"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Promosi ESP: Tinggal 2 Hari!

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar, lagi 2 hari promosi ESP bakal berakhir. Anda dah dapatkan ESP promo anda belum???

Cepat-cepat grab promosi ESP ni. Inilah peluang untuk dapatkan keahlian percuma. JIMAT hingga RM420+!

Apa yang anda dapat kalau beli 6 tin ESP bulan ni:
  • Percuma 1 tin ESP: JIMAT RM150
  • Percuma keahlian Shaklee: JIMAT RM65
  • Layak dapat harga ahli: JIMAT RM174
  • Cash Back bulan depan: RM36+



Hubungi kami untuk order dan konsultasi percuma. Setiap belian daripada kami akan terima:
  • Konsultasi cara makan vitamin yang betul dan berkesan.
  • Cara bancuh ESP yang betul, tanpa menjejaskan nutrisi dan memberi kesan terbaik untuk kesihatan
  • Jemputan ke secret group eksklusif untuk pelanggan kami sahaja

Jangan buang masa. Dapatkan set promosi ESP anda sekarang!

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Akibat Anak Minum Meal Shake.

Assalamualaikum.

Kautsar sememangnya anak yang sangat aktif. Kautsar sangat suka explore. Suka main. Berani berjalan sendiri ke sana sini. Di rumah, Kautsar tak pernah duduk diam. Menonton TV memang bukan minat Kautsar. Kautsar suka jalan, pegang barang-barang, susun-susun, ambil itu, ambil ini, sentuh, angkat, baling. Kautsar mudah terpesona dengan persekitaran.

Kauutsar masa 4-5 bulan.
Sejak Kautsar masih dalam pantang, saya perasan yang anak kami ni jarang tidur siang. Suka berjaga. Malam pun senang terjaga. Biasanya kami tidurkan Kautsar dalam keadaan senyap dan gelap. Kalau ada bunyi sikit senang sangat Kautsar terjaga dari tidur.

Paten yang sama bila Kautsar membesar. Nenek selalu cerita perihal Kautsar sepanjang berada di rumah nenek. Biasanya Kautsar tidur pagi 15 minit. Petang tidur lagi 15 minit. Malam pula Kautsar tidur jam 10 lebih, bangun pagi jam 5:30 atau 6 pagi.

Waktu hujung minggu dengan kami pun sama. Kadang tu Kautsar dah bangun sejak jam 6 pagi, jam 4 petang baru tidur. Itu pun tidur 30 minit je. Senang kata, Kautsar tak dapat tidur yang cukup untuk anak seusia dia iaitu 12-13 jam sehari.

Agak letih sebagai seorang ibu yang bekerja sepenuh masa, berniaga lagi untuk jaga anak yang tak suka tidur sebenarnya.

Sejak Kautsar terjangkit HFMD hampir sebulan lepas kami konsisten bagi Kautsar minum Meal Shake setiap malam. Ops. Bukan bancuh Meal Shake tu macam bancuh susu ok. Cuma campurkan 1 scoop dalam susu Kautsar sebelum Kautsar tidur.

Ya Allah, bersyukur sangat kami sejak itu. Sebab tidur malam Kautsar lebih lena. Jam 9 malam Kautsar dah mengantuk. Minta dodoi sekejap, menyusu, terus lena. Pagi-pagi Kautsar bangun jam 7 pagi. Siang hari pula Kautsar tidur pagi sejam, tidur petang sejam. Kadang-kadang boleh sampai 2 jam Kautsar tidur.

Sejak amalkan Meal Shake untuk Kautsar juga, saya perasan Kautsar naik berat badan secara konsisten. Dulu pernahh juga kami bimbang sebab berat Kautsar makin lama makin sikit naiknya. Minggu lepas kami timbang Kautsar dah hampir 10kg, naik sekilo lebih sejak amalkan Meal Shake. Malah dah banyak kali kami ditegur sebab pipi Kautsar makin bulat.

Mood Kautsar pula? Sangat baik! Ya Allah kami bersyukur sangat. Mungkin sebelum ni Kautsar keletihan sebab tak dapat tidur cukup, jadi moodnya senang berubah-ubah. Sekarang Kautsar sangat baik mood. Main, makan, tidur cukup. Ibu dan abah pun selalu ada dengan Kautsar. Tentulah Kautsar lebih gembira.

Muka budak nangis.

Alhamdulillah. Shaklee dan Meal Shake adalah asbab untuk kesihatan dan kegembiraan anak kami. Segalanya atas izin Allah swt juga. Kami selitkan dalam doa kami setiap kali kami angkat tangan menadah memohon rahmat dari Ilahi, supaya anak kami dikurniakan rezeki kesihatan, keselamatan dan kebahagiaan. Syukur Allah swt masih perkenankan doa-doa kami.

InshaAllah lepas ni kami akan terus konsisten menjaga kesihatan anak-anak. Lebih penting lagi, kami akan didik anak-anak kami supaya mengamalkan gaya hidup dan mental yang sihat. Semoga apa yang kami sampaikan hari ini memberi manfaat untuk anda yang membaca. Doakan kami terus gembira, bahagia, sihat dan selamat di bawah payung rahmat dari Yang Maha Esa.

Amin.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Review: Sanrio Hello Kitty Town & The Little Big Club

Assalamualaikum.

Baru-baru ni kami diberi kelapangan wang dan masa untuk bawa Kautsar ke Sanrio Hello Kitty Town & The Little Big Club, Nusajaya. Tak plan sangat pun, tiba-tiba terfikir nak ke sana.

Saya ada google-google sebelum pergi tu, tapi tak dapat banyak maklumat yang membantu. Jadi saya rasa baik saya kongsi review ni supaya dapat bantu ibubapa lain yg berniat nak bawa anak ke sana.
Sanrio Hello Kitty Town & The Little Big Club ni terletak betul-betul bersebelahan dengan Puteri Harbour Malaysia.

