"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tips: Petua & Cara Tingkatkan Metabolisme Badan

Assalamualaikum.

Meningkatkan kadar metabolisme badan juga merupakan salah satu cara yang dapat dilakukan bagi mereka yang mahu kurus. Apa itu metabolisme ? Menurut Kevin Zahari, metabolisme ini ialah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Jadi, pada asasnya, mereka yang rendah kadar metabolismenya akan kurang membakar kalori dalam badan mereka. Manakala bagi mereka yang tinggi kadar metabolismenya, badan mereka akan membakar lebih banyak kalori. Pembakaran kalori yang banyak akan membantu menguruskan badan.

Menurut Dr. Oz pula, metabolisme ialah proses badan menguraikan makanan untuk menghasilkan tenaga. Semasa kita muda, otot badan akan menyimpan tenaga dan mengelakkan kenaikan berat badan. Namun, dengan meningkatnya usia kita. Kita akan kehilangan otot-otot ini dan tenaga ini akan disimpan sebagai lemak dalam badan. Pada usia 40 tahun, kadar metabolisme badan kita akan merosot sekitar 5 % setiap dekad dan menyebabkan proses menurunkan berat badan semakin sukar.

Cara-cara untuk Meningkatkan Kadar Metabolisme Badan:
Sebelum melakukan aktiviti ini, kita perlu tahu kadar metabolisme badan kita berdasarkan umur, berat badan, dan tinggi kita. Data ini berguna untuk kita gunakan semasa proses meningkatkan kadar metabolisme badan dan menurunkan berat badan. Kadar metabolisme ini boleh dikira menggunakan Metabolism Calculator.


1. Jangan Biarkan Diri Kelaparan.
Diet yang agresif yang mengurangkan sebahagian besar kalori dalam diet kita sebenarnya merupakan cara yang salah. Diet seperti ini akan mengejutkan badan dan menyebabkan kelaparan. Diet seperti ini juga menyebabkan kadar metabolisme badan semakin rendah. Cara yang terbaik ialah dengan mengurangkan 100 kalori setiap hari daripada diet biasa kita.


2. Tambahkan Protein dalam Diet Makanan
Protein dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme badan. Ini kerana, badan kita membakar kalori dua kali ganda semasa menghadamkan protein berbanding karbohidrat. Ikan merupakan salah satu sumber protein yang baik. Ikan seperti ikan Salmon contohnya mempunyai asid lemak Omega-3 yang meningkatkan jumlah enzim pembakar lemak dalam badan.


3. Makan setiap 3 Jam
Semakin kerap kita makan, semakin tinggi kadar metabolisme badan. Ini fakta yang agak menarik mengenai metabolisme. Jadi dalam sehari kita perlu makan 3 kali sehari (makan berat) dan 2 kali snek sihat.

Cadangan jadual makan harian
Kajian mendapati, mereka yang mengambil snek (250 kalori) tiga kali sehari makan lebih sedikit ketika makan utama dan mempunyai kadar metabolisme yang tinggi.


4. Minum Kopi, Teh Hijau atau Air Kosong
Kopi dan Teh Hijau ini mengandungi kafein. Kafein ialah bahan semualajadi yang meningkatkan kadar metabolisme badan. Minum kopi dan teh yang berais meningkatkan lagi kadar metabolisme ini. Hal ini kerana minuman berais akan menyebabkan badan berusaha untuk memanaskan badan yang akan membakar lebih banyak tenaga.


5. Makan makanan pedas
Cili mempunyai bahan kimia yang dipanggil capsinoids. Kajian mendapati capsinoid ini meningkatkan penggunaan tenaga iaitu 50 kalori sehari.


6. Tidur Cukup
Kajian mendapati, tidur yang kurang menyebabkan kadar metabolisme badan menurun, meningkatkan selera makan dan meningkatkan risiko obesiti dan kenaikan berat badan. Cuba dapatkan tidur yang cukup sekitar 7 hingga 8 jam sehari.


7. Senaman
Senaman ialah cara terbaik dan paling efektif untuk meningkatkan kadar metabolisme badan.

Sumber & Sumber


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...