"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tingkatkan Kesuburan: Cara-cara Atasi Stress Menurut Dr. Hamid Arshat

Assalamualaikum.

Baru lebih kurang tiga bulan bersalin, dah baca cara-cara tingkatkan kesuburan. Hehe. Apa salahnya. Kalau boleh dikongsi dengan suami isteri yang berniat untuk dapatkan anak, kan bagus.

Ini artikel yang saya salin daripada laman web Dr. Hamid Arshat. Artikel penuh boleh baca di sini.


CARA2 MENGATASI STRESS

 Stress/tekanan/tension samaada mental , emosi atau fizikal semuanya ada kesan kepada kesihatan dan kesuburan seseorang lelaki atau perempuan. Banyak situasi dalam kehidupan kita , dirumah, dipejabat, dijalan raya dan lain2 menimbulkan stress atau ketegangan. Tetapi tidak kesemua situasi stress itu buruk; kadang2 kita memerlukan kepada situasi begini untuk menggerakan kita berusaha , berfikir, mengatur rancaangan dan strateji dan akhirnya menjana kejayaan. Hidup kita penuh cabaran dan cubaan yang munkin menghasilkan situasi penuh stress.

Apa yang penting bagaimana kita menguruskan atau menangkis stress.
Berkaitan dengan isyu kesuburan stress bolih mengganggu dengan beberapa cara.

1. Ia bolih melemahkan tenaga batin/syahwat lelaki atau perempuan dan ini menyebabkan mereka jadi mati pucuk bagi lelaki, vaginismus bagi perempuan, ketidakmampuan untuk melakukan persetubuhan khususnya ketika isterinya sedang subur.

2. Stress mengurangkan bilangan benih dan kekuatan pergerakan benih lelaki.

3. Mengganggu hormon subur wanita, akibatnya tiada penetasan telor/ovulation.

4. Saluran fallopio bolih jadi kuncuk dan mencegah benih suami sampai ketelor isteri.

5. Menggangu imbangan hormon wanita dan menyebabkan kegagalan embryo melekat dan membenam kedinding rahim/implantation.

CARA2 MENGATASI STRESS

1. Berzikir mengingati Allah atau meditation

Berbagai jenis teknik relaxation bolih dicuba , tetapi bagi orang islam membaca quran dan memahami makna serta berzikir mengingati Allah setiap waktu lapang adalah sangat berkesan. Apabila memandu kereta atau sedang dipandu, baca fatihah, ayat kursi, tiga Qul, lepas itu berzikir, bertasbih, bertahmid terus menerus jangan berhenti, selingkan doa untuk dapat zuriat.

2. Deep Breathing/ Pernafasan selama 5 minit.
Waktu berkerja, dalam apa2 kesibukkan, berhenti sekejap duduk tegak. Sedut nafas melalui hidung perlahan2 dan hembuskan keluar melalui mulut juga perlahan2. Ulang beberapa kali sebelum mulakan semula perkerjaan atau lain2 aktiviti. Amalkan selalu.

3. Hubungi kawan atau saudara melalui talipon dan berbual2 kosong sekejap tapi jangan terlalu lama dan jangan bangkitkan hal2 yang bolih merungsingkan fikiran, Cari cerita2 yang ringan menggembirakan. Tapi jangan terlalu banyak luahkan perihal peribadi.

4. Baring terlentang atas lantai, sedut dan hembus keluar nafas perlahan2. Bayangkan anda buat mental scan untuk merasi kesan stress ,mulai dari hujung jari kaki dan terus naik kedalam kepala. Berhenti seketika ditempat yang anda rasai menekan/stress dan sedut dan hembus keluar nafas 1-2 minit.

5. Basahkan tuala dengan air suam panas dan letakkan dibelakang leher selama 10 minit. Gunakan alat pengurut letrik dan kenakan pada belakang leher bahu dan sekitarannya.

6, Lihat tayangan video komedi atau baca majalah kartoon atau komediti untuk menggelitik hati kita untuk ketawa dan senyum. ' laughter is the best medicine'.

7. Berjalan , jogging atau berlari di taman2/park atau ditepi hutan atau liring bukit. Pokok2 ,daun2 hijau dan bunga2 yang indah berwana warni dang haryum baunya jadi penawar hati yang tertekan.

Tenang fikiran bolih meningkatkan kesuburan. Ketika buat riadah, yoga, breathing exercise dll juga amalkan zikir dan tasbih, insya Allah doa kita akan diperkenankan dan dimakbulkan.




Vitamin Murah Tak Berkualiti?

Assalamualaikum.