Kalau dari arah utara, boleh ke sana melalui Lima Kedai menghala ke Gelang Patah. Tapi jangan terus sampai ke Gelang Patah, belok kiri kat satu simpang tiga traffic light masuk jalan besar menuju Kota Iskandar dan Nusajaya. Tapi jalan situ agak sempit dan ada bahagian yang ada construction tak siap-siap. Motor dan lori pun banyak.

Selain tu, boleh lalu Jalan Skudai sampai lepas Danga Bay. Nanti ada flyover menuju je Nusajaya dan Kota Iskandar. Nanti jumpa Legoland dulu, kemudian Giant Nusajaya. Kemudian baru jumpa Puteri Harbour di kawasan Kota Iskandar. Jalan ni luas dan lapang macam highway.

Bagi yang tak biasa ke Kota Iskandar, saya cadangkan guna GPS / Waze.

Bersebelahan dengan Puteri Harbour ada bangunan Trader's Hotel bercantum dengan The Red Cube. Hello Kitty Town terletak dalam bangunan Red Cube ni berhampiran Sushi King, Kenny Rogers, Lat's Place, Starbuck, Toys R Us etc.

Hello Kitty Town & The Little Big Club ni sebenarnya taman tema dan playground setinggi 4 tingkat. Aras ground adalah cafe dan kaunter tiket. Hello Kitty Town terletak di Aras 1. The Little Big Club pula terletak di Aras 2 dan 3.

Waktu operasi: 10 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Ada dua pilihan tiket bagi warganegara Malaysia (pemegang MyKad):
RM55/pax untuk entri ke Hello Kitty Town sahaja, atau
RM85/pax untuk entri ke Hello Kitty Town dan The Little Big Club
*Nota: kanak-kanak bawah 3 tahun atau 90 cm tinggi masuk percuma.

Kami pilih untuk masuk dua-dua taman tema. Ada program istimewa seperti musical sing-along, Meet & Greet dll pada waktu tertentu. Pastikan anda semak jadual program di Kaunter Khidmat Pelanggan bersebelahan Kaunter Tiket sebelum masuk.


HELLO KITTY TOWN
Taman tema ni sesuai untuk kanak-kanak perempuan 3 tahun ke atas, yang dah boleh dengar arahan, atau yang boleh berdikari. Tempatnya kecil je, tapi banyak aktiviti yang boleh dilakukan dengan anak-anak.

Ready for action! Kautsar blur baru bangun tidur sebenarnya. Hihi.
Ada beberapa bilik aktiviti. Antaranya Cookies Making, Jewellery Making, Costume Studio. Boleh masuk Kitty House untuk ambil gambar, ala-ala rumah Hello Kitty la ada dapur, walk-in wardrobe, bilik mandi, bilik tidur. Selain tu boleh selesaikan task mudah di Black Wonder untuk selamatkan Hello Kitty dan Daniel yang diculik. Tak susah pun, lepas selesaikan nanti dapat sijil. Selain tu boleh main TeaCup yang pusing-pusing tu. Dan ada satu playground untuk kanak-kanak 90 cm ke atas. Namanya Friendship Land. Kami tak masuk sebab Kautsar tak cukup tinggi. Dalam tu ada personnel yang akan supervise anak-anak kita bermain.

Kami datang hari Sabtu, jam 12 lebih tengahari waktu cuti sekolah. Jadi agak ramai orang dalam tu dan bising sikit. Tapi masih ok, masih boleh main dan berseronok.

Sampai-sampai kami terus beratur untuk main TeaCup. Sebab line TeaCup tu yang paling pendek. Saiz TeaCup tu kecil je, kami masuk berdua pangku Kautsar, berlaga lutut. Hihi. Kena pula saya ni jenis kaki panjang, memang sempit. Demi anak, masuk jugak la.

Lepas TeaCup, kami masuk bergambar di Kitty House. Cantik sangat dalam tu, sesuai la untuk budak-budak perempuan. Lepas keluar dari Kitty House tu ada sesi Meet&Greet dengan Kitty dan Daniel, jadi kami ambil gambar dulu. Dalam taman ni ada jurugambar yang ambil gambar kita, nanti kita boleh beli. Nanti saya cerita pakej gambar ye.

Kitty House: Kat ruang tamu
Kitty House: Kat wardrobe
Lepas Meet&Greet, kami rehat sekejap, makan dan minum di Cinnamonroll Cafe. Harga agak mahal, biasalah kan. 1 cucuk mini donut RM4.50. Cookies pun RM4.50 satu tapi besar dan manis, makan tak habis. 

Jewellery Making: time ni Kautsar tengah bersemangat!
Kemudian kami ke Jewellery Making. Dalam ni kita akan diberi 1 utas rantai dan 1 pendant setiap seorang. Masukkan pendant dalam rantai, siap. Senang je kan? Tapi untuk kanak-kanak, lama jugak nak siap. Haha. Rantai tu kita boleh bawa balik, dah termasuk dalam harga tiket. Kami tak ke Cookies Making sebab Kautsar belum sesuai nak uli-uli doh. Nanti comot. 

Last sekali kami masuk Black Wonder. Mula-mula tu ibu dan abah blur jugak apa benda task yang kena buat. Mana nak cari klu. Lepas tu ibu semangat selesaikan task, abah sibuk ambil gambar, Kautsar pula ralit main lari jalan pusing dalam tu. Hasil usaha ibu, kitorang dapat sijil sebab berjaya selesaikan task. Haha.

