda berbanding menggunakan pam elektrik Ameda Lactaline. Selain itu saya sangat suka pam manual Avent juga sebab sangat mudah dikendalikan. Masa menggunakan Ameda, saya cuma mengepam sekali sehari kerana bayi Kautsar menyusu badan di rumah. Lagipun saya rasa leceh nak set up pam Ameda ketika bayi menyusu. Dengan pam manual Avent, lebih mudah mengepam sambil menyusukan anak. Saya pun jadi lebih rajin untuk mengepam. Hasil daripada kerap mengepam, susu badan pun jadi semakin banyak. Pam Avent manual ini saya beli dengan harga RM200 di kedai online, berbanding kedai luar harganya RM300.

Avent Natural

Mungkin ramai ibu-ibu lain pernah alami perkara yang sama. Membeli breastpump bukan mudah. Ibu-ibu perlu banyak membaca dan membandingkan pilihan-pilihan yang ada. Jika mampu, cuba dulu breastpump sebelum membeli. Atau jika mahu beli breastpump selepas bayi lahir supaya dapat memilih breastpump yang paling selesa dan berkesan. Bagaimanapun cuba untuk tidak menetapkan bajet terlalu ketat, kerana breastpump yang mahal semuanya mahal bersebab. Anggaplah breastpump ini pelaburan untuk kesihatan anda dan bayi anda.

Selamat menyusukan anak :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...