"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Pengumuman: Pelancaran Borang Order Online

Assalamualaikum.

Bulan ni order OmegaGuard berdesup-desup masuk. Kurang kaki-tangan juga saya nak handle bila order masuk cepat sangat. Sebab tu saya tukar ke sistem borang. Untuk elakkan ada order tercicir. Jadi lepas ni sesiapa nak order boleh isi borang ye.

Opss, jangan risau. Konsultasi percuma masih macam biasa. Call/SMS/WhatsApp saya tentang masalah anda, inshaAllah saya cuba yang terbaik untuk bantu. Hubungi saya bila-bila masa, kedai saya tak ada waktu tutup. Tapi tuan kedai ni ada masa kena tutup mata sekejap, biasalah, manusia juga kan. Kadang-kala tak tutup mata lelap pun, kena tunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu juga. Jadi jangan marah kalau ada masanya saya lambat balas ye. Keluarga saya lebih utama, begitu juga hendaknya dengan anda semua :)

Tapi saya bukan Doktor ye, kalau ada masalah kesihatan mesti rujuk Doktor Perubatan dulu. Bak kata Dr Zubaidi, ubat untuk menyembuhkan penyakit, suplemen pula membantu mempercepatkan proses penyembuhan penyakit. Lebih kurang begitu bunyinya.

Jadi kalau dah selesai konsultasi dan dah confirm nak order, bolehlah isi borang ini. Tak susah pun nak isi, simple je. Kena isi nama, nombor telefon, email, alamat dan klik-klik mana yang nak order. Itu je. Kalau ada boucar (kena jadi customer dulu baru berpeluang dapat baucar), isi kod baucar sekali. Lepas tu tekan butang Send/Submit. Dah hantar borang, boleh SMS/WhatsApp untuk maklumkan saya. Memang saya cek hari-hari order form tu. Tapi lebih cepat maklumkan, lebih cepat saya boleh proses. Lebih cepat juga boleh pos atau COD. Senang sangat kan :)

Ok, macam ni la rupanya borang order online kami :)


Semoga memudahkan anda yang melanggan, dan kami yang menjual. InshaAllah.


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...