"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Zinc Complex Shaklee Kini Gluten-Free.

Assalamualaikum.

Ramai yang sibukkan gluten-free diet sekarang ni, sampaikan produk yang memang tak mengandungi gluten yang selama ini dah lama di pasaran pun, terpaksa lancarkan kempen baru bebas gluten. Sedangkan selama ini memang tak ada gluten pun. Ha, masalahnya ramai yang ikut trend tapi tak faham apa itu gluten. Ramai ingat gluten-free diet ni sangat-sangat sihat dan boleh bantu kuruskan badan. Itu salah faham ye.

Dah macam cerita seram pulak takutkan gluten ni
Gluten adalah protein komposit yang boleh ditemui dalam makanan yang diproses daripada gandum, dan spesies bijirin yang lain seperti barli. Gluten ni yang menyebabkan doh roti jadi kenyal, roti naik bila dibakar, kekalkan bentuk roti dan bila dimakan rasa liat-liat sedap. Gluten tak larut dalam air, tapi boleh ditulenkan melalui cucian.

SIMPTOM-SIMPTOM GLUTEN SENSITIVITY / INTOLERANCE
Dalam tak sedar sebenarnya ramai orang yang mengalami masalah sensitif terhadap gluten. Sensitif, bukan alah ye. Ia boleh menyebabkan kesan berbeza terhadap tubuh. Salah satunya dikenali sebagai celiac disease, iaitu sejenis penyakit yang boleh merosakkan usus. Simptom-simptom gluten sensitive termasuklah:

  • kembung perut
  • sakit di bahagian abdomen
  • cirit birit
  • sembelit
  • ganguan pada otot
  • sakit kepala
  • migrain
  • jerawat / jeragat teruk
  • kelesuan
  • sakit sendi / tulang


SIAPA PERLUKAN DIET BEBAS GLUTEN
Jika anda mengalami gluten sensitive, atau menghidap penyakit celiac, anda perlukan diet bebas gluten.


ZINC COMPLEX SHAKLEE BEBAS GLUTEN
Mulai Mei 2014, Shaklee dah lancarkan penambahbaikan terhadap formula Zinc Complex. Kini, Zinc Complex Shaklee adalah bebas gluten. Yay! Maksudnya, sesiapa yang selama ini mengalami gluten sensitivity atau mungkin menghidap penyakit celiac, anda dah boleh makan vitamin Zinc Complex Shaklee tanpa was-was. Semua nutrisi lain sama seperti sebelumnya, cuma formula baru Zinc Complex bebas gluten. Lebih sihat, lebih selamat, dan pasti berkesan untuk lebih ramai orang.






ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...