"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Salam Ramadan 1435H.

Assalamualaikum.



Alhamdulillah hari kedua ramadan saya masih diizinkan untuk berkongsi post di blog Noraihan Qusyairi kesayangan kami. Sempena ramadan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua muslimin dan muslimat, pembaca budiman, dan pelanggan-pelanggan kami sekalian. Semoga ramadan kali ini membawa rahmat dan nikmat yang tak bersempadan buat kita semua.

Ramadan lepas, Alhamdulillah, saya sempat berpuasa beberapa hari sebelum melahirkan cahaya mata sulung kami, Kautsar Kamaliah. Walaupun sarat hamil ketika itu, tapi puasa tak menjadi halangan untuk bekerja dan beribadah lebih daripada biasa. Badan rasa segar dan bertenaga, malah sepanjang kami berpuasa saya tak gagal untuk masak lauk berbuka dan sahur. Hingga saat hampir melahirkan pun saya masih bergerak dan beraktiviti seperti biasa, kecuali bila doktor minta baring di dewan bersalin. Sekejap saja, Kautsar selamat dilahirkan. Syukur Allah swt pinjamkan nikmat kesihatan kepada kami, semoga nikmat ini kami syukuri sentiasa.

Seminggu dua ni sangat bermakna untuk keluarga kami. Selain ulangtahun hari lahir En Qusyairi, Kautsar pun akan sambut ulangtahun pertama. Allah, anak kecil kami dah setahun usianya. Semoga Allah swt limpahkan rahmat dan rezeki melimpah ruah untuk keluaga kami, kasih sayang yang tak bertepi, cinta-setia-bahagia dunia hingga akhirat.

Ramadan ini peluang kita bersihkan hati, bersihkan jiwa, bersihkan minda. Mulakan dengan amalan meminta maaf sesama manusia, inshaAllah semoga kita akan dikurniakan keampunan oleh Allah swt. Buat semua yang kami pernah, sedang dan bakal kenal, anda semua sebersih kapas putih di mata kami. Telah kami maafkan semua yg pernah, sedang dan bakal terjadi. Semoga kalian pun maafkan kami warga Noraihan Qusyairi.

Salam Ramadan 1435H.
Dari Muhammad Qusyairi, Noraihan dan Kautsar Kamaliah.


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!


 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Kepentingan Omega-3 Kepada Kanak-kanak.

Assalamualaikum.

Asid lemak Omega-3 sangat penting untuk kanak-kanak. Banyak sangat fungsi asid lemak Omega-3 terhadap pertumbuhan minda dan badan di comel. Amat penting bagi ibubapa untuk memastikan anak-anak mendapat asid lemak Omega-3 yang mencukupi melalui pemakanan harian dan, jika perlu, daripada suplemen.

Entri hari ini saya kongsi fungsi utama asid lemak Omega-3 terhadap perkembangan anak-anak.

1. Meningkatkan daya fokus
Satu kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang ibunya mempunyai paras kandungan DHA yang tinggi ketika melahirkannya, mempunyai daya fokus yang jauh lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang ibunya mempunyai paras DHA yang rendah ketika bersalin



2. Membuatkan anak-anak lebih bijak
Sejak tahun 80-an lagi, banyak kajian mendapati peningkatan yang ketara pada perkembangan kognitif anak-anak yang mendapat DHA secukupnya sama ada melalui susu formula (bagi yang tidak menyusu badan), susu ibu ataupun pemakanan. Satu lagi hasil kajian pada tahun 2003 dalam jurnal Peadiatrics mendapati bahawa ibu-ibu yang mengambil suplemen Omega-3 ketika hamil dan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu, telah dapat membantu meningkatkan  kebolehan kognitif anak-anak mereka pada umur 4 tahun. Kajian pada tahun 2005 pula mendapati kanak-kanak sekolah yang diberikan suplemen Omega-3 telah menunjukkan peningkatan skor bagi membaca dan mengeja.

