"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Risiko, Simptom dan Rawatan Ovarian Cyst.

Assalamualaikum.

Saya dah kongsikan sedikit sebanyak tentang cyst dan jenis-jenisnya dalam entri lepas. Kali ini saya nak cerita tentang siapa yang berisiko mendapat cyst serta gejala-gejala yang diakibatkan oleh cyst. Selain itu, saya turut nak berkongsi tentang rawatan berkaitan cyst dan bagaimana Shaklee boleh membantu.

Siapakah yang berisiko untuk mendapat cyst ini?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi. Kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakannya adalah cyst biasa dan tidak rumit. Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

Apakah Simptom atau Gejala Ovarian Cysts?

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:

  • Muntah dan Loya
  • Sakit Perut
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Sukar atau kerap kencing
  • Rasa perut penuh dan tidak selesa
  • Rasa berat pada ari-ari

Adakah Cyst Penyebab Masalah Tidak Subur?

Cyst mempunyai pelbagai jenis dan kebanyakannya tidak menjadi penyebab dan tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst tidak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekirangan anda mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovaries (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masaalah kesuburan.

Bagaimana Untuk Merawat Masalah Cyst?

Rawatan masalah cyst bergantung kepada jenis cyst yang dialami oleh pesakit. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.

Bagaimana Shaklee Membantu Pesakit Cyst?

Selain itu anda boleh mengambil cara alternatif bagi merawat cyst dengan mengamalkan supplement semulajadi. GLA ComplexShaklee dapat membantu mengurangkan masalah berkaitan hormon sekaligus dapat mengecutkan cyst. GLA Complex mengandungi gamma linolenic acid (GLA) yang merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

[Sumber]


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...