"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tip: Petua Banyakkan Susu.

Assalamualaikum.

Anda nak susu yang banyak? Jom amalkan tips-tips berikut:

♥♥ Perlu menenangkan diri. Kalau stress, susu pun malu-malu hendak keluar.
♥♥ Pemilihan pam yang betul sangat penting. Sekiranya pam tersebut menyakitkan, kemungkinan susu lebih sukar untuk keluar. Pam yang terbaik adalah tangan anda dengan menggunakan kaedah marmet.
♥♥ Sebelum pam, urut payudara untuk memudahkan susu keluar. Urut dari bahu hingga ke puting susu.
♥♥ Tuam payudara dengan tuala suam sebelum mengepam. Ini akan menyebabkan saluran darah mengembang dan memudahkan susu mengalir keluar.
♥♥ Semasa mengepam, lihat gambar atau video anak. Dengan melihat atau mendengar suara anak, hormon dalam badan akan berfungsi mengeluarkan susu dengan lebih banyak dan cepat. Kalau tak bawak gambar atau video anak, pejam mata bayangkan keletah anak, suaranya dan senyumannya.
♥♥ Amalkan zikir " Ya Matin " semasa mengepam.
♥♥ Semasa mengepam, cuba elakkan melihat hasil tenusu. Buat benda lain dan tentu terkejut tengok penghasilannya. Kalau asyik tengok, susu segan nak keluar.

Pengambilan breastfeeding set Shaklee juga membantu meningkatkan kualiti & kuantiti susu anda. Tah tahu nak pilih set penyusuan yang mana? Boleh baca di sini.

Selamat menyusukan anak. Sesungguhkan kita adalah ibu-ibu yang menunaikan hak :)


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Variasi Set Budget ESP.

Assalamualaikum.

Promosi ESP masih berbaki 6 hari. Tak pernah terlambah untuk saya share tentang ESP di blog ini. Sharing hari ini untuk anda-anda yang sedang berjimat-cermat. Saya nak kongsikan beberapa set asas ESP yang sesuai untuk macam-macam masalah kesihatan. Kalau yang tak gemar makan vitamin banyak-banyak pun sesuai sangat ambil set asas macam ni. InshaAllah anda akan berpuas hati.

  1. Set Budget Kesihatan Optimum: ESP + Vitalea
  2. Set Budget Kurus: ESP + Lecithin + Herblax
  3. Set Budget Breastfeed: ESP + Alfalfa
  4. Set Budget Jerawat / Kesuburan Wanita: ESP + GLA
  5. Set Budget Kulit: ESP + Vita C
  6. Set Budget AntiAging: ESP + Collagen Powder
  7. Set Budget Gastrik: ESP + Peppermint Ginger Plus
  8. Set Budget Tulang: ESP + Ostematrix
  9. Set Budget Tambah Tenaga: ESP + Performance Drink
  10. Set Budget Kesuburan Lelaki: ESP + Zinc Complex
  11. Set Budget Ibu Hamil: ESP + B-Complex
  12. Set Budget Tambah Berat: ESP + Meal Shake
  13. Set Budget Otak Cerdas: ESP + OmegaGuard

Kalau berminat dengan mana-mana set budget ESP boleh hubungi kami bila-bila masa. Kami janjikan konsultasi percuma untuk semua pelanggan kami. 



ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Komuniti: Doa Untuk MH370 (2).

All right. Good night.

:'(


Nota: Salam sayang dan rindu dari kejauhan, diiring doa yang tak bersempadan dari kami di Noraihan Qusyairi. Semoga selalu dalam rahmat keredhaan dan keampunan Allah swt. Buat semua yang tak berkesempatan pulang ke pangkuan keluarga.

Innalillahi wainnailairajiun.



ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Motivasi: Renungan Di Sebalik Ujian Allah swt

Assalamualaikum.

Akhir-akhir ni kami sibuk sangat. Sampai kawan-kawan mesej tanya mana kami ni, susahnya nak jumpa. Alhamdulillah ramai juga kawan-kawan yang sayang kami. Hehe.

Banyak yang berlaku bulan ini. Esok pun ada dugaan untuk kami. InshaAllah kalau diizinkan kami akan ceritakan.

Lanjutan daripada siri dugaan demi dugaan ini, saya terjumpa artikel yang sangat menyentuh hati saya. Artikel ni saya ambil dari laman web Harian Metro, sesuai untuk semua. Jemput baca dan sama-sama insafi intipati artikel yang ditulis oleh Imam Muda Hassan Adli Yahaya.

Beberapa bulan lalu, negara digemparkan seketika dengan cuaca serta suhu dingin hinggakan sebuah daerah di negeri pantai timur mencecah suhu serendah 17 darjah Celsius 
Rupa-rupanya tidak lama kemudian, Allah uji pula kita dengan musim panas sehingga sampai satu ketika suhu kali ini dikatakan panas luar biasa. Suhu yang panas bukan saja mengeringkan keadaan sekeliling, malah membuatkan tumbuh-tumbuhan mati kekeringan.

