"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Apa Itu Cyst?

Assalamualaikum.


Gambar diatas menunjukkan perbezaan antara normal ovari dan ovary yang mempunyai cyst. Apakah sebenarnya cyst ini?

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.

Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda. Kebanyakkan wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila seseorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait rapat dengan proses reproduksi wanita. Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur. Apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai Follicular Cyst. Kadang-kadang cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari. Cyst lain inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan.



JENIS-JENIS CYST

Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst yang boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.

Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.

Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.

Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.

Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

[Sumber]

Shaklee ada menawarkan produk yang mampu membantu mengecutkan cyst. InshaAllah saya akan kongsikan dalam entri akan datang.


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...