"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Shaklee Effect: Puan Noraihan dan Set Hamil Shaklee.

Assalamualaikum.

Set hamil Shaklee ni set pertama yang perkenalkan saya dengan jenama Shaklee. Punca saya beralih daripada suplemen farmasi ke suplemen Shaklee sebab saya dapattahu saya hamilkan Kautsar. Jadi jumlah suplemen yang saya perlukan lebih daripada biasa. Bila saya perlu belilebih banyak suplemen, maka belanjanya lebih banyak. Terus terang waktu tu saya rasa mengarut sangat belanja sampai beratus-ratus ringgit sebulan beli suplemen. Saya percaya harga suplemen takkan semahal tu. Yang mahal sebenarnya kos-kos tak perlu yang company putuskan customer perlu bayar. Contohnya kos marketing, iklan-iklan kat tv dan billboard, bayar upah duta produk etc.

Betul. Saya bertukar kepada Shaklee sebab nak jimat duit je. Haha.

Alhamdulillah sejak bertukar kepada Shaklee, kehamilan saya berjalan dengan lancar. Sebelumnya saya alahan teruk (kata orang tua-tua sebab hamilkan anak perempuan). Alahan saya agak teruk sampaikan saya tak mampu bangun lepas bangun tidur pagi, tak mampu naik tangga ke pejabat saya di tingkat 3, tak berselera makan, berat badan turun dan sering sakit-sakit badan.

Saya mula amalkan Shaklee ketika kandungan masuk 3 bulan. Hari pertama saya minum ESP, saya boleh selesaikan tugas di pejabat seperti biasa. Itu sesuatu yang sangat luar biasa sebab sebelumnya saya dan bangun pagi pun tak larat. Hehe. Pada masa sama, badan saya kekal bertenaga sampai ke petang.

Selain tu check up bulanan saya sentiasa cemerlang. Gula normal, hb cantik, tekanan darah pun stabil. Berat badan naik dengan elok. Tak terlalu banyak dan tak terlalu sikit. Dari awal hingga bersalin, berat saya naik 12kg saja. Sepanjang hamil, perut saya walaupun sangat besar tapi saya sangat aktif. Balik kampung di Perak dan Johor setiap bulan, keluar COD Shaklee setiap hari lepas kerja. Bercuti ke Langkawi dan Bandung, Indonesia. Sejak kandungan berusia 4 bulan setengah hingga saat bersalin, tak ada satu hujung minggu pun yang kami ada di rumah. Sentiasa berhujung minggu di tempat lain.

Sepanjang hamil juga saya tak ada masalah cramp kaki, bengkak kaki, gusi berdarah. Stretch mark pun tak ada! Ya Allah syukur sangat. Sedangkan saya tak pernah pakai krim atau losyen langsung.

Sehari sebelum bersalin, saya bekerja seperti biasa. Naik turun tangga di pejabat, balik kerja saya pusing beli barang dapur di pasaraya, waktu tu bulan Ramadan dan saya masih berpuasa tak sekali pun tak puasa. Malah sepanjang puasa saya masak sahur dan berbuka juga. Bila keluar tanda bersalin, saya masih mampu berjalan naik turun tangga di hospital, ke parking kereta, ke bilik bersalin dan bilik pemeriksaan. Lebih kurang 5 jam sakit bersalin, saya selamat lahirkan anak sulung kami. Alhamdulillah. Mudah sangat.

Vitamin yang saya amalkan? Set Hamil Shaklee iaitu ESP, B-Complex, Vitalea, Vita C, Ostematrix dan OmegaGuard.


Yang lebih saya bersyukur lagi, Kautsar membesar sangat sihat dan bijak. Perkembangan Kautsar sangat memuaskan. Ramai yang puji Kautsar bijak, pandai dan matang. Alhamdulillah. Meniarap, merangkak, menyusur cepat. Tumbuh gigi cepat. Sekarang Kautsar dah mula berjalan. Usianya belum pun 14 bulan. Kulitnya cantik. Pandai tiru perbuatan kami. Pandai tadah tangan baca doa, pandai rukuk dan sujud solat. Pandai serba serbi.

Kalau ada ibu-ibu dan bakal ibu yang berminat untuk tahulebih lanjut tentang set hamil, berpantang dan menyusukan bayi jangan malu-malu hubungi saya. InshaAllah saya berikan servis terbaik. InshaAllah.


Nak beli produk Shaklee:
  • hubungi kami untuk konsultasi atau terus isi borang order di bawah
  • boleh COD di sekitar Batu Pahat
  • atau barang akan dipos menggunakan courier PosLaju, CityLink atau GDex.

Nak jadi ahli Shaklee:
  • Isi borang pendaftaran ahli di bawah atau terus hubungi kami
  • Pendaftaran bernilai RM75 termasuk pos memberkit ke depan pintu anda
  • Atau setiap pembelian bernilai 200uv (RM650) layak menjadi ahli Shaklee secara percuma

Kelebihan sebagai ahli Shaklee:
  • penjimatan 15-30% untuk setiap pembelian.
  • jana pendapatan bersama Shaklee sehingga 6 angka sebulan.

Terima kasih!

 
ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...