Tidak sekadar itu, beberapa negeri di Semenanjung menghadapi krisis bekalan air hingga terpaksa dicatu akibat penyusutan tadahan air di kebanyakan empangan. 
Pakar berkaitan meramalkan suhu panas bakal berlanjutan untuk tempoh panjang dan ini sedikit sebanyak menimbulkan keresahan kerana kita terancam dengan pelbagai krisis seperti kebakaran hutan dan penyakit.

Tidak cukup dengan cuaca panas, Malaysia terpalit dengan jerebu yang membimbangkan hingga beberapa tempat mencapai kualiti udara tidak sihat. Malah, ada sekolah di beberapa kawasan diarah tutup buat sementara.

Klimaks kepada ujian yang menimpa negara tentulah tragedi kehilangan pesawat MH370. Sehingga artikel ini ditulis, pakar dari pelbagai negara hanya mampu mengemukakan teori mengenai kehilangan pesawat itu. Namun, di mana sebenarnya pesawat ini masih menjadi rahsia Allah. 
Ketika negara menjadi perhatian berikutan kehilangan pesawat ini, dengan tidak diduga Allah melimpahkan rahmat-Nya melalui hujan yang membasahi bumi negara sejak beberapa hari lalu.
Ia sedikit sebanyak mengurangkan kegelisahan yang kita alami sejak diuji dengan pelbagai ujian. Saya percaya, ujian demi ujian yang Allah rencanakan untuk kita antara tanda betapa Allah merindukan doa hamba-Nya yang semakin ‘sunyi’ sejak akhir-akhir ini. 
Lumrah kebanyakan manusia, ketika senang, kita terlalu mudah lupa untuk meminta kepada-Nya. Ketika senang juga kita selalu kekurangan masa untuk berhubung dengan Allah melalui solat, qiamullail dan doa. 
Jika solat pun mungkin tidak khusyuk kerana memikirkan pelbagai tugas dunia yang belum disempurnakan. Usai bersolat, kadangkala kita tak sempat berdoa, sebaliknya terus bingkas bangun dari sejadah untuk mengejar dunia. 
Kerana itu apabila ditimpa ujian, manusia akan kembali kepada Allah melalui ibadah dan puji-pujian kepada-Nya. Betapa kasihnya Allah kepada kita, diberi peringatan supaya kembali kepada-Nya. 
Peringatan ini juga sebenarnya menyelamatkan kita daripada terus melakukan kemaksiatan yang mengundang azab-Nya kelak. 
Namun begitu, dalam masih diuji, kita dikejutkan pula dengan kisah kematian beberapa pengunjung sebuah konsert yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini. Dikhabarkan, punca kematian disebabkan pengambilan dadah yang dibekalkan pihak tidak bertanggungjawab.
Memang tidak dinafikan, penyalahgunaan dadah sememangnya haram di sisi agama mahupun perundangan negara. Namun sebenarnya, sebagai negara Islam yang menjadi contoh kebanyakan negara lain, kita sepatutnya membuka mata dengan lebih luas untuk memandang lebih daripada itu. 
Di dalam Islam, ada sebuah kaedah dipanggil ‘Sadd Az-Zara’e’. Kaedah ini ialah dengan menutup ‘pintu’ yang menjadi punca kepada pelbagai masalah lebih besar.
Yang pasti, ‘pintu’ kepada isu dadah yang menyebabkan kematian ini adalah penganjuran konsert yang sebenarnya tidak sesuai dijadikan aktiviti untuk diisi golongan remaja. 
Selain mengundang percampuran tanpa batas antara lelaki dan perempuan, ia terdedah kepada dosa besar lain seperti minum arak, zina, pengabaian solat dan banyak lagi kemaksiatan lain.
Jika tiada kebenaran diberi untuk penganjuran konsert seperti ini, bukan saja kes kematian akibat dadah dapat dielak, malah pelbagai lagi ‘bencana’ seperti kelahiran anak luar nikah serta penyakit berbahaya seperti AIDS. 
Allah menimpakan pelbagai ujian dan musibah untuk membuatkan hamba-Nya berfikir.
Namun jika hamba-Nya masih tidak mahu berfikir, tidak mustahil Allah bakal menimpakan azab bukan saja kepada kepada si pelaku maksiat, bahkan kepada seluruh manusia di negara ini. Nauzubillahiminzalik. 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/23


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Testimoni: ESP

Assalamualaikum.

Sejak promosi ESP ni, ramai kawan-kawan saya yang dulu masihberfikir-fikir nak beli ESP sekarang terus order untuk cuba. Yalah, harga dah jimat banyak sebab promosi kan, taklah fikir panjang lagi. Yang memang peminat ESP terus beli borong je. Alhamdulillah, kami pun memang peminat tegar ESP sejak saya baru hamilkan Kautsar, sampai sekarang tak pernah tinggal minum ESP setiap pagi. Seronok bila kebaikan yang kami rasa orang lain pun dapat kongsi bersama.