Sebelum keluar tu sempat juga tengok My Melody Sing-Along, tapi bila habis tu nak peluk-peluk dengan Hello Kitty dan Daniel Kautsar takut pula. Haha.

Black Wonder: Sebelum mula task
Black Wonder: Dalam Fashion House kot.

My Melody Sing-Along: Ralit sangat Kautsar nyanyi.

THE LITTLE BIG CLUB
Dah puas pusing Hello Kitty Town, kita ke The Little Big Club pula. Berbanding Hello Kitty Town yang ala-ala taman tema, The Little Big Club ni lebih kepada Playground bertema. Ada 2 tingkat, memang puas main. Temanya Barney, Thomas & Friends, Bob The Builder, Pingu, Angelina Ballerina. Itu je kot.

Mula-mula kami duduk rehat dulu sambil tengok Sing-Along Thomas & Friends. Berjoget-joget Kautsar bila part nyanyi-nyanyi. Sambil tu Kautsar main kat tempat Barney. Bila dengar lagu The Wheels on The Bus terus Kautsar berhenti main dan melompat-lompat joget. Lagu kegemaran Kautsar tu selain Head, Shoulders, Knees and Toes dan Baa Baa Black Sheep.


Lepas main kat Barney, masuk rumah Pingu. Rumah Pingu ni macam pusat hiburan keluarga, ada Air Hockey, gravity bowling etc. Tak sesuai untuk Kautsar jadi kami terus keluar dan main kat playground.

Depan Pingu Igloo

Dalam Pingu Igloo
Playground aras 2 tu besar, macam maze. Sesat-sesat ibu abah Kautsar main dalam tu. Abah paling semangat, terselit-selit bawa Kautsar main dalam playground saiz budak-budak (bayyangkan abah Kautsar yang saiz montel tu main kat sana). Gigih sangat abah bawa Kautsar naik gelongsor, kemudian lepaskan Kautsar menggelongsor. Soalnya, abah kena turun gelongsor juga lepas tu. Satu-satunya baby tua yang main gelongsor kat situ. Haha.




Main kat playground tu je dah lama. Lepas tu main susun-susun tetris pula. Kautsar sangat kental angkat blok-blok tetris tu walaupun terhuyung-hayang. Sekejap je main susun tetris, lepas tu terus ke aras 3.

Susun tetris
Kat aras 3 ada banyak permainan berunsurkan rides. Kautsar dengan abah naik Bertie The Bus, Windmill. Itu je sebab dah letih sangat masa tu. Kautsar pun dah mengantuk. Selain dua tu, ada Thomas Train Ride, Bumper & Diesel Car, Helitour Ride, Crane Drop Ride, dan beberapa lagi yang saya tak ingat. Ada Sodor playground juga, tapi kami tak main sebab penat. Kat aras 3 ni ada cafe yang jual makanan berat. Tapi harga saya tak pasti sebab saya tak makan pun kat sini. Kami plan nak makan di Lat's Place nanti.

Bertie The Bus

Windmill
Helitour
Sebelum balik kami sempat cukupkan gambar untuk ambil pakej gambar bernilai RM150:
  • 4 gambar saiz 5R
  • 1 gambar saiz 8R
  • 1 magnet
  • 1 keychain
Pakej lain yang saya ingat:
  • RM35/ pcs untuk gambar saiz 5R
  • RM100 untuk 4 gambar saiz 5R
  • RM50/pcs untuk gambar jigsaw puzzle
  • RM200/pcs untuk gambar canvas
Secara ringkas, kami yang bawa anak kecil seusia Kautsar ni pun ambil masa 4 jam dalam dua-dua taman ni. Kalau bawa anak umur 3-12 tahun elok la datang awal sikit. Kami tak plan jadi datang waktu cuti sekolah, memang agak ramai. Tapi seronok meriah. Kalau datang weekdays lebih aman inshaAllah, saya dah tanya dengan adik yang kerja situ. Hehe.

Saya rasa puas hati la dengan Hello Kitty Town dan The Little Big Club. Walaupun harga tiket agak mahal, tapi pada kami berbaloi. Untuk lain kali, kami lebih berminat nak ke The Little Big Club saja. Hello Kitty Town boleh pergi bila Kautsar dah besar sikit.

Review untuk Lat's Place inshaAllah akan datang ye. 


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Kautsar dan Penyakit Tangan Kaki Mulut (HFMD).

Assalamualaikum.

Tak berapa lama dulu Kautsar dijangkiti penyakit tangan kaki mulut, atau yang biasa orang sebut HFMD (hand, foot, mouth disease). Penyakit ni terjangkit kat Kautsar masa kami balik kampung. Sepupu kesayangan Kautsar, Abang Luqman, masa tu baru je baik daripada sakit ni. Tak sengaja terjangkit ke Kautsar pula.

Gambar ihsan Google. Bintil pada tangan kaki Kautsar lagi sikit dan tak semerah ni. Kecil-kecil je.
Alhamdulillah tak teruk langsung. Pagi tu suhu Kautsar tinggi, saya ukur 38.5C. Waktu saya mandikan, saya perasan ada bintik merah macam ruam yang banyak kat punggung Kautsar. Tangan dan kaki ok tak ada bintik. Tapi sejam kemudian saya cek tangan dan tapak kaki ada bintil berisi air. Adalah dalam beberapa bintil. Tapi saya taknak ambil risiko. Terus kami bawa ke Klinik Pakar Kanak-kanak.

Saya ceritakan kepada doktor tentang demam, bintil di punggung, tangan dan kaki. Juga tentang sepupu Kautsar yang baru baik dari jangkitan HFMD. Doktor kata ada kemungkinan Kautsar dijangkiti HFMD, tapi beliau tak sahkan. Sebab masih awal sangat. Demam Kautsar sikit je, bintil-bintil pun sikit. Doktor cuma bagi ubat paru-paru dan ubat batuk sebab Kautsar dah beberapa hari batu selsema. Ubat demam kami ada. Antibiotik untuk HFMD pun doktor tak bagi, lebih-lebih lagi kami ada bagitau Kautsar susah makan ubat.

