"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tips: Amalan Penyusuan Semasa Berpuasa

Assalamualaikum

Sekejap masa berlalu. Sedar-sedar kita hampir bertemu bulan Ramadhan iaitu bulan berpuasa bagi seluruh umat Islam di dunia.

Adakah ibu-ibu sekalian lebih-lebih lagi yang menyusukan anak bersedia menghadapi bulan Ramadhan ini? Kali ni saya nak berkongsi sedikit tentang amalan penyusuan semasa kita berpuasa.  Pasti anda tahu bahawa meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat. Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan kita seharian.

Bagi ibu-ibu menyusu, pengeluaran air susu daripada payudara adalah berdasarkan kepada keupayaan kita mengosongkan payudara secara efektif sekerap yang mungkin dengan menerusi penyusuan terus atau pemerahan payudara. Dalam penyusuan susu ibu, terdapat dua hormon yang terlibat secara langsung iaitu hormon prolaktin dan oksitoksin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitoksin pula merembesnya keluar.

SUSU KERING???

Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang kita menjalani ibadah puasa. Kita hanya perlu sentiasa berfikiran positif bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan dalam masa yang sama memastikan diri kita mengamalkan pemakanan yang seimbang dan menyihatkan.

Pengeluaran susu ibu yang berkurang bukan disebabkan oleh ibadah puasa. Sebaliknya tekanan yang anda alami itu menghalang daripada refleks pengeluaran susu (let down reflex) tercetus. Cara yang terbaik bagi mengelakkan anda berasa tertekan adalah dengan sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal (susu berkurang). Amaun susu ibu mungkin berkurang pada hari pertama berpuasa. Namun, jangan jadikan ia sebagai pencetus keadaan stress. Sebaliknya, anda perlu lebih kerap mengosongkan payudara anda. Jika bersama bayi, susukannya secara terus. Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payudara dengan sebaik mungkin dengan mengepam susu di setiap 2-3 jam sekali.

Panduan Pemakanan

1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

[Sumber]

Harap ibu-ibu diluar sana terus gigih menyusukan anak dengan susu ibu. Namun jangan pula hingga mengganggu kesihatan fizikal dan mental ibu dan anak. Sebaiknya susukan anak dalam keadaan tenang dan gembira. Anak-anak boleh rasa emosi kita.

Pn Noraihan dan En Qusyairi adalah pengedar sah Shaklee di Batu Pahat dan seluruh Malaysia. 

Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi percuma. 
  • atau boleh terus isi borang order seperti di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli seperti di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...