"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Resipi: Daging Masak Black Pepper.

Assalamualaikum.

Hari ni rasa nak share resepi. Resepi ni senang sangat, saya tengok kakak ipar masak sekali dulu-dulu terus ingat sampai sekarang. Sebab saya ni tak mahir bab masak-memasak (jarang tolong mak kat dapur dulu), maka bila ada resepi mudah-mudah macam ni memang suka nak cuba. Jom tengok bahan-bahannya:

Gambar ihsan Google. Selalu masak tak sempat ambil gambar, En Qusyairi dah tak sabar nak makan <3
Daging Masak Black Pepper
Hidangan untuk 2 orang  
Bahan kisar:
1 biji bawang besar / bawang Holland
1 ulas bawang putih
1 inci halia  
Bahan perap:
1 batang serai
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar lada hitam kasar  
Bahan lain:
200 gram daging
1/2 biji lada benggala dihiris
1/2 biji bawang besar / bawang Holland dihiris
Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan 
Cara-cara:
  1. Kisarkan semua bahan kisar.
  2. Perap daging bersama bahan kisar dan bahan perap selama 30 minit.
  3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan daging yang telah diperap dan tumis seketika. Masukkan air sehingga menutupi daging. Tutup kuali dan biarkan sehingga daging empuk dan masak.
  4. Masukkan bawang besar dihiris dan lada benggala. Kacau sekejap dan tutupkan api. Hidangkan ke dalam pinggan. Tabur daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan.

Senang sangat kan? Kalau saya yang masak, halia dan serai pun kadang-kadang saya tak masukkan. Yang penting gunakan daging segar, rasanya tak hanyir dan lebih lembut. Resepi ni tak perlukan garam sebab dah pakai sos tiram dan kicap pekat. En Qusyairi suka sangat masakan ni. Malah beliau sendiri dah pandai memasaknya.

Selamat mencuba. InshaAllah lain kali saya akan share resepi ringkas lain :)


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...