Ni saya nak kongsikan testimoni pelanggan-pelanggan kami tentang ESP. Puan kat bawah ni order Set Budget Breastfeed, Alfalfa+ESP. Anak tiga orang, jarak dekat-dekat. Alhamdulillah susu badan bertambah sejak amalkan set ni. Siap bengkak-bengkak macam dalam pantang. Seronok saya dengar. Hihi.


Puan yang ni pula memang pengamal tegar ESP sejak dulu. Sekarang dah jadi ahli dah pun. Minum ESP sebabkulit muka sensitif, senang sangat tumbuh jerawat merah-merah. Orangnya dah la putih melepak. Nampak sangat merah-merah kalau jerawat tumbuh. Katanya ESP bantu kawal jerawat daripada tumbuh terlalu banyak. Selain tu parut jerawat pun terus hilang tak tinggalkan kesan.


Ok Yasmin Hani bukan pelanggan saya. Dah terselit gambar ni, tengok je la. Haha. Yasmin Hani pun amalkan set hami Shaklee. Selamat, berkesan dan semulajadi. Lagi penting, halal.

 Puan ni kawan setempat kerja. Ada anak kembar lelaki dan perempuan berusia 1 tahun lebih. Memang letih melayan anak, lebih-lebih lagi suami tinggal berjauhan. Dulu beliau pernah amalkan set penyusuan Shaklee, tapi berhenti sekejap. Lepas anak-anak dah mula besar, badan mula terasa sakit-sakit dan cepat sangat letih. Saya cadangkan ambil ESP+Ostematrix. Alhamdulillah serasi sangat, dah repeat order berkali-kali dah pun. Siap belikan untuk mak sekali.


Kat bawah ni kompilasi testimoni yang tak direkodkan. Tengah bergosip mesyuarat tingkap, tiba-tiba mereka bagi testimoni. Memang tak sempat Mak Jemah nak rekod. Haha. Pelanggan pertama tu surirumah baru melahirkan anak ke-4. Saja makan suplemen untuk tambah khasiat susu badan, Alhamdulillah susu makin meriah dan pekat.

Pelanggan kedua pula seorang ibu, surirumah sepenuh masa dan pada masa sama sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD. Kenapa saya kata surirumah sepenuh masa? Sebab waktu siang memang beliau surirumah sepenuh masa, kemas rumah, jaga anak, memasak, basuh baju. Malam lepas anak tidur baru beliau buat kerja-kerja PhD. Jadi badan sangat letih dan kalau tengok orangnya pun, alahai kurus keding kecil je badannya. Kata beliau sejak minum ESP beliau mampu berjaga malam hingga jam 3 pagi untuk siapkan kerja, sedangkan sebelum ini cuma mampu bertahan hingga jam 12 malam. Sekarang beliau amalkan ESP+Vitalea.


Yang ni pula pelanggan kegemaran saya. Comel sangat orangnya. Cuma sayang, kulit wajah kusam dan berpanau. Mula-mula cuba ESP+Ostematrix Shaklee sebab nak cergas dan bertenaga. Tiba-tiba dapat komen daripada ahli keluarga, katanya muka dah makin berseri dan jerawat pun kurang. Beliau kurang percaya. Bila balik kampung sekali lagi, keluarga tegur panau pun dah hilang. Terus beliau repeat order ESP promosi dan Vitalea. Alhamdulillah tak rugi beliau pilih Shaklee.



Ada banyak lagi testimoni yang saya tak berapa rajin nak print screen. Sebab saya lebih suka berkongsi tentang fakta berbanding testimoni. Tapi sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang berterusan repeat order daripada kami, saya postkan entri ini. Semoga perniagaan kami terus membawa kebaikan kepada semua pelanggan. Kami tumpang gembira :)


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Anda mungkin juga meminati:

Ibubapa: Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum.

Post ni saya copy daripada satu blog. Suka baca post ni. Sebab tu nak kongsi kat sini. Alhamdulillah, sehingga hari ini saya masih menyusukan Kautsar dengan susu ibu sepenuhnya. Dah 8 bulan dah usia Kautsar. Walaupun bekerja tak menentu masa, walaupun seringkali perli travel ke sana ke mari, walaupun sendirian tak pernah ke kelas dan tiada mentor yang membimbing saya, tapi semangat dan izin Allah swt ada. Misi menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya takkan pernah berhenti. Jemput baca dan kongsi.


Penyusuan susu ibu.

Tengah mengandung, sudah bersalin tapi mindset dan mulut cakap:

"tak payah beli botol/pam.. nanti takde susu, rugi"
"taknak target 2tahun.. nanti kecewa"
"tak tau lagi boleh pam ke tak"
"nanti anak fussy kalau minum susu ibu"
"ko bolehlah susu banyak"
"susah nanti anak taknak kat orang"
"keturunan vwxyz aku semua susu tak banyak mana pun"
"takde tempat/kawan nak ngepam"

ini adalah amat-amat mengecewakan.
amat-amat menyedihkan.
amat-amat kasihan.