Pertumbuhan otak kanak-kanak adalah sangat pesat ketika di dalam kandungan serta ia akan terus membesar dengan pantas hingga tiga kali ganda saiznya dalam tempoh setahun pertama kehidupan mereka. Oleh itu penting untuk mereka mendapatkan DHA secukupnya. Bagi bayi dalam kandungan, ia mendapatkan DHA daripada makanan si ibu, begitu juga bayi yang masih menyusu secara eksklusif atau pun sepenuhnya. Dan bagi yang sudah diperkenalkan makanan pejal, kita sudah boleh mula memperkenalkannya dengan ikan dan sumber asid lemak Omega-3 yang lain.

3. Memperbaiki penglihatan
DHA didapati membantu menajamkan daya penglihatan bayi.

4. Meningkatkan sistem imun tubuh
Asid lemak yang hebat ini juga dikaitkan dengan peningkatan sistem pertahanan dalam tubuh. Dalam satu kajian terhadap kanak-kanak di Denmark, berbanding kumpulan yang hanya minum susu lembu atau formula biasa, kanak-kanak yang minum susu formula yang ditambah dengan Minyak Ikan didapati mempunyai paras yang lebih tinggi bagi sejenis protein penting kepada fungsi sistem imun.

5. Meningkatkan “mood”
Hasil kajian menunjukkan golongan mengambil lebih Omega-3 memberi kadar “mood disorder” (gangguan mood) yang lebih rendah, dan wanita hamil yang makan ikan kaya dengan asid lemak Omega-3 ini juga kurang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin (postpartum depression). Mengapa? Kerana Omega-3 dipercayai mempunyai fungsi meningkatkan “hormon gembira” seperti dopamine dan serotonin (iaitu  neurotransmitter di dalam otak yang juga sering menjadi target dalam pemberian preskripsi ubat-ubatan anti-kemurungan (antidepressants)


6. Mencegah ekzema
Asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan  keradangan/inflamasi di seluruh bahagian badan termasuk bahagian kulit. Satu kajian daripada Sweden menyatakan bahawa memberikan sedikit salmon ataupun tuna di dalam makanan bayi sebelum mencecah umur 9 bulan mungkin boleh membantu melindunginya daripada mendapat alahan kulit.

OmegaGuard Shaklee semestinya Minyak Ikan terbaik di dunia! Berita baiknya, ia sudah boleh mula  diambil apabila anak mencecah umur setahun. OmegaGuard juga sangat membantu sekiranya anak anda sering selsema, batuk berkahak mahupun mempunyai asthma.

Dan untuk memastikan bayi di dalam kandungan juga turut mendapat manfaat DHA tadi, kami sangat galakkan ibu-ibu yang sedang hamil untuk mula mengambil Omega Guard sebiji sehari apabila mula masuk ke Trimester Kedua. Begitu juga dengan ibu menyusukan anak, dengan mengambil Omega Guard ini, anda dapat menyalurkan khasiat dan manfaat DHA tersebut kepada anak melalui susu ibu.

Semoga bermanfaat :)


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!


 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Komuniti: Seruan Menunaikan Zakat

Assalamualaikum.

Ini adalah entri salin dan tampal, daripada sumber seorang sahabat. Untuk pengetahuan semua, bayaran zakat boleh dibuat melalui perbankan internet maybank2u dengan memilih tetapan berikut:

Bill Payment > Zakat and Charity > Majlis Agama Islam Negeri > Pilih jenis zakat yang dibayar

Kita biasa mendengar pepatah Inggeris, what you give you get back.
Ertinya apa yang anda beri pasti akan dapat semula. Pepatah itu sememangnya benar kerana jika kita berikan kebaikan kepada orang lain, rasionalnya orang lain akan buat kebaikan kepada kita.

Ini adalah sunnatullah yang selalu terjadi. Oleh itu, perkara baik selalu terjadi pada orang baik. Persoalannya, bagaimana untuk mendapat pulangan yang baik. Yang lebih hebat daripada itu, pulangan baik bukan saja di dunia malah di akhirat juga.

Apabila kita memberi sesuatu yang baik yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain, sudah tentu orang itu berasa gembira dan mendoakan kebaikan untuk kita. Antara pemberian yang baik itu ialah zakat yang diwajibkan kepada umat Islam tetapi ramai mengabaikannya.


BERI ZAKAT TAK KURANGKAN HARTA

Sebenarnya dengan menunaikan ibadah zakat iaitu mengeluarkan 2.5 peratus daripada harta kita, harta itu tidak akan berkurang tetapi kita akan mendapat semula pulangan daripada bahagian yang dikeluarkan dengan pulangan yang sangat banyak.

Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan berkurang harta orang yang bersedekah. Maka, jelaslah apabila seseorang itu mengeluarkan sedekah sunat apatah lagi sedekah wajib iaitu zakat, hartanya tidak akan berkurang.

Zakat daripada pengertian bahasa membawa maksud bertambah, berkembang dan membiak. Ini bermakna dengan berzakat, harta kita makin berkembang. Contohnya, seorang pembayar tegar di Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) adalah seorang peniaga.

Beliau telah membayar zakat perniagaan berjumlah RM1,000 pada 1991. Berkat zakat yang dikeluarkan secara istiqamah, hasilnya sehingga tahun 2012 dia mampu mengeluarkan zakat sebanyak RM102, 000. Lihatlah, sudah terang lagi bersuluh bahawa zakat boleh mengembangkan harta kita.


PULANGAN DI AKHIRAT

Namun, sebagai hamba Allah yang mana meletakkan dunia di tangan dan akhirat di hati, matlamat paling besar yang kita inginkan ialah pulangan di akhirat sana. Ingatlah, setiap kali kita membantu orang yang berada dalam kesulitan di akhirat kelak Allah akan membantu merungkaikan kesulitan yang kita hadapi.

Cuba bayangkan dengan hanya membayar RM8 di Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Negeri anda telah menyalurkan setiap RM1 kepada lapan asnaf yang berhak menerima zakat. Jika anda membayar zakat lebih daripada RM10, makin ramailah insan yang dapat dibantu untuk merungkaikan kesulitan mereka.

Insya-Allah dengan keikhlasan yang benar-benar tunduk pada perintah Allah ini akan menyebabkan anda selamat daripada kesulitan yang besar di hari akhirat


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!


 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Carotomax: Suplemen Terbaik Untuk Kesihatan Mata

Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita tentang Carotomax, salah satu produk hotShaklee yang sering kali sold out seluruh negara. Sekarang dah tak sold out lagi. Hehe.


Apa dia Carotomax tu? 
Carotomax adalah beta karotena merupakan prekursor vitamin A yang didapati selamat untuk diambil berbanding vitamin A. Carotomax mengandungi 6 variati karotena yang diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat antioksidan seperti:-
  • rumpai laut
  • tomato
  • biji anggur
  • brokoli
  • marigold
  • epal
  • kentang
  • minyak sawit dan lain-lain.

Ahli nutrisi telah mencadangkan bahawa pengambilan 5 - 9 hidangan sayuran dan buahan untuk kita mengekalkan konsentrasi beta karotena di dalam darah. Justeru, dapat memelihara kesihatan penglihatan kita, kesihatan kulit dan juga dapat mencegah dari kanser. 

Bahan-bahan yang digunakan dalam Carotomax Shaklee adalah dari sumber semulajadi. Jadi, ia selamat digunakan dan inshaAllah dengan penggunaan yang konsisten dapat mengurangkan masalah mata anda.

Antara Faedah yang akan anda dapat dari pengambilan Carotomax Shaklee ini ialah:-
  • Lebih Selamat dari Penggunaan Vitamin A: Mempertingkatkan Penglihatan dari masalah silau, rabun dekat dan jauh serta masalah katarak, glaucoma, gegelung mata hitam, mata kering dan sebagainya.
  • Meredakan penyakit kulit seperti ulser kulit, kulit kering, jerawat dan akne, psoriasis, scabies dan sebagainya
  • Melindungi Epithelial iaitu memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu dan merawat ulser saluran usus.
  • Melawan Kanser dan Oksidasi terutama kanser payudara dan paru-paru. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.
  • Menghalang infeksi dengan merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru iaitu batuk, hepatitis, asthma, flu dan selsema. 




CarotoMax®

Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik
CAROTOMAX® merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX® menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:
•    Memelihara kesihatan yang baik. *
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan
      pertumbuhan tisu. *
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput
      lendir. *
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!


 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Resepi: Resepi Bayi: Minestrone Soup

Assalamualaikum.

Bila anak semakin besar, ibu-ibu pun makin kreatif pelbagaikan masakan untuk anak, kan? Kautsar sekarang dah pandai memilih makanan, taknak makan bubur macam bayi-bayi, nak makan nasi macam orang dewasa. Oleh itu saya pun carikan resepi dewasa yang sesuai untuk bayi bawah setahun macam Kautsar.