Balik tu kami monitor Kautsar, Alhamdulillah setakat itu je sakitnya. Tak makin teruk. Kat mulut boleh kata tak ada bintil langsung. Kat tangan dan kaki sikit-sikit je. Sebab doktor tak bagi apa-apa ubat, kami ikhtiarkan dengan suplemen Shaklee. Dah alang-alang ibunya SID, takkan anak sakit kita tak usahakan. Betul tak?

Saya bagi Kautsar 1 scoop Meal Shake dibancuh dalam susu setiap malam sebelum tidur. Tangan dan kaki Kautsar pula kami sentiasa sapukan dengan Herbal Blend. Lepas makan malam kami bagi Nutriferon kepada Kautsar, 1 paket sehari selama 2 hari berturut-turut.

Apa yang saya perasan, Kautsar lebih lena tidur malam. Malah waktu nap siang pun lebih lama. Bintil di tangan, kaki dan punggung cuma bertahan sehari dua. Sapu Herbal Blend kat punggung Kautsar tak ada bintil baru yang naik. Kautsar pun tak rasa tak selesa, boleh main macam biasa. Kalau tak Kautsar asyik pegang dan tepuk-tepuk pampers je. Bintil yang ada tu terus kering dan makin baik. Bila bintil kering, kulit tangan dan kaki Kautsar menggelupas teruk. Dengan Herbal Blend, kulit yang menggelupas tak kering dan keras. Kulit pun jadi lebih lembut.

InshaAllah lepas ni kami akan lebih konsisten berikan Meal Shake untuk Kautsar. Bulan ni ada promosi Beli 3 percuma 1. Memang nak borong. Kalau ada yang sudi nak kongsi boleh hubungi kami ye.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Bengkel Babywearing (Gendong Bayi) 101

Assalamualaikum.

Hujung minggu lepas, kami tiga beranak diizinkan hadir menuntut ilmu menggendong bayi di Bengkel Babywearing 101 anjuran Selat Tebrau Babywearers. Banyak sangat ilmu berkaitan kaedah menggendong bayi secara selamat yang kami dapat kutip sepanjang program berlangsung.

Program bermula jam 8 pagi. Kebetulan diadakan di UTM, alma mater saya, kami pula bermalam di Skudai. Jadi kami tak tergesa-gesa pergi. Dewan tempat bengkel berlangsung sangat luas dan selesa. Ada ruang untuk kanak-kanak menonton movie dan mewarna, ada juga ruang untuk ibu-ibu menyusukan anak.

Paling best ada booth-booth jualan dengan diskaun khas untuk peserta bengkel.



Acara pertama ialah ceramah tentang kebaikan menggendong bayi. Maaflah saya tak sempat nak tengok nama penceramah sebab sibuk layan Kautsar teruja ramai kawan. Penceramah adalah pensyarah Sains Sukan di Fakulti Pendidikan UTM yang dah banyak menerbitkan jurnal dan kertas kerja berkaitan kebaikan menggendong bayi kepada ibu dan anak.

Seterusnya adalah taklimat khas oleh En. Steven, wakil daripada IzziKlik iaitu pengedar sah baby carrier jenama Ergo di Malaysia. Taklimat En. Steven berkaitan macam mana nak bezakan Ergo tiruan (Fergo) dengan Ergo asli. IzziKlik ni satu-satunya pengedar sah Ergo di Malaysia tau, jadi kalau nak beli produk Ergo lebih baik rujuk dengan IzziKlik kat mana boleh dapatkan. Sebab baru-barunya ada pelanggan yang beli Fergo pada harga RM500 lebih di Expo Mom & Baby JB. Yang murah dah tentu fake, yang mahal belum tentu original.

Sesi ketiga adalah ceramah tentang kaedah babywearing yang selamat oleh Dr Nyazirah Wahab, doktor pakar radiologi Hospital Sultanah Aminah merangkap Presiden Selat Tebrau Babywearers. Barulah jelas kenapa kita sebagai ibu bapa WAJIB ELAK crotch-carrier. Crotch-carrier memang murah, kat kedai ada yang cuma RM60 lebih. Berbanding ergonomik baby carrier yang selamat untuk bayi harganya RM300 lebih. Ibu bapa tolong faham, ada sebab harga baby carrier yang baik tu mahal. Materialnya selamat untuk bayi, malah bayi berada dalam keadaan selesa dan selamat jika digunakan dengan kaedah yang betul.

Selesai ceramah adalah sesi latihan dalam kumpulan. Kami tiga beranak dalam Kumpulan 5, En Qusyairi satu-satunya kumbang dalam group kami. Mula-mula kami di beri masa 90 minit untuk belajar dan mahirkan diri dengan Soft-Structured Carrier (SSC) dan Ring Sling. Bagi kami berdua, SSC bukan asing sebab kami dah gunakan JumpSac Orbit seawal Kautsar berusia 4 bulan lagi. Tapi yang lebih best sebab kami dapat cuba pelbagai jenis SSC daripada jenama lain. Ada banyak jenama SSC di pasaran Malaysia antaranya TULA, Ergo, Pognae, SnuggBaby, Onya, CuddleMe, Manduca, Tugeda, KinderPack dan Boba. Kami tak dapat cuba banyak sebab Kautsar sejak dapat kaki memang taknak digendong. Lagi pun Kautsar mengantuk sangat waktu tu. Hehe.

