"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tips: Pilih Set Kuruskan Badan.

Assalamualaikum.

Dah dekat nak raya ramai yang tanya set kuruskan badan. Memang set kuruskan badan Shaklee sangat laku, ada saja yang order. Mungkin sebab dah makin ramai yang berkesedaran untuk dapatkan bentuk badan idaman dengan cara yang halal, selamat dan sudah tentu, berkesan.

Perkenalkan:


Selalu bila orang tanya set kuruskan badan, saya memang teruja. Teruja sebab customer ada banyak pilihan, bergantung kepada hasil yang dikehendaki dan budget.

Nak kuruskan badan ada 4 langkah: detoks, bakar lemak, bina otot dan tingkatkan metabolisme.

Detoks: Herblax vs Alfalfa Complex
Herblax dan Alfalfa Complex dua-dua boleh jalankan fungsi detoks. Jadi nak pilih yang mana satu? Cadangan saya, kalau anda serius nak kurangkan berat dengan cepat, pilih Herblax. Dalam herblax sendiri mengandungi alfalfa. Ia tergolong dalam kategori julap yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus. Selain kesan yang lebih cepat, sebotol Herblax tahan 4 kali lebih lama berbanding sebotol Alfalfa. Apapun bergantung kepada keperluan anda. Jika anda ibu yang menyusukan anak, saya cadangkan ambil Alfalfa Complex kerana bukan saja dapat detox, malah boleh bantu menambah susu badan.

Bakar Lemak: Lecithin vs OmegaGuard
Memang OmegaGuard harganya lebih mahal berbanding Lecithin, tapi haruskan kesannya juga lebih hebat. Nak cepat bakar lemak, pilih OmegaGuard. Bukan saja dapat menyingkirkan lemak-lemak tepu dalam badan, OmegaGuard mampu membantu merendahkan paras kolestrol dalam darah. Sangat sesuai untuk pesakit darah tinggi. Tapi Lecithin pun tak kurang hebatnya. Pengambilan Lecithin secara rutin setiap kali waktu makan mampu menyingkirkan lemak daripada makanan sebelum sempat dihadam. Lemak-lemak dan minyak yang diemulsikan oleh Lecithin tak akan diserap oleh badan.

Tingkatkan Metabolisme: Cinch Energy Teamix
Cinch Energy Teamix, sesuai dengan namanya, akan memberikan rasa bertenaga kepada anda. Tenaga ini adalah hasil penukaran makanan kepada tenaga, atau dikenali sebagai proses metabolisme. Pernah terfikir kenapa ada orang yang makan banyak tapi tak naik berat badannya? Jawapannya kerana kadar metabolisme orang itu yang tinggi, maka makanan cepat ditukar kepada tenaga. Hasilnya dia tak naik berat dan sentiasa bertenaga untuk melakukan kerja.

Bina Otot: Cinch Shake Mix vs ESP
Dalam kebanyakan masa saya akan cadangkan ESP kepada pengguna saya. Bukan saja ESP lebih tinggi nilai, tapi ESP juga lebih jimat dan sangat berkesan untuk dapat kulit cantik dan tenaga berpanjangan. Tapi khusus untuk anda yang nak kuruskan badan, cubalah serbuk protein Cinch Shake Mix. Dengan tiga perisa yang sangat enak untuk dipilih - Vanilla, Cafe Latte dan Chocolate - Cinch Shake Mix sangat sesuai sebagai meal substitute atau untuk kudap-kudapan waktu petang. Sangat mengenyangkan hingga anda pilih untuk tidak makan! Seperti anda minum di cafe, tapi tanpa rasa bersalah! Kalorinya yang rendah tidak akan menyebabkan berat badan bertambah. Cinch Shake Mix, berbeza dengan ESP, mengandungi leucine iaitu sejenis bahan yang membantu proses bakar lemak.

Pilih suplemen yang anda perlukan. Dapatkan khidmat nasihat percuma daripada saya berkaitan produk-produk ini. Oh, anda dah pernah cuba tapi tak dapat hasil yang dikehendaki? Makan suplemen ada caranya. Belian daripada saya layak dapat panduan cara makan yang betul yang akan beri hasil terbaik. Untuk pelanggan saya saja :)


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...