Perlu buat sesuatu..

Bagaimana nak berjaya?
1. Ingat firman Allah dan sunnah Rasulullah
2. Cari ilmu sebelum, semasa dan selepas bayi dilahirkan.
3. Bacalah!
4. Cari pakar/kaunselor laktasi/sahabat/rakan yang telah berjaya.

Didoakan anda diberi petunjuk, diberi hidayah
dan jumpa orang yang tepat untuk dibuat sahabat.

Cari sahabat yang sentiasa ingatkan kita:

"Rezeki Allah bagi, bersangka baik dengan Allah, Allah bantu kita"
"niat kita nak susukan 2tahun ikut perintah Allah dan sunnah nabi"
"Nak 1000 daya, taknak 1000 dalih, usaha dulu"
"punya banyak nikmat dan rezeki Allah bagi, mustahil tiada untuk anak"
"stok tak berkepuk dalam peti pun boleh berjaya"
seumpamanya..

Bukan sahabat yang sekadar menyedapkan hati kita untuk sekadar saja, tidak terus berusaha, dan mengalah, dan berserah, dan pasrah, dan dan din dun don den den...................

_______________________________________________________________________

1. Ingat firman Allah dan sunnah Rasulullah

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan." (Al-Baqarah: 233)

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Luqman: 14)

2. Cari ilmu sebelum, semasa dan selepas bayi dilahirkan.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan." (al-Kahfi: 109)

Allah berfirman lagi yang sebanding dengannya (mafhumnya): "Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Luqman: 27)

Ini semua menggambarkan betapa hebatnya, luasnya ilmu Allah. Sekaligus ia menggambarkan kehebatan penciptaan-Nya. Allah mahu kita memanfaatkan kejadiannya dengan melihat, merenung, meneliti dan mengkaji untuk menyakini penciptaan alam dan segala milik-Nya.

3. Bacalah!

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)" (Al-'Alaq: 1)

4. Cari pakar/kaunselor laktasi/sahabat/rakan yang telah berjaya.

Rasulullah saw bersabda,"Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dengan teman yang buruk,seperti penjual minyak wangi dan tukang besi, adapun penjual minyak wangi, maka kemungkinan dia memberimu hadiah atau engkau membeli darinya atau mendapatkan harumannya, adapun tukang besi, maka boleh jadi ia bisa membakar pakaianmu,atau engkau menemukan bau yang hanyir (busuk)" (HR Bukhari no 2101)

[Sumber]


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Tips: Cara Ringkas Solat Sunat Dhuha.

Assalamualaikum.

Hari ni nak share cara ringkas solat sunat dhuha. Ringkas je. Tengah kerja di pejabat pun sempat curi masa untuk solat sunat dhuha ni. Alhamdulillah. Sumber diambil dari sini dan sini.

Cara Ringkas Solat Sunat Dhuha:
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor.

"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).


1. Rakaat Pertama "Allahuakbar"& Niat dalam hati :
✿ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )


2. Rakaat Kedua
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
✿  Tahiyyat akhir & Beri Salam.


3. Doa
✿ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
✿  Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
✿  Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha


Fadhilat Solat Dhuha

  • Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).
[Sumber]


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Anda mungkin juga meminati:

Tips: Makanan Yang Menghasilkan Angin Dalam Perut

Assalamualaikum.

Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin.

* Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis.

* Laktos ialah gula semulajadi yang terdapat pada susu dan makanan yang mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.

* Fruktos banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.

* Sorbitol diperolehi secara semulajadi daripada buah-buahan termasuk epal, pir, pic dan prun. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet, gula-gula dan gula getah.

* Kanji kebanyakannya didapati pada kentang, jagung, gandum di mana makanan ini dihancurkan di dalam usus besar.

Beras merupakan satu-satunya makanan berkanji yang tidak menghasilkan angin.

* Seserat (fiber) yang mudah larut dalam air dan bertukar menjadi tekstur menyerupai gel di dalam usus. Ia terdapat dalam kacang, oat, bran, kacang panggang dan kebanyakan buah-buahan.

Seserat larut ini tidak dihancurkan sehinggalah ia sampai ke usus besar di mana proses penghadaman bermula dan angin dikeluarkan. Manakala seserat tidak larut melalui usus tanpa sebarang perubahan dan tidak banyak menghasilkan angin.

[Sumber: Blog Dr.Zubaidi]


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Kelebihan Soya Non-GMO ESP Shaklee.

Assalamualaikum.

Anda mungkin pernah kenal beberapa produk soy protein yang bberada di pasaran. Jadi untuk mengetahui apa kelainan dan perbezaan ESP berbanding jenama lain mari kita lihat perbandingan ini.