Kebetulan masa beli barang dapur di pasaraya, saya ternampak Sup Minestrone jenama Heinz dalam tin. Bila saya baca-baca, minestrone soup ni sebenarnya sup tomato dengan isi sayuran dan ayam. Sesuai sangat untuk Kautsar. Selain untuk anak-anak, sup ni juga sangat rendah kalori, sesuai untuk anda yang nak kuruskan badan. 

Alhamdulillah saya berkesempatan masakkan sup ini, jadi saya nak kongsikan resepinya.

Bahan-bahan: 
1 biji tomato dipotong dadu
1 batang celery dipotong hiris
2 inci lobak merah dipotong dadu
1 biji kentang sederhana besar dipotong dadu
1 mangkuk kecil bunga kubis
1/2 biji lada benggala
1 biji bawang holland dipotong dadu
2 ulas bawang putih diketuk
1 mangkuk kecil isi ayam yang diperap
4-5 sudu besar puri tomato atau sesedap rasa
Stok ayam
Pasta yang dipatah-patahkan

Cara-cara:
  1. Goreng ayam yang diperap sekejap kemudian diasingkan. Tujuannya supaya rempah perap meresap dalam ayam dan tak terserap oleh kuah sup. Boleh perap dengan paprika, lada hitam, atau saya gunakan rempah perap sate dengan sedikit oregano. 
  2. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga sedikit coklat.
  3. Masukkan bawang yang telah ditumis, ayam yang telah digoreng, puri tomato, semua bahan sayuran, stok ayam dan pasta yang telah dipatahkan ke dalam slow cooker. Tambah sedikit air jika perlu. Reneh sehingga masak. Jangan lupa rasa sedikit, jangan sampai terlalu masam.
  4. Alternatif jika tidak menggunakan slow cooker, panaskan semua bahan yang telah dicampur tersebut di atas dapur dengan api kecil. Biarkan mereneh selama 2 jam.
  5. Resepi ini tak dicampur garam dan gula supaya sesuai untuk bayi. Selepas siap, boleh asingkan sedikit untuk bayi anda, dan selebihnya anda campurkan dengan garam dan gula mengikut selera anda. Sesuai untuk dewasa dan bayi.

Mudah, kan? Saya ambil masa setengah jam untuk siapkan bahan hingga mereneh dan siap kemas dapur semula. Selebihnya saya tinggalkan dalam slow cooker hingga ke pagi. Jom layan gambar masakan saya :)

Bahan-bahan: ayam perap digoreng sekejap, bawang hollad, bawang putih, lobak merah, tomato, kentang, bunga kubis, lada benggala, celery, pasta

Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masukkan stok ayam dan puri tomato

Reneh sampai semua bahan sangat lembut. Dah siap bekal untuk Kautsar :D

Selamat mencuba!


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!


 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Testimoni: Kulit Cantik dengan Shaklee

Assalamualaikum.

Petang-petang damai ni jom baca apa kata pengguna vitamin Shaklee yang dah merasa kesan yang baik untuk kulit wajah dan tubuh mereka. Macam cemburu pun ada, kan? Siapa taknak kulit cantik berseri-seri. Hehe.







Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!


ID 921922
Batu Pahat, Johor 
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Vitamin Untuk Kulit Cantik.

Assalamualaikum.

Berikut petikan dari akhbar Utusan Malaysia tentang vitamin-vitamin yang bertindak membantu mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.

Vitamin C
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh,  termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang  mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan  vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana  ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Vitamin A
Bagi  mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih  rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara  kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza  berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.

Vitamin E
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:

  • Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
  • Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.
  • Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.

Selain  vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting  lain seperti Beta karotena (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.

Beta Karotena
Beta  karotena, juga dikenali sebagai pro-vitamin A, ialah bahan yang ditukarkan  kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karotena merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu  mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem  reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.

Zink
Mereka  yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat  memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan  vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan  pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka  yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat  dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.