Ring-sling mudah nak guna. Tapi entah kenapa, saya tak berapa berminat. Mungkin sebab gendong sebelah bahu je. Ring sling ni menggendong bayi dalam kain yang dijahit dengan ring (gegelung cincin). Ala-ala orang indonesia selalu bawa budak dalam kain batik. Kalau pakai batik yang tak berjahit tu kita panggil ribozo (ikat, bukan jahit). Menggendong dengan ring sling cuma guna sebelah bahu, jadi ibu bapa kena pilih bahu yang mana yang selesa. Saya memang tak minat gendong sebelah bahu sebab tak lama je mesti rasa berat sebelah. Ada kaedah pakai ring sling, kalau salah pakai akan menyebabkan sakit belakang.

Belajar buat high back carry.
Lepas break tengahari, sesi latihan dalam kumpulan yang kedua pula. Kali ini untuk belajar dan berlatih gunakan Mei Tai dan Wrap. Wrap adalah kain khas untuk menggendong bayi. Cuma sehelai kain panjang, macam shawl tapi lagi besar. Orang dengan susuk macam saya sesuai guna wrap saiz 5 (4.2 meter). Macam En Qusyairi boleh guna saiz 5 atau 6 (4.5 meter). Saya berkenan sangat dengan wrap Garisol, warnanya sangat cantik, kainnya sangat sedap dan sangat selesa untuk bayi. Ada banyak jenama wrap, antara yang affordable ialah JumpSac, BebeSachi, Deisu, Lenny Lamb. Jenama affordable ni biasanya daripada material 100% cotton.

Selain tu ada wrap yang lebih mahal dan boleh cecah lebih RM1000, seperti Pavo. Wrap mahal ni daripada material campuran sutera dan cotton. Ada juga wrap daripada material campuran linen dan cotton. Jenama wrap lain yang kami sempat usha hari tu ialah NatiBaby, Garisol, JumpSac, Deisu. Wrap ni yang paling best dan menambat hati saya. Sebab kalau pakai wrap, selesa sangat-sangat. Betul-betul ibu body ibu dan bayi. Tak ada istilah wrap tak sesuai, kecuali kalau salah pakai.

Mei Tai pulak. Mei Tai ni macam wrap, ikat-ikat keliling badan. Tapi kelebihannya ada body panel macam SSC. Lebih senang nak ikatlah berbanding wrap. Jenama yang dicadangkan BebeSachi. Kat bawah ni gambar En Qusyairi menggendong Kautsar dengan Mei Tai jenama apatah, harganya RM1200. Menangis mak dengar harganya. Nak berpeluh pun takut. Haha. 


Sepanjang bengkel memang meriah dengan kanak-kanak dan bayi. Seronok sangat Kautsar main. Tak banyak gambar yang kami tangkap. Biasalah, saya kalau dah khusyuk memang tak ingat nak bergambar. Saya bukan gila gambar pun. Hihi.


Selain tu ada banyak cabutan bertuah. Kautsar menang satu Angel Backpack dan sepasang tshirt dan seluar. Saya yang paling seronok sebab dapat voucher RM50 untuk nursing wear oleh FeedMilk dan voucher 15% off untuk beli baby carrier di FabMom. Selain tu kami berjaya borong 5 set cloth diaper untuk Kautsar pada harga RM16 setiap satu. Murah sangat! Dan cenderahati yang kami bawa balik termasuklah dua set penjagaan gigi untuk Kautsar, buku nota Fakulti Pendidikan UTM dan lebih penting lagi booklet berisi maklumat menggendong bayi. Dan kami juga dah booking sehelai wrap Lenny Lamb. Tunggu hari je sampai. Tak sabar!


Ibubapa yang berminat nak babywear anak masing-masing, saya nasihatkan joinlah mana-mana group babywearing yang bertauliah. Yang berada di sekitar Johor boleh join Selat Tebrau Babywearers. Yang lain boleh join Malaysia Babywearing. Best sebab diorang ni terlatih, dapat sijil untuk ajar gendong bayi. Selain tu diorang selalu jual beli wrap preloved pada harga affordable. Best beli yang preloved sebab dah broken in. Lembut sangat. Selesa!

Ok, terpanjang lebar la pulak kan. Sampai sini dulu. Malam ni nak tidur mimpi Garisol wrap :)

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Cara Ringkas Solat Sunat Hajat.

Assalamualaikum.

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda:
"Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

WAKTU MELAKUKAN SOLAT SUNAT HAJAT
Boleh dilakukan bila-bila masa ( siang / malam) kecuali waktu yang dilarang melakukan solat sunat seperti selepas solat subuh, ketika matahari naik, dll.Walaubagaimanapun, lebih baik dilakukan pada lewat malam,/ separuh malam.

CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT HAJAT
Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya pada niat

Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian
Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. Salah satu caranya ialah ( cara paling ringkas) ialah :

Lafaz niat solat sunat hajat:
صَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :

  • Baca doa iftitah
  • Baca Al Fatihah
  • Baca Surah Al Kafirun 1 kali
  • Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa

Pada Rakaat Kedua

  • Baca Al Fatihah
  • Baca Surah Al Ikhlas
  • Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
  • Membaca Tahiyat Akhir
  • Memberi Salam

Berdoa selepas memberi salam:
Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.
Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, dijauhkan dari maksiat dll.

Setiap orang mempunyai cita-cita & hasrat. Untuk mencapai cita-cita & hasratnya memerlukan usaha dan ikhtiar. Salah satu dari usaha dan ikhtiar yang boleh kita lakukan untuk mencapai hasrat dan cita-cita ialah dengan memohon hajat kepada Allah melalui solat hajat sama ada kecil atau besar.

