"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

10 Tanda Awal Kesihatan Hati (Bahagian 1).

Assalamualaikum

Mengenalpasti tanda-tanda awal masalah hati adalah perkara penting dalam menjalani gaya hidup sihat. Jika hati tidak berfungsi sepenuhnya, kesihatan anda akan dipertaruhkan. Yang baiknya ialah hati mampu memulihkan sendiri. Jadi sekiranya apa-apa masalah berkaitan hati dapat dikenalpasti pada peringkat awal dan tak dibiarkan tanpa rawatan hingga berlarutan makin teruk, hati anda berpeluang untuk pulih sepenuhnya daripada apapun masalah. Jadi kita perlu sentiasa peka terhadap kesihatan hati.


Berikut adalah 10 tanda-tanda awal masalah kesihatan hati:

1. Kulit Berubah Warna (Jaundice)
Salah satu tanda awal salah hati adalah berkait dengan fakta bahawa hati tak dapat menyaring semua toksin yang kita hadam. Hal ini boleh menyebabkan bacaan bilirubin yang meningkat. Bilirubin adalah bahan yang dihasilkan oleh hati untuk membantu penghadaman. Tubuh tidak dapat menyingkirkan bilirubin yang berkumpul di salur darah dan menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Kekuningan ini boleh memberi kesan pada kuku, hujung jari dan mata juga. Keadaan ini dikenali sebagai jaundice.

2. Kulit Sensitif
Lagi satu tanda awal masalah hati, dan turut berkait dengan kulit,ialah bila kulit menjadi gatal atau terlalu sensitif terhadap sentuhan. Sentiasa melembapkan kulit dapat membantu kurangkan masalah ini, tapi keadaan akan berterusan semakin teruk sehinggalah masalah berkaitan hati dikenalpasti dan dirawat.

3. Perubahan Warna Najis
Jika anda perasan perubahan warna pada najis, ini mungkin menandakan anda mengalami masalah kesihatan hati. Sekiranya anda minum air secukupnya, air kencing anda sepatutnya berwarna kuningpucat dan selalunya jernih. Jika air kencing bertukar kepada warna gelap secara konsisten (disebabkan oleh lebihan bilirubin dalam salur darah), ini menunjukkan anda mengalami masalah hati. Najis juga boleh berubah warna kepada warna pucat, berdarah atau berwarna hitam.

4. Perubahan Pada Abdomen
Perubahan pada kawasan abdomen juga adalah salah satu tanda masalah hati. Anda mungkin mengalami rasa sakit atau kejang di bahagian bawah abdomen. Rasa sakit ini tak lama akan berubah kepada rasa kembung angin. Jika dibiarkan ia boleh menyebabkan sejenis keadaan dipanggil Ascitis, iaitu pengumpulan bendalir di dinding abdomen. Keadaan ini boleh menyebabkan tekanan kepada paru-paru,seterusnya kesukaran bernafas.

5. Kelesuan
Jika anda mengalami rasa lemah, letih atau kelesuan kronik, inimungkin bermaksud anda mengalami masalah hati. Apa yang berlaku ialah badan anda terpaksa bekerja keras untuk terus hidup.Hasilnya badan menghantar signal kepada otak bahawa ia perlukan rehat. Jika anda turut alami kelesuan ini dengan simptom masalah hati yang lain, anda perlu segera berjumpa pegawai perubatan.


Gambaran hati yang sihat.
Lagi 5 tanda masalah kesihatan hati akan saya kongsikan dalam entri akan datang. Selamat membaca :)


[Sumber]

Cadangan Suplemen Shaklee untuk Masalah Hati


DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:

  • Biji ‘milk thistle’
    • Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi
    • Merupakan bahan utama dalam DTX
    • Mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida
  • Biji schizandra chinensis
    • Menghalang Toksin berada dalam badan
    • Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru
    • Mengandungi Antioksida
  • Cendawan Reishi
    • digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida
  • Dandelion
    • Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi
    • Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu
  • Kunyit
    • Mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu



  • Ekstrak artichoke
    • Mengandungi ‘Cynarin’yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus  membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...