Sumber : Utusan Malaysia
Artikel dimasukkan 18 April 2011

VITAMIN CADANGAN SHAKLEE



Carotomax: Sumber Vitamin A yang tinggi dan juga antioksidan tinggi.
Vita E Complex with Selenium: Sumber vitamin E lengkap dengan selenium dan grape seed extract. Juga bertindak sebagai antioksidan yang tinggi.
Vita C Plus: Formula sustained release 500mg vitamin C dalam masa 6-8 jam untuk penyerapan sempurna. Juga bertindak sebagai antioksidan dan mengekalkan kolagen semulajadi tubuh.
Zinc Complex: untuk penyembuhan luka jerawat.

Berminat untuk konsultasi atau pembelian produk Shaklee untuk kulit yang lebih cantik, jangans egan silu mesej saya ye.


Pn Noraihan dan En Qusyairi adalah pengedar sah Shaklee di Batu Pahat dan seluruh Malaysia. 

Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi percuma. 
  • atau boleh terus isi borang order seperti di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli seperti di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Tentang Kautsar :)

Assalamualaikum.

Hari ni tergerak nak cerita pasal Kautsar kat sini. Anak sulung kami ni lahir awal Ramadan lepas. InshaAllah lagi sebulan umur Kautsar cecah setahun. Alhamdulillah. Setakat hari ini, Kautsar membesar dengan sihat, lasak dan sangat-sangat comel. Ramai peminat Kautsar terutamanya makcik-pakcik kawan-kawan ibu dan abah Kautsar di tempat kerja, dan anak-anak murid kami yang sayang kat Kautsar.

Alhamdulillah Kautsar bijak serba serbi. Masuk saja usia tiga bulan, Kautsar terus meniarap. Tak lama lepas tu terus menyusur. Kautsar menyusur lama, kalau tak silap sampai 6-7 bulan usianya. Kemudian merangkak. Sekarang usia Kautsar 11 bulan, Kautsar suka memanjat. Sendiri Kautsar boleh panjat sofa, meja kopi, rak tv. Lagi Kautsar suka sangat berdiri tepi sofa dan jalan menyusur sofa. Allah, comelnya.

Ibu dan abah Kautsar biarkan Kautsar nak buat apa pun yang Kautsar suka. Sejak dua tiga minggu lepas Kautsar dah mula menonggeng-nonggeng tanda nak berdiri. Bertatih sangat suka. Ibu yang tak larat nak bongkok pimpin Kautsar tatih, sakit pinggang bongkok lama-lama. Haha.

Sebelum usia Kautsar 11 bulan lagi Kautsar pandai tiru apa yang ibu dan abah buat. Ibu dan abah selalu popok-popok Kautsar, ada masa Kautsar popok-popok ibu dan abah. Lagi Kautsar suka tadah tangan sambil mulut bising baca doa lepas teman ibu dan abah solat. Sebelum makan pun Kautsar tadah tangan baca doa. Tengah makan pun Kautsar tadah tangan baca doa.

Ibu tak ajar ABC 123 alif ba ta kat Kautsar. Ibu suka ajak tengok-tengok gambar je, tu pun tak selalu. Kautsar pun tak rajin nak layan. Haha. Kautsar suka action, bukan pronunciation. Yang itu, ibu perasan. Tak kisah, ibu tau anak ibu cerdik jadi kat sekolah nanti-nanti boleh belajar. Sekarang ibu tekankan pada pendedahan je, banyakkan interaksi dengan orang lain, banyak dedahkan pada persekitaran berbeza supaya dapat rangsangan semulajadi. Alhamdulillah setakat ni kami gembira macam ni.

Tiba-tiba, tak ada idea nak tulis apa lagi. Haha. Entahlah ye, kalau kita sayang sangat sesuatu, kita mesti nak beri perlindungan terbaik untuk sesuatu itu, kan? Allah, sayangnya saya pada Kautsar dan Encik Qusyairi, hanya Allah yang tau. Dan betapa mereka sayang saya juga, Allah Allah, syukur sangat. Kata makcik-makcik Kautsar, Kautsar ni tak macam baby. Cepat besar, cepat matang, cepat dewasa. Pandai jaga diri sendiri. Tak banyak ragam, tak banyak susahkan orang. Senang senyum, senang gembira, suka sangat ketawa. Besar nanti Kautsar akan senangkan ibu. Itu kata mereka. InshaAllah, amin. Memang ibu tak biasakan panggil Kautsar baby, sejak usia Kautsar 6 bulan ibu selalu sebut Kautsar dah besar. Mungkin kata-kata ibu itu jadi doa.

