"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Selamat Hari Raya 1435H.

Assalamualaikum.




Kami di Noraihan Qusyairi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga Syawal kali ini memberi seribu satu makna kepada kita semua. Yang pulang ke kampung, hati-hati ketika memandu. Pastikan keselamatan diutamakan. 

Kami juga ingin memohon maaf zahir dan batin sekiranya ada kekurangan, salah dan silap sepanjang kami wujudkan blog ini. Apa-apa kekurangan mohon perbetulkan salah kami. 

Ikhlas daripada:
En Qusyairi
Pn Noraihan
Cik Kautsar


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Suplemen Ketika Raya.

Assalamualaikum.

Hari ni saya tak plan nak update blog pun. Sebab banyak kerja nak disudahkan sebelum balik raya dua tiga hari lagi. Tapi tiba-tiba terdetik nak kongsi tentang suplemen yang perlu diambil ketika raya. Benarlah, berniaga kalau niat kita ikhlas, Allah swt akan permudahkan. Masa yang kononnya tak sempat, Alhamdulillah diberi kelapangan tiba-tiba.

Berkongsi tentang suplemen yang perlu ketika raya ni datang daripada kesedaran saya melalui pengalaman sendiri dan pengalaman orang-orang terdekat. Banyak masalah kesihatan yang timbul disebabkan raya. Sebesar-besar masalah kesihatan sehingga membahayakan nyawa, hingga sekecil-kecilnya yang selalu kita pandang ringan tapi tetap buat kita tak selesa. Sebab itu penting kita amalkan pemakanan secara sederhana, walaupun saya tau susah nak bersederhana ketika beraya, kan.


KEKAL BERTENAGA DAN SIHAT
Set cadangan untuk mendapatkan asas kesihatan terbaik ialah B-Complex, Vitalea, Vita C dan ESP. Set ini lengkap untuk memenuhi keperluan nutrisi harian, memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk mengelakkan berlebihan makan, dan memberi tenaga berpanjangan. Vita C juga mampu meningkatkan sistem imun, mengelakkan mudah demam, selsema atau batuk terutamanya dalam keadaan cuaca panas seperti sekarang. Selain itu, pengambilan Vita C secara konsisten terbukti memberi kesan awt muda pada kulit kerana fungsi Vita C yang mengekalkankolagen semulajadi dalam badan.


DIABETIS
Banyak makanan dan minuman manis yang dihidangkan, macam mana nak menolak? Boleh ikhtiar kawal bacaan gula dengan GLA Complex, Zinc Complex dan Alfalfa Complex. Selain mengawal aras gula, set cadangan ini mampu meningkatkan fungsi insulin. Bagi pesakit diabetis yang mengalami luka, Zimc Complex boleh membantu luka sembuh lebih cepat. Atau alternatif lebih baik adalah dengan mengambil Vivix. Cuma dengan satu sudu teh Vivix setiap hari, anda akan mendapat manfaat kesihatan yang lebih banyak. Vivix berfungsi menetapkan semula DNA sel tubuh kita supaya kembali kepada fungsi asal seperti yang dikurniakan Pencipta. Mengandungi anti-oksidan yang tinggi, Vivix juga terbukti sebagai tonik anti penuaan, anti kanser dan anti radang yang terbaik di pasaran.


TEKANAN DARAH TINGGI 
Sukar nak elakkan makanan berlemak dan berkolestrol ketika Aldilfitri? Amalkan OmegaGuard dan Lecithin sebelum dan selepas makan. OmegaGuard berfungsi membakar lemak yang termendap dalam salur-salur darah dan mengelakkan tekanan darah tinggi. Lecithin pula berfungsi mengemulsikan lemak daripada makanan yang kita makan supaya tak diserap oleh badan. Gabungan kedua-duanya inshaAllah terbaik untuk mengelakkan tekanan darah naik sepanjang musim raya.


SEMBELIT / BUASIR
Terlalu banyak makan makanan bertepung seperti kuih raya boleh menyebabkan sembelit. Atau yang dah lama hidap sembelit tapi tak dapatkan rawatan, makanan begini boleh menyebabkan buasir. Untuk lancarkan pembuangan najis, saya cadangkan ambil Herblax. Herblax berfungsi sebagai julap lembut yang membantu melawaskan najis, menjalankan proses detox terutamanya di usus. Jika mengalami buasir berdarah, ambil sekali Zinc Complex untuk bantu sembuhkan luka dengan lebih cepat.