Walaupun jenama Shaklee dah berpuluh tahun berada di pasaran antarabangsa, tapi di Malaysia cuma beberapa tahun kebelakangan ni saja baru Shaklee dikenali. Lalu tak terkejut ramai potential customer suka tanya soalan yang sama: Kenapa vitamin Shaklee murah? Adakah kualitinya setanding jenama komersial yang lain?

Ada sebab kenapa vitamin Shaklee murah.

Jenama Shaklee diasaskan oleh Dr. Forrest C. Shaklee, Sr. sejak tahun 1956 lagi di Amerika Syarikat. Ketika beliau menubuhkan jenama ini, umur beliau sudah pun 60 tahun. Sebab apa beliau sudah berumur ketika menubuhkan jenama ini? Sebab sebelum itu beliau mengambil masa berpuluh-puluh tahun mengkaji tentang pemakanan tambahan (supplement) dan kepentingan nutrisi terhadap kesihatan tubuh badan.

Matlamat Dr. Shaklee Sr ialah untuk mempromosikan kesihatan manusia dan alam sekitar dengan membekalkan produk kesihatan yang bersifat semulajadi dan berkualiti tinggi. Sejak mula ditubuhkan pada 1956 sehingga sekarang, Shaklee berterusan mendahului dari segi penghasilan rangkaian produk berkualiti berdasarkan fakta dan kajian saintifik, tidak seperti trend kebanyakan produk lain yang berisiko.

Falsafah Shaklee adalah untuk menghasilkan produk yang selamat secara semulajadi dan terbukti berkesan. Ya. SELAMAT,SEMULAJADI DAN TERBUKTI BERKESAN. Bonus bagi pengamal suplemen yang beragama Islam, semua produk Shaklee yang berada di pasaran Malaysia telah DISAHKAN HALAL oleh Islamic Services of America (ISA). ISA ni kalau kat Malaysia tarafnya sama macam JAKIM, iaitu badan yang bertanggungjawab mengakreditasi produk halal di Amerika Syarikat.

SENTIASA SELAMAT
Para saintis Shaklee menjalankan kajian di seluruh dunia bagi mendapatkan sumber semulajadi yang berkualiti tinggi bagi setiap produk Shaklee. Memang Shaklee terkenal dengan sumber yang sangat dipercayai dan dikawal kualitinya. Contohnya ESP Shaklee dihasilkan daripada non-GMO soys iaitu kacang soya yang tidak diubah secara genetik. Tak seperti kebanyakan produk soya di pasaran yang diperbuat daripada kacang soya yang telah diubah genetiknya supaya lebih putih, besar, banyak, cepat tumbuh dan sebagainya. Berikut print screen daripada website Shaklee Malaysia tentang bahan-bahan yang tidak mungkin terkandung dalam mana-mana produk Shaklee di serata dunia.


SENTIASA BERKESAN
Di Shaklee tiada cakap kosong. Setiap pencapaian dan keberkesanan produk Shaklee disokong oleh bukti. Kajian terhadap keberkesanan vitamin-vitamin Shaklee telah dibuktikan dalam 100 kertas kerja saintifik, 90 daripadanya telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal antarabangsa. Shaklee telah melaburkan USD300 juta untuk ujian klinikal, kajian dan pembangunan produk-produknya.


SENTIASA SEMULAJADI
Mendukung misi Dr.Shaklee Sr untuk Kehidupan Secara Harmoni dengan Alam Semulajadi lebih sedekad lepas, Shaklee telah diiktiraf sebagai syarikat pertama di dunia yang climate Neutral iaitu syarikat yang mengawal pembebasan karbon ke alam sekitar sehingga kadar sifar. Maknanya, kewujudan kilang-kilang produksi vitamin Shaklee tidak memberi kesan langsung terhadap alam semulajadi. Tiada pencemaran. Rangkaian produk Kesihatan Kediaman Shaklee juga telah mengurangkan penggunaan produk penjagaan kediaman yang mencemarkan alam.


HALAL
Semua produk vitamin Shaklee yang berada di pasaran Malaysia telah mendapat pengesahan halal oleh ISA. Antaranya ialah Alfalfa, B-Complex, Vitamin C, Cinch Shake Mix, DTX Complex, ESP, Garlic Complex, GLA Complex, Herb-Lax, Lecithin, Meal Shake, Nutriferon, OmegaGuard, Peppermint-Ginger Plus, Vita E, Vita-Lea, VIVIX dan Zinc Complex.


Jadi, kenapa produk-produk Shaklee yang berkualiti tinggi ini lebih murah daripada jenama komersial yang lain?

