"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Ibubapa: Babywearing!

Assalamualaikum.

Babywearing, apa tu? Pakai baby macam pakai baju? Baju baby? Hihi. Babywearing tu maksudnya cara yang paktikal untuk dukung/gendong anak. Praktikal, maksudnya ibubapa boleh dukung anak sambil buat kerja, shopping dan sebagainya.

Ada banyak jenis babywearing. Ada baby wrap, ring sling, mei tai, pouch, dan soft-structured carrier. Selama ini kami gunakan soft-structured carrier (ssc). Alhamdulillah hujung minggu lepas kami berkesempatan hadir ke babywearers meet up, dan terus terang kami jatuh cinta dengan baby-wrap :D

Jom layankan gambar-gambar sekitar sesi cuba mencuba sambil membelit tubuh dengan woven wrap yang sangat cantik ni.

Mula-mula sekali, terbelit-beli cik kak. Kautsar pun tumpang pening.

Tudia semangat.

Dah dapat feel, senang je pakai wrap ni. 

Taraaa! Siap! Cantik, selesa dan terasa sangat bonding dengan Kautsar (abaikan muka Kautsar).

Kalau tak silap yang ni namanya double hammock carry. Encik Abah pakai, selesa.

Ruck sack carry, sangat-sangat-sangat best. Weight distribution yang sangat ergonomik untuk ibu dan anak. Nampak tak betapa selesa Kautsar dalam tu.

Sebelum ni kami pakai ssc. Memang mudah; sauk anak, klip sini, klip sana, siap. Tapi untuk bayi bawah 6 bulan, agak tak berapa best sebab bayi agak tenggelam dalam carrier. Selain tu, adjustment terhad jadi ibubapa kadang-kadang kurang selesa.

Dalam meet up hujung minggu lepas, saya dapat highlightkan beberapa perkara utama yang ibubapa perlu prihatin sebelum beli apa-apa jenis carrier sekalipun:

  • SSC paling mudah, tapi wrap paling selesa.
  • Wrap ada pelbagai saiz. Kebanyakan ibu muat saiz 5 (4.3 meter). Kalau abah pun akan gunakan wrap, lebih selamat beli saiz 6 (4.7 meter), lebih lagi kalau abahnya comel macam abah Kautsar.
  • Setelah tengok semua jenis carrier, kami undi wrap. Susah masa mula-mula belajar, lama-lama nanti boleh pakai sendiri tak perlu bantuan.
  • Jangan buat sendiri baby wrap! Wrap berjenama bukan mahal semata-mata sebab jenama, tapi kualitinya tinggi. Wrap diperbuat daripada kain tenun tangan, sebab itu mahal.
  • Pilih material yang selesa dan ada pengudaraan. Kain cotton sangat dicadangkan.
  • Tak perlu beli carrier baru, harganya lebih mahal. Pre-loved carrier berbaloi, harganya lebih murah dan kualiti tak jauh beza.
  • Kalau nak beli ssc, saya cadangkan Manduca. Lebih baby dan mommy friendly. Dan lebih selesa untuk bayi kecil hingga kanak-kanak.

Zaman kebotakan Kautsar. Hihi. Bawa Kautsar ambil angin petang dalam ssc.

Abah: babywearing since always <3

ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...