"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Vitamin Murah Tak Berkualiti?

Assalamualaikum.

Walaupun jenama Shaklee dah berpuluh tahun berada di pasaran antarabangsa, tapi di Malaysia cuma beberapa tahun kebelakangan ni saja baru Shaklee dikenali. Lalu tak terkejut ramai potential customer suka tanya soalan yang sama: Kenapa vitamin Shaklee murah? Adakah kualitinya setanding jenama komersial yang lain?

Ada sebab kenapa vitamin Shaklee murah.

Jenama Shaklee diasaskan oleh Dr. Forrest C. Shaklee, Sr. sejak tahun 1956 lagi di Amerika Syarikat. Ketika beliau menubuhkan jenama ini, umur beliau sudah pun 60 tahun. Sebab apa beliau sudah berumur ketika menubuhkan jenama ini? Sebab sebelum itu beliau mengambil masa berpuluh-puluh tahun mengkaji tentang pemakanan tambahan (supplement) dan kepentingan nutrisi terhadap kesihatan tubuh badan.

Matlamat Dr. Shaklee Sr ialah untuk mempromosikan kesihatan manusia dan alam sekitar dengan membekalkan produk kesihatan yang bersifat semulajadi dan berkualiti tinggi. Sejak mula ditubuhkan pada 1956 sehingga sekarang, Shaklee berterusan mendahului dari segi penghasilan rangkaian produk berkualiti berdasarkan fakta dan kajian saintifik, tidak seperti trend kebanyakan produk lain yang berisiko.

Falsafah Shaklee adalah untuk menghasilkan produk yang selamat secara semulajadi dan terbukti berkesan. Ya. SELAMAT,SEMULAJADI DAN TERBUKTI BERKESAN. Bonus bagi pengamal suplemen yang beragama Islam, semua produk Shaklee yang berada di pasaran Malaysia telah DISAHKAN HALAL oleh Islamic Services of America (ISA). ISA ni kalau kat Malaysia tarafnya sama macam JAKIM, iaitu badan yang bertanggungjawab mengakreditasi produk halal di Amerika Syarikat.

SENTIASA SELAMAT
Para saintis Shaklee menjalankan kajian di seluruh dunia bagi mendapatkan sumber semulajadi yang berkualiti tinggi bagi setiap produk Shaklee. Memang Shaklee terkenal dengan sumber yang sangat dipercayai dan dikawal kualitinya. Contohnya ESP Shaklee dihasilkan daripada non-GMO soys iaitu kacang soya yang tidak diubah secara genetik. Tak seperti kebanyakan produk soya di pasaran yang diperbuat daripada kacang soya yang telah diubah genetiknya supaya lebih putih, besar, banyak, cepat tumbuh dan sebagainya. Berikut print screen daripada website Shaklee Malaysia tentang bahan-bahan yang tidak mungkin terkandung dalam mana-mana produk Shaklee di serata dunia.


SENTIASA BERKESAN
Di Shaklee tiada cakap kosong. Setiap pencapaian dan keberkesanan produk Shaklee disokong oleh bukti. Kajian terhadap keberkesanan vitamin-vitamin Shaklee telah dibuktikan dalam 100 kertas kerja saintifik, 90 daripadanya telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal antarabangsa. Shaklee telah melaburkan USD300 juta untuk ujian klinikal, kajian dan pembangunan produk-produknya.


SENTIASA SEMULAJADI
Mendukung misi Dr.Shaklee Sr untuk Kehidupan Secara Harmoni dengan Alam Semulajadi lebih sedekad lepas, Shaklee telah diiktiraf sebagai syarikat pertama di dunia yang climate Neutral iaitu syarikat yang mengawal pembebasan karbon ke alam sekitar sehingga kadar sifar. Maknanya, kewujudan kilang-kilang produksi vitamin Shaklee tidak memberi kesan langsung terhadap alam semulajadi. Tiada pencemaran. Rangkaian produk Kesihatan Kediaman Shaklee juga telah mengurangkan penggunaan produk penjagaan kediaman yang mencemarkan alam.


HALAL
Semua produk vitamin Shaklee yang berada di pasaran Malaysia telah mendapat pengesahan halal oleh ISA. Antaranya ialah Alfalfa, B-Complex, Vitamin C, Cinch Shake Mix, DTX Complex, ESP, Garlic Complex, GLA Complex, Herb-Lax, Lecithin, Meal Shake, Nutriferon, OmegaGuard, Peppermint-Ginger Plus, Vita E, Vita-Lea, VIVIX dan Zinc Complex.


Jadi, kenapa produk-produk Shaklee yang berkualiti tinggi ini lebih murah daripada jenama komersial yang lain?

