"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Shaklee: Tak Halal?

Assalamualaikum.

Minggu lepas kami berpeluang menghantar vitamin Shaklee kepada isteri seorang pegawai agama. Suami beliau telah bertanya, produk apa yang kami jual ni. Setelah diterangkan serba sedikit, pegawai tersebut bertanyakan tentang status halal produk-produk Shaklee.

Tentu ramai juga di luar sana yang masih belum pasti tentang status halal produk Shaklee. Selalu pelanggan-pelanggan yang baru pertama kali membeli dengan saya bertanyakan kenapa tiada logo halal JAKIM pada produk Shaklee. Alhamdulillah bila saya terangkan, mereka pun faham kenapa tiada logo halal JAKIM pada sebarang produk Shaklee. Hari ni saya nak kongsikan kenapa.


Ini sijil halal terbaru bagi produk Shaklee di USA. Kalau kecilkan mata, tengok bawah tandatangan tu boleh nampak sijil ni bertarikh 27 Januari 2014. Badan yang mengeluarkan sijil ini ialah Islamic Services of America (ISA), iaitu satu badan utama yang mengeluarkan sijil halal di Amerika. ISA adalah salah satu badan halal yang diiktiraf oleh JAKIM.

Berikut petikan daripada tulisan saudara Abdul Rahman, penulis buku "Halalkah Ubat Anda?":

Soalan 1 :
Assalamualaikum,,
Bagaimana dengan supplemen Shaklee? Adakah semua produk Shaklee adalah halal? Harap saudara Abd Rahman dpt membantu
Terima kasih
Ainul- Amar Dhiya

Soalan 2:
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya kpada En. Rahman tentang produk “Shaklee” iaitu “Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik”.
Adakah produk ini halal dan sah dari jakim?
Terima kasih
Cikgu Umi Kalsom.


JAWAPAN:

Wa alaikum salam.

Terima kasih atas soalan Puan Ainul dan Cikgu Umi Kalsom.

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya Produk Soy Lecithin – Dietary Supplement.

Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada campuran lembu dan babi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.

Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian, beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22 Februari 2011untuk mendapatkan kepastian dan penerangan. 

Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email beliau dan menjelaskan bahawa:
“Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin yang digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin tidak dijamin bebas kandungan babi”.

Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal daripada Islamic Services of America (ISA).

Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995 dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.

Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012 dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang sama mengeluarkan produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).

Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2007 juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika Syarikat.

Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar pertanyaan melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.

Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.

Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk
produk Shaklee pasaran Malaysia.

ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.

P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee.

Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkan oleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk “Halalkah Ubat Anda?”.

Buku “Halalkah Ubat Anda?” mendedahkan lebih 90 jenis ubat-ubatan yang mengandungi unsur daripada babi. Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari www.halalscience.com

Terima kasih.

Abd Rahman Baco
Penulis
halalscience.com

Harap lepas ni tak ada lagi keraguan. Shaklee memberi jaminan setiap produk keluarannya adalah berkesan, selamat dan semulajadi. Dan semestinya Halal.


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...