Hajat yg dipohon
Hanyalah perkara yang memberi kebaikan atau kesejahteraan di dunia dan akhirat untuk diri dan orang lain & doa untuk mengatasi/menjauhkan sesuatu kesulitan atau keburukan

Tidak harus dipohon
Memohon sesutu hajat yang dilarang ditegah oleh Allah seperti: Memohon untuk melakukan perkara maksiat/kejahatan, memohon keburukan untuk orang lain


FADILAT/KELEBIHAN SOLAT SUNAT HAJAT

  • Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah swt
  • Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah swt Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui
  • Memberi ketenangan jiwa kepada seseorang
  • Tekun dan gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah swt
  • Tidak putus asa dengan takdir Allah swt
  • Dimakbulkan Allah swt doa yang dipohon (InshaAllah)

Hajat boleh di pohon di dalam solat iaitu ketika sujud terakhir tetapi berdoa di dalam hati sahaja (tidak boleh dilafazkan kerana masih lagi berada didalam solat- batal solat jika melafazkannya).

Hajat juga boleh dipohon di luar solat iaitu dalam sujud selepas memberi salam ( boleh melafazkannya krn telah keluar dari solat.

Semoga bermanfaat dan rajin diamalkan.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Komuniti: Membeli dan Menderma Bersama Shaklee.

Assalamualaikum.


Ramai dah tau promosi Meal Shake beli 3 percuma 1 ni. Promosi ni dah berjalan sebulan lebih, sejak awal September hari tu lagi. Meh nak cerita sikit kisah di sebalik Promosi Meal Shake ni.

Biasanya Shaklee buat promosi bulanan Beli 6 Percuma 1. Saya terkejut bila dapat berita promosi berganda awal September lepas. Selain promosi biasa, ada promosi tambahan Meal Shake beli 3 percuma 1.

Sangat best! Jimat sampai RM20 lebih setin.

Rupanya promosi ni sebahagian daripada Program "Love My Neighbourhood" anjuran Shaklee. Dengan setiap pembelian set promosi ni, 10% hasil jualan akan disalurkan kepada 2000 keluarga dengan anak kecil. Bantuan akan disalurkan dalam bentuk Meal Shake bernilai RM 1 juta setahun.

2000 keluarga!
RM 1 juta setahun!

Meal Shake ni kan suplemen susu yang diperkaya dengan vitamin dan mineral. Rasa vanila sedap pulak tu. Jadi Shaklee nak bantu keluarga dengan anak kecil yang kurang bernasib baik, untuk bekalkan makanan tambahan untuk anak-anak mereka.

Semoga usaha kecil kita beri impak besar kepada penerima bantuan.

Berminat nak beli set promosi Meal Shake ni, boleh hubungi kami. Sebagai menyatakan sokongan kami terhadap program kebajikan anjuran Shaklee, kami sediakan saguhati eksklusif untuk semua yang membeli set promosi ini. Semoga kita sama-sama peroleh keberkatan.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Simptom Dosa!

Assalamualaikum.

Ini adalah petikan beberapa isi penting daripada rancangan Tanyalah Ustaz yang bersiaran pada 12 Oktober 2014.

Antara dosa tak langsung tanpa sedar ialah menuduh halal dan haram sesuatu perkara

Hak menghukumkan HALAL dan HARAM itu hak Allah swt.
Janganlah kita menuduh sesuatu kerjaya atau harta sesorang itu Halal atau Haram kerana kita tiada hak untuk jatuhkan hukum Halal dan Haram jika tiada bukti asas dan sahih. Itu semua Hak Allah swt. Jangan binasakan diri sendiri dengan menindas hak Allah swt.

Antara Amal yang boleh diikhtiarkan untuk mohon dosa diampunkn Allah swt (semua jenis dosa kecuali syirik!):

  1. Haji: sebab ada hari Arafah iaitu saat paling makbul berdoa! Mohon Allah swt ampunkan dosa kita!
  2. Setiap hari iaitu 1/3 malam (jam 3 pagi hingga subuh)
  3. 10 malam terakhir Ramadhan! Carilah LailatulQadar. Bukan menunggu LailatulQadar!

Yang penting Konsisten. InshaAllah syaitan akan jauh dr menghampiri kita.


Soalan: adakah perbuatan sihir itu merupakan satu penyakit dan penghapus dosa?
1. Percaya Allah itu Maha Besar dan segala yang berlaku adalah dari-Nya
2. Jangan percaya dan yakin penyakit itu sebab datang dari sihir malah kita redha atas ketentuan dari Allah swt
3. Jadi ubatnya adalah dekatkn diri dgn Allah swt, perkasakan ilmu agama dan usaha atas jalan Allah swt untuk ikhtiar dan seterusnya berdoalah pada Allah agar dipermudahkan urusan.

Semoga bermanfaat.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Contest: Pemenangnya Adalah....

Assalamualaikum.

TAHNIAH!

Tahniah kami ucapkan kepada Cik Hana kerana berjaya dipilih sebagai pemenang utama Contest September 2014: Shaklee Effect!!

Cik Hana hantar 3 penyertaan, dan penyertaan yang terpilih menang hadiah utama ialah Cik Hana dan VIVIX.