LETIH DAN SAKIT-SAKIT BADAN
Ostematrix sangat sesuai untuk legakan sakit-sakit badan. Ambil dengan jumlah yang bersesuaian sebelum tidur dan anda dapat rasa kesannya bila bangun pagi esok. Mudah bangkit, badan tak sakit, tak kebas. Malah nak solat subuh pun terasa segar. Ostematrix mengandungi kalsium dan magnesium serta mineral lain yang berfungsi menguatkan tulang, gusi, gigi dan kuku, selain menghilangkan kebas.


GOUT / KERACUNAN MAKANAN
Gout terjadi bila terdapat asid urik yang terlampau tinggi dalam badan. Untuk menyingkirkan asid urik, boleh cuba Alfalfa Complex yang bertindak menyingkirkan toksin dari seluruh tubuh. Proses detox oleh Alfalfa Complex juga menggalakkan anda rasa haus dan minum air dengan banyak. Untuk itu, boleh ambil Performance Drink, minuman elektrolit yang mengekalkan bendalir dalam badan. Alfalfa Complex dan Performance Drink juga sesuai untuk pesakit keracunan yang tak serius. Performance Drink membantu badan mendapat cecair yang cukup dan mengelakkan dehidrasi berlaku.


Apapun yang lebih baik adalah untuk mengamalkan pemakanan secara bersederhana sepanjang masa. Elakkan makanan dan minuman yang bergula dan berais. Banyakkan minum air kosong suam. Semoga kesihatan kita terjaga.

Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

VIVIX Shaklee Lebih Sekadar Resveratrol!

Assalamualaikum.

Apa itu resveratrol? Resveratrol adalah sejenis polifenol yang dihasikan tumbuhan tertentu dalam keadaan tertentu dan dikatakan mempunyai sifat mampu melindungi tubuh manusia dari kerosakan yang disebabkan oleh kanser atau penyakit berkaitan jantung. Resveratrol juga mampu mengelakkan kerosakan pada salur darah, mengurangkan kolestrol jahat dan menghalang berlakunya darah beku.

Resveratrol juga mengandungi antioksidan yang tinggi, bahan yang boleh mencegah obesiti dan diabetis. Selain itu reveratrol juga mampu mengurangkan keradangan dan pembekuan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung. Dan sifat resveratrol yang sering mencuri tumpuan ialah fungsinya sebagai anti-penuaan.

Kebaikan Resveratrol:

  • Melanjutkan usia: mampu merangsang mekanisme pertahanan tubuh badan, bertindak melawan ancaman kesihatan terhadap individu yang mengamalkan diet tinggi-lemak, memperbaiki genetik, memperbaiki metabolisme insulin dan glukos yang tidak normal.
  • Metabolisme dan ketahanan fizikal: mampu meningkatkan kemampuan untuk melakukan aktiviti fizikal, mengoptimumkan kadar metabolise dalam tubuh, mengaktifkan gen yang menggalakkan penghasilan tenaga.
  • Menghalang kanser: dikatakan mampu mengurangkan jumlah dan mengecilkan saiz tumor, dan menggalakkan proses apoptosis (pematian sel kanser).
  • Penyakit jantung: mengurangkan keradangan, menghalang pengoksidaan kolestrol LDL (kolestrol jahat), menyukarkan platlet untuk berkumpul dan menyebabkan berlaku sumbatan pada salur darah yang boleh mengakibatkan serangan jantung.
  • Penyakit Alzheimer's: dikatakan boleh melindungi sel otak dan menghalang pembentukan plak.
  • Diabetis: menghalang penolakan insulin.




VIVIX Shaklee
Mengandungi empat (4) bahan aktif yang tinggi dengan kandungan resveratrol dan polifenol yang lain. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Shaklee, maka terhasillah Vivix, yang mempunyai resveratrol dan campuran phytonutrient yang diperolehi dari anggur muscadine yang telah menunjukkan 10 kali lebih berkesan dari pengambilan resveratrol semata-mata.

Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati, dan ia adalah anggur terbaik kerana ia hidup secara semulajadi dalam cuaca yang ekstem. Semakin buah anggur itu terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resevratrol yang tinggi!




MENARIK TENTANG VIVIX
  • Satu sudu teh Vivix mengandungi resveratrol yang bersamaan dengan 3000 gelas wain merah...pastinya alternatif terbaik bagi muslim
  • 2500 kajian diterbitkan terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam Vivix
  • Bahan yang digunakan mempunyai potensi lebih 10 kali ganda dari resveratrol semata-mata dalam memperlahankan penuaan sel
  • Mempunyai lebih dari 15 polyphenol termasuk ellagitannins yakni antioksidan semulajadi
  • Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi tanpa pewarna tiruan, pemanis, perasa, alkohol dan pengawet
  • Semestinya halal
  • Dipatenkan eksklusif untuk Shaklee


Keratan Media:





Testimoni Antarabangsa:





Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Atasi Masalah Kolestrol Dengan Shaklee.

Assalamualaikum.


Anggaran 6 juta rakyat Malaysia mengalami kolestrol tinggi. Cuba lihat sekeliling kita. Kawan-kawan dan keluarga kita. Bagi setiap 9 orang yang kita kenal, 2 daripadanya mengalami kolestrol tinggi. Soalnya adakah kita salah seorang daripada 2 orang tersebut?

APA ITU KOLESTROL?
Kolesterol adalah bermaksud sejenis sterol yang muncul dalam aliran darah sebagai lemak. Apabila molekul hidrogen dan oksigen mula bergabung bersama-sama, mereka menjadi satu lemak yang dipanggil lipid. Jika tidak dirawat, lipid ini boleh menyebabkan beberapa penyakit yang serius dan mengancam nyawa manusia


Terdapat tiga jenis utama kepadatan lipoprotein dan ada termasuk kepadatan rendah (LDL) yang sering menjadi punca utama penyakit koronari jantung, ketumpatan tinggi (HDL) , dan ketumpatan perantaraan (IDL). Ujian kolesterol mudah boleh mengetahui jenis kepadatan anda mengalami .

Sumber kolestrol dalam badan kita adalah daripada rembesan hati dan pemakanan. Kolestrol yang dirembes oleh hati memang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi secara normal. Kolestrol daripada pemakanan pula sering menjadi punca masalah kolestrol tinggi akibat daripada pemakanan tak seimbang dan pengambilan makanan keterlaluan.

AKIBAT KOLESTROL TINGGI
Kolestrol berlebihan dalam badan akan menyebabkannya membeku dan termendap dalam salur darah. Kesan mendapan kolestrol dalam salur darah menyebabkan salur darah menjadi sempit dana meningkatkan risiko penyakit serius seperti:

  • Sakit jantung
  • Tekanan darah tinggi / Hipertensi
  • Strok / Angin ahmar
  • Peyakit hati
  • Ketaksuburan


JUMLAH KOLESTROL HARIAN YANG DICADANGKAN
Persatuan Jantung Amerika mencadangkan pengambilan kolestrol sebanyak 300mg sahaja sehari bagi individu normal. Bagi pesakit jantung, jumlah kolestrol yang dicadangkan cuma 200mg sehari.

Walau bagaimanapun, tahukah anda berapakah jumlah kolestrol yang anda ambil setiap hari?



Satu hidangan biasa rakyat Malaysia sebenarnya mengandungi lebih daripada jumlah kolestrol harian yang dicadangkan. Itu baru satu hidangan. Sedangkan sehari kita makan 2 hingga 3 kali hidangan berat. Ini bermaksud jumlah kolestrol harian kita tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah yang dicadangkan untuk kesihatan.

BAGAIMANA SHAKLEE ATASI MASALAH KOLESTROL TINGGI
Terdapat beberapa produk Shaklee yang sesuai untuk mengatasi dan mengawal masalah kolestrol tinggi. Produk tersebut adalah:

  • Phytocol-ST
  • OmegaGuard

Phytocol-ST HALANG KOLESTROL DARIPADA DISERAP


PHYTOCOL-ST Shaklee adalah formulasi proprietari yang berasaskan bahan-bahan yang telah terbukti secara klinikal berkesan untuk penyekatan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL.

  • Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian
  • Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
  • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.
Bagaimana Fitosterol bertindak
Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam usus. Saiz fitosterol yang lebih besar daripada kolestrol menyebabkan laluan yang menyerap kolestrol tersumbat dan tidak dapat dilalui oleh kolestrol. Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh anda dan semakin tinggi peluang untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL anda. Selepas 4 jam, kolestrol dan fitosterol yang tak dihadamkan akan disingkirkan daripada badan melalui proses perkumuhan.

Terdapat lebih 80 kajian yang menyokong dengan menghalang kolestrol daripadadiserap ke dalam darah, fitosterol dalam membantu mengurangkan aras kolestrol LDL.




OMEGAGUARD BAKAR LEMAK DALAM BADAN


Minyak ikan Omega 3 pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisma normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan. Produk ini juga sesuai untuk penghidap masalah kesihatan hipertrigliseridemia, kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan seperti produk ini setiap hari.

OmegaGuard mampu mengurangkan aras mendapan kolestrol dalam salur darah, sekaligus merendahkan risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan strok. Antara kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee adalah:-
  • Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
  • Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
  • Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
  • Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  • 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
  • Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.
Gabungan Phytocol-ST dan OmegaGuard bertindak mengatasi masalah kolestrol dari luar dan dalam. Dengan Phytocol-ST,kolestrol daripada makanan dihalang daripada memasuki badan. Manakala OmegaGuard pula menyingkirkan kolestrol yang telah sedia ada termendap dalam salur-salur darah. InshaAllah keduanya merupakan ikhtiar terbaik dan berkualiti untuk mengatasi masalah kolestrol.


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Bisnes: Misi Mencari Rakan Niaga Shaklee!

Assalamualaikum.

Nak iklan sikit kat sini. Kami mencari rakan niaga dari seluruh Malaysia. Seronok menimba ilmu dan menjana wang dengan Shaklee, lagi seronok kalau boleh bimbing orang lain jana wang besar beramai-ramai. Kata orang, rezeki itu untuk dikongsi, bukan sendiri-sendiri. Gitu.

Gambar ihsan Google
Sejak jadi Shaklee Independent Distributor (SID), banyak manfaat yang kami dah kecapi. Asalnya kami bertemu Shaklee sebab nak cari suplemen terbaik untuk Pn Noraihan ketika beliau hamil kali pertama. Ketika itu kami borong beli Set Hamil, Set Bersalin dan Berpantang, dan Set Breastfeeding, semua sekali cukup untuk dapat free membership. Tak berniat nak berbisnes pun waktu tu, sebab Pn Noraihan bukan orang yang suka berbisnes.

Tapi beberapa bulan lepas konsisten makan suplemen Shaklee, kami suami isteri mula rasa kebaikan yang kami tak pernah rasa dengan suplemen lain sebelum ini (ya, kami pengamal tegar suplemen). Dan-dan waktu itulah kami teringat-ingat bonus pertama yang kami jana sebab borong stok berkotak-kotak untuk kegunaan sendiri tu kan. Dan Alhamdulillah, rezeki ada bila kita berusaha.

Begitu secara ringkas bagaimana kami bermula dengan Shaklee. Anda nak rasa apa yang kami telah rasa? Nak dapat kebaikan seperti yang kami terima? Manfaat yang Shaklee tawarkan, antaranya:

  • Cash bonus: Paling basic sekali bonus tunai yang diterima dengan setiap jualan produk Shaklee. Bukan itu saja, setiap kali naik rank juga akan terima cash reward sehingga beribu ringgit. Lagi boleh dapat bonus berdasarkan kepimpinan mendidik downline sepanjang berbisnes (tak ada istilah upline goyang kaki, makin tinggi rank makin berat tanggungjawab). Dan macam-macam lagi cash bonus yang boleh dapat, kalau nak cerita satu-satu kat sini memang tak sudah. Senang kata, bonus daripada jualan setiap bulan tu paling sikit berbanding bonus lain.
  • Car bonus: Shaklee tak bagi sebiji kereta ok, Shaklee bagi duit tunai (cash lagi!) untuk kita bayar installment kereta setiap bulan. Taknak guna buat bayar kereta? Cash anda maka suka hati andalah nak guna buat apa. Hihi. Jika layak, anda dapat car bonus ni minimum RM550 sebulan. Campur-campur dengan bonus jualan, leadership bonus, cash reward sebab naik rank lagi, wang besar setiap bulan!
  • Convention bonus: Ni bonus jalan-jalan. Percutian ke dalam dan luar negara secara percuma, siap dapat wang belanja daripada Shaklee. Untuk SID Muslim, boleh tunaikan umrah secara percuma. Paling tidak, dapat tiket percuma ke Shaklee National Conference, acara paling besar dan meriah anjuran Shaklee pada bulan Jun setiap tahun. Semuanya percuma senang kata.
Tawaran kami terbuka kepada semua yang berminat untuk jana pendapatan dengan Shaklee. Kami tawarkan keahlian percuma jika berminat. Dalam bisnes Shaklee, tiada istilah wang mudah, tiada istilah head-hunting cari downline. Istilah yang ada, REZEKI MILIK BERSAMA. ANDA BUAT, ANDA DAPAT. InshaAllah.

