"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Meal Shake: Nutrisi Terbaik Untuk Si Manja.

Assalamualaikum.

Sejak saya bergelar ibu, selalu borak dengan kawan-kawan pun sekitar hal anak-anak. Baby Kautsar sihat tak? Malam-malam tidur lena tak? Minum susu banyak tak? Itu soalan-soalan lazim orang akan tanya saya bila nampak batang hidung yang penyek ni. Hihi. Sebab ramai kawan-kawan saya yang lebih dulu mendirikan rumahtangga, Kautsar setakat ini yang paling muda antara anak-anak kami. Sebab tu dapat perhatian lebih.

Gambar ihsan Google
Selalu kalau borak tentang anak-anak, mesti timbul isu yang sama. Anak akak tak mau makan. Anak akak dah masuk 9 bulan, berat masih macam 6 bulan. Sejak anak akak mula makan, selalu kena sembelit. Kulit anak akak sensitif, asyik kena ruam. Anak akak mudah diserang demam dan selesema. Itu masalah kesihatan yang sering jadi isu kepada ibu-ibu. Memang tak nafikan, kerap sangat berlaku masalah begini tapi ibubapa buntu tak tau nak beri rawatan apa. Kerap sangat ke klinik pun tak elok, kan. Takkan asyik nak bagi anak makan ubat klinik je. Itu pun kalau anak nak makan ubat. Kalau tak, berperang juga nak beri ubat kepada anak.
Saya suka nak berkongsi tentang Meal Shake, salah satu suplemen terbaik untuk anak-anak. Seawal usia 6 bulan bayi dah boleh diperkenalkan kepada makanan pelengkap, maka boleh juga diperkenalkan kepada Meal Shake ini. Dengan 100% kandungannya dari bahan semulajadi, terjamin produk ini selamat dan berkesan untuk atasi pelbagai masalah berkaitan kesihatan anak-anak.

Kandungan
Meal Shake mengandungi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan tubuh dalam diet harian. Selain itu, Meal Shake juga kaya dengan kalsium dan merupakan sumber protein yang hebat. Jika dibancuh dengan cara yang ditentukan, Meal Shake mampu membekalkan 35% daripada 23 vitamin dan mineral penting dalam keperluan harian. Meal Shake juga merupakan sumber serat dan protein dengan hanya 250 kalori bagi setiap hidangan jika dibancuh dengan susu rendah lemak. Malah jika dibancuh dengan susu penuh krim, jumlah kalori bagi setiap hidangan cuma 330 kalori. Merupakan pilihan protein bukan soya dan rendah glisemik.

Kelebihan Meal Shake Shaklee

  • Sumber protein berasaskan susu yang terbesar: Jika Meal Shake dibancuh dengan segelas susu, ia mampu membekalkan sehinggan 15 gram protein. Jumlah ini nampak kecil, tapi bagi kanak-kanak ia sangat besar. Bekalan protein dari Meal Shake tidak dapat ditandingi oleh suplemen protein jenama lain. Protein dalam Meal Shake juga diperoleh daripada nonfat dry milk.
  • Tanpa bahan tiruan: kandungan Meal Shake terjamin 100% semulajadi.
  • Tiada vitamin sintetik: tak semua vitamin dihasilkan daripada sumber makanan semulajadi. Bagaimanapun, Shaklee telah memastikan semua vitamin dan mineral yang terkandung dalam produk-produk Shaklee termasuklah Meal Shake. Mineral zat besi (iron) dalam Meal Shake contohnya adalah ferrous fumarate iaitu mineral dari sumber makanan semulajadi.


Meal Shake Atasi Masalah Kesihatan Kanak-kanak
Siapa yang sesuai ambil Meal Shake:

  • Anak yang tidak berselera makan: boleh menaikkan selera makan selain rasanya yang sedap
  • Anak yang kurang berat badan: mengandungi protein, vitamin dan mineral yang lengkap selain jumlah kalori yang sesuai untuk anak-anak
  • Anak yang kerap jatuh sakit: 19 nutrisi penting memastikan kesihatan anak bertambah baik selain membantu meningkatkan sistem imun
  • Anak yang berpuasa: membekalkan tenaga dalam bentuk protein yang lebih lambat dihadamkan berbanding karbohidrat, maka tenaga dibebaskan perlahan-lahan untuk satu tempoh
  • Anak yang kerap sembelit: mengandungi serat yang membantu proses penghadaman dan penyahtinjaan.
  • Anak obesiti: memberi rasa kenyang lebih lama dengan kalori sederhana untuk mengelakkan anak-anak kerap makan
  • Anak aktif: sebagai snek atau kudapan bagi anak yang aktif. Mudah dan cepat disediakan selain membekalkan tenaga berterusan.


Jika berminat untuk dapatkan Meal Shake, boleh hubungi saya di 012-7807365. Setiap pembelian akan menerima jadual makan vitamin dan jemputan ke secret group eksklusif untuk pelanggan saya. Di situ saya kongsikan pelbagai tawaran istimewa, hadiah dan tips-tips untuk kehidupan sihat.

ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Announcement: HerbLax Is Back!

Assalamualaikum.

RM0.00 Shaklee : Pls be informed that Peppermint, Zinc, HerbLax, Adv JointHealth, Chewable-C, HerbalBlend & Cinch Vanilla are now available





.

Ok. Boleh kata semua vitamin dah restok di HQ Shaklee. Herbal Blend pun dah ada. Yang paling penting, HerbLax yang menjadi kegilaan ramai dah kembali. 

Siapa nak buat tempahan, boleh hubungi saya. Stok sangat terhad. Dan terus-terang, saya tak pasti berapa banyak stok ada di HQ. Macam beberapa minggu lepas masa HerbLax restok, pagi tu dibuka untuk jualan, tengahari dah langsai. Licin. Melepas. Hihi.

Tapi kali ini jangan risau, ada beberapa botol masih available. Siapa cepat dia dapat.



Tawaran Keahlian Percuma!

Assalamualaikum.

Saya nak tawarkan keahlian percuma kepada pembaca budiman yang berminat untuk jadi ahli Shaklee, terutamanya peminat, pengamal, dan pengguna yang baru pertama kali mahu mencuba VIVIX. Sebab banyak sangat kebaikan VIVIX Shaklee ni, sayang kalau anda tak ambil kesempatan sempena promosi November 2013 ini untuk dapatkan dengan harga yang lebih murah.

Yup. Memang VIVIX Shaklee mahal. Sebab kualitinya sangat tinggi. Keberkesanannya pun terbukti selain selamat dan semulajadi.

Saya sendiri dah order beberapa botol untuk stok kegunaan sendiri :)

Jadi jika anda mahukan keahlian percuma melalui pembelian Shaklee, jangan risau. Tak perlu beli set 6 percuma 1 tu. Sekadar dua (2) botol Shaklee anda dah layak dapat keahlian percuma, penghantaran percuma dan bonus tunai pertengahan bulan berikutnya.

Nak beli set 6 percuma 1? Ini yang anda dapat:

  • Percuma 1 Vivix bernilai RM475
  • Percuma 2 botol COQ Health Plus bernilai RM248
  • Percuma Membership bernilai RM65
  • Percuma Postage bernilai RM10
  • Cash Bonus RM240++ (layak terima bonus jika mendaftar sebagai ahli sahaja)
Jumlah penjimatan RM900++. Rugi sangat kalau lepaskan peluang ini. Boleh kongsi beli dengan kawan-kawan dan saudara-mara. Boleh juga beli untuk mulakan bisnes Shaklee anda sendiri. Anda yang putuskan.

Jangan lepaskan peluang.



VIVIX Shaklee Lebih Baik Daripada Resveratrol

Assalamualaikum.

Apa itu resveratrol? Resveratrol adalah sejenis polifenol yang dihasikan tumbuhan tertentu dalam keadaan tertentu dan dikatakan mempunyai sifat mampu melindungi tubuh manusia dari kerosakan yang disebabkan oleh kanser atau penyakit berkaitan jantung. Resveratrol juga mampu mengelakkan kerosakan pada salur darah, mengurangkan kolestrol jahat dan menghalang berlakunya darah beku.

Resveratrol juga mengandungi antioksidan yang tinggi, bahan yang boleh mencegah obesiti dan diabetis. Selain itu reveratrol juga mampu mengurangkan keradangan dan pembekuan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung. Dan sifat resveratrol yang sering mencuri tumpuan ialah fungsinya sebagai anti-penuaan.

Kebaikan Resveratrol:

  • Melanjutkan usia: mampu merangsang mekanisme pertahanan tubuh badan, bertindak melawan ancaman kesihatan terhadap individu yang mengamalkan diet tinggi-lemak, memperbaiki genetik, memperbaiki metabolisme insulin dan glukos yang tidak normal.
  • Metabolisme dan ketahanan fizikal: mampu meningkatkan kemampuan untuk melakukan aktiviti fizikal, mengoptimumkan kadar metabolise dalam tubuh, mengaktifkan gen yang menggalakkan penghasilan tenaga.
  • Menghalang kanser: dikatakan mampu mengurangkan jumlah dan mengecilkan saiz tumor, dan menggalakkan proses apoptosis (pematian sel kanser).
  • Penyakit jantung: mengurangkan keradangan, menghalang pengoksidaan kolestrol LDL (kolestrol jahat), menyukarkan platlet untuk berkumpul dan menyebabkan berlaku sumbatan pada salur darah yang boleh mengakibatkan serangan jantung.
  • Penyakit Alzheimer's: dikatakan boleh melindungi sel otak dan menghalang pembentukan plak.
  • Diabetis: menghalang penolakan insulin.




