"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Ibubapa: Berapa Banyak Serat Yang Diperlukan Oleh Kanak-Kanak dalam Pemakanan

Assalamualaikum.

Berikut artikel yang saya ambil dari blog Dr. Zubaidi Hj Ahmad. Semoga bermanfaat.


BERAPA BANYAK SERAT YANG DIPERLUKAN OLEH KANAK-KANAK DALAM PEMAKANAN MEREKA?

"Doktor , saya berada di UK dan agak sibuk sebagai pelajar PhD. Adakalanya saya tidak sempat memasak untuk anak saya dan membeli makanan bayi yang telah siap diproses dalam tin, kerana ada kalanya anak saya yang berusia 3 tahun ini agak sukar untukdilayan selerenya. Selalunya saya memesan kepada pengasuh anak saya (pelajar yang sedang bercuti) untuk memberikan makanan itu kepada anak saya. Bagaimana saya memastikan anak saya mendapat cukup serat dalam makanan bagi mengelakkan dia mendapat sembelit?. Mohon pencerahan”


Wa alaikum mus salam.

Ramai kanak-kanak yang tidak makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, malah mempunyai lemak yang agak tinggi dalam pemakanan mereka.

Ini boleh membawa kepada masalah sembelit.

Menurut Akademi Pediatrik Amerika, di dalam Panduan mereka untuk “Pemakanan Anak Anda”, mencadangkan "pengambilan harian serat untuk seseorang kanak-kanak harus sama dengan umurnya dan ditambah dengan 5 gram ( sebagai contoh, bagi yang berusia 7 tahun, memerlukan 7 + 5 = 12 gram dalam sehari) sehingga maksimum 35 gram sehari. "

Walau bagaimana pun pakar pemakanan yang berpendapat, jumlah itu tidak mencukupi.

Mereka berpendapat bahawa kanak-kanak perlu mengambil kira-kira 14g serat bagi setiap 1,000 kalori yang mereka makan.

Jadi untuk seorang kanak-kanak yang lebih besar yang makan lebih banyak kalori, ia perlu mendapatkan lebih banyak serat dalam diet mereka.

Secara umum, sumber serat yang baik termasuk banyak buah-buahan, sayur-sayuran, kacang-kacangan, dan bijirin.

Untuk mencari makanan yang mempunyai serat yang tinggi, puan boleh membaca label pemakanan pada pembalut makanan untuk melihat berapa banyak serat di dalamnya.

Secara amnya, jika puan membeli makanan yang sedia diproses di pasaraya, makanan yang mempunyai serat yang tinggi mempunyai sekurang-kurangnya 5g atau lebih dalam setiap hidangan, atau sekurang-kurangnya 2.5 g dalam setiap hidangan.

Wallahu a’lam.

http://drzubaidi.com/blog


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...