"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Promosi ESP: Cerita Noraihan Qusyairi tentang ESP.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sangat-sangat, bulan ni promosi ESP. Ramai customer peminat ESP, memang order borong memanjang masuk. Tak menang tangan. Alhamdulillah.

ESP ni suplemen kegemaran kami suami isteri. Saya bermula dengan Set Kehamilan Shaklee, masa tu pertama kali minum ESP. Alhamdulillah masalah keletihan melampau waktu trimester pertama hamil selesai serta merta. Terus boleh bekerja seperti biasa. Suami pun letih waktu tu melayan saya hamil. Tapi sejak minum ESP, suami yang mula-mula perasan beliau tak letih badan lagi. Malah boleh bekerja tanpa henti hingga ke petang, tak rehat pun tak apa.

Saya amalkan ESP sejak Kautsar baru beberapa minggu dalam kandungan, hingga sekarang Kautsar dah hampir menjejak usia 8 bulan. Tak pernah tinggal. Suplemen lain ada yang saya hentikan, ada yang saya cuba-cuba untuk ketahui kesannya. Tapi ESP tak pernah tinggal. Memang suplemen kegemaran saya. Manakan tidak, macam-macam kebaikan yang saya alami sejak saya amalkan ESP.

Reunion dengan kawan-kawan suami di Langkawi ketika hamil 4 bulan. Sangat lasak naik bot laju, panjat tangga kereta cable, shopping angkat beg berat-berat tapi tak ada masalah langsung.
Yang pertama dan paling saya suka, badan rasa sangat bertenaga. Bukan ala-ala sugar rush, lepas minum terus terlebih tenaga. Tapi lepas minum rasa badan selesa, sampai berjam-jam pun masih boleh buat kerja. Bila saya kaji, rupanya ESP ni ada kesan yang dipanggil glycemic response. Glycemic response ni merujuk kepada kesan sesuatu makanan terhadap gula dalam darah. Kajian klinikal dibuat terhadap ESP, bila minum ESP takkan menyebabkan aras gula dalam darah kita melonjak naik dalam masa singkat, lepas tu menjunam turun seperti kebanyakan makanan lain. Bila minum ESP, tenaga dilepaskan perlahan-lahan dalam tempoh masa yang panjang, sebab tu rasa bertenaga sepanjang hari.

Babymoonsary ke Bandung, Indonesia ketika hamil 6 setengah bulan. Panjat kawah Tangkuban Parahu, keluar masuk setiap kedai di Jalan Riau dan Dago, naik turun 5 tingkat Pasar Baru sambil galas beg hasil tangkapan. Tetap bertenaga dan ceria.
Yang kedua sebab saya suka sangat minum ESP sebab kulit muka jadi sangat-sangat marvelous. Hihi. Kan saya alami masalah kulit kering lepas bersalin. Rawatan pertama yang saya amalkan, minum ESP hari-hari tiga kali sehari. Alhamdulillah memang terkawal masalah kulit kering tu. Selain tu, luka bersalin cepat sembuh, tak ada parut pun. Hasil tekun mengamalkan ESP sepanjang kehamilan juga, saya langsung tak ada stretchmark. Sangat terkejut sebab arwah mak dan kakak-kakak saya semuanya mengalami stretchmark yang teruk sangat. Saya pula, hingga minggu ke 39 hamil masih kulit seperti biasa. Lepas bersalin hingga ke hari ini, perut saya tiada langsung tanda hitam bekas kehamilan, malah nampak seperti tak pernah mengandung langsung.

Kautsar umur 4 bulan, masalah kulit kering lepas bersalin totally terkawal. Tinggal kesan sikit-sikit je.
Sebab ketiga saya suka ESP, sebab dengan rezeki Allah swt, hasil mengamalkan ESP hingga hari ini saya mampu menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya. Walaupun bekerja dalam bidang profesional, malah tekanan kerja juga boleh tahan hebat, tapi susu saya Alhamdulillah tak pernah kering. Waktu menstruasi pun susu tak kurang. Jadual kerja saya agak kelam-kabut dan berubah-ubah, jadi susah nak ikut jadual mengepam yang rutin. Tapi Alhamdulillah sangat-sangat, susu sentiasa ada bila saya pam, cukup untuk kenyangkan perut Kautsar. Anak saya minum susu banyak, tapi masih sentiasa cukup supply susu saya setiap hari. Alhamdulillah semoga berterusan hingga Kautsar sendiri nak berhenti menyusu badan.

Sebab keempat kenapa saya suka ESP, sebab ESP RENDAH KALORI! Sesuai sangat sebagai sarapan pagi saya yang sangat berselera makan sejak menyusukan Kautsar. Setiap pagi memang sarapan ESP, rasa kenyang lebih lama. Setakat hari ini masih mampu kawal berat badan walaupun ramai tak percaya hebatnya selera makan saya sekarang. Hahaha. Bayangkan kalau tak minum ESP, berapa berat saya sekarang? Walaupun saya tak amalkan Set Kurus, tapi saya masih berjaya kawal berat badan dan selera makan cuma dengan mengamalkan ESP setiap hari.

5 - 6 bulan lepas bersalin, balik ke berat badan asal sebelum hamil.
Sebab kelima kenapa saya suka ESP, sebab rasanya SEDAAAAPPPPPP! Setiap pagi kami bancuh ESP dalam 1 shaker, kongsi dengan suami. Boleh je nak bancuh 2 shaker, tapi biasalah kami suami isteri, suka feeling romantik-romantik makan bersuap minum kongsi cawan. Lalala. Abaikan. Kami paling suka bancuh ESP dengan milo, atau susu segar. Kadang-kadang berubah rasa bancuh dengan minuman yogurt atau jus buah. Bila minuman sesedap ESP bancuh dalam 1 shaker kongsi berdua, berebut masing-masing nak minum dulu, sebab bolehlah terlajak minum banyak sikit. Orang kedua dapat sikit jela. Itu pun boleh buat modal untuk gaduh-gaduh manja pagi-pagi langsung mengeratkan hubungan suami isteri. Kakaka. Entah apa-apalah kami ni.

Resepi kegemaran kami. Sihat, bertenaga, marvelous!
Banyak lagi sebab kenapa En Qusyairi dan Pn Noraihan suka minum ESP. Malah kesukaan kami ni dah merebak ke keluarga dan kawan-kawan, mereka turut sama-sama amalkan ESP. Lepas sekali cuba, memang mereka terus jadi pengguna tegar, malah ada yang ambil kesempatan borong banyak-banyak untuk dapatkan keahlian percuma, seterusnya ambil peluang jana pendapatan bulanan dengan Shaklee. Semuanya bermula dengan ESP.

Alhamdulillah kebaikan yang kami rasa berjaya dikongsi dengan orang lain. Nak sangat kongsi dengan lebih ramai orang. Setakat hari ini, tak pernah lagi ada customer kami yang bagi feedback negatif tentang ESP. Semuanya nak repeat order setiap bulan. Syukur sangat.

Next entry saya akan ceritakan macam mana nak berjimat dengan pembelian ESP sepanjang bulan Mac 2014. Dan bagaimana nak rebut peluang jana pendapatan dengan Shaklee sempena promosi ESP bulan ini. Sehingga bertemu lagi, inshaAllah.


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...