Saya sukaVivix Shaklee!!! kerana ia umpama sesudu kebaikan & kegembiraan yang dpt dikongsi dgn tubuh badan setiap hari. bukan pd tubuh badan sy saja tapi dikongsi dgn ahli keluarga sy. Vivix ni adalah pati dari extrak buah-buahan taw, so rasa dia betul-betul pekat. Jadi biasanya mak kesygan sy akan bancuh satu sudu dalam bekas minuman dan letak dalam peti ais. Jadi satu family minum! :-) terutama sy lah..hehe..bila saya balik ke kg pd hujung minggu & ada air campuran Vivix ni rasa seronok sgt sbb jarang2 ada air perisa buah-buahan ni. Selalunya teh atau sirap je...yang paling sy gembira bila mak sy kata tumit dah tak sakit mcm dulu (maklumlah, mak sy dah berusia). penangan Vivix lah ni..alhammdulillah! sbb sy sygg sgt mak sy..tq sesudu kebaikan vivix setiap hari..habis ni boleh beli lagi ;-)

Pertama kali kami baca entri daripada Cik Hana berkenaan kenapa beliau suka VIVIX, kami terus tau inilah pemenang yang kami cari. Terkesan sangat bila baca yang Cik Hana belikan VIVIX untuk mak beliau. Terharu! Alhamdulillah VIVIX Shaklee adalah asbab untuk kesihatan mak Cik Hana yang lebih baik, dengan izin Allah swt.

Dengan ini, Cik Hana berjaya memiliki sekotak COLLAGEN POWDER SHAKLEE bernilai RM298. Yippie!

Dan disebabkan ada 5 penyertaan individu dan hadiah yang ditawarkan ada 4, kami putuskan semua  5 orang peserta dapat hadiah! Yayyy lagi!


PEMENANG UTAMA: Collagen Powder Shaklee (RM298)
Cik Hana

HADIAH KHAS PENYERTAAN TERAWAL: Herbal Blend Multi-Purpose Cream (RM27)
Cik Nor

HADIAH SAGUHATI: Vita C Chew (RM37.50)
Cik Nor
Yunez Izzati
Fara Hanim
Iba Hafiz

Tahniah kepada semua peserta Contest anjuran Noraihan Qusyairi. Terima kasih kerana sokongan anda selama ini. InshaAllah akan datang kami akan adakan Contest lain dengan hadiah yang lebih menarik.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Susu Ibu: Masalah Yang Sering Berlaku Semasa Penyusuan.

Assalamualaikum.

Penyusuan susu ibu adalah proses semulajadi. Walau bagaimanapun, ibu-ibu yang baru melahirkar) anak pertama mungkin.mengalami sedikit masalah untuk dua minggu pertama dalam penyusuan susu ibu. Berikut adalah beberapa masalah yang sering dialami:

Bengkak buah dada


Sebab - Jika kedudukan bayi anda tidak betul dan bayi jarang diberi susu ibu, buah dada akan jadi padat dengan susu. Buah dada anda akan terasa bengkak, keras, berat dan sakit. Ini mungkin berlaku terutamanya pada minggu pertama selepas bersalin.

Penyelesaian:

  • Sebelum menyusu, perah buah dada dengan perlahan-lahan untuk melembutkannya. Ini akan memudahkan bayi menghisap puting dan areola. Anda juga akan merasa kurang sakit.
  • Jika buah dada anda masih keras selepas menyusu, perahkan baki susunya. Tuamkan buah dada untuk melegakan kesakitan.
  • Pakai coli yang mengampu buah dada dengan baik.
  • Tentukan kedudukan anda betul dan bayi menetek dengan berkesan. Jangan hadkan penyusuan. Menyusulah dengan lebih kerap.


Puting yang luka atau merekah


Sebab - Jika bayi hanya menghisap puting dan tidak areolanya, ini akan menyebabkan puting luka atau merekah.

Penyelesaian -

  • Pilih kedudukan yang sesuai  dan selesa. Dekatkan bayi ke  buah dada dan bukan sebalik-nya.
  • Pastikan bayi menghisap puting bersama areolanya. Oleh itu mulutnya haruslah terbuka luas dan dagunya menyentuh buah  dada anda.
  • Amat penting anda terus menyusukan anak dalam kedudukan yang betul.
  • Beri bayi hisap buah dada yang  tidak sakit dahulu. Bila susunya  mangalir dangan elok, beralih- lah ka buah dada yang sakit itu.
  • Selepas menyusu, masukkan  hujung jari anda ke penjuru mulut bayi. Kemudian alihkan bayi dengan perlahan dari buah dada anda.
  • Sapukan puting yang sakit dengan sedikit susu untuk membantu memulihkannya. Elak  daripada menggunakan sabun,  krim atau losyan pada puting.
  • Dedahkan puting anda ke udara sekerap mungkin. Elak daripada memakai coli  sehingga kesakitannya reda.
  • Jika putingnya terlalu sakit, dapatkan nasihat doktor. Sementara itu, perah susu anda agar pengeluaran susu tidak terjejas dan bayi terus disusui.



Kekurangan Susu Ibu

Sebab -

  • Pengaliran susu anda  akan menyusut kerana kurang  rangsangan akibat faktor-faktor yang berikut :
  • Jika anda tidak membenarkan bayi menghisap sekerap yang ia hendak.
  • Jika anda mula memberikan makanan tambahan terlalu awal atau memberi susu botol.
  • Jika anda beri bayi menghisap sebelah buah dada sahaja.


Susu anda juga akan menyusut :

  • Jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu.
  • Jika anda menghadapi tekanan emosi.


Penyelesaiannya  -

  • Susui bayi anda sekerap mungkin dan sekerap yang dikehendakinya.
  • Cuba susui bayi anda pada setiap 2 jam.
  • Susui bayi anda dari kedua-dua belah buah dada.
  • Perbaiki pengambilan makanan anda. Lebihkan makanan membina badan (seperti ikan, ayam, daging, telur, susu, kekacang, biji-bijian dan kacang) dan makanan mencegah penyakit (seperti buah-buahan dan sayur- sayuran).
  • Yakini diri sendiri. Anda boleh menyusu bayi anda.
  • Cuba tenangkan diri anda.


