"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Ibubapa: Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum.

Post ni saya copy daripada satu blog. Suka baca post ni. Sebab tu nak kongsi kat sini. Alhamdulillah, sehingga hari ini saya masih menyusukan Kautsar dengan susu ibu sepenuhnya. Dah 8 bulan dah usia Kautsar. Walaupun bekerja tak menentu masa, walaupun seringkali perli travel ke sana ke mari, walaupun sendirian tak pernah ke kelas dan tiada mentor yang membimbing saya, tapi semangat dan izin Allah swt ada. Misi menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya takkan pernah berhenti. Jemput baca dan kongsi.


Penyusuan susu ibu.

Tengah mengandung, sudah bersalin tapi mindset dan mulut cakap:

"tak payah beli botol/pam.. nanti takde susu, rugi"
"taknak target 2tahun.. nanti kecewa"
"tak tau lagi boleh pam ke tak"
"nanti anak fussy kalau minum susu ibu"
"ko bolehlah susu banyak"
"susah nanti anak taknak kat orang"
"keturunan vwxyz aku semua susu tak banyak mana pun"
"takde tempat/kawan nak ngepam"

ini adalah amat-amat mengecewakan.
amat-amat menyedihkan.
amat-amat kasihan.

Perlu buat sesuatu..

Bagaimana nak berjaya?
1. Ingat firman Allah dan sunnah Rasulullah
2. Cari ilmu sebelum, semasa dan selepas bayi dilahirkan.
3. Bacalah!
4. Cari pakar/kaunselor laktasi/sahabat/rakan yang telah berjaya.

Didoakan anda diberi petunjuk, diberi hidayah
dan jumpa orang yang tepat untuk dibuat sahabat.

Cari sahabat yang sentiasa ingatkan kita:

"Rezeki Allah bagi, bersangka baik dengan Allah, Allah bantu kita"
"niat kita nak susukan 2tahun ikut perintah Allah dan sunnah nabi"
"Nak 1000 daya, taknak 1000 dalih, usaha dulu"
"punya banyak nikmat dan rezeki Allah bagi, mustahil tiada untuk anak"
"stok tak berkepuk dalam peti pun boleh berjaya"
seumpamanya..

Bukan sahabat yang sekadar menyedapkan hati kita untuk sekadar saja, tidak terus berusaha, dan mengalah, dan berserah, dan pasrah, dan dan din dun don den den...................

_______________________________________________________________________

1. Ingat firman Allah dan sunnah Rasulullah

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan." (Al-Baqarah: 233)

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Luqman: 14)

2. Cari ilmu sebelum, semasa dan selepas bayi dilahirkan.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan." (al-Kahfi: 109)

Allah berfirman lagi yang sebanding dengannya (mafhumnya): "Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Luqman: 27)

Ini semua menggambarkan betapa hebatnya, luasnya ilmu Allah. Sekaligus ia menggambarkan kehebatan penciptaan-Nya. Allah mahu kita memanfaatkan kejadiannya dengan melihat, merenung, meneliti dan mengkaji untuk menyakini penciptaan alam dan segala milik-Nya.

3. Bacalah!

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)" (Al-'Alaq: 1)

4. Cari pakar/kaunselor laktasi/sahabat/rakan yang telah berjaya.

Rasulullah saw bersabda,"Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dengan teman yang buruk,seperti penjual minyak wangi dan tukang besi, adapun penjual minyak wangi, maka kemungkinan dia memberimu hadiah atau engkau membeli darinya atau mendapatkan harumannya, adapun tukang besi, maka boleh jadi ia bisa membakar pakaianmu,atau engkau menemukan bau yang hanyir (busuk)" (HR Bukhari no 2101)

[Sumber]


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...