Sebab utama kenapa harga Shaklee lebih murah ialah penjimatan pemasaran yang Shaklee amalkan dengan cara menggunakan khidmat pengedar sah Shaklee (seperti saya) untuk memasarkan jenama Shaklee. Saya tak dapat gaji daripada Shaklee, tapi saya dapat gaji dari usaha saya sendiri. Jika promosi saya berkesan dan banyak produk terjual, maka besarlah gaji saya bulan itu. Jika tak, kecil sajalah gaji saya. Dengan menggunakan khidmat pengedar sah yang berkerja untuk meraih gaji sendiri, Shaklee jimat berjuta-juta dolar dari segi pemasaran. Pernah lihat iklan Shaklee di kaca television atau mana-mana papan iklan? Tak pernah bukan. Pernah dengar iklan Shaklee di radio? Tentu tidak. Pernah lihat produk-produk Shaklee di rak-rak farmasi? Tak pernah juga. Tanpa iklan di television, radio dan papan-papan iklan, juga tanpa perlu bayar sewa ruang di farmasi-farmasi, Shaklee menjimatkan berjuta dolar yang dimanfaatkan dengan menawarkan harga produk yang lebih rendah. Kenapa Shaklee begitu baik tak ambil untuk berjuta-juta? Sebab walaupun selepas kematian pengasasnya Dr. Shaklee Sr, syarikat ini masih mengamalkan dasar yang diperkenalkan oleh beliau iaitu kesedaran kesihatan.

Direct Selling tak berkualiti?
Dengan kaedah menggunakan khidmat pengedar sah ataupun lebih senang sebut sebagai direct selling, saya pernah dengar seseorang berkata, "Doktor keluarga saya langsung tidak menyokong produk kesihatan yang dijual secara direct selling, sebab penjualnya tiada lesen perubatan atau farmasi." Bagi saya, doktor keluarga tersebut mungkin berfikiran sempit orangnya. Sebab apa saya kata begitu? Sebab beliau begitu prejudis dan berat sebelah. Memang saya bukan pemegang sijil perubatan atau farmasi, tapi saya (dan ramai lagi pengedar sah Shaklee) adalah berlatar belakangkan pendidikan sains. Ramai pengedar Shaklee merupakan golongan profesional yang pada asalnya cuma menjalankan perniagaan ini secara sampingan. Ada yang merupakan jurutera, arkitek, guru sains dan matematik, pensyarah, doktor pun ada. Doktor Falsafah pun ada!

Tanpa pengedar sah seperti kami, dan tanpa iklan-iklan produk komersial yang lain, cubalah buat perbandingan yang jujur terhadap Shaklee dan jenama lain. Jangan pilih produk semata-mata kerana orang ini kata begini, orang itu kata begitu. Jangan pilih produk sebab diiklankan meluas di media. Jangan pilih produk sebab banyak sangat terpengaruh dengan testimoni.

Direct Selling cuma pentingkan wang?
Memang tak dinafikan, ramai yang ikut serta dalam perniagaan direct selling atau multi-level marketing sebab wang. Semata-mata sebab wang. Sebab itu pengguna perlu bijak, perlu pandai pilih dengan siapa mahu beli produk tersebut.

Saya tak suka kata tentang orang lain, lihat diri saya sendiri saja. Saya mula berminat dengan Shaklee sebab saya mencari produk kesihatan yang selamat, berkesan dan halal untuk wanita hamil. Sudah tentu saya sangat cerewet waktu itu sebab saya sedang mengandungkan anak sulung yang sangat kami suami isteri tunggu-tunggu. Pengedar yang saya pilih ialah kawan lama yang telah saya kenal berbelas-belas tahun sejak masih awal remaja dulu. Beliau juga kawan rapat ketika sama-sama belajar di universiti dulu dan saya kenal integritinya. Tapi bukan itu sebab saya pilih Shaklee. Beliau boleh kata apa saja, saya tak mudah percaya. Saya kaji sendiri, baca macam-macam review dan maklumat tentang Shaklee baru saya percaya produk ini baik untuk saya. Dan daripada beliaj juga saya belajar memulakan perniagaan ini perlahan-lahan.

Saya pernah dengar seseorang lain berkata, "Kalau dah namanya MLM, mesti tentang wang saja."
Adakah saya berniaga sebab saya mahukan wang?

