"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Suplemen vs Ubat.

Assalamualaikum.

Saya tergerak nak tulis post ni sebab rata-rata respon yang saya dapat bila perkenalkan diri sebagai SID ialah: ubat untuk sakit sekian-sekian ada tak?

Jawapan saya: Kalau sakit kena rujuk doktor. Saya jual suplemen, bukan ubat.



Jadi apa sebenarnya beza suplemen dengan ubat?

Ubat (medication) adalah bahan asing yang berfungsi mengubati simptom, mendiagnos dan mencegah penyakit. Ubat hanya diambil ketika kita sakit. Ketika sihat, pengambilan ubat adalah tidak perlu dan boleh jadi tidak baik untuk kesihatan.

Suplemen pula adalah makanan tambahan yang membekalkan nutrisi keperluan tubuh seperti nutrisi yang kita peroleh daripada pemakanan seharian. Bagaimanapun, suplemen (makanan tambahan) tidak boleh menggantikan makanan harian, tidak boleh mengubati, mendiagnos dan mencegah penyakit. Sebaliknya suplemen (vitamin, mineral, herba etc) boleh diambil untuk membantu proses penyembuhan penyakit berlaku dengan lebih cepat dan berkesan.

Oleh kerana suplemen membekalkan nutrisi yang diperlukan setiap hari, pengambilan suplemen tidak terhad ketika sakit sahaja. Sebaliknya seperti kita makan setiap hari untuk menghilangkan rasa lapar, suplemen juga boleh diambil setiap hari untuk memenuhi keperluan tubuh yang sihat.

Bagaimana pula dengan vitamin /  suplemen sintetik? Suplemen sintetik adalah diperbuat daripada bahan kimia yang dicipta untuk menyerupai bahan aktif semulajadi. Suplemen semulajadi pula adalah diekstrak daripada bahan alam semulajadi (tumbuh-tumbuhan). Walaupun kandungan suplemen semulajadi juga adalah kimia, tetapi suplemen semulajadi mengandungi kimia yang terhasil secara semulajadi (ciptaan Tuhan) berbanding suplemen sintetik yang mengandungi bahan kimia buatan (ciptaan manusia). Terdapat juga suplemen semulajadi yang diproses secara kimia.

Untuk baca apa kata Dr. Zubaidi tentang suplemen vs ubat, jemput klik di sini.

Saya harap entri ini membantu ramai pengguna di luar yang mencari-cari produk terbaik untuk kesihatan mereka. Shaklee adalah syarikat suplemen semulajadi yang memasarkan suplemen yang diproses secara organik setelah menjalani ribuan kajian saintifik dan ujian klinikal yang diiktiraf. Produk Shaklee disahkan halal oleh Islamic Services of America dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Syarikat Shaklee sendiri menjamin produk suplemen mereka selamat, semulajadi dan berkesan.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...