"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

FAQ Shaklee Collagen Powder.

Apa Kandungan Shaklee Collagen Powder?
Kandungan utama Shaklee Collagen Powder adalah dari  sisik ikan merah, iaitu salah satu sumber premium kolagen dengan kadar penyerapan lebih tinggi  dan tahap pencemaran yang lebih rendah berbanding kolagen daripada sumber haiwan-haiwan lain. Ada 6 lagi kandungan tambahan iaitu:

  • Ekstrak Kerang-kerangan - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.
  • Elastin dari kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal.
  • Lactobasilus Acidophilus - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen.
  • Ekstrak Pfaffia - Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila digabungkan dengan ekstrak biji benih Camellia Japonica, dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan mebuatkan kulit lembut, lembap dan rata.
  • Ekstrak biji benih Camellia Japonica - Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas.
  • Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas dan merosakkan kulit kita. Vitamin-vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk mengahsilakan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel. 

Apa Keistimewaan Shaklee Collagen Powder?
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti secara klinikal dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu.

Bagaimana Rupa Shaklee Collagen Powder?
Ianya berbentuk serbuk yang mudah larut dalam minuman dan makanan kegemaran. Setiap kotak mengandungi 15 sachet.

Sekotak Shaklee Collagen Powder Tahan Berapa Lama?
Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan ambil 1 sachet setiap hari. Jadi untuk satu kotak penggunaan tahan selama 15 hari. Walau bagaimanapun, untuk lebih jimat pengguna boleh juga ambil selang sehari untuk 30 hari penggunaan.

Bagaimana Aturan Pengambilan Shaklee Collagen Powder?
Sangat mudah! Hanya campurkan 1 sachet kolagen bersama sebarang minuman kegemaran anda. Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu tubuh badan menjalankan proses pembinaan semula kulit. Jika anda turut mengamalkan ESP atau Meal Shake, Shaklee Collagen Powder boleh dibancuh dan diminum bersama ESP dan Meal Shake. Antara resepi mudah yang boleh dicuba bersama kolagen ini adalah:

  • Kolagen + Performance Drink
  • Kolagen + Jus Segar / Tropicana / Ribena / Nestle Bliss
  • Kolagen + Milo / Koko / Horlick

Anda boleh bancuh kolagen ini dengan apa-apa minuman kegemaran anda. Jika ada resepi baru, sudilah kongsikan bersama saya :)

Berapa Harga Shaklee Collagen Powder.
Harga runcit sekotak Shaklee Collagen Powder ialah RM298 (EM) / RM312 (WM). Sepanjang bulan Oktober 2013, Shaklee Collagen Powder ada promosi beli 6 percuma 1. Anda boleh kira dan pasti suka dengan harga sekotak kolagen selepas promosi. Tak cukup murah? Boleh PM / SMS / Whatsapp saya dan saya akan berikan harga yang lebih murah berganda-ganda, khas untuk pelanggan Noraihan Qusyairi. Anda juga berpeluang mendapat keahlian Shaklee secara percuma dengan promosi ini. Saya akan bagitahu caranya. Jangan terkejut, kenapa harganya mahal. Bagi menjamin kualiti, keberkesanan dan keselamatan penggunaannya, Shaklee hanya mendapatkan kolagen daripada sumber ikan laut dalam (ikan merah) yang sukar untuk diperolehi. Jadi harga setanding dengan kualiti.

Siapa Sesuai Mengamalkan Shaklee Collagen Powder?
Shaklee Collagen Powder ini sangat sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut:

  • Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
  • Gusi yang tidak sihat
  • Rambut kering dan bercabang di hujung
  • Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
  • Garis halus pada leher
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  • Payudara dan punggung kelenturan
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
  • Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan
Nampak tak perbezaannya? Cuma dalam masa beberapa minggu

Apa Rasa Shaklee Collagen Powder?
Adasedikit rasa ikan tapi rasa itu akan hilang jika kolagen dibancuh dengan minuman berperisa. Jangan takut untuk mencuba dan mempelbagaikan resipi.

Bolehkah Shaklee Collagen Powder Diambil Bersama Produk Lain?
Boleh tiada masalah cuma jarakkan pengambilan selama 2-3 jam.

Bolehkah Ibu yang Menyusukan Anak Mengamalkan Shaklee Collagen Powder?
Kebanyakan kandungan Shaklee Collagen Powder adalah sesuai untuk ibu menyusu. Jika anda dan bayi anda boleh terima supplement alfalfa, bermakna kolagen ini juga inshaAllah tidak menjadi masalah. Malah ada yang beritahu setelah mengambil collagen, susu mencurah-curah dan anak asyik nak menyusu. Jika tidak pernah menggunakan alfalfa, boleh juga menggunakan peraturan 4 harii iaitu cuba ambil kolagen selama 4 hari  berturut-turut. Jika tiada kesan kepada bayi dan anda, bermakna anda boleh teruskan pengambilan. Tetapi satu yang pasti, kandungan collagen adalah semulajadi, tiada bahan sintetik atau tambahan. Sekali lagi, jangan takut untuk mencuba.

Bolehkah Ibu Mengandung Mengamalkan Shaklee Collagen Powder?
Salah satu kandungan Shaklee Collagen Powder ialah ekstrak Pfaffia yang bertindak menstabilkan hormon. Oleh sebab itu, ekstrak Pfaffia ini tidak sesuai dimakan oleh ibu-ibu mengandung yang sedang mengalami perubahan hormon untuk disesuaikan dengan kehadiran anak dalam rahim ibu. Walaupun begitu, sebenarnya kandungan ekstrak Pfaffia dalam Shaklee Collagen Podwer sangat sedikit berbanding jumlah yang boleh memudaratkan ibu-ibu mengandung. Namun demi keselamatan ibu dan anak, saya cadangkan agar ibu-ibu mengandung tidak ambil kolagen. Tapi jangan risau, Shaklee Collagen Powder juga boleh digunakan sebagai masker. Jadi bakal-bakal ibu masih boleh merawat kulit dan bercantik-cantik sepanjang kehamilan :)

Hubungi kami untuk konsultasi percuma.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...