Jika anda nak ubah nasib, jana income berkoyan-koyan (yup, berkoyan-koyan, bukan hiperbola semata-mata tapi anda mampu capai jika kena caranya), boleh hubungi kami seperti di bawah. Untuk respon paling cepat, WhatsApp ok.

Selamat menjana income :)


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Testimoni: Bebas Diabetis Dengan Vivix Shaklee.

Assalamualaikum.

Vivix adalah satu-satunya suplemen di dunia yang mampu menembusi DNA sel manusia. Vivix sangat bagus untuk merawat penyakit tiga serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Saya nak berkongsi hari ini bagaimana Vivix membantu mengurangkan masalah kencing manis atau diabetis.


BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU PESAKIT DIABETIS
Vivix mengandungi satu pahan yang sangat hebat yang dipanggil resveratrol. Resveratrol dalam Vivix Shaklee datang dari sumber semulajadi iaitu anggur muscadine dan knotweed Jepun. Selain anggur muscadine dan knotweed Jepun, bahan utama Vivix ialah purple carrot dan elderberry.

Kandungan resveratrol dalam Vivix Shaklee boleh membantu pesakit diabetis dalam dua cara:

  1. Meningkatkan sensitiviti terhadap insulin: insulin adalah bahan yang dirembes oleh tubuh untuk mengawal aras gula dalam darah. Tubuh yang tidak sensitif terhadap insulin akan menyebabkan aras gula meningkat. Resveratrol membantu badan lebih sensitif terhadap insulin supaya aras gula dapat dikawal.
  2. Mengaktifkan enzim SIRT1: enzim SIRT1 adalah enzim yang menyumbang kepada regulasi selular. enzim ini dilaporkan bertindak mengurangkan ekspresi protein yang dikaitkan dengan rintangan insulin terhadap individu yang mengalami obesiti. Rintangan insulin bermaksud sel tubuh tidak mampu bertindak balas terhadap kesan insulin mengawal gula dalam darah.


VIVIX SHAKLEE TONIK AJAIB UNTUK KESIHATAN

Vivix Shaklee merupakan suplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan selama bertahun-tahun yang dijalankan oleh saintis Shaklee.

Dalam ujian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisme penting penuaan pada tahap sel.

Ramuan utamanya ialah anggur muscadine iaitu anggur paling hebat dengan 20 kromosom (berbanding 19 kromosom pada anggur biasa), purple carrot, elder berry dan knotweed Jepun yang memang telah diketahui mempunyai nilai tinggi dalam kesihatan manusia.

Selain itu, Vivix Shaklee bertindak dengan 4 mekanisme penuaan tahap sel dengan

  • melindungi dan memperbaiki kerosakan sel peringkat DNA!
  • mengaktifkan kawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan
  • menggalakkan pembentukan biogenesis mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel
  • ramuan Vivix sendiri adalah 10 kali ganda lebih berkesan berbanding resveratrol untuk melambatkan pembentukan protein AGE (advanced glycation ends products)

Terdapat banyak kajian saintifik yang mengaitkan resveratrol dengan diabetes. Selain itu, ramai pengguna Vivix Shaklee yang telah berkongsi kesan pengambilan Vivix secara konsisten terhadap penyakit kencing manis yang mereka hidapi.