Jika saya cuma mahukan wang, sudah lama saya post testimoni-testimoni berkaitan produk Shaklee. Jika saya cuma mahu cari downline, tentu sakan saya ceritakan tentang bonus bulanan yang saya dapat daripada perniagaan ini, serta bonus-bonus lain yang Shaklee tawarkan. Bukan wang matlamat saya, saya sudah punya pendapatan cukup untuk kami sekeluarga. Suami pun bekerja. Tapi saya berniaga Shaklee kerana saya mahu kongsi kebaikan yang saya dapat setelah menggunakan produk ini. Tahu tak betapa tak selesanya ketika mula-mula mengandung dulu? Saya letih, suami pun letih melayan saya. Tapi dengan Shaklee, kami berjaya atasi masalah itu. Kami dapat menjalankan tugas hakiki dengan lebih produktif selepas mengamalkan vitamin Shaklee. Sebab itu saya mahu kongsi kebaikan produk ini yang saya sendiri alami kepada orang lain yang mempunyai masalah sama.

Sebab itu saya lebih suka menjual produk yang saya sendiri pernah guna. Jika ada pelanggan mahu beli produk yang saya tak pernah guna, saya akan nyatakan. Dan sebab itu juga saya lebih suka berkongsi fakta, bukan testimoni. Testimoni yang saya suka kongsi cuma testimoni sendiri atau orang terdekat yang dapat saya lihat kesan selepas mengamalkan Shaklee.

Masih ragu-ragu dengan Shaklee? Terpulang pada anda pembaca budiman yang bijak untuk membuat pilihan. Tiada paksaan dalam setiap pembelian. Seperti yang saya tekankan tadi, pilih produk yang berkualiti. Pilih produk yang disokong oleh kajian saintifik. Pilih dengan akal.

Kalau saya salah, tolong betulkan :)



Promosi Oktober 2013: Shaklee Collagen Powder

Assalamualaikum.

Ramai yang PM, SMS, Whatsapp dan buat temujanji untuk bertanyakan tentang Shaklee Collagen Powder. Masing-masing nak tahu serba-serbi tentang produk promo Oktober 2013 ni. Yalah, sementara sedang promosi ni haruslah borong banyak-banyak supaya jimat di kemudian hari. Taknak borong seorang, ajak kawan-kawan borong sama. Jimat berganda-ganda!

Shaklee Collagen Powder yang memang awesome!
Jadi di sini saya senaraikan soalan-soalan berkaitan Shaklee Collagen Powder yang ditanyakan pada saya sejak lebih kurang seminggu lepas sebaik saja promosi Shaklee Collagen Powder diumumkan. Jemput baca dan share jika bermanfaat.

Kurang faham? Masih musykil? Boleh hubungi saya bila-bila masa.

[Sumber]

Apa Kandungan Shaklee Collagen Powder?
Kandungan utama Shaklee Collagen Powder adalah dari  sisik ikan merah, iaitu salah satu sumber premium kolagen dengan kadar penyerapan lebih tinggi  dan tahap pencemaran yang lebih rendah berbanding kolagen daripada sumber haiwan-haiwan lain. Ada 6 lagi kandungan tambahan iaitu:

  • Ekstrak Kerang-kerangan - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.
  • Elastin dari kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal.
  • Lactobasilus Acidophilus - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen.
  • Ekstrak Pfaffia - Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila digabungkan dengan ekstrak biji benih Camellia Japonica, dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan mebuatkan kulit lembut, lembap dan rata.
  • Ekstrak biji benih Camellia Japonica - Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas.
  • Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas dan merosakkan kulit kita. Vitamin-vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk mengahsilakan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel. 


Apa Keistimewaan Shaklee Collagen Powder?
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti secara klinikal dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu.

Bagaimana Rupa Shaklee Collagen Powder?
Ianya berbentuk serbuk yang mudah larut dalam minuman dan makanan kegemaran. Setiap kotak mengandungi 15 sachet.

Sekotak Shaklee Collagen Powder Tahan Berapa Lama?
Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan ambil 1 sachet setiap hari. Jadi untuk satu kotak penggunaan tahan selama 15 hari. Walau bagaimanapun, untuk lebih jimat pengguna boleh juga ambil selang sehari untuk 30 hari penggunaan.

