"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tips: Petua Memilih Stroller.

Assalamualaikum.

Bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan anak sulung, mesti pening nak pilih stroller bayi kan. Saya dulu pun begitu. Sejak awal disahkan hamil, saya memang beria survey semua jenis keperluan bayi sebab nak rancang perbelanjaan dan untuk pastikan saya betul-betul beli apa yang saya perlukan. Bila kita merancang awal, banyak perkara yang kita boleh pertimbangkan dan sikit saja yang terlepas pandang.

Ketika disahkan saya hamilkan Kautsar, saya ambil masa beberapa bulan untuk survey stroller. Stroller sahaja tau. Sebab waktu itu jadual kerja dan hidup kami sering bertukar-tukar, jadi saya perlukan stroller yang paling versatile dan mudah dibawa. Alhamdulillah saya dah bertemu dengan stroller yang sangat selesa dan sesuai dengan gaya hidup kami. Lebih bersyukur lagi sebab cuma perlu beli sekali saja, tak membazir dan belian juga dilakukan di kedai, bukan secara online. Ini sangat penting sebab saya perlu lihat dan cuba sendiri baru saya puas hati.

Memilih stroller bayi ada macam-macam kriteria yang perlu diambil kira. Berikut antara beberapa perkara penting yang saya suka nak kongsikan bersama ibu-ibu dan bakal ibu semua.



1. Budget
Bergantung kepada budget ibubapa, stroller bayi boleh dibeli dari harga serendah RM100 lebih hingga beribu-ribu ringgit. Sesuai dengan harga, biasanya stroller mahal lebih kualiti tinggi dan miliki ciri-ciri yang lebih memudahkan ibubapa. Tapi kebanyakannya bertambah mahal disebabkan jenama. Terpulang kepada budi bicara ibubapa sama ada untuk melabur beli yang mahal atau berjimat dengan beli yang murah. Dua-dua pun ada kelebihan dan kekurangannya.

2. Ciri-ciri Keselamatan
Penting untuk ibubapa pastikan ciri-ciri keselamatan pada stroller bayi anda lengkap. Antara yang paling asas ialah memiliki safety harness supaya bayi tak terjatuh daripada stroller. Selain itu, lihat kemungkinan jari/tangan/kaki bayi anda boleh tersepit di celah-celah bukaan stroller. Pilih juga stroller yang mempunyai brek tayar yang kuat, serta mampu menampung berat bayi. Pastikan stroller bayi tiada bucu yang tajam yang boleh merbahayakan bayi.

3. Saiz & Berat
Bergantung kepada keperluan ibubapa, ada stroller bayi yang seringan 4.5kg, ada yang seberat 12kg. Jika ibubapa sering travel, seeloknya pilih stroller yang ringan supaya mudah dibawa ke mana-mana. Saiz stroller ketika dilipat juga perlu diambil kira. Ada stroller yang boleh dilipat kecil, ada yang boleh dilipat payung, ada yang perlu ditanggalkan kepada beberapa bahagian untuk dilipat.

4. Handle Boleh Laras
Sangat penting jika anda mencari stroller yang boleh dipakai lama semenjak bayi lahir hingga beberapa tahun. Pada 6 bulan pertama usia bayi, bayi lebih cenderung untuk melihat wajah ibubapa. Selepas 6bulan, bayi lebih gemar melihat sekeliling. Terdapat pilihan stroller yang boleh dilaras handle supaya bayi menghadap depan atau menghadap ibubapa. Selain itu, bagi pasangan yang berbeza ketinggian, ada pilihan stroller yang boleh dilaraskan panjang handle untuk ketinggian berbeza.

5. Recline
Jika stroller digunakan untuk bayi baru lahir, pilih stroller yang boleh dibaringkan sehingga mendatar. Ini untuk menjaga kesihatan leher dan tulang belakang bayi. Setelah bayi mampu mengangkat kepalanya sendiri barulah diletakkan dalam kedudukan duduk. Pastikan stroller yang dibeli mempunyai kebolehan untuk recline sesuai dengan usia bayi anda.

6. Mudah Diuruskan
Feature ni yang selalu membezakan stroller mahal dengan stroller murah. Bila dah beli, baru ibubapa sedar tentang pentingnya stroller yang mudah diuruskan. Salah satunya, maneuver sebelah tangan. Penting sangat beli stroller yang boleh maneuver sebelah tangan sebab kadang-kadang anak taknak duduk dalam stroller, ibu kena dukung sambil tolak stroller kosong. Lagi, boleh lipat sebelah tangan. Yang ni pun penting terutama kalau ibu atau bapa sendirian dengan bayi. Macam-macam lagi contohnya stroller boleh galas, semuanya boleh memudahkan ibubapa ketika bersama bayi.


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...