Ibu bahagia seadanya :)


Pn Noraihan dan En Qusyairi adalah pengedar sah Shaklee di Batu Pahat dan seluruh Malaysia. 

Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi percuma. 
  • atau boleh terus isi borang order seperti di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli seperti di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com

Dapat Anak Dengan Set Kesuburan Shaklee

Assalamualaikum.

Anak atau zuriat, adalah keinginan suami isteri bila berkahwin. Tapi bila sudah beberapa tahun kahwin, Allah duga masih belum diberi zuriat. Masih ada jalan. Bukan 'dead end' atau jalan mati. Set Kesuburan Shaklee adalah salah satu ikhtiar.

Mengapa Set Kesuburan Shaklee?

  • Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks.
  • Menyeimbangkan hormon bagi wanita.
  • Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
  • Meningkatkan kiraan sperma.
  • Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan.
  • Tingkatkan motiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal.
  • Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.
  • Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra.


Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Membantu Hamil?
Set ini mengandungi multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi. Menurut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan mengambil multivitamin dan multimineral.

Hal ini juga telah disahkan oleh Pakar Oncology Malaysia, Dr Hamid Arshad melalui Facebook beliau:

"Nasihat untuk mereka yang berusaha mendapatkan zuriat. Selepas buat ujian-ujian kesuburan untuk kedua suami isteri dan selepas buat pembedahan untuk membunag cyst/fibroid atau lain-lain. Tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kuruskan berat badan dengan dieting, buat exercise 30 minit setiap hari. Makan supplemen-supplemen multivitamin, Vitamin E, Vitamin C, Folic, tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa-gesa nak buat ini dan itu. Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk lihat keberkesanan"



Jom kita lihat bagaimana setiap satu multivitamin dan multimineral Shaklee membantu tingkatkan kesuburan.

Vita Lea
Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam dalam. Oleh kerana gaya hidup yang sibuk, pemakanan yang tak sihat. Semua ini sebab kita hilang atau tak langsung menikmati nutrisi penting sehari-hari. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral. Pastinya badan akan lebih cekap berfungsi.

B Complex
Bagi suami, B Complex penting untuk menjana tenaga. Paling penting B Complex bersifat anti stress. Jadi suami atau isteri lebih menikmati masa 'bersama'. Bagi isteri pula, amat penting mengambil B Complex untuk merancang kehamilan. Kandungan asid folik di dalamnya diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna).

Vita C
Memiliki kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah. Ini bagi bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.

Alfalfa
Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.

Vita E
Bagi meningkatkan kualiti sperma. Vita E sangat membantu. Menambah kiraan atau bilangan sperma. Juga tingkat kebolehan reproduktif bagi suami. Ia juga membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing.

GLA Complex
Penting untuk isteri bagi menghasilkan 'cecair kesuburan'. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari. Selain itu, GLA berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan. Juga membantu mengecutkan cyst jika ada.

Zinc Complex
Ini khas untuk suami. Mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak meransang perbentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.

Kombinasi vitamin dan mineral Set Kesuburan Shaklee akan beri harapan kepada suami isteri untuk memiliki cahaya mata. Rupa bayi yang comel, tangisannya membuatkan rumah tangga yang dibina bertambah berseri. Jangan pernah berhenti berharap. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.


Banyakkan istigfar dan bersedekah. Kerana ini yang diajar Rasulullah ketika ada lelaki memohon cara bagaimana untuk dia dan isteri mendapatkan anak. Tak lama selepas itu, dia dikurniakan seorang anak lelaki. Dan Allah Maha Pemberi, diberi lagi 9 orang anak lelaki kesemuanya. Percaya pada Allah. Insyaallah, pasti anak yang dinanti akan tiba didukungan kalian.

Hubungi saya bagi mendapatkan konsultasi khas set yang bersesuaian. Juga harga yang mampu milik ditawarkan.

[Sumber]


Pn Noraihan dan En Qusyairi adalah pengedar sah Shaklee di Batu Pahat dan seluruh Malaysia. 

Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi percuma. 
  • atau boleh terus isi borang order seperti di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli seperti di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...