Sebab utama kenapa harga Shaklee lebih murah ialah penjimatan pemasaran yang Shaklee amalkan dengan cara menggunakan khidmat pengedar sah Shaklee (seperti saya) untuk memasarkan jenama Shaklee. Saya tak dapat gaji daripada Shaklee, tapi saya dapat gaji dari usaha saya sendiri. Jika promosi saya berkesan dan banyak produk terjual, maka besarlah gaji saya bulan itu. Jika tak, kecil sajalah gaji saya. Dengan menggunakan khidmat pengedar sah yang berkerja untuk meraih gaji sendiri, Shaklee jimat berjuta-juta dolar dari segi pemasaran. Pernah lihat iklan Shaklee di kaca television atau mana-mana papan iklan? Tak pernah bukan. Pernah dengar iklan Shaklee di radio? Tentu tidak. Pernah lihat produk-produk Shaklee di rak-rak farmasi? Tak pernah juga. Tanpa iklan di television, radio dan papan-papan iklan, juga tanpa perlu bayar sewa ruang di farmasi-farmasi, Shaklee menjimatkan berjuta dolar yang dimanfaatkan dengan menawarkan harga produk yang lebih rendah. Kenapa Shaklee begitu baik tak ambil untuk berjuta-juta? Sebab walaupun selepas kematian pengasasnya Dr. Shaklee Sr, syarikat ini masih mengamalkan dasar yang diperkenalkan oleh beliau iaitu kesedaran kesihatan.

Direct Selling tak berkualiti?
Dengan kaedah menggunakan khidmat pengedar sah ataupun lebih senang sebut sebagai direct selling, saya pernah dengar seseorang berkata, "Doktor keluarga saya langsung tidak menyokong produk kesihatan yang dijual secara direct selling, sebab penjualnya tiada lesen perubatan atau farmasi." Bagi saya, doktor keluarga tersebut mungkin berfikiran sempit orangnya. Sebab apa saya kata begitu? Sebab beliau begitu prejudis dan berat sebelah. Memang saya bukan pemegang sijil perubatan atau farmasi, tapi saya (dan ramai lagi pengedar sah Shaklee) adalah berlatar belakangkan pendidikan sains. Ramai pengedar Shaklee merupakan golongan profesional yang pada asalnya cuma menjalankan perniagaan ini secara sampingan. Ada yang merupakan jurutera, arkitek, guru sains dan matematik, pensyarah, doktor pun ada. Doktor Falsafah pun ada!

Tanpa pengedar sah seperti kami, dan tanpa iklan-iklan produk komersial yang lain, cubalah buat perbandingan yang jujur terhadap Shaklee dan jenama lain. Jangan pilih produk semata-mata kerana orang ini kata begini, orang itu kata begitu. Jangan pilih produk sebab diiklankan meluas di media. Jangan pilih produk sebab banyak sangat terpengaruh dengan testimoni.

Direct Selling cuma pentingkan wang?
Memang tak dinafikan, ramai yang ikut serta dalam perniagaan direct selling atau multi-level marketing sebab wang. Semata-mata sebab wang. Sebab itu pengguna perlu bijak, perlu pandai pilih dengan siapa mahu beli produk tersebut.

Saya tak suka kata tentang orang lain, lihat diri saya sendiri saja. Saya mula berminat dengan Shaklee sebab saya mencari produk kesihatan yang selamat, berkesan dan halal untuk wanita hamil. Sudah tentu saya sangat cerewet waktu itu sebab saya sedang mengandungkan anak sulung yang sangat kami suami isteri tunggu-tunggu. Pengedar yang saya pilih ialah kawan lama yang telah saya kenal berbelas-belas tahun sejak masih awal remaja dulu. Beliau juga kawan rapat ketika sama-sama belajar di universiti dulu dan saya kenal integritinya. Tapi bukan itu sebab saya pilih Shaklee. Beliau boleh kata apa saja, saya tak mudah percaya. Saya kaji sendiri, baca macam-macam review dan maklumat tentang Shaklee baru saya percaya produk ini baik untuk saya. Dan daripada beliaj juga saya belajar memulakan perniagaan ini perlahan-lahan.

Saya pernah dengar seseorang lain berkata, "Kalau dah namanya MLM, mesti tentang wang saja."
Adakah saya berniaga sebab saya mahukan wang?

Jika saya cuma mahukan wang, sudah lama saya post testimoni-testimoni berkaitan produk Shaklee. Jika saya cuma mahu cari downline, tentu sakan saya ceritakan tentang bonus bulanan yang saya dapat daripada perniagaan ini, serta bonus-bonus lain yang Shaklee tawarkan. Bukan wang matlamat saya, saya sudah punya pendapatan cukup untuk kami sekeluarga. Suami pun bekerja. Tapi saya berniaga Shaklee kerana saya mahu kongsi kebaikan yang saya dapat setelah menggunakan produk ini. Tahu tak betapa tak selesanya ketika mula-mula mengandung dulu? Saya letih, suami pun letih melayan saya. Tapi dengan Shaklee, kami berjaya atasi masalah itu. Kami dapat menjalankan tugas hakiki dengan lebih produktif selepas mengamalkan vitamin Shaklee. Sebab itu saya mahu kongsi kebaikan produk ini yang saya sendiri alami kepada orang lain yang mempunyai masalah sama.

Sebab itu saya lebih suka menjual produk yang saya sendiri pernah guna. Jika ada pelanggan mahu beli produk yang saya tak pernah guna, saya akan nyatakan. Dan sebab itu juga saya lebih suka berkongsi fakta, bukan testimoni. Testimoni yang saya suka kongsi cuma testimoni sendiri atau orang terdekat yang dapat saya lihat kesan selepas mengamalkan Shaklee.

Masih ragu-ragu dengan Shaklee? Terpulang pada anda pembaca budiman yang bijak untuk membuat pilihan. Tiada paksaan dalam setiap pembelian. Seperti yang saya tekankan tadi, pilih produk yang berkualiti. Pilih produk yang disokong oleh kajian saintifik. Pilih dengan akal.

Kalau saya salah, tolong betulkan :)



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...