Bagaimana Aturan Pengambilan Shaklee Collagen Powder?
Sangat mudah! Hanya campurkan 1 sachet kolagen bersama sebarang minuman kegemaran anda. Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu tubuh badan menjalankan proses pembinaan semula kulit. Jika anda turut mengamalkan ESP atau Meal Shake, Shaklee Collagen Powder boleh dibancuh dan diminum bersama ESP dan Meal Shake. Antara resepi mudah yang boleh dicuba bersama kolagen ini adalah:

  • Kolagen + Performance Drink
  • Kolagen + Jus Segar / Tropicana / Ribena / Nestle Bliss
  • Kolagen + Milo / Koko / Horlick

Anda boleh bancuh kolagen ini dengan apa-apa minuman kegemaran anda. Jika ada resepi baru, sudilah kongsikan bersama saya :)

Berapa Harga Shaklee Collagen Powder.
Harga runcit sekotak Shaklee Collagen Powder ialah RM298 (EM) / RM312 (WM). Sepanjang bulan Oktober 2013, Shaklee Collagen Powder ada promosi beli 6 percuma 1. Anda boleh kira dan pasti suka dengan harga sekotak kolagen selepas promosi. Tak cukup murah? Boleh PM / SMS / Whatsapp saya dan saya akan berikan harga yang lebih murah berganda-ganda, khas untuk pelanggan Noraihan Qusyairi. Anda juga berpeluang mendapat keahlian Shaklee secara percuma dengan promosi ini. Saya akan bagitahu caranya. Jangan terkejut, kenapa harganya mahal. Bagi menjamin kualiti, keberkesanan dan keselamatan penggunaannya, Shaklee hanya mendapatkan kolagen daripada sumber ikan laut dalam (ikan merah) yang sukar untuk diperolehi. Jadi harga setanding dengan kualiti.



Siapa Sesuai Mengamalkan Shaklee Collagen Powder?
Shaklee Collagen Powder ini sangat sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut:

  • Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
  • Gusi yang tidak sihat
  • Rambut kering dan bercabang di hujung
  • Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
  • Garis halus pada leher
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  • Payudara dan punggung kelenturan
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
  • Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan
Nampak tak perbezaannya? Cuma dalam masa beberapa minggu.

Anda mengalami salah satu masalah di atas? Hubungi saya.


Apa Rasa Shaklee Collagen Powder?
Adasedikit rasa ikan tapi rasa itu akan hilang jika kolagen dibancuh dengan minuman berperisa. Jangan takut untuk mencuba dan mempelbagaikan resipi.

Bolehkah Shaklee Collagen Powder Diambil Bersama Produk Lain?
Boleh tiada masalah cuma jarakkan pengambilan selama 2-3 jam.

Bolehkah Ibu yang Menyusukan Anak Mengamalkan Shaklee Collagen Powder?
Kebanyakan kandungan Shaklee Collagen Powder adalah sesuai untuk ibu menyusu. Jika anda dan bayi anda boleh terima supplement alfalfa, bermakna kolagen ini juga inshaAllah tidak menjadi masalah. Malah ada yang beritahu setelah mengambil collagen, susu mencurah-curah dan anak asyik nak menyusu. Jika tidak pernah menggunakan alfalfa, boleh juga menggunakan peraturan 4 harii iaitu cuba ambil kolagen selama 4 hari  berturut-turut. Jika tiada kesan kepada bayi dan anda, bermakna anda boleh teruskan pengambilan. Tetapi satu yang pasti, kandungan collagen adalah semulajadi, tiada bahan sintetik atau tambahan. Sekali lagi, jangan takut untuk mencuba.

Bolehkah Ibu Mengandung Mengamalkan Shaklee Collagen Powder?
Salah satu kandungan Shaklee Collagen Powder ialah ekstrak Pfaffia yang bertindak menstabilkan hormon. Oleh sebab itu, ekstrak Pfaffia ini tidak sesuai dimakan oleh ibu-ibu mengandung yang sedang mengalami perubahan hormon untuk disesuaikan dengan kehadiran anak dalam rahim ibu. Walaupun begitu, sebenarnya kandungan ekstrak Pfaffia dalam Shaklee Collagen Podwer sangat sedikit berbanding jumlah yang boleh memudaratkan ibu-ibu mengandung. Namun demi keselamatan ibu dan anak, saya cadangkan agar ibu-ibu mengandung tidak ambil kolagen. Tapi jangan risau, Shaklee Collagen Powder juga boleh digunakan sebagai masker. Jadi bakal-bakal ibu masih boleh merawat kulit dan bercantik-cantik sepanjang kehamilan :)

Jika anda berminat dengan Shaklee Collagen Powder, boleh hubungi saya seperti berikut:

  • PM fanpage Noraihan & Qusyairi
  • Email noraihanqusyairi@gmail.com
  • Call / SMS / Whatsapp: 012-7807365

Pelanggan baru sepanjang bulan ini ada tawaran untuk dapatkan keahlian percuma dan penjimatan sebanyak hampirRM300. Hubungi segera untuk maklumat lanjut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...