 Dilengkapi Asid Amino

Istimewanya ESP Shaklee. Kerana ia merupakan sumber protein soya terbaik. Because its work! perbezaan mengambil ESP dan protein dari sumber makanan adalah ESP alone membolehkan tubuh mensintesis protein tersebut kerana dilengkapi semua asid amino, manakala sumber protein dari daging dan lain-lain perlu digabungkan dengan sayuran dan kekacang untuk mendapatkan asid amino perlu dan tak perlu serta boleh ubah.


ESP menyediakan 14 gram protein soya Non-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.

Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP
Rendah  lemak
Bebas laktosa
Tanpa kolesterol
Mengandungi 5  vitamin B penting
Separuh daripada keperluan kalsium harian
Soya isoflavones.
Jika dibandingkan dengan jenama lain di pasaran, boleh kata produk soy protein yang berkualiti tinggi sahaja yang memasukkan asid amino dalam formula soy protein mereka.

The Only Non-GMO

Haa yang saya nak tekankan iaitu soya yg digunakan oleh Shaklee tidak diubah suai secara genetik (Non-GMO). Produk GMO biasanya telah diubahsuai secara genetik dengan memasukkan DNA asing termasuk haiwan dan tumbuhan yang menjadikan ia tak stabil. Protein soya Non-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari  proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Program ini memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, yakinlah dgn shaklee dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

So, apa kelebihan Shaklee ni Non-GMO? Haa.. ni yang ramai tak tahu... mari saya nak tulis sini kenapa kene pilih produk Non-Gmo berbanding produk GMO.... Produk2 GMO boleh menyebabkan alergy, toxic, potensi kanser.


Here are six of the dangers that have been discovered by consuming genetically modified foods…

1. Food Allergy Symptoms Increase Dramatically
According to scientific research, it has been shown that those who eat genetically modified foods tend to see an increase in their allergic reactions to the types of foods they are already allergic too. By eating these genitically modified foods people also form allergies to foods which they were never allergic to before.

2. Bodily Toxicity Increases
 
As individuals ingest more and more genetically modified foods and organisms into their body it has been shown that the bodies toxicity increases which leads to a ton of other potentially serious health problems. As stated by NaturalNews.com it has been shown that there is a definite link between Obesity, Cancer and Toxicity.

3. Negative Reproductive Effects

In lab tests done on animals there were cases where once the animals ingested genetically modified food they became completely sterile in a matter of weeks. What was interesting in fact was that in some cases these animals were force fed the food because they didn’t want to eat it themselves naturally.

4. Negative Effects To Digestive System

They are finding that GMO’s are a breeding ground for bacteria and virus’s and since the digestive system is where the body is exposed when ingesting these harmful foods, reversing the damaging effects of these foods is nearly impossible. In other cases on mice and rats, there is documented proof that the digestive system grows bigger for some strange reason.

5. Unknown Genetic Effects On Humans

The jury is still out on all of the known causes about how Genetically Modified Organisms will negatively affect the greater human race, so it would be best to avoid them at all costs knowing the long term health risks of ingesting these foods on a regular basis.

6. Death

In some cases death has also been a challenge in working with GMO foods where rats and mice die in a matter of weeks by eating genetically modified food.
As everything adds up over time, and the more these genetically modified foods are pushed on us as Americans, knowing the dangers going in and actively speaking out against it may save more lives now and in the future

Zaman sekarang ni.. produk2 GMO memang dah makin banyak di pasaran sebab tu macam2 penyakit sekarang.. contoh yang paling glamor adalah penyakit berkaitan kanser dan allergic.. sebab tu orang barat ramai alergic dengan soya. So soya komersil yang ada di Malaysia juga terdiri dari sebahagian 98% soya GMO yang ada di dunia kerana permintaan soya yang tinggi untuk pelbagai tujuan komersil.

Kita pun sedang menuju ke arah tu. pernah tengok cerita Game Plan? anak the alergik dengan kacang. Sebab tu kini negara maju dah ada kesedaran tentang perlunya mengambil sumber bukan GMO..Antara makanan yang tinggi potensi GMO adalah jagung dan soya..

Trivia

Jika anda nak tahu, bagi menghasilkan satu canister ESP memerlukan 30kg soya non-GMO tau. No wonder la ESP sangat berkesan kerana ia dihasilkan dari bahan bermutu tinggi.

ESP juga rendah index glisemik iaitu pelepasan tenaga perlahan-lahan berkadaran dengan masa..kerana itu ramai bagi feedback rasa bertenaga sepanjang hari bila ambil ESP ni tau.

[Sumber]


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Gejala Kekurangan Protein: 5 Tips Mengenali Kekurangan Protein

Assalamualaikum.