VIVIX Shaklee
Mengandungi empat (4) bahan aktif yang tinggi dengan kandungan resveratrol dan polifenol yang lain. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Shaklee, maka terhasillah Vivix, yang mempunyai resveratrol dan campuran phytonutrient yang diperolehi dari anggur muscadine yang telah menunjukkan 10 kali lebih berkesan dari pengambilan resveratrol semata-mata.

Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati, dan ia adalah anggur terbaik kerana ia hidup secara semulajadi dalam cuaca yang ekstem. Semakin buah anggur itu terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resevratrol yang tinggi!




MENARIK TENTANG VIVIX
  • Satu sudu teh Vivix mengandungi resveratrol yang bersamaan dengan 3000 gelas wain merah...pastinya alternatif terbaik bagi muslim
  • 2500 kajian diterbitkan terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam Vivix
  • Bahan yang digunakan mempunyai potensi lebih 10 kali ganda dari resveratrol semata-mata dalam memperlahankan penuaan sel
  • Mempunyai lebih dari 15 polyphenol termasuk ellagitannins yakni antioksidan semulajadi
  • Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi tanpa pewarna tiruan, pemanis, perasa, alkohol dan pengawet
  • Semestinya halal
  • Dipatenkan eksklusif untuk Shaklee


Keratan Media:





Testimoni Antarabangsa:






Promosi November: VIVIX

Assalamualaikum.

Menariknya promosi Shaklee bulan ini kalau tak lain dan tak bukan Vivix. Memang saya dah lama nantikan promosi Vivix ni sebab Vivix adalah hadiah saya untuk ayah. Bila tau promosi Vivix bulan ni terus saya berkira-kira dalam hati nak beli stok untuk ayah.



Apa yang menarik sangat dengan Vivix Shaklee ni? Kalau anda pembaca budiman dapat fahami kebaikan dan kelebihan Vivix Shaklee, percayalah anda pasti dapat menambah baik kehidupan kesihatan anda dan orang-orang yang anda sayang. 

Saya dah pernah menulis beberapa entri berkaitan Vivix Shaklee sebelum ini. Anda boleh baca entri-entri tersebut di sini. Entri hari ini cuma nak senaraikan kebaikan dan kelebihan Vivix hingga Shaklee mempatenkan formula ini dengan tagline "Live 25 years longer and feel 25 years younger."

Ya. Vivix adalah formula untuk anda hidup lebih lama dan rasa lebih muda.

Kajian makmal menunjukkan Vivix Shaklee terbukti mampu memberi kesan positif terhadap keempat-empat mekanisme penuaan selular selain menyumbang kepada banyak manfaat kesihatan, antaranya:
melindungi dan memperbaiki DNA selular
memberi impak positif terhadap genetik regulator yang membantu melawan penuaan selular
meningkatkan mitochondrial biogenesis, yang membantu menambahkan kuasa produksi dalam sel
menghalang pembentukan protein AGE yang menyebabkan sel tersumbat
menyokong kesihatan jantung dan kardiovaskular
menyokong kesihatan otak
meningkatkan fungsi sistem imun
menggalakkan jangka hayat sel yang lebih lama
membekalkan anti-oksidan yang menentang radikal bebas dalam badan

Secara ringkas, sesudu teh Vivix setiap hari adalah lebih baik daripada 100 gelas wine merah yang terbukti dapat menentang penuaan sel.

Vivix juha dikenali sebagai Sirap Shaklee atau Sirap Magic :)
Jadi bahan apa dalam Vivix ni yang sangat hebat sampaikan fungsinya jauh lebih hebat daripada wine merah yang sangat mahal tu? Jawapannya ialah resveratrol. Resveratrol ini telah dijumpai dalam buah elder berry. Menurut saintis (dalam hal menjaga kesihatan sel dan secara tak langsung sebagai anti-penuaan), dengan kandungan resveratrol Vivix yang telah diperbaik, minum Viviv sebanyak satu sudu teh sehari selama sebulan lebih baik daripada minum 3000 gelas wine merah.

Anda malas makan vitamin? Tapi anda nak sihat? Minum Vivix Shaklee satu tudu teh sehari. Cukup (malah lebih baik daripada kebanyakan vitamin) untuk menjaga kesihatan badan anda dari dalam. Bonusnya anda akan dapat kulit dan wajah yang cantik, dan masa tua yang lebih bahagia tanpa penyakit kronik. Sudah tentu dapat jimat wang sara perubatan juga. 

Harap sudi muat turun carta ini untuk mengelakkan mata juling. Penyakit mata juling tak boleh pulih dengan minum Vivix.

Cadangan saya, belilah Vivix untuk ibubapa kita. Ayah saya sudah. Beliau adalah penghidap beberapa jenis penyakit berat antaranya diabetis, tekanan darah tinggi dan sakit-sakit sendi yang dah bertahun-tahun tak pernah baik. Kini beliau sudah alami sendiri perubahan demi perubahan terhadap kesihatan beliau.

Soalnya, anda dan keluarga anda bila lagi?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...