"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

S2U Tours: Family Day Zon Tengah

Assalamualaikum.

Hujung minggu hari tu kami berkesempatan untuk turut serta dalam program Family Day anjuran Team S2U bawah bimbingan Presidential Master Iffah & Firdaus. PM Iffah & Firdaus ni kira nenek Shaklee kami, secara langsung kami ni cicit kepada Presidential Master Cery yang membina legasi Shaklee terbesar di Malaysia :)

Alhamdulillah, acara 2 hari 1 malam ditaja hampir sepenuhnya oleh Team S2U. Kami cuma bayar RM50 sebagai yuran komitmen dan beli baju team saya, En Qusyairi dan Cik Kautsar semuanya RM50 shj.

Program ni merupakan lokasi pertama siri jelajah oleh PM Iffah & Firdaus, selain beberapa zon lagi lepas ni di Pantai Timur, Selatan, Sabah Sarawak dan mana lagi ye, tak ingat pula. Hihi. 

Lokasi program ni di Eagle Ranch Resort, Port Dickson. Best tau Eagle Ranch ni, walaupun jauh sikit dari pantai. Kalau nak buat aktiviti team building sangat awesome. Ada penginapan ala log cabin, teepee, kampung house, design sangat lawa ala-ala perkampungan cowboy. Ada kemudahan menunggang kuda, kolam renang, padang untuk permainan, bersukan dan trekking. 

Makan pun sangat sedap! Serius! Masakan kat situ sedap sangat. 

Hari sabtu kami sampai jam 1 tengahari, ambil kunci terus ke bilik penginapan. Alhamdulillah kami dapat penginapan ala Kampung House, selesa sangat untuk kami sekeluarga. Ada balkoni, bilik air luas dan ruang almari pun luas, sesuai sangat la dengan kami yang barangnya bukan main banyak ni. Hehe. Program bermula jam 5 petang, jadi sempat lagi kami berehat, walaupun Kautsar dah tak sabar nak keluar berjalan.

Bilik kami: kampung house.
Jam 5 petang, aktiviti pertama ialah telematch. Saya main permainan pertama je, lari bawa belon, letupkan dan lari patah balik semula. Lepas tu bagi laluan kat kawan lain pula main game. En Qusyairi main semua game, semangat! Cik Kautsar pula di tepi menikmati alam sekitar sambil jalan-jalan kutip bunga. 

Pasukan sorak En Qusyairi: ibu dan Kautsar
Malam tu ada dinner tepi kolam renang. Ada macam-macam menu; spageti carbonara, ketam cili, daging masak asam, ayam ungkep, pelbagai jenis sayur, buah, ulam, kuih, manisan. Makan macam nak pengsan sebab sedap sangat. Saya buat plan nak seludup ketam cili bawa balik bilik, tapi En Qusyairi taknak subahat. Maka rancangan saya gagal. Hahaha.

Culik baby Zinnirah. Sebelum baby Zinnirah sedar, kita ambil gambar dia dulu.
Esoknya Ahad program penuh sepanjang hari. Program Tusukan Qolbu sarat dengan sharing drp master-master Shaklee yang dah berjaya. Kebanyakan mereka tak sampai 2 tahun pun berbisnes, dah jadi master. InshaAllah satu hari nanti giliran kami pula.

Antara sharing dalam slot Tusukan Qolbu tu termasuklah teknik-teknik marketing, tips-tips perniagaan, amalan menjemput rezeki, kisah success story master-master terdahulu, etc. Untuk seseorang seperti saya yang tak pernah langsung ada pengalaman berniaga sebelum ni, perkongsian begitu sangat membantu saya merangka masa bisnes Shaklee dan masa depan saya. Maklumlah, tanggungjawab sebagai ibu, isteri, anak, dan tugasan sebagai pensyarah memenuhi kebanyakan masa saya. Jadi apa yang master-master kongsikan dalam slot Tusukan Qolbu tu saya anggap sebagai shortcut untuk saya lebih maju dalam bisnes.

Waktu slot Tusukan Qolbu: saya pilih bercamping dengan suami dan anak walaupun banyak kerusi disediakan. Kautsar kesukaan dapat biskut abahnya belikan.
Sepanjang program 2 hari ni, havoc sangat dengan anak-anak. Memang program Shaklee berteraskan family. Anak-anak bebas ikut. Sangat sesuai untuk SID macam kami yang tak boleh langsung berenggang dengan anak; tak sanggup! Sementara saya khusyuk dengan program, suami dan anak-anak bermain dan berkenalan dengan keluarga lain. Syok, kan? Pensel dan kertas mewarna pun disediakan untuk anak-anak :)

Tamat program tu kami terus balik ke Batu Pahat. Wajib kami singgah makan ikan bakar di Medan Ikan Bakar Sabar Awor, Muar. Tempat ni kali pertama kami pergi ketika baru hamilkan Kautsar, kami sambut ulangtahun merisik. Memang tempat makan kegemaran kami, walaupun jaraknya sejam lebih dari rumah kami. Berbanding dengan Umbai, kami lebih suka masakan di Sabak Awor. InshaAllah ada masa saya kongsi cerita tentang dua-dua medan ikan bakar ni.

Bisnes Shaklee ni saya join pada mulanya atas 2 sebab: pertama kerana saya terlalu kagum dengan kebaikan Shaklee yang saya rasa berbanding suplemen farmasi, dan keduanya kerana saya nak tambah kawan. Alhamdulillah dua-dua matlamat tersebut saya dah capai dalam masa singkat. Sekarang saya nak luaskan misi saya untuk bantu lebih ramai ibubapa di luar sana untuk sama-sama jana pendapatan utama atau sampingan dengan Shaklee. Jangan risau jika tiada pengalaman, saya pun bermula dengan sifar pengalaman berniaga. Yang penting perlu ada azam dan kesungguhan, sebab dan push factor yang kuat untuk berjaya dalam perniagaan serta niat kerana Allah swt.

Kalau anda nak berjaya dalam Shaklee bersama saya, segera hubungi saya supaya kita sama-sama dapat rangka perjalanan bisnes anda.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...