Protein adalah makromolekul yang terdapat di semua bahagian tubuh. Protein berperanan dalam setiap fungsi tubuh, baik untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal, menjaga aras tenaga, perlindungan tubuh, serta metabolisme lemak dan karbohidrat yang diperlukan untuk penghasilan tenaga. Meskipun tubuh menghasilkan protein sendiri, sumber protein dari makanan masih tetap diperlukan, terutama bagi orang yang sibuk dan kurang istirahat.

Jika berlaku kekurangan protein, tubuh akan menggunakan protein yang disimpan dalam badan sehingga boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif. Berikut adalah beberapa tips untuk mengetahui apakah seseorang mengalami defisiensi (kekurangan) protein.


1. Otot Lemah
Otot dalam tubuh terdiri dari dua jenis protein yang disebut aktin dan miosin yang bekerja bersama untuk menghasilkan gerakan. Jaringan ini juga yang pertama ditargetkan oleh tubuh ketika terjadi kekurangan protein. Otot yang kekurangan protein akan cepat nyeri, kejang dan lemah.


2. Penurunan Berat Badan
Penurunan berat badan mungkin menjadi berita gembira bagi orang yang sedang melakukan diet ketat. Tetapi harus waspada kerana penurunan berat badan mungkin bererti kekurangan protein terutama bila berat badan berubah secara mendadak. Kekurangan protein boleh menyebabkan edema iaitu kelebihan cecair di pelbagai bahagian tubuh terutama pada bahagian bawah kaki sehingga menyebabkan pembengkakan.


3. Luka Lambat Sembuh
Jika kebetulan memiliki luka, cuba perhatikan waktu penyembuhannya. Kolagen merupakan protein pada kulit yang membuatkan kulit anjal dan kuat. Orang yang kekurangan protein sering menunjukkan penyembuhan luka lambat kerana kekurangan kolagen. Selain itu, kulit juga menjadi lebih sensitif terhadap sinar matahari dan boleh menyebabkan ruam, kekeringan, dan kulit mengelupas.


4. Kuku dan Rambut Rosak
Rambut dan kuku terdiri daripada protein yang disebut keratin. Kekurangan protein boleh dikesan dengan melihat kepada kuku dan rambut yang tidak sihat. Rapuh dan munculnya lapisan pada kuku merupakan tanda-tanda kuku tidak sihat. Begitu juga rambut yang berhenti tumbuh, keguguran rambut dan rambut bercabang merupakan gejala kekurangan protein yang boleh dilihat pada rambut.


5. Gejala Letih Lesu
Kelesuan sering dianggap sebagai akibat bekerja terlalu keras, kurang tidur, atau terlalu banyak tidur. Namun, kekurangan tenaga yang menyebabkan kelesuan merupakan salah satu cara tubuh memberitahu bahawa anda kekurangan protein.

Cadangan
Selalu perhatikan pola makan, terutamanya  jika anda seorang vegetarian tegar. Pastikan untuk mengambil sayuran kaya protein seperti produk kekacang dalam diet harian anda. Anda juga boleh mengamalkan suplemen protein tulen yang berkualiti tinggi dan selamat.




ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Semua Tentang ESP!


Pengambilan protein membantu penghasilan sel baru dalam badan. Dengan terhasilnya sel-sel baru, fungsi sel-sel mati dan sel-sel lama dapat digantikan segera oleh sel baru yang lebih sihat dan efisien. Jom baca apa kelebihan dan kebaikan protein.
Sumber protein dalam diet harian. Gambar ihsan Google

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN
Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila protein dalam masakan musnah, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang masih ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan terutamanya masakan bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Sel-sel bergabung membentuk tisu. Tisu-tisu bergabung membentuk organ. Dan organ-organ bergabung membentuk sistem (contohnya sistem pernafasan, peredaran darah, perkumuhan, penghadaman). Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein (lebih-lebih lagi protein yang berkualiti) sel yang sihat akan mudah terbentuk menggantikan sel yang lama dan mati.

PENTINGKAH PROTEIN?
Tubuh kita memerlukan protein untuk berfungsi! Protein adalah asas kepada semua sel hidup. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang lemah dan kurang sihat. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormon, enzim, antibodi and neurotransmitter (penghantar maklumat dalam otak).

Sebanyak 25% daripada tubuh badan manusia adalah berasaskan protein – kuku, rambut, kulit, otot-otot semuanya adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller (PhD, Baylor Universiti) dalam bukunya membuat perumpamaan manusia adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek protos bermaksud ‘the first’. Badan manusia terdiri daripada :
  • 66% air
  • 25% protein
  • 8% lemak
  • 1% kombinasi mineral dan vitamins 100%

TAHUKAH ANDA ?
Shaklee adalah syarikat pertama yang mencipta suplemen protein berasaskan kacang soya. Pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970-an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
ESP adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaik pulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik dalam setiap hidangan. Ia diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

WM RM150 / EM RM155
850 gram
Tahan sehingga 3 bulan

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY
Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):
  1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
  2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
  3. Liver (penyakit hati)
  4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
  5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
  6. Low blood sugar (kandungan gula dalam darah rendah)
  7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
  8. Peptic ulcer (Ulser perut / usus)
  9. Poor wound healing (Luka lambat sembuh)
  10. Poor blood circulation (Pengaliran darah tidak lancar)
  11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
  12. Irritability (Badan menggeletar)
  13. Fatigue (Letih lesu)
  14. Weakness (Lemah)
  15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
  16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
  17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

KELEBIHAN ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
  • Membantu membina dan perbaiki sel-sel badan, dari sel hingga terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • Menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung. Setiap hidangan membekalkan 50% daripada nilai harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.
  • Kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menopous.
  • Indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah.