(Dari Laman Web Hospital Mersing)


BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU PENYUSUAN SUSU IBU



Set breastfeeding Shaklee dipakej khas bagi memudahkan ibu-ibu menyusukan bayi sambil dapat nutrient penting yang diperlukan oleh ibu dan bayi. Set ini bukan sahaja untuk menambah susu, tapi juga membekal tenaga kepada ibu-ibu secara selamat dan semulajadi. Set ini mengandungi:

  • Vitalea: multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh.
  • Vita-C: penting untuk kesegahan sel, mempertingkatkan imuniti tubuh, mencantikkan kulit dan antioksidan.
  • B Complex: mengurangkan stress, mengimbangi hormon, membakar makanan menjadi tenaga, asid folik penting dalam penyusuan ibu.
  • Alfalfa: digunakan zaman-berzaman sebagai penambah susu di negara Barat. Di samping itu, kegunaan alfalfa sangatlah banyak.
  • ESP: membekalkan 40% keperluan protein harian ibu, memberi tenaga segera dan berpanjangan, memekatkan susu selain mengandungi asid amino perlu termasuk 9 komponen yang tak dapat dihasilkan oleh badan
  • OsteMatrix: tablet kalsium dan magnesium untuk mengelakkan ibu kekurangan kalsium yang menyebabkan kejang otot, gusi berdarah dan tulang rapuh. Kalsium yang cukup juga boleh membanpu meningkatkan penghasilan susu ibu.

Ibu-ibu yang pernah mengambil set breastfeeding ini mendapati badan mereka tambah bertenaga, susu badan kelihatan lebih pekat malah ada yang mendapati susu badan mereka bertambah banyak.

Namun, 3 PERKARA PENTING ini perlu diamalkan:

  • Minum 3Liter air sehari
  • Pam susu 3 jam sekali
  • Doa, tawakal

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Shaklee Effect: Iba Hafiz dan ESP.

Assalamualaikum.

Keputusan contest akan diumumkan pada;
15 OKTOBER 2014 JAM 8 MALAM


Saya suka ESP Shaklee kerana ia dapat meningkatkan tahap kesihatan dalaman yang optimum. Dengan penggunaan yang konsisten dan berterusan, ESP dapat membantu memberikan kecantikan kulit agar kekal sihat dan cerah. Jom Shaklee!!


ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Energizing Soy Protein ini diktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat intensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. 

Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi non-GMO’ (Non-Genetically Modified Organism) yang mana  ia diproses pada kadar suhu yang rendah. 

Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan asid amino yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. 

Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tua dan muda. Manakala, kandungan Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing  manis.

Nak dapatkan ESP ni, boleh hubungi kami. Konsultasi percuma dijamin untuk semua pelanggan kami. Harga pasaran setin ESP 850 gram ialah RM150. Setin boleh tahan sehingga 2 bulan. Belian drp kami akan ditawarkan harga yang lebih istimewa dan hadiah misteri percuma.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Masker Shaklee: Murah, Mudah, Semulajadi.

Assalamualaikum.

Vitamin Shaklee bukan boleh makan je tau. Boleh buat masker sekali!

Saya pernah cuba masker VIVIX dan masker ESP+Vita E. Dua-dua best. Rasa lembut dan licin kulit lepas bermasker.

Perbezaan antara dua-dua masker ni? Dengan masker VIVIX kulit rasa lebih anjal dan fresh. Dengan masker ESP+Vita E, kulit rasa moist, lembut dan tak berminyak langsung.

Selain tu, boleh cuba masker Alfalfa untuk kesan ala-ala scrub. Tanggalkan kotoran dan kulit mati dengan Alfalfa lagi selamat dan semulajadi. Cara buat masker alfalfa senang je, ambil beberapa biji Alfalfa dan rendam dalam air sampai lembut. Letak air sikit je, kalau cair sangat tak best. Kemudian boleh sapu rata. Biarkan kering. Bila cuci nanti, boleh sental-sental sikit ala scrub. Serius kulit jadi bersih.

Tambahan untuk semua masker ni, boleh campur Vita C dan Collagen Powder sekali. Memang mengancam sangat hasilnya. Kawan-kawan saya dah ramai yang cuba dan puas hati. InshaAllah saya pun akan cuba lepas ni.



Masker Vivix

Hasil rajin bermasker sebelum raya hari tu :D


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

Shaklee Effect: Hana dan Vita C.

Assalamualaikum.

Keputusan contest akan diumumkan pada;
15 OKTOBER 2014 JAM 8 MALAM


Saya suka Vitamin C Shaklee kerana ia meningkatkan antibodi dalam badan saya dari terkena jangkitan selsema dan batuk. Kalau dulu pantang cuaca berubah, atau terkena habuk, hidung mula sokseksoksek. Tapi lepas amalkan Vit C Shaklee, setiap hari, saya tidak dijangkiti selsema. Paling best sepanjang Ramadhan baru ni, cuma ambil sebiji lepas sahur..Alhamdulillah, tiada selsema dan dpt terawih dgn jayanya. Ni salah satu iktiar saya pada tubuh badan supaya sihat sokmo :-)


KHASIAT UTAMA VITA C SUSTAINED RELEASE

  • Mencantikkan kulit - Pengambilan Vita C setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.
  • Membentuk Kolagen - Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
  • Memperbaiki simptom Pendarahan - Kekurangan Vita C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, megukuhkan sistem imun, peningkatan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, dan juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia dapat memperbaiki insomnia, stress dan masalah keresahan.
  • Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ia dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalan pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.


Nak dapatkan Vita C Sustained Release ni, boleh hubungi kami. Konsultasi percuma dijamin untuk semua pelanggan kami. Harga pasaran sebotol Vita C SR ni cuma RM92.50 tapi boleh tahan sehingga 6 bulan. Lebih kurang RM15 sebulan je. Belian drp kami akan ditawarkan harga yang lebih istimewa.

ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...