"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Ibu, Kerjaya Profesional, Bisnes: Bagaimana Saya Lakukannya.

Assalamualaikum.

Hari ini entri ke laut sikit. Nak cerita kisah peribadi, kongsi dengan pembaca yang sudi. Bukan mau menunjuk-nunjuk, bukan mau mengadu. Bukan mau berlagak hebat. Tapi saya rasa hebat! Saya ada perasaan hebat memikul tiga jawatan hebat dalam hidup ini. Tepuk tangan untuk diri sendiri. Yay!

Membahagikan masa antara keluarga, kerjaya dan bisnes bukan perkara mudah. Saya ibu yang cuma punya suami sebagai rakan kongsi rumahtangga. Ayah dan adik-beradik jauh. Senang kata, hal rumahtangga pandai-pandai kami suami isterilah nak uruskan. Susah senang, sakit pening, masam muka, berdua hadapi sama-sama demi anak. Mengadu pada mak? Mak pun dah tiada. Mengadu pada kakak? Mereka punya keluarga sendiri, sama macam saya, masing-masing masih baru dalam hal-hal rumahtangga. Jadi bahtera besar rumahtangga kami, kami berdualah yang kemudinya.

Kerjaya kami juga bukan setakat masuk jam 8 pagi, balik jam 5 petang. Kerjaya kami berterusan hingga ke rumah. Tengah malam, awal pagi selalu saja telefon berbunyi dengan tugasan atau tanggungjawab yang perlu kami laksanakan. Lebih-lebih lagi suami, tanggungjawab beliau 24 jam. Bukan anak kami seorang yang perlu kami fikirkan, beratus-ratus anak orang lain ada bawah tanggungjawab kami. Bukan amanah yang mudah-mudah sesuka hati kami boleh tinggalkan. Bukan ikut suka boleh kami lepas tangan.

Dan akhir sekali bisnes yang kami sama-sama jalankan. Bisnes ini penting sejak saya hamilkan Kautsar. Saya mencari sesuatu yang dapat memenuhi masa lapang, pada masa sama memberi kepuasan dan memajukan diri saya. Dengan bisnes ini, saya belajar melakukan perkara yang tak pernah terfikir saya mampu lakukan. Saya belajar mencari potensi diri. Suami pun ikut serta sekali.

Bagaimana saya imbangi antara keluarga, kerjaya profesional dan bisnes? Tak mudah. Tapi tak juga susah. Jawapannya ada pada hati. Selagi hati mahu lakukan, takkan saya mencari alasan untuk tidak lakukannya. Ada masa saya rasa letih, perlukan rehat. Jadi saya berehat. Adakah ketiga-tiga jawatan ini beri saya paksaan? Jauh sekali. Yang penting keluarga; suami dan anak-anak (serta kucing busuk saya). Kerjaya dan bisnes boleh disesuaikan, lebih-lebih lagi saya dapat sokongan penuh daripada suami dan keluarga saya. Bukannya mereka dapat apa-apa pun hasil daripada keuntungan yang saya jana. Suami mampu tanggung semua perbelanjaan kami, tak perlu saya sumbang apa-apa. Keluarga saya pun sudah selesa dengan pendapatan sendiri, tak perlu minta saya bantu. Cuma mereka suka lihat saya gembira. Ya. Seronok berjumpa ramai orang, tanpa ada tekanan, boleh berkenalan dan bertukar-tukar cerita.

Ibu-ibu bekerjaya lain di luar sana, saya sentiasa doakan kebahagiaan dan ketenangan dalam setiap urusan. Banggalah kerana anda memikul tanggungjawab lebih. Ganjarannya juga tentu lebih untuk anda :)

ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...