APA YANG ANDA DAPAT DENGAN MENGAMALKAN ESP

Pelajar / pekerja / individu dewasa:
Sebagai energy booster  tenaga setiap pagi dan mengurangkan rasa lapar, bonus kepada yang ingin mengawal berat badan.

Lelaki:
Melindungi dari penyakit hati, jantung etc.

Ibu hamil:
Kehamilan yang lebih sihat - perkembangan fetus berjalan lancar, kurang rasa tak selesa di hujung kehamilan.

Wanita:
Keanjalan dan kesihatan kulit - protein sangat penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Bekas jerawat yang berwarna hitam terjadi disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati pada parut jerawat tersebut.

Sekian untuk perkongsian. Semoga artikel ini mendatangkan kebaikan.

notakaki:
Saya sendiri mengamalkan minum satu sudu ESP yang dibancuh bersama serbuk koko setiap pagi (dan malam sebelum tidur kalau rajin). Masalah keletihan yang saya alami memang terasa berkurang sejak saya minum ESP dan mengamalkan beberapa vitamin Shaklee yang lain. Paling seronok bila selepas sebulan, kakak saya puji kulit wajah makin berseri (saya memang ada masalah kulit berminyak dan tona tak sekata, almaklumlah malas jaga muka). Saya tak sedar, dan tak harap pun untuk cantikkan kulit, tapi itu bonus yang saya terima daripada amalan minum ESP setiap pagi. Saya suka :)



ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Contest: Pemenang Share&Win Alfalfa Complex.

Assalamualaikum.

Dalam entri ini sebulan yang lalu, kami telah anjurkan peraduan Share & Win Alfalfa Complex. Peraduan berlangsung selama 1 bulan sahaja iaitu daripada 15 Februari hingga 14 Mac 2014.

Alhamdulillah penyertaan menggalakkan walaupun kami baru pertama kali menganjurkan contest. Dan beberapa hari lepas, peraduan ini dah sampai ke tarikh tutup. Lagi sekali Alhamdulillah, kami dah dapat pemenangnya.

Tahniah kepada Puan Idah Bajrai kerana telah berjaya memiliki 1 botol Alfalfa Complex (S). Puan Idah memang peminat setia Alfalfa Complex, memang rezeki beliau menang 1 botol percuma. Hehe.

Tahniah Puan Idah :)
Bagi peserta yang lain, kami ada sediakan hadiah saguhati sebagai tanda penghargaan kerana menyertai contest kami. Pihak Noraihan Qusyairi akan hubungi anda dalam masa terdekat.

Tahniah semua :)


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Memilih Set Penyusuan Shaklee.

Assalamualaikum.

Gambar ihsan Google.
Ramai ibu-ibu yang bertanya tentang set breastfeeding ni. Mula-mula sekali saya nak ucapkan tahniah kepada ibu-ibu ini kerana memilih untuk menyusukan sendiri anak anda. Susu ibu adalah yang terbaik jika ibu mengambil makanan seimbang dan membekalkan susu yang berkualiti.

Ada segelintir ibu yang menyusukan, tetapi bayinya nampak pucat dan sangat kurus. Ada juga bayi-bayi yang disusukan secara eksklusif tetapi selalu kena jangkitan penyakit, demam dan selesema. Sebenarnya apa yang ibu makan akan mengalir dalam air susu terus kepada bayi yang disusukan. Masalah anak selalu sakit dan kurus ni mungkin disebabkan pemakanan si ibu tidak seimbang atau zat-zat makanan ibu tidak dapat diserap dengan betul lantas mempengaruhi kualiti susu ibu. Kuantitinya mungkin banyak, tapi kualitinya kurang.

Ada juga ibu-ibu yang mengalami masalah susu merudum. Mungkin waktu awal-awal bersalin, susu tak banyak. Ibu yang bekerja pula, lepas habis pantang dan mula bekerja semula mungkin mengalami simptom susu berkurang akibat stress atau kekangan masa untuk mengepam.

Tak lupa juga ibu-ibu yang mengalami masalah susu kurang berkualiti, cair atau anak cepat lapar.

Semua masalah ini (dan mungkin banyak lagi masalah berkaitan kuantiti dan kualiti susu ibu) boleh diikhtiarkan cara untuk mengatasinya. Untuk membantu ibu-ibu memilih set penyusuan yang sesuai saya kongsikan di sini beberapa gabungan vitamin mengikut keperluan ibu-ibu semua.

