"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Berbisnes Sambil Bekerja? Sangat Mudah!

Assalamualaikum.

Ramai pelanggan saya yang terkejut bila tahu yang saya ni bekerja sepenuh masa. Kebanyakan mereka sangka saya berbisnes Shaklee sepenuh masa.

Ya. Saya bekerja sepenuh masa sebagai seorang pegawai pengurusan dan profesional. Saya ada stamp jawatan yang melayakkan saya untuk mengesahkan sijil-sijil dan dokumen. Haha.

Kerja sepenuh masa. Acah je pakai blazer ni hehe.
Tak letih ke bekerja sambil berbisnes? Letih memang letih, kerja tanpa bisnes pun letih. Duduk rumah saja pun letih. Tapi saya sendiri yang BEKERJA DAN BERBISNES SEPENUH MASA, saya rasa seronok! Pekerjaan saya adalah tanggungjawab saya terhadap masyarakat dan negara. Cara saya balas budi rakyat yang telah bantu sepanjang pengajian saya. Bisnes pula adalah hobi saya menjana pendapatan. Seronokkan gaji dua kali sebulan? Hihi.

SEBAB ITU SAYA PILIH BISNES SHAKLEE!

Berbisnes dengan platform Shaklee terlalu mudah berbanding bisnes lain. Terlalu mudah sebab:

  • Risiko rendah: modal cuma RM75 termasuk pos.
  • Tak perlu renew membership setiap tahun: daftar cuma sekali seumur hidup.
  • Tak perlu maintain point setiap bulan: nak bonus banyak, dapatkan point banyak. kalau tak ada point, tak dapat bonus. Itu saja.
  • Tak perlu simpan stok: Bisnes berjalan mengikut konsep dropship. Customer order dari saya, saya order dari HQ Shaklee. 
  • Tak perlu keluar rumah: keluar cari pelanggan dari rumah ke rumah memang tak perlu. Keluar pos barang pun tak perlu. Cuma saya keluar untuk COD sbb saya suka jalan-jalan jumpa kawan baru :)
  • Bisnes 100% online: semua urusan belian, pos boleh dilakukan secara online. Menguruskan organisasi Shaklee saya yang semakin berkembang pun sepenuhnya secara online. 
  • Tak perlu masa yang banyak: setiap hari cuma perlu sediakan masa beberapa minit untuk sharing di facebook dan blog. Order barang online pun boleh siap beberapa minit saja. 
  • Ada support group yang sangat supportive: support group saya di WhatsApp dan Telegram sentiasa bertukar-tukar ilmu dan strategi setiap hari. Cepat dan mudah belajar untuk gandakan pendapatan.
  • Secret group eksklusif: saya mendapat bimbingan secara terus daripada master-master Shaklee yang dah berjaya. Pencapaian saya dalam Shaklee diiktiraf mereka dan mendapat penghargaan.


MACAM MANA SAYA URUS KELUARGA, KERJAYA DAN BISNES

Tak susah. Kerjaya saya 8 jam sehari, itu amanah yang dipertanggungjawabkan. Setiap hari saya pastikan 8 jam diperuntukkan untuk kerja hakiki. Tak ada masalah.

Keluarga pula. Bangun pagi selepas solat subuh, saya selesaikan urusan keluarga. Sediakan pakaian untuk En Qusyairi, masak bekal untuk Cik Kautsar, cuci baju, kemas-kemas rumah. Balik kerja pula ambil Cik Kautsar dari rumah nenek, jalan-jalan petang, masak makan malam, lipat baju. Saya beri komitmen bermain dan berbual dengan Cik Kautsar sehingga beliau tidur. Lepas Cik Kautsar tidur, saya selesaikan urusan rumah yang tertangguh, lipat baju, basuh pinggang etc.

Tamat urusan keluarga, barulah saya fokus kepada bisnes. Menulis entri untuk blog, selesaikan order, konsultasi, coaching dan mentoring bersama rakan-rakan bisnes saya, packing untuk COD. COD saya buat sambil jalan-jalan petang dengan Kautsar. Kadang-kadang En Qusyairi yang COD sambil-sambil beliau selesaikan urusan di bandar. Alhamdulillah ramai pelanggan lelaki kami, jadi memang sesuai En Qusyairi yang COD dengan mereka. Kalau ada urusan pos sekali sekala, kami selesaikan ketika rehat tengahari sambil keluar makan tengahari sekali.

Nampak tak? Bisnes Shaklee saya walaupun sepenuh masa, tapi urusannya sambil-sambil saja. Tak susah. Saya tak pernah berniaga sebelum ini, keluarga saya pun bukan dari kalangan peniaga atau usahawan. Tapi saya boleh capai bonus sehingga 4 angka cuma selepas beberapa bulan aktif berbisnes Shaklee.

Mudah sangat kalau kita nak. Kalau anda nak berbisnes Shaklee seperti saya, jemput hubungi saya seperti maklumat di bawah. Add saya di Facebook, dan lihat cara saya bekerja sambil berniaga. Tolak rasa takut, tolak rasa malu, tolak alasan semua ketepi. Apa nak takut mencari rezeki halal?

Tak pernah abaikan mereka :)


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Benefit / Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!



 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...