Credit to Fb Pn Masyitah Khidzir

Credit to wardazri


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Testimoni: Kebaikan Vivix Untuk Pesakit Strok.

Assalamualaikum.

Masih ramai yangtak sedar bahaya strok. Selalu kita merasa kita tak mungkin akan diserang strok. Begitu juga mereka yang pernah diserang strok, suatu masa dulu mereka tak pernah terfikir akan diserang strok.


Tapi sebenarnya, strok boleh dicegah. Malah bagi mereka yang pernah diserang strok, masih ada harapan untuk mengubati kesan akibat serangan strok.


BAGAIMANA UNTUK MENCEGAH STROK

  1. Banyakkanlah bersenam dan menukar gaya hidup. Kalau sebelum ni malas, cuba rajin-rajinkan diri bersenam secara tetap setiap minggu. Paling tidak 15 minit, tiga kali seminggu.
  2. Ubahlah tabiat makan. Kurangkan makanan berkalori tinggi, berminyak, berkolesterol dan berlemak berlebihan. Ini kedengaran klise. Tapi kita memang takkan sedar bilakah masanya lemak, minyak, dan kolesterol itu melekat dalam salur darah, membentuk plak, mengeras lalu menghalang perjalanan darah beroksigen sampai ke otak dan jantung!
  3. Kurangkan makanan manis, berkarbohidrat tinggi yang boleh menyebabkan diabetes. Kurangkan garam dalam masakan.
  4. Lebihkan pengambilan air kosong (6-8 gelas sehari), banyakkan makan sayur, buah dan makanan berserat.
  5. Ambil ubat ikut waktu yang ditetapkan
  6. Jalani fisioterapi (bagi pesakit strok)
  7. Ambil makanan tambahan yang sesuai.


KEBAIKAN VIVIX UNTUK PESAKIT STROK


Pasti ramai yang dah tahu bahawa Vivix Shaklee dapat membantu mencegah serangan stroke malah juga membantu dalam pemulihan pesakit stroke dengan PANTAS!

  1. Vivix membantu melindungi dan memperbaiki sel dari peringkat DNA yang typo rosak, mati, abnormal akibat serangan berjuta-juta perosak setiap hari.
  2. Vivix membantu mengaktifkan semula sel-sel yang terlibat dalam pengawalan genetik utama yang merosot oleh itu menggalakkan sel menjadi sihat semula.
  3. Ramuan 4 jenis bahan utama Vivix menggalakkan pertumbuhan semula mitokondria (iaitu penjana tenaga) dalam setiap sel tubuh kita.
  4. Ramuan Vivix juga adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol (iaitu kandungan dalam anggur muscadine) yang sangat membantu keutuhan sel dan meningkatkan hayat sel.
  5. Vivix membantu menurunkan kolesterol dalam darah dan menghalang pengoksidaan kolesterol LDL (kolesterol jahat). Oksidasi LDL ini yang menyebabkan serangan kardiovaskular/ jantung.
  6. Ramuan Vivix sangat tinggi anti-oksidan yang membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh.
  7. Ekstrak elderberry membantu dalam perlindungan tubuh terhadap penyakit kardiovaskular, stroke dan serangan jantung.
  8. Ekstrak lobak ungu membantu dalam kesihatan salur darah, platlet, dan lipoprotein yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.
  9. Ramuan Vivix sangat membantu dalam pengawalan tekanan darah, menurunkan kolesterol malah membantu dalam pengekalan berat badan ideal.
  10. Pengguna Vivix telah menunjukkan bukti bahawa Vivix banyak membantu pemulihan pesakit stroke.

Testimoni pengguna VivixShaklee:



Pulihkan mild stroke dalam masa 3 hari

Kurangkan darah tinggi kronik hingga mampu berhenti ambil ubat hospital.

Masalah saraf akibat angin ahmar hilang, mampu tunaikan umrah tanpa kerusi roda

Tak perlu ragu-ragu lagi dengan khasiat dan kebaikan Vivix Shaklee. Vivix Shaklee telah melalui ujian klinikal yang ketat setelah penyelidikan bertahun-tahun oleh pakar dan saintis Shaklee. Dan lebih eksklusif lagi, Vivix telah dipatenkan khas hanya EKSKLUSIF untuk Shaklee!



Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!



 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...