Semoga ibu-ibu tetap kuat semangat dan tak patah hati dalam perjalanan penyusuan anak-anak anda. InshaAllah bantuan Allah swt sentiasa ada bersama anda :)


1. SET 3M (BREASTFEEDING OPTIMUM)
  • 180 biji Vita-C: Makan 1biji/hari (tahan 6 bulan)
  • 120 biji B-Complex: Makan 1biji/hari (tahan 4 bulan)
  • 120 biji Vita-Lea: Makan 1biji/hari (tahan 4 bulan)
  • 330 biji Alfafa: Makan 2-10biji/hari (tahan 1 - 5 bulan)
  • 850 gram ESP: Ambil 3sudu/hari (tahan 1.5 - 2 bulan)
  • 120 biji OsteMatrix: Makan  4biji/hari (tahan 1 bulan)




2. BREASTFEEDING PLATINUM = SET 3M (BREASTFEEDING OPTIMUM) + Performance Drink
  • 180 biji Vita-C: Makan 1biji/hari (tahan 6 bulan)
  • 120 biji B-Complex: Makan 1biji/hari (tahan 4 bulan)
  • 120 biji Vita-Lea: Makan 1biji/hari (tahan 4 bulan)
  • 330 biji Alfafa: Makan 2-10biji/hari (tahan 1 - 5 bulan)
  • 850 gram ESP: Ambil 3sudu/hari (tahan 1.5 - 2 bulan)
  • 120 biji OsteMatrix: Makan  4biji/hari (tahan 1 bulan)
  • 539 gram Performance Drink: Ambil 3sudu/hari (tahan 1.5 - 2 bulan)

*Set Breastfeeding Optimum dan Breastfeeding Platinum ini digalakkan kepada :
  • ibu yang ada masalah penyusuan
  • ibu yang nak mula menyimpan stok
  • ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam
  • ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation. 
Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh ibu dapat berfungsi dengan baik sambil membekalkan susu yang mencukupi dan berkhasiat kepada bayi.


3. SET B (BREASTFEEDING BASIC)
Set B Untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ?  -Vitalea / Multivitamin dengan iron formula -Vitamin B kompleks -Vitamin C - Alfalfa.

Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus kepada imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai perangsang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.

Set Breastfeeding Basic mengandungi:
  • 180 biji Vita-C: Makan 1biji/hari (tahan 6 bulan)
  • 120 biji B-Complex: Makan 1biji/hari (tahan 4 bulan)
  • 120 biji Vita-Lea: Makan 1biji/hari (tahan 4 bulan)
  • 330 biji Alfafa: Makan 2-10biji/hari (tahan 1 - 5 bulan)




4. SET B (BREASTFEEDING BASIC) + OsteMatrix
Lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.

Siapa yang perlu set ini?
Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.

Set Breastfeeding Basic + OsteMatrix mengandungi:
  • 180 biji Vita-C: Makan 1biji/hari (tahan 6 bulan)
  • 120 biji B-Complex: Makan 1biji/hari (tahan 4 bulan)
  • 120 biji Vita-Lea: Makan 1biji/hari (tahan 4 bulan)
  • 330 biji Alfafa: Makan 2-10biji/hari (tahan 1 - 5 bulan)
  • 120 biji OsteMatrix: Makan  4biji/hari (tahan 1 bulan)

5. SET B (BREASTFEEDING BASIC) + ESP
Set B + Energizing Soy Protein (ESP) sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

Set Breastfeeding Basic + ESP mengandungi:
  • 180 biji Vita-C: Makan 1biji/hari (tahan 6 bulan)
  • 120 biji B-Complex: Makan 1biji/hari (tahan 4 bulan)
  • 120 biji Vita-Lea: Makan 1biji/hari (tahan 4 bulan)
  • 330 biji Alfafa: Makan 2-10biji/hari (tahan 1 - 5 bulan)
  • 850 gram ESP: Ambil 3sudu/hari (tahan 1.5 - 2 bulan)

6. SET EU-FOUR-PACK
Set ini diberi nama sebagai "Eu-Four Pack" kerana ia mengandungi 4 vitamin yang penting untuk tubuh. Apa yang menarik dengan Eu-Four Pack ini? Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk-sejuk badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur.

Set Eu-Four-Pack mengandungi:
  • 180 biji Vita-C: Makan 1biji/hari (tahan 6 bulan)
  • 120 biji B-Complex: Makan 1biji/hari (tahan 4 bulan)
  • 120 biji Vita-Lea: Makan 1biji/hari (tahan 4 bulan)
  • 120 biji OsteMatrix: Makan  4biji/hari (tahan 1 bulan)
Jangan malu jangan segan hubungi saya untuk konsultasi percuma. Ya. Percuma. Dan tiada paksa-memaksa :)


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...