"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Ibubapa: Menu Makanan Bayi 6-8 Bulan

Assalamualaikum.

Sangat penting untuk ibubapa tahu makanan yang sesuai dengan usia bayi. Di sini saya kongsi menu-menu yang sesuai untuk bayi anda yang berusia 6-8 bulan.

Petanda Alahan/Elergi
Sesetengah makanan lebih cenderung untuk menyebabkan alahan pada bayi. Sebab itu penting untuk mengelak daripada memberi bayi anda makanan tersebut. Berikut adalah senarai makanan yang TIDAK patut diberi kepada bayi pada tahun pertama umurnya.



Makanan ini TIDAK patut diberi kepada bayi bawah 1 tahun tanpa kebenaran pediatrik.

Makanan Berisiko Tinggi, Rendah dan Makanan Selamat Alahan


Bolehlah translate guna Google Translate. 
Harus diingat, walaupun makanan termasuk dalam kategori selamat daripada risiko alahan, dalam keadaan tertentu mungkin boleh menyebabkan sembelit kepada bayi.


Peringkat 1: Puri Sempurna Untuk Bayi 6 hingga 8 Bulan
Makanan Peringkat 1 bermula daripada makanan pertama bayi dan berlanjutan hingga 6-8 minggu seterusnya. Pada peringkat ini, makanan yang ringkas dan berisiko rendah dipurikan sehingga mendapat konsistensi yang halus. Makanan baru diperkenalkan mengikut jadual 4-hari, yang bermaksud hanya satu makanan baru diperkenalkan dalam tempoh 4 hari. Langkah ini penting untuk mengenal pasti sebarang tanda-tanda alahan bayi terhadap sesuatu makanan. 

6 Bulan
Setiap bayi adalah berbeza. Bagaimanapun, jadual ini adalah permulaan untuk membantu anda menentukan makanan yang diperlukan oleh bayi anda. Ingat untuk bermula dengan satu jenis makanan selama 4 hari. Kemudian cuba makanan kedua selama 4 hari juga. Dan begitulah seterusnya hingga bayi anda telah mencuba semua jenis makanan dalam senarai makanan selamat. Periksa bayi jika terdapat tanda-tanda ruam atau perubahan pada najis bayi supaya anda dapat kenalpasti makanan yang tidak sesuai untuk bayi anda.


Bayi akan makan sehingga 2 hidangan. Mulakan dengan 1 hidangan saja dan teruskan sehingga bayi menunjukkan tanda mahukan lebih makanan. Makanan yang berbaki jangan disimpan sebaliknya hendaklah dibuang.

7 Bulan
Waktu ini anda boleh mencampurkan satu perisa sayuran atau buah ke dalam puri bubur beras perang, millet atau oatmeal untuk menambah perisa makanan. Anda boleh menggabungkan mana-mana kombinasi makanan yang pernah dimakan oleh bayi. 

Pakar pediatrik juga mencadangkan agar makanan berunsurkan tenusu ditambah pada usia bayi 7 bulan. Antara yang sesuai ialah cottage cheese, tauhu dan yogurt asli yang semulajadi. Ketiga-tiga makanan ini mudah dihadamkan oleh perut bayi. Jangan lupa untuk teruskan dengan jadual 4-hari percubaan makanan.



8 Bulan
Perkenalkan bayi dengan lebih banyak perisa! Dan, inilah masa yang sesuai untuk menyediakan puri yang lebih pekat supaya anak terus berminat mencuba makanan. Dengan lebih banyak jenis makanan yang bayi boleh makan, ibubapa boleh mulakan memasak lebih makanan untuk dibekukan (batch cooking).

Batch cooking sangat mudah dilakukan jika anda memiliki peralatan yang sesuai. Pilih menu mingguan bagi bayi anda. Kukus / Rebus sayuran dan buah tersebut dalam periuk besar supaya semuanya masak sekaligus. Jika ada buah atau sayur yang tak perlu dimasak, purikan sementara menunggu makanan lain masak. Sesudah semuanya masak, mulakan proses mempuri makanan bayi anda. Dalam masa singkat, anda mampu menyediakan sehingga 7 jenis makanan.

Makanan yang ingin digunakan dalam masa 3 hari boleh disimpan di ruang peti sejuk. Gunakan bekas penyimpanan makanan yang kecil cukup untuk 1 hidangan setiap satu untuk memudahkan kerja anda. Makanan selebihnya boleh disimpan dalam bekas silikon (jika ada) dan dibekukan. Makanan bayi yang dibekukan boleh bertahan hingga 30 hari.


Panjang lebarentri kali ini. Banyak ilmu dikompakkan dalam satu entri. Alhamdulillah. Berjaya juga siapkan entri ini. Sekian perkongsian tentang makanan bayi peringkat pertama. InshaAllah entri lain kali akan berkongsi tentang makanan peringkat kedua dan seterusnya.

Semoga bermanfaat :)

ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...