"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

VIVIX Shaklee Lebih Baik Daripada Resveratrol

Assalamualaikum.

Apa itu resveratrol? Resveratrol adalah sejenis polifenol yang dihasikan tumbuhan tertentu dalam keadaan tertentu dan dikatakan mempunyai sifat mampu melindungi tubuh manusia dari kerosakan yang disebabkan oleh kanser atau penyakit berkaitan jantung. Resveratrol juga mampu mengelakkan kerosakan pada salur darah, mengurangkan kolestrol jahat dan menghalang berlakunya darah beku.

Resveratrol juga mengandungi antioksidan yang tinggi, bahan yang boleh mencegah obesiti dan diabetis. Selain itu reveratrol juga mampu mengurangkan keradangan dan pembekuan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung. Dan sifat resveratrol yang sering mencuri tumpuan ialah fungsinya sebagai anti-penuaan.

Kebaikan Resveratrol:

  • Melanjutkan usia: mampu merangsang mekanisme pertahanan tubuh badan, bertindak melawan ancaman kesihatan terhadap individu yang mengamalkan diet tinggi-lemak, memperbaiki genetik, memperbaiki metabolisme insulin dan glukos yang tidak normal.
  • Metabolisme dan ketahanan fizikal: mampu meningkatkan kemampuan untuk melakukan aktiviti fizikal, mengoptimumkan kadar metabolise dalam tubuh, mengaktifkan gen yang menggalakkan penghasilan tenaga.
  • Menghalang kanser: dikatakan mampu mengurangkan jumlah dan mengecilkan saiz tumor, dan menggalakkan proses apoptosis (pematian sel kanser).
  • Penyakit jantung: mengurangkan keradangan, menghalang pengoksidaan kolestrol LDL (kolestrol jahat), menyukarkan platlet untuk berkumpul dan menyebabkan berlaku sumbatan pada salur darah yang boleh mengakibatkan serangan jantung.
  • Penyakit Alzheimer's: dikatakan boleh melindungi sel otak dan menghalang pembentukan plak.
  • Diabetis: menghalang penolakan insulin.




VIVIX Shaklee
Mengandungi empat (4) bahan aktif yang tinggi dengan kandungan resveratrol dan polifenol yang lain. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Shaklee, maka terhasillah Vivix, yang mempunyai resveratrol dan campuran phytonutrient yang diperolehi dari anggur muscadine yang telah menunjukkan 10 kali lebih berkesan dari pengambilan resveratrol semata-mata.

Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati, dan ia adalah anggur terbaik kerana ia hidup secara semulajadi dalam cuaca yang ekstem. Semakin buah anggur itu terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resevratrol yang tinggi!




MENARIK TENTANG VIVIX
  • Satu sudu teh Vivix mengandungi resveratrol yang bersamaan dengan 3000 gelas wain merah...pastinya alternatif terbaik bagi muslim
  • 2500 kajian diterbitkan terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam Vivix
  • Bahan yang digunakan mempunyai potensi lebih 10 kali ganda dari resveratrol semata-mata dalam memperlahankan penuaan sel
  • Mempunyai lebih dari 15 polyphenol termasuk ellagitannins yakni antioksidan semulajadi
  • Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi tanpa pewarna tiruan, pemanis, perasa, alkohol dan pengawet
  • Semestinya halal
  • Dipatenkan eksklusif untuk Shaklee


Keratan Media:





Testimoni Antarabangsa:






Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...