"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Vitamin Untuk Kulit Cantik.

Assalamualaikum.

Berikut petikan dari akhbar Utusan Malaysia tentang vitamin-vitamin yang bertindak membantu mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.

Vitamin C
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh,  termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang  mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan  vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana  ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Vitamin A
Bagi  mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih  rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara  kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza  berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.

Vitamin E
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:

  • Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
  • Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.
  • Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.

Selain  vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting  lain seperti Beta karotena (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.

Beta Karotena
Beta  karotena, juga dikenali sebagai pro-vitamin A, ialah bahan yang ditukarkan  kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karotena merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu  mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem  reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.

Zink
Mereka  yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat  memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan  vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan  pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka  yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat  dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.


Sumber : Utusan Malaysia
Artikel dimasukkan 18 April 2011

VITAMIN CADANGAN SHAKLEE



Carotomax: Sumber Vitamin A yang tinggi dan juga antioksidan tinggi.
Vita E Complex with Selenium: Sumber vitamin E lengkap dengan selenium dan grape seed extract. Juga bertindak sebagai antioksidan yang tinggi.
Vita C Plus: Formula sustained release 500mg vitamin C dalam masa 6-8 jam untuk penyerapan sempurna. Juga bertindak sebagai antioksidan dan mengekalkan kolagen semulajadi tubuh.
Zinc Complex: untuk penyembuhan luka jerawat.

Berminat untuk konsultasi atau pembelian produk Shaklee untuk kulit yang lebih cantik, jangans egan silu mesej saya ye.


Pn Noraihan dan En Qusyairi adalah pengedar sah Shaklee di Batu Pahat dan seluruh Malaysia. 

Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi percuma. 
  • atau boleh terus isi borang order seperti di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli seperti di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!


ID 921922
Batu Pahat, Johor
012-7807365
noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...