"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tips: Petua Ringkas Persediaan Ibu Bekerjaya Menyusukan Anak Secara Eksklusif.

Assalamualaikum.

Akhir-akhir ni ramai pula kawan-kawan yang bersalin. Berderet-deret. Yang menunggu giliran bersalin pun dah beratur panjang. Senang kata kalau saya mengandung ketika ini, pergi check up kat klinik mesti jumpa ramai kawan-kawan. Seronok jugak sambil menunggu giliran sambil bertukar-tukar pendapat kan. Hihi.

Dan tak semena-mena, nama saya terkenal sebagai ibu yang menyusukan anak secara eksklusif. Mana tidak, setiap hari naik turun pejabat sambil menyandang beg breast pump. Staff lelaki yang tak tahu sangka saya bawa beg laptop. Staff wanita pula senyum-senyum pandang. Lalu sering kali saya jadi tempat rujukan ibu-ibu dan bakal ibu di pejabat saya, macam mana saya menyusukan anak secara eksklusif walaupun bekerja tak tentu masa.

Menyusukan anak tak susah ye ibu-ibu semua. Malah sangat mudah, jika kita betul-betul niat dengan ikhlas untuk menyusukan anak. Dengan peralatan dan keperluan tertentu, niat kita untuk menyusukan anak secara eksklusif takkan gagal walaupun kita adalah ibu yang bekerjaya. Walaupun waktu kerja tak tentu masa. Walaupun tidak mendapat sokongan sesiapa. Walaupun tiada ibu atau adik-beradik yang dekat yang boleh bantu. Ibu mesti yakin bahawa ibu mampu menyusukan anak. Dan selebihnya bertawakal padaAllah swt kerana Dia yang Maha Memberi Rezeki.

Berikut saya kongsi persediaan ringkas, barang keperluan paling asas yang perlu ada untuk memudahkan proses penyusuan eksklusif:

Breastpump Medela Freestyle
Breastpump
Sangat perlu bagi ibu-ibu bekerja. Jangan beli breastpump yang terlalu murah, bimbang kualitinya rendah. Tak perlu juga beli yang terlalu mahal kerana yang berharga sederhana pun sudah cukup untuk mengepam susu di pejabat. Buat pilihan terbaik, sama ada pam elektrik atau manual, single atau double pumping. Saya cadangkan beli pam elektrik DAN manual supaya jika berlaku kerosakan, ibu masih boleh teruskan mengepam. Boleh baca tips memilih breastpump di sini.


Autumnz Storage Bottles dan Duoble Ziplock Bags
Storage Bottle/Ziplock Bag
Susu yang dah diperah perlu disimpan. Dua kaedah menyimpan susu sama ada menggunakan storage bottle atau ziplock bag. Ketika dalam pantang, saya cadangkan simpan susu perahan dalam ziplock bag. Mulakan memerah susu seawal minggu pertama selepas bersalin. Bila dibekukan, pastikan ziplockbag dibaringkan supaya dapat jimat ruang peti sejuk anda.

Setelah mula bekerja, lebih mudah jika menggunakan storage bottle. Sambungkan storage bottle terus ke pam ketika mengepam susu. Sesudah selesai, terus tutupkan botol, labelkan dan simpan dalam cooling bag. Dengan cara ini jimat masa kerja anda kerana tidak perlu pindahkan susu yang telah dipam ke dalam botol, masuk ke ziplock bag pula. Jika anda mahu pindahkan susu ke ziplock bag selepas balik rumah, terpulang kepada anda.

Cooling bag
Cooling Bag
Sangat penting untuk pastikan susu yang telah diperah terus segar sehingga sampai rumah. Cooling bag boleh menebat haba daripada masuk/keluar.

Autumnz Reusable Ice Packs

Reusable Ice Packs
Untuk diletakkan ke dalam cooling bag sebagai pembeku. Tiga ice packs boleh pastikan susu kekal sejuk 8 - 10 jam sementara tamat waktu kerja anda.

MAM 5 oz Feeding Bottle
Feeding Bottle
Botol susu untuk kegunaan pengasuh menyusukan anak dengan susu perahan. Kebiasaannya boleh dijumpai dalam dua saiz iaitu 5 oz dan 9 oz. Pilih botol susu yang diperbuat daripada bahan selamat, dengan sifat anti-colic untuk mengelakkan anak kembung perut, dan dengan puting yang paling menyerupai puting ibu.

Avent Warmer
Warmer
Warmer sangat perlu jika anak anda dihantar ke pengasuh yang tidak mahir / tidak gemar mengendalikan susu perahan. Kebanyakan pengasuh bukannya tidak suka dengan susu perahan, tapi mereka malas nak mengendalikan susu (cairkan dan panaskan) kerana proses tersebut leceh. Jika anda bekalkan pengasuh dengan warmer, sangat mudah sebenarnya bila anak-anak diberikan susu ibu berbanding susu formula. Pengasuh tak perlu membancuh susu langsung, cuma masukkan ke dalam warmer, dan susu siap untuk diberi kepada bayi. Sementara bayi anda minum sebotol susu, pengasuh sudah boleh masukkan botol seterusnya ke dalam warmer.

Nursing Bra
Nursing Bra
Untuk memudahkan anda mengepam susu atau menyusukan anak, nursing bra boleh dibuka di bahagian cup supaya anda tak perlu membuka / menyelak bra, atau melonggarkan tali bra ketika menyusukan / menyepam. Nursing bra yang selesa dan berkualiti boleh dibeli serendah harga RM30+. Pilih nursing bra yang sesuai, sama ada jenis bukaan penuh atau bukaan separuh, atau bukaan ke tepi. Satu lagi faktor yang perlu diambil kira ialah dawai besi.

Nursing Blouse
Nursing Blouse
Juga sangat penting jika ibu-ibu berkongsi ruang pejabat atau cubicle. Nursing blouse boleh diselak di bahagian dada untuk mendedahkan payudara supaya mudah menyusukan / mengepam susu tanpa perlu menyelak pakaian. Untuk berjimat, boleh juga menggunakan baju yang berbutang / berzip di bahagian dada. Tapi pendapat saya, baju berbutang / berzip tidak selesa kerana dada akan terselak besar. Tiada masalah ketika mengepam bagi ibu-ibu yang bertudung tebal, tapi jika menyusukan anak boleh jadi anak akan menyelak tudung dan menyebabkan aurat terdedah.

Ini saja yang saya rasa paling penting. Banyak lagi barang lain yang boleh membantu perjalanan penyusuan ibu-ibu seperti sterilizer, nursing pillow etc tapi setakat hari ini, barang-barang ini tak sepenting barang yang telah saya senaraikan tadi.

Klik di senarai ini untuk membaca lebih banyak berkaitan:



Tulisan ini adalah berdasarkan pengalaman saya. Harap membantu ibu-ibu